GLONOINUM

Nitro-glycerine boleh melumpuhkan saraf vaso-motor periferal. Tindakannya hampir sama dengan Amyl-nitrite. Homeopati menyediakan tinktur ibu dengan cara melarutkan nitro-glycerine di dalam sembilan bahagian alkohol. Ia dipotentaiskan hingga ke suatu peringkat yang munasabah digunakan dengan berkesan dan selamat.

            Glonoine merupakan remedi yang baik bagi sakit kepala kongestif dan hiperemia di otak akibat daripada panas atau sejuk yang berlebihan. Bagi wanita ia didapati sangat berkesan untuk merawat masalah gangguan klimaterik dan haid tertekan. Kanak-kanak yang sakit selepas berada di kawasan unggun api, skiatika dan mabuk laut juga boleh merujuk kepada Glonoine.

Minda. Meracau. Benda-benda biasa kelihatan ganjil. Idea-idea mengelirukan sehingga dia tidak dapat memberitahu di mana dia berada. Tidak sedar.

Kepala. Keliru, serta gayat. Kesan serangan matahari; panas di kepala, sebagaimana pekerja di bawah cahaya elektrik dan gas. Kepala rasa berat, tetapi tidak boleh meletakkannya di atas bantal. Tidak dapat menanggung sebarang rasa panas berhampiran kepala. Lega bila kepala tidak dibalut. Sakit kepala berdenyut-denyut. Sakit saraf angio-spastik pada muka dan kepala. Sangat merengsa. Vertigo ketika cuba duduk tegak. Sesak serebrum. Kepala rasa amat besar, seolah-olah tengkorak terlalu kecil untuk mengisi otak. Sakit kepala terkena matahari; bertambah dan berkurang sakitnya bersesuaian dengan keadaan terdedah kepada matahari. Kejutan dalam kepala, selari dengan nadi. Sakit kepala menggantikan datang haid. Darah naik ke kepala bagi wanita yang hamil. Apopleksi mengancam. Meningitis.

Mata. Melihat segalanya dengan separuh terang dan separuh gelap. Huruf-huruf kelihatan lebih kecil. Pecah-pecah seperti mercun di hadapan kedua mata.

Mulut. Sakit gigi dengan rasa berdenyut-denyut. [Sulp.]

Telinga. Berdenyut-denyut; setiap detikan jantung dapat didengar dengan kedua telinga; rasa penuh.

Muka. Merah, panas, tembam, pucat; berpeluh; sakit pada pangkal hidung; sakit muka. Muka seakan berdebu.

Kerongkong. Leher rasa penuh. Mesti membuka kolar baju. Tersedak dan mengembang di sekitar bawah telinga. Rasa seperti membengkak disertai rasa takut.

Perut. Sakit gastrik pesakit anemia serta sirkulasi lemah. Mual dan muntah-muntah. Pitam, menggigit-gigit dan rasa hampa di hulu hati. Teramat lapar. Digunakan secara klinikal untuk mabuk laut.

Abdomen. Sembelit serta gatal-gatal, buasir menyakitkan; serta rasa dicubit dalam abdomen sebelum dan selepas berak. Diarea: najisnya keluar berketul, hitam dan banyak.

Perempuan. Haid lambat, atau terhenti dengan tiba-tiba beserta dengan rasa sesak hingga ke kepala. Muka merah ketika putus haid.

Jantung. Tindakan jantung rasa berat. Berdebar-debar. Palpitasi serta dispnea.  Tidak boleh mendaki bukit. Sebarang usaha berkuat menyebabkan darah bergegas ke jantung dan rasa hendak pitam. Berdenyut-denyut pada keseluruhan tubuh sehingga ke hujung jari. Palpitasi serta panas di muka, berdenyut di hujung jari (T.F.Allen).

Ekstremiti. Gatal-gatal pada seluruh tubuh, paling teruk pada anggota kaki tangan. Sakit padsa bisep kiri. Sakit menarik dalam kesemua anggota. Sakit belakang.

Modaliti. Pesakit lega meminum brandy. Melarat di bawah matahari; terdedah kepada sinaran matahari, gas, kebakaran terbuka, gegaran, menunduk, memotong rambut; peach, stimulan; berbaring; daripada jam 6 pagi hingga tengah hari; sebelah kiri.

Hubungan. Bandingkan dgn Amyl. Nit.; Bellad.; Opium; Stram.; Verat. vir.

Antidot: Acon.

Dos. Potensi 6 hingga 30.  

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre