BRYONIA ALBA

Bryonia alba yang berbunga kecil dan kuning kehijauan didapati tumbuh meliar di ladang anggur dan hutan Eropah serta ditanam di Amerika Syarikat. Ia mengandungi glucoside, bryonine dan resin yang mengakibatkan keracunan. Pengambilan dalam dos kasar memberi kesan sangat menyakitkan dan menyebabkan inflamasi pada organ-organ tertentu. Tinktur bagi tujuan potentisasi homeopati disediakan daripada akar yang segar sebelum pohonnya mengeluarkan bunga.

             Bryonia memang dikenali di kalangan para doktor purba bagi merawat dropsi dan pernah disebut oleh Dioscorides. Ia diaplikasikan sebagai remedi bagi masalah reumatik, purgatif dan pleurisi. Dr. Hahnemann memperkenalkan Bryonia ke dalam homeopati menerusi ujibukti pada tahun 1816. Kemudian ahli homeopati mulai menggunanya bagi merawat kes taun, tifus, kepialu, pneumonia, sakit kepala, neuralgia dan masalah reumatik. Simptom pesakit yang ketara ialah apabila dia cenderung berbaring mendiamkan diri, dan sebarang pergerakan menyebabkan kemelaratan. Doktor alopati abad ke 19 juga dikatakan turut mengguna Bryonia bagi merawat keadaan yang sama.

             Di dalam homeopati, penawar ini berguna apabila terdapat sakit di dalam otot-otot. Ciri umum sakit yang dimaksudkan ialah mencucuk-cucuk, mengoyak-ngoyak; melarat oleh pergerakan, lega bila berehat. Sakit mencucuk di mana-mana bahagian tubuh, khususnya dalam dada, akan melarat apabila bergerak. Pesakit Bryonia biasanya lekas marah; mengalami simptom seperti pening berpusing apabila mengangkat kepala, sakit kepala akibat tertekan, bibir dan mulut kering kontang, tersangat haus, rasa pahit, ulu hatinya sensitif, dan rasa seperti ada batu di dalam perut. Pesakit mungkin mengalami batuk kering, sakit reumatik dan membengkak.

             Bryonia terutamanya berkesan ke atas orang yang konstitusinya kuat lasak, urat fibernya kemas, warna kulit kehitaman dan lekas marah. Bagi kanak-kanak, dia tidak gemar didukung atau diangkat. Lemah fizikal, dengan diresapi perasaan apati. Adu-aduan pula dizahirkan agak lambat.

 Minda. Sungguh merengsa atau lekas marah; tiada sesuatupun boleh membuatnya tertawa. [Cham., Hep., Kali c., Lyc.; Gembira, riang, Croc., Lach., Sabi.] Simptom meracau; ingin pulang ke rumah: bercakap mengenai pekerjaan. [lih. Bell.]

 Kepala. Vertigo; merasa sekitarannya atau dirinya berputar. Loya, pitam bila mengangkat kepala, keliru. [Acon., Puls.] Sakit kepala rasa hendak meletup, hendak pecah, seperti tiap sesuatu yang ada di dalam akan ditolak keluar, seolah-olah diketuk oleh tukul besi dari dalam; melarat bila bergerak, membengkok, atau membuka mata. Sakit kepala berpusat di belakang kepala oksiput. Tulang kepala rasa mencerut masuk ke arah tulang pipi. Sakit kepala; melarat bergerak, walaupun menggerakkan bebola mata. Sakit kepala sebelah depan atau melibatkan sinus hadapan.

 Hidung. Kerapkali hidung berdarah semasa haid akan tiba. [Bell., Ham., Puls.] Juga di sebelah pagi, yang melegakan sakit kepala. Selsema hebat (koriza) serta sakit dan menjalar di kawasan dahi. Hujung hidung membengkak, dirasakan seolah-olah ia akan membarah bila disentuh.

 Telinga. Berpusing. [Aur.; Nat. sal.; Sil.; Chin.] Mengaum, berdengung.

 Mata. Rasa tertekan, remuk, sakit pening. Glaukoma. Sakit disentuh dan bila digerakkan mata.

 Mulut. Bibir kering kontang, merekah. Mulut, lidah dan kerong­kong kekeringan, serta tersangat haus. [bdgkan. Acon., Ars., Bell.] Lidah bersalut warna kekuningan, coklat kehitaman; putih teruk bila diganggu gastrik. Rasa pahit. [Nux; Col.] Bagi orang yang merokok, bibir sebelah bawah rasa membakar. Bibir membengkak, kering, hitam dan merekah.

 Kerongkong. Kekeringan, rasa melekat bila menelan, kesat dan mencerut. [Bell.] Mukus atau lendirnya liat di pangkal larings dan trakea, terhurai hanya selepas kuat berdehem; melarat bila masuk ke dalam bilik panas.

 Perut. Loya dan rasa akan pitam bila bangun. Laparnya luar biasa, hilang selera. Dahagakan air yang banyak. Muntah air dan air hempedu sebaik saja lepas makan. Melarat dengan minuman panas, yang kemudian dimuntahkan. Perut sensitif dengan sentuhan. Rasa tertekan dalam perut selepas makan, seolah-olah terdapat batu. Sakit dalam perut bila batuk. Berpenyakit dispepsia di musim panas. Hulu hati rasa sensitif apabila disentuh.

 Abdomen. Kawasan hati membengkak, sakit pedih, tegang. Sakit membakar, mencucuk-cucuk; melarat dengan tekanan, batuk, menarik nafas. Dinding abdomen terasa lembut, ngilu.

 Najis. Idapan sembelit; najis keras, kering, seolah-olah hangus kena bakar; kelihatan terlalu besar. Najis berwarna coklat, tebal, berdarah; melarat di sebelah pagi, daripada bergerak, dalam cuaca panas, selepas kena panas, daripada minum minuman sejuk. Tiap-tiap kali datang hawa panas.

 Urin. Merah, coklat, seperti bir; keluar sedikit, panas membakar dalam salur uretra. [lih. Canth.]

 Perempuan. Haid terlalu awal, terlalu banyak; melarat bila bergerak, serta rasa sakit mengoyak-ngoyak di kawasan paha ke bawah; tertekan serta discaj mengambil alih atau sakit kepala seperti hendak terbelah. Sakit mencucuk dalam ovari bila menarik nafas panjang; sangat sensitif dengan sentuhan. Sakit di kawasan ovari kanan seolah-olah dikoyak, merebak ke paha. [Lilium; Croc.]  Demam susu. Sakit di dada semasa datang haid. Buah dada panas dan sakit, keras. [Phyto.] Kelenjar buah dada membarah. Kerap berdarah hidung apabila datang haid. Haid tidak teratur, beserta simptom-simptom gastrik. Radang ovari. Sakit sebelum datang haid, di mana kawasan abdomen dan pelvis sangat sakit. [Ham.]

 Respiratori. Sakit pedih pada larings dan trakea. Suara parau; melarat di udara lapang. Batuk terbahak-bahak, kering akibat radang-gatal di trakea atas. Batuk, kering sebelah malam; mesti duduk; melarat selepas makan atau minum, serta muntah, disertai dengan rasa mencucuk-cucuk di dalam dada dan lendir sputa berupa karat besi. Selalu hendak menarik nafas panjang; mesti membesar­kan paru-paru. Pernafasan sukar dan cepat; melarat tiap kali bergerak; disebabkan rasa mencucuk-cucuk di dada. Batuk dengan perasaan seperti dada akan pecah; menekankan kepalanya ke tulang dada; mesti membantu memegang dada. Radang pangkal kerongkong dan pleuropneumonia. Kahak berwarna batu-bata, liat, dan jatuh seperti ketulan jeli. Mukus liat di dalam trakea, dapat diurai hanya dengan mendehem kuat. Masuk ke dalam bilik panas mendorong kepada batuk. [Nat. carb.] Rasa berat di bawah tulang dada sehingga ke bahu kanan. Batuk melarat dengan memasuki bilik panas. Sakit mencucuk di kawasan jantung. Angina pektoris (gunakan tinktur).

 Belakang. Sakit menegang di tengkuk. [lih. Bell.] Mencucuk-cucuk dan tegang di bahagian tulang belakang. Kesan daripada air yang mengandungi garam galian dan perubahan cuaca yang semerta.

 Ekstremiti. Lutut tegang dan sakit. Kaki membengkak panas. Sendi-sendi merah, membengkak, panas, serta mencucuk-cucuk dan mengoyak-ngoyak; melarat walau bergerak sedikit. Tiap-tiap bahagian sakit bila ditekan. Selalu menggerak-gerakkan tangan dan kaki kiri. [Helleb.]

 Kulit. Kuning; pucat, bengkak, dropsikal; panas dan sakit. Seborea; penyakit kelenjar kulit. Rambut sangat berminyak.

 Tidur. Mengantuk; Terkejut bila mula lelap. [lih. Bell.] Meracau; sibuk dengan urusan kerja dan apa yang telah dibacanya.

 Demam. Detikan nadi penuh, keras, terik dan cepat. Seram sejuk dengan kesejukan di bahagian luar tubuh, batuknya kering, mencucuk-cucuk. Panas di dalam. Berpeluh masam selepas berkuat sedikit. Mudah berpeluh dan melimpah-limpah.  Demam reumatik dan kepialu ditandai oleh komplikasi gastro-hepatik.

 Modaliti. Melarat kehangatan panas, sebarang pergerakan, pagi, makan, cuaca panas, berkuat, sentuhan. Tidak boleh duduk tegak; akan pitam dan uzur. Lega bila berbaring di bahagian yang sakit, dipicit, rehat, benda-benda sejuk.

 Hubungan..  Bandingkan: Asclep. tub; Kali mur.; Ptelia.

Komplemen: Upas, bila Bryonia gagal. Rhus; Alumina.  

Antidot: Acon.; Cham.; Nux.

 Dos. Potensi pertama hingga 12, 30, 200, 1M.

   

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre