BELLADONNA

 Tinktur bagi penawar Belladonna disediakan daripada seluruh pokok yang diambil apabila pokoknya mulai berbunga. Di seluruh bahagian pokoknya mengandungi beberapa alkaloid yang kuat dan berpengaruh. Di peringkat awalnya Belladonna diguna dengan meluas sebagai sejenis racun. Pernah diceritakan bahawa wanita Itali menggunakannya dalam bentuk titisan bagi tujuan membesarkan anak mata atau sebagai basuhan untuk menghilangkan jerawat.

             Sebelum mengujibuktikannya, Dr. Hahnemann telahpun menunjukkan minat bagi penggunaan Belladonna sebagai penawar untuk demam berjangkit. Ini jelas kerana beliau mendapati simptom-simptom akibat keracunan Belladonna yang berlaku secara tidak sengaja adalah menyerupai simptom-simptom demam skarlet. Antaranya ialah demam panas, muka merah, mata membeliak, meracau dan konvulsi. Akhirnya Dr. Hahnemann berjaya mempopularkan penggunaan Belladonna bukan sahaja sebagai penyembuh, malah sebagai pencegah demam skarlet.

             Umumnya Belladonna bertindak ke atas setiap bahagian sistem saraf dan mempunyai tindakan yang jelas ke atas sistem vaskular, kulit dan kelenjar. Simptom yang selalu dikaitkan dengan Belladonna ialah sakit saraf yang datang dan berlalu dengan serta merta, panas, kemerahan, berdenyut-denyut dan membakar. Ia merupakan remedi yang baik untuk kanak-kanak di samping terbukti berkesan bagi merawat demam skarlet. Pesakitnya tidak merasa haus, gelisah atau takut.

 Minda. Pesakit hidup di dalam dunianya sendiri, dilekakan oleh wawasan dan bayang-bayang mengerikan, dan alpa terhadap realiti sekitar. Sedang retinanya tidak peka kepada objek sebenar, sejumlah halusinasi visual berpusu-pusu mengejarnya dan datang kepadanya daripada dalam. Dia hidup dalam keadaan genting dan diasyikkan oleh banjir tanggapan visual subjektif dan ilusi khayal.  Halusinasi;  melihat raksasa, muka yang menyeramkan. Meracau; gambaran yang menakutkan; radang menyinga; berang, menggigit, memukul; hendak melarikan diri. Mengoyak-ngoyak bajunya [ingin memotong semua benda, Verat.] Hilang kesedaran. Tidak gemar bercakap. Salah dan keliru, serta mengeluarkan air mata.  Derianya mengalami sakit akut.  Berubah-rubah.

 Kepala. Vertigo; pening serta kepala jatuh ke sebelah kiri atau ke belakang. Sensitif kepada sebarang sentuhan. Berdenyut-denyut dan panas yang bersangatan. Berdebar-debar yang membawa denyutan di kepala serta sukar bernafas. Sakit; kesesakan, terutama di dahi, juga di kawasan belakang kepala dan bahagian antara dahi dengan telin­ga. Sakit kepala kerana lendir-lendir tertekan dari mengalir. Memekik-menjerit dengan tiba-tiba. Sakit melarat dengan cahaya, bising, gegaran, berbaring dan di sebelah tengahari; lega dengan tekanan dan posisi tubuh separuh tegak. Menyorok-nyorokkan kepala di dalam bantal; melentik ke belakang dan menggolek kepalanya ke kiri dan ke kanan. Sentiasa mengerang. Rambut terbelah; kering dan gugur. Sakit kepala melarat di sebelah kanan dan semasa berbaring;  akibat demam, selsema dll; daripada menggunting rambut.

 Muka. Muka merah, merah kebiruan, panas, membengkak, berkilat; otot muka menggegar tarik-tarik. Bibir atas membengkak. Sakit urat saraf muka serta otot merenggut-renggut dan kulit muka kemerahan. [Acon., Bry.]

 Mata. Berdenyut-denyut di dalam mata bila berbaring. Biji mata terbeliak. [Agnus.] Mata rasa bengkak dan menonjol, terbeliak, bersinar-sinar; konjunktiva merah; kering, membakar; takut kena cahaya; mencucuk-cucuk di dalam mata. Biji mata terjojol keluar. Terpandang sesuatu yang ilusi; rupanya bengis. Diplopia: semua objek yang dilihat ada dua, juling, kelopak mata tertarik-tarik. Merasa seperti mata separuh tertutup. Kelopak mata membengkak. Pangkal biji mata juga bengkak.

 Telinga. Sakit mengoyak-ngoyak di bahagian luar dan di tengah-tengah dalam telinga. Bunyi berdengung. Selaput nipis gendang mengembung dan sakit mencucuk. Kelenjar parotid membengkak. Sensitif kepada bunyi yang nyaring.  Pendengaran sangat tajam. Radang telinga (Otitis media). Sakit menyebabkan meracau. Kanak-kanak menangis semasa tidur, sakit berdenyut-denyut dan berdenyut-denyut di dalam telinga seirama dengan detikan jantung. Hematoma auris. Keadaan akut dan separuh akut di dalam tiub Eustachio. Autofoni - terdengar suara seseorang dalam telinga.

 Hidung. Penciuman yang dikhayalkan. Ngilu di hujung hidung. Merah dan bengkak. Berdarah hidung, serta muka merah. [bila berdarah dekat datang haid, Acon.; lih. Bry., Ham., Puls., Phos.] Koriza, mukus bercampur dengan darah.

 Mulut. Kering. Gigi sakit berdenyut-denyut. Bisul gigi. Hujung lidah merah-merah. Lidah merah seperti warna strawberi. Mengetap-ngetap gigi. Lidah bengkak dan kesakitan. Tergagap-gagap.

 Kerongkong. Kering seperti sepuhan kaca; sesak meradang [Gin­seng.]; merah, melarat di sebelah kanan. Tonsil membesar; kerongkong rasa dicerut; payah menelan; melarat menelan cecair. Rasa seperti berketul. Esofagus kering; rasa mencerut. Kejang dalam kerongkong. Sentiasa cenderung untuk menelan. Rasa perit. Otot yang diguna untuk menelan rasa sensitif. Membran mukus membesar.

 Perut. Hilang nafsu makan. Bencikan daging dan susu. Sakit kejang di pangkal kerongkong. Mencerut, sakitnya membawa ke belakang. Loya dan muntah-muntah. Tersangat hauskan air sejuk. Kekejangan dalam perut. Menjeluak angin. Bencikan benda-benda cair. Batuk tersentak-sentak. Takut hendak minum. Muntah-muntah tidak dapat dikawal.

 Abdomen. Kembung, panas. Usus membonjol seperti pelapik. Lembut, membengkak. Sakit seperti dicengkam; melarat dengan sentakan, tekanan. Sakit seperti terhiris melintang; mencucuk-cucuk di sebelah kiri abdomen apabila batuk, bersin atau disentuh. Teramat sensitif kepada sentuhan, kain cadar, dsbnya. [Laches.]

 Najis. Cair, hijau, disentri; bertongkol seperti kapur. Menggigil semasa berak.  Sakit menyengat di rektum; tarik-tarik mencerut. Buasir lebih sensitif beserta sakit belakang.  Prolapsus ani; dubur terkeluar. [Ignatia; Podoph.]

 Urin. Tertahan. Infeksi urinari akut. Rasa ada pergerakan dalam pundi-pundi kencing seperti ada cacing. Kencing sedikit, serta tenemus; keruh dan kegelapan, penuh dengan zat fosfats. Sekawasan pundi kencing sensitif. Kencing terhenti, tapi sentiasa menitik. Kerap dan meleleh. Hematuria; mendarah tetapi tidak terdapat keadaan patologi berubah. Hipertrofi prostat; radang saluran kencing.

 Lelaki. Buah zakar keras, mencerut naik ke atas, radang bengkak. Kemaluan berpeluh di waktu malam. Air daripada prostat keluar meleleh. Syahwat lemah.

 Perempuan. Rasa sensitif menurun ke bawah., seolah-olah isi dalam tubuh akan keluar menerusi kemaluan. Kekeringan dan panas dalam faraj. Sakit mengheret ke kawasan pinggang. Sakit di kelangkang, dalam tulang tongking. Haid bertambah banyak; merah menyala, terlalu awal, terlalu banyak. [Calc., Cimi., Nux m., Plat.; Terlalu lambat dan sedikit, Con., Dulc., Phos., Sulph., Puls.] Pendarahan panas. Sakit seperti dipotong-potong di pinggul. Haid dan lokia sangat busuk dan panas. Sakit-sakit hendak bersalin datang dan hilang dengan semerta. Sakit radang buah dada, berdenyut-denyut, kemerahan, tanda jalur bersinar daripada puting susu. Buah dada rasa berat; keras dan merah. Tumbuh tumor dalam buah dada, sakit melarat bila berbaring. Pendarahan berbau sangat busuk, darah memancut panas.  Lokia, discaj lepas bersalin berkurangan.

 Respiratori. Kering dalam hidung, ujung tenggorok, larings dan trakea. Batuk rasa digeletek, pendek, kering; melarat di waktu malam. Larings terasa sakit pedih.  Pernafasan tertekan, cepat, tidak teratur. Pernafasan `Cheyne-Stokes'- payah kerana banyak zat asam dalam darah [Cocain; Opium.] Serak, suara hilang. Serak yang tiada rasa sakit. Batuk serta sakit di pinggul kiri. Batuk menyalak, batuk rejan, serta sakit dalam perut sebelum tiba serangan baru, juga disertai ludahan kahak berdarah. Sakit mencucuk-cucuk dalam dada bila batuk. Larings sangat sakit; rasa seolah-olah benda asing berada di dalam, serta batuk. Suara halus tinggi. Mengerang tiap-tiap kali bernafas.

 Jantung. Debaran jantung keras, bergema di dalam kepala, serta sukar bernafas.  Berdebar apabila berkuat sedikit. Berdenyut-denyut ke seluruh tubuh. Rasa jantung berdenyut dua kali pada tiap-tiap kali bernafas. Jantung seperti terlalu besar. Nadi cepat tetapi lemah.

 Ekstremiti. Sakit menjalar di anggota kaki dan tangan. Sendi-sendi membengkak, merah, berkilat, serta berjalar merah bersinar. Jalan terhoyong-hayang. Sakit reumatik berpindah-pindah. Flegmasia alba dolens. Radang urat-urat serta demam.  Kaki dan tangan merenggut-renggut. Spasma. Tempang tidak terkawal. Anggota berkenaan sejuk.

 Belakang. Tengkuk kejang. Kelenjar leher membengkak. Sakit di tengkuk seolah-olah akan patah. Tekanan di bahagian belakang paling menyakitkan. Lumbago; sakit pinggang serta sakit di kedua belah pinggul dan peha.

 Kulit. Kering dan panas; membengkak, sensitif; merah skarlet membakar, licin.  Keluar letusan seperti skarlatina, tiba-tiba merebak. Eritema bintit-bintit merah; bintit-bintit jerawat di muka. Kelenjar membengkak, lembut, merah. Bisul.  Rosasia akne. Luka menanah. Kulit kemerahan dan kepucatan bersilih-ganti. Kulit menebal sesudah hilang bengkak. Erisipelas. [lih. Rhus.]

 Demam. Keadaan demam yang tinggi tanpa keracunan darah toksemia. Membakar, berbau keras, panas meruap. Kaki sejuk seperti air batu. Pembuluh darah mengembung timbul. Perpeluhan kering hanya di kepala. Tidak haus semasa demam.

 Tidur. Gelisah, memekik-mekik, mengetap gigi. Sukar tidur disebabkan oleh pembuluh darah berdenyut-denyut. Memekik di dalam tidur. Tidak dapat tidur, tetapi mengantuk. Tersentak-sentak bila pejam mata atau bila tidur. Tidur dengan kedua belah tangan berada di bawah kepala. [Ars.; Plat.]

 Modaliti. Melarat sentuhan, gegaran, bunyi bising, tiupan angin, selepas tengahari, berbaring. Lega, duduk separuh tegak.

 Hubungan. Belladonna ialah penawar akut bagi Calcarea ostrearum. Calcar. kerap diperlukan selepas  Bell.

Antidot Bell ialah: Camph.; Coff.; Hepar sulph.; Hyos.; Opium; Acon.

Komplemen: Calc.

Bermusuh: Acet. ac.

 Dos. Potensi 1 hingga 30 atau lebih tinggi. Mesti diulangi dalam penyakit akut.

  

"Lihat remedi berikut di laman sebelah"

(c) HBI Health & Homoeopathy Centre