EUPHRASIA

Euphrasia dikenali menerusi manifestasinya yang menimbulkan keradangan membran konjunktiva, terutamanya apabila ia menghasilkan lakrimasi yang banyak. Pesakit Euphrasia lega bila berada di udara lapang. Kita juga dapati membran mukus mengalami kataral, khususnya pada kedua mata dan hidung. Air mata yang keluar memedihkan dan banyak. Dia mengalami koriza yang melarat di sebelah petang dan malam. Cenderung mengeluarkan kahak yang berbau.

Kepala. Sakit kepala bagai hendak pecah serta kedua mata menyilau. Sakit kepala selsema, serta discaj banyak keluar dari kedua mata dan hidung.

Hidung. Koriza banyak dan keluar laju, serta batuk kuat dan banyak kahak.

Mata. Conjunktivitis kataral; mengeluarkan discaj yang pedih menusuk. Kedua matanya berair setiap masa. Lakrimasi perit pedih, koriza  (Lwn: Cepa). Discaj tebal dan  melecetkan (Mercur halus dan pedih). Kedua kelopak mata membengkak dan membakar. Kerap cenderung untuk mengedipkan mata. Mudah sekali menghasilkan discaj yang memeritkan. Mukus melekat pada kornea; mesti mengedipkan mata untuk mengeluarkannya. Terdapat tekanan dalam kedua mata. Juga lepuhan kecil pada kornea. Opasiti. Radang iris reumatik. Ptosis (Gels; Caust).

Muka. Kedua pipinya panas dan kemerahan. Kekejangan pada bibir atas.

Perut. Memuntahkan mukus yang dikahakkan. Rasa loya dan kepahitan selepas merokok.

Rektum. Disenteri. Prolaps anus. Apabila duduk, terasa tekanan ke bawah di dalam anus. Sembelit.

Perempuan. Haid menyakitkan; keluarnya berlangsung hanya selama sejam atau sehari; lambat, sedikit, pendek. Amenorea, serta oftalmia.

Lelaki. Penguncupan kemaluan secara spasmodik, serta tekanan di atas tulang pubik. Kondiloma dan tumbuhan sikotik. Prostatitis. Kencing keluar menitik Iritasi pundi di waktu malam.

Respiratori. Kerapkali menguap bila berjalan di kawasan udara lapang. Koriza mengalir lancar dan banyak di sebelah pagi, serta batuk-batuk dan mengeluarkan kahak. Influenza. Tercekik bila cuba mengosongkan tekak di waktu pagi Batuk kokol hanya di sebelah siang, beserta lakrimasi yang banyak.

Kulit. Campak pada peringkat pertama; bila mana jelas terdapat simptom mata. Implikasi kerana kecederaan eksternal.

Tidur. Menguap bila berjalan keluar menghirup udara bersih. Mengantuk di siang hari.

Demam. Seram sejuk dan kesejukan. Perpeluhan umumnya terdapat di kawasan dada, di sebelah malam masa tidur.

Modaliti. Melarat, di sebelah malam, di dalam rumah, dengan kehangatan, udara dari selatan; daripada cahaya. Lega minum kopi, di dalam gelap.

Hubungan. Antidot: Camph; Puls. Bandingkan: Hydrophyllum; Cepa; Ars; Gels; Kali hyd; Sabadilla.

Dos. Potensi ketiga hingga 6. Juga disaran potensi 30 dan 200.

 

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre