CAUSTICUM

Causticum merupakan penawar polikrest yang hebat dalam Chronic Diseases yang diperkenalkan oleh Hahnemann. Ia bertindak sebagai penawar antipsorik, antisikotik dan antisifilis. Kesan kelemahan potasium akibat overdos dalam amalan alopati disebut dan ditekankan apabila melakukan ujibukti homeopati. Gambaran utama kesan Causticum ialah kelumpuhan, yang melibatkan kedua-dua otot-otot kawal dan otot-otot luar kawal.

            Selain bagi rawatan pesakit lumpuh, ia juga berkesan untuk jangkitan pada pundi-pundi kencing, bronkitis, katarak dan jangkitan pada mata, korea, sembelit, konvulsi, batuk, laringitis, neuralgia, gangguan haid, leukorea, prostatitis, vena varikos, jangkitan pada tekak serta kehilangan suara. Ada masanya masalah kelumpuhan difteria, konvulsi, akne rosasea, agalaktika, amaurosis dan apopleksi mendapat kesan baik apabila diberi Causticum.

 Minda. Bengkeng; semasa haid, beserta rasa bosan dan menangis. Diam murung, diam berterusan. Melankoli, sebelum haid; serta keletihan. Simpatetik, apabila mendengar kesusahan. Bimbang, semasa bangun pagi, semasa petang beserta tidak mahu tidur, dan malam beserta kegelisahan. Bersifat pelupa, serta tiada idea.

 Kepala. Sakit kepala di ubun-ubun. Rasa seperti kosong di antara dahi dan otak. Sakit di unjuran bahagian hadapan sebelah kanan kepala..

 Muka. Lumpuh muka sebelah kanan. Kutil ketuat. Sakit di tulang-tulang muka. Fistula gigi. Sakit dalam rahang, serta sukar membuka mulut.

 Mata. Katarak; sakit bular mata serta gangguan penglihatan. Radang kelopak mata; memburuk. Berapi-api dan rintik-rintik di hadapan mata. Ptosis; kelumpuhan kelopak mata sebelah atas [Gels.] Penglihatan kabur, seperti ada filem di hadapan mata. Kelumpuhan urat saraf mata disebabkan oleh terdedah kepada sejuk.

 Telinga. Saraf pendengaran lumpuh. Bunyi seperti loceng, mengaum dan berdenyut-denyut dalam telinga disertai oleh kepekakan; kata-kata dan bunyi bergema-gema; torek yang sudah kronik dalam telinga; terkumpulnya tahi telinga.

 Hidung. Saraf hidung lumpuh. Tak berasa. Hilang daya ciuman. Selsema hebat serta serak. Hidung bersisik. Hidung berulser memborok. Berjerawat atau berkutil.

 Mulut. Selalu tergigit masa mengunyah. Lidah lumpuh, serta bercakap tidak terang. Reumatism; encok rahang bawah. Gusi mudah mendarah.

 Perut. Rasa berminyak. Bencikan gula. Rasa seperti ada kapur terbakar dalam gaster. Melarat lepas makan daging yang masih baru; daging salai sesuai. Rasa seperti ada bola naik ke kerongkong. Dispepsia berasid; sakit sistem cerna disebabkan banyak zat asam.

 Najis. Najis lembut, kecil [Phos.]. Keras, bergetah dan banyak lendir; berkilat seperti minyak gris, bentuk kecil-kecil; payah hendak dikeluarkan, terpaksa meneran ataupun berak berdiri. Gatal di dubur. Sebahagian dubur lumpuh. Dubur sakit membakar. Borok dan berbuasir (fistula).

 Urin. Saraf pengunci pundi kencing lumpuh. Terkencing bila batuk atau bersin [Puls.] Kencing keluar dengan lambat, dan kadang-kadang tertahan. Kencing tidak terkawal bila mula tidur, juga bila tersinggung sedikit. Tidak boleh kencing selepas dibedah. Hilang deria rasa semasa kencing.

 Perempuan. Saraf alat zuriat seperti lumpuh. Lemah. Tak berfungsi. Otot rahim atau faraj kendur semasa melahirkan anak. Haid terhenti waktu malam; keluar hanya di siang hari [Cyct.; Puls.] Keputihan sebelah malam, disertai dengan lemah yang sangat [Nat. mur.] Haid lambat, terlewat. [Con.; Graph.; Puls.]

 Pernafasan. Saraf pernafasan lemah, lumpuh. Tak berdaya menolak. Suara serak serta sakit di dada. Hilang suara. Larings sakit. Batuk pedih di dada. Lendir sedikit; terpaksa ditelan. Batuk serta sakit di punggung, terutama sekali sebelah kiri, melarat sebelah malam; lega minum air sejuk, melarat panas tempat tidur. Sakit di pangkal kerongkong, pada trakea. Banyak lendir di dada sebelah atas. Sakit dalam dada, serta berdebar-debar. Sukar berbaring sebelah malam. Suara bergema-gema. Suara sendiri mengaum dalam telinga dan menyusahkan. Penyanyi dan para pensyarah susah hendak mengeluarkan suara (Royal).

 Belakang. Kekuatan belakang merosot. Lemah, kaku di antara bahu. Rasa sakit ngilu di kuduk leher.

 Ekstremiti. Bisa-bisa reumatik. Sakit reumatik tulang paha sebelah kiri, serta kekebasan. Kelumpuhan sesuatu bahagian. Sakit mengoyak di lengan dan di tangan. Lemah dan berat. Sendi-sendi sakit mengoyak-ngoyak. Otot-otot lengan depan dan tangan goyah. Kekebasan; kedua tangan hilang rasa. Otot tendon mencerut. Pergelangan kaki lemah. Tidak boleh berjalan tanpa merasa sakit. Mengoyak-ngoyak sakit reumatik di anggota; lega dengan panas terutama sekali panas di tempat tidur. Membakar di sendi-sendi. Lambat berjalan. Jalannya goyah dan mudah jatuh. Resah di kaki di sebelah malam, Berbunyi hentakan dan tegang di kedua lutut; rasa kaku dalam liang lutut. Gatal di bahagian belakang atau atas kaki.

 Kulit. Daya tahan bawah kulit merosot. Kudis. Sakit di lipatan kulit, belakang telinga, di antara kelangkang. Kutil ketuat besar, menggerutu, mudah berdarah, di hujung jari-jari dan di hidung. Luka terbakar yang sudah lama tidak sembuh dan kesan buruk dari terbakar. Sakit berpunca dari terbakar. Kulit di perut membengkak semula. Kulit cenderung menggelupas semasa kanak-kanak tumbuh gigi.

 Tidur. Tersangat mengantuk; payah hendak membuka mata. Payah tidur sebelah malam, serta panas dan kering, tidak tenteram.

 Modaliti. Melarat dengan angin sejuk, kering, dalam cuaca cerah, udara sejuk; daripada pergerakan kenderaan. Lega dalam cuaca lembap, basah; panas. Kehangatan katil

 Hubungan. Bandingkan: Rhus; Arsenic; Amm. phos. Komplemen: Carbo; , Coloc.; Petrosel.

Antidot: Asaf.; Coloc.; Dulc.; Guaia.; Nux.

 Dos. Potensi ke 3 dan 30, juga yang lebih tinggi.

 

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre