Kembali

Intro

 

 

 

 

A

B

C

D

E

F

G

H

I

J

K

L

M

N

O

P

Q

R

S

T

U

V

W

X

Y

Z

 

 

 

 

 

 

 

PENGENALAN INTERNET

 

Buku ini telah dibuat dalam bentuk CD pada tahun 2004 lagi. Namun pasaran dalam bentuk CD tidak begitu menggalakkan. Akhirnya kami membuat keputusan untuk menerbitkan dalam bentuk buku. Untuk tujuan itu, beberapa pembaikan dan penambahan istilah dilakukan. Buku yang dinamakan "Kamus Istilah Perubatan Homeopati" ini kemudiannya diterbitkan pada tahun 2010.

 

Penerbitannya dalam bentuk buku jelas memberi impak yang besar dalam perkembangan homeopati (homeopathy). Di mana ianya dipasarkan, pasti ada pelanggan yang membelinya. Hanya kami tidak mampu membawanya ke semua kedai-kedai buku seperti yang lazim dilakukan oleh penerbit atau pengeluar.

 

Bagi tujuan memperkayakan homeolibrary.com, kami mengambil keputusan membawa bahan kamus asal ini ke layar internet. Bagaimanapun bahan ini merupakan edisi yang belum dikemaskini. Justeru, sekiranya para pelayar atau peminat homeopati maupun perubatan alternatif menginginkan kamus terkini (atau dalam bentuk buku), bolehlah memesan terus dengan menghubungi talian: 013-980 2991.

 

Kamus dalam bentuk buku dan kemaskini hanya boleh didapati di Kedai Farmasi Homeopati terpilih atau sewaktu kami mengadakan ekspo (@ menyertai seminar homeopati). Selain daripada itu, anda boleh mendapatkannya secara on-line sahaja.

 

Mudah-mudahan usaha kami ini membawa barakah dan rahmah buat semua. Sekian.

 

- Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

  Selangor.