Malaysia Homeopathy Cyber Library

       Promoting Homeopathy All Malaysia Over and Virtually.

 

Kembali

 

 

Promo produk terbaru HBI, "PAU-ANA". [Pesanan  "PAU-ANA" @ watsap: 019-6750544 P]

PENERBITAN BUKU-BUKU HOMEOPATI DALAM BAHASA MELAYU DI NUSANTARA

(Format Mobile - 8 Nov. 2017)

 

oleh:  Huzaini Ibrahim & Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

PENGENALAN 

    Dalam sejarah perkembangan homeopati di Malaysia dan nusantara, penulisan karya-karya homeopati bermula sejak ia diperkenalkan oleh Dr. S. A. Rajah. Apabila kelompok pelajar pertama dibimbing oleh Dr. S.A. Rajah, beliau telahpun menerbitkan naskhah bertaip bertajuk "Ilmu Perdukunan" pada tahun 1935. Karya-karya homeopati semakin bersemarak apabila Dr. Burhanuddin mulai bergiat secara aktif dalam membangunkan ilmu perubatan homeopati.

Selain beberapa karya Dr. Burhanuddin dan murid-muridnya, persatuan-persatuan homeopati juga turut memainkan peranan menerbitkan karya-karya dalam risalah, majalah, termasuk juga buku-buku yang diterbitkan. Tetapi tumpuan penerbitan itu lebih kepada bertujuan untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar homeopati di masa itu sahaja. Ia bukan bertujuan untuk mengabadikannya buat generasi dan masyarakat Malaysia (atau nusantara) secara menyeluruh serta tiada hasrat untuk menkatalogkannya, ]kalau di Malaysia - di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)] supaya boleh menjadi khazanah untuk rujukan bangsa.

Kenyataan ini terbukti kerana sehingga ke penghujung tahun 1990an, usaha mengambil ISSN dan ISBN tidak dititikberatkan. Mungkin saya boleh katakan bahawa, inisiatif mengambil ISSN atau ISBN inipun dimulakan oleh HBI Health & Homoeopathy Centre yang mulai mendaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada tahun 1996.

Demikian juga, kandungan bahan-bahan berkaitan ilmu homeopati dewasa itu pula tertumpu kepada bahan-bahan yang penting untuk pelajar di bilik kuliah atau kegunaan pengamal atau pelajar. Hal ini boleh diperhatikan berdasarkan tajuk-tajuknya yang kurang difokuskan kepada masyarakat awam. Secara ringkasnya, penulisan dan penerbitannya bukanlah untuk bacaan umum atau sasaran kepada semua pengguna di Malaysia.

Walau apa sekalipun isunya, justeru jumlah penulisan buku-buku homeopati tidak banyak di pasaran, di sini saya ingin paparkan beberapa buah buku-buku homeopati yang sudah diterbitkan sepanjang kehadiran homeopati di Malaysia dan negara-negara jiran. Walaupun sukar didapati, tetapi mungkin pengguna boleh mendapatinya di PNM. Sementara itu, saya usaha sisipkan juga buku-buku yang dihasilkan dan dijual dengan rupa binding yang cantik walaupun tanpa percetakan no siri ISBN.

SENARAI KARYA BUKU-BUKU HOMEOPATI DI MALAYSIA  

    Di sini saya senaraikan buku-buku homeopati tanpa mengikut format bibliografi sepenuhnya. Antara buku-buku homeopati yang berada dalam simpanan saya atau dalam pengetahuan saya termasuklah buku-buku berikut:

1. (Prof) Hj. Ahmad Khan Hj Said. 1985. Mengenali Homeopathy Melalui Rawatannya, K.L: Halimah A.S [Tiada ISBN]

2. Raden Supardi b. Raden Budiyono. 1988. Kesihatan Dan Homeopathy, Singapura: Norkelp Homeopathy Centre.

3. Omar bin Baba. 1991. Sifat Dan Tindakan Penawar, Kuala Lumpur: Omar bin Baba. [Tiada ISBN]

   

4. Mohamed b. Jolhi. 1991. Rawatan Sukan Homeopati, K.L: PPHM [Tiada ISBN]

5. Mohamed b. Jolhi. 1993. Menanti Kelahiran: Rawatan Sakit Puan Homeopati, Kuching: Sykt Homeopathy Natural Medicine.

6. (Dr.) Nik Omar Hj Nik Daud. 1996. Barah Buah Dada: Pencegahan Dan Rawatan, Kuala Lumpur: Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia. [Tiada ISBN]

7. Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 1997. Perubatan Homoeopati, Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre. [ISBN: 983-99179-0-0]

8. Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 1999. Homoeopati: Perubatan Alaf Baru, Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre. [ISBN: 983-99179-1-9],

9. Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2000. Penawar Homoeopati Pilihan, Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre. [ISBN: 983-99179-2-7].

10. Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2001. Penyakit Kanak-kanak & Rawatan Homeopati, Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre. [ISBN: 983-99179-4-3].

11. (Prof Dr) Mohammed b. Hj Yacob. (tiada Tahun - Kata Pengantar Penerbit 2002). Materia Medica Homeopathy, Singapura @ Indonesia. [Tiada ISBN]

12. Che Abdullah bin Che Musa. 2002. 103 Penyakit Dengan Rawatan Homeopathy Di Hujung Jari Anda, Jerteh: Rawatan Alternatf ABM. [ISBN:983-40930-0-4]

13. Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2002. Rawatan Asas Homoeopati, Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre. [ISBN: 983-99179-6-X].

14. (DrH) Mazelan Ismail. 2003. Rawatan Penyakit Menurut Homeopati & Biokimia, Jitra: Kolej Homeopati Darul Aman. [ISBN: 983-41406-06]

15. (Prof Dr) Mohammed b. Hj Yacob. 2004. Pengantar Ilmu Perubatan Homeopathy, Johor Bahru: MY Perubatan Homeopathy Sdn. Bhd. [ISBN:983-41947-0-6]

16. Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2004. Esei-esei Milenium Baru: Siri Homeopati, Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre. [ISBN: 983-99179-7-8].

17. Hamim Kamzari. 2006. Farmasi Homeopathy, Singapura: Wisma Perubatan Homeopathy Tutorial. [Tiada ISBN]

18. Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2008. Tip-tip Motivasi & Minda (Dengan pengenalan Ubat Minda Homoeopati), Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre. [ISBN: 983-99179-0-4].

19. Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2009. Kamus Istilah Perubatan Homeopati, Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre. [ISBN: 983-99179-3-5].

20. Ibrahim Wan Yusof. 2002. Repertori Utama, Kota Bharu: Tiada Sykt. [Tiada ISBN].

21. Ibrahim Wan Yusof. Tiada Tahun. Materia Medica Melayu, Kota Bharu: Tiada Sykt. [Tiada ISBN].

22. Ibrahim Wan Yusof. Tiada Tahun. Pedoman Homeopath, Kota Bharu: Tiada Sykt. [Tiada ISBN].

23. Jamal Akhmad Subandi. 2009. Homeopathy Menuju Masa Depan, Jakarta: Atropa Belladonna Health Care. [ISBN: 978-602-95850-0-1].

24. Hamim Kamzari. 2.... . Sistem Pemilihan Penawar Homeopathy: Repertori, Singapura: Wisma Perubatan Homeopathy Tutorial. [Tiada ISBN]

25. Hamim Kamzari. 2... . Panduan Ringkas Biokemik, Singapura: Wisma Perubatan Homeopathy Tutorial. [Tiada ISBN]

26. (Dr.) Hakeem Mirza Muhammad Amin (Pent. Maulana Muhammad Asri). 2011. Pedoman Homeopati, Kuala Lumpur: ........... [ISBN:                ].

   

27. Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2011. Pengantar Falsafah Perubatan Homeopati, Kota Bharu: HBI Health & Homoeopathy Centre. [ISBN: 983-99179-8-6].

28. Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2013. Simptom-simptom Penyakit Dan Rawatan Homeopati, Kota Bharu: HBI Health & Homoeopathy Centre. [ISBN: 983-99179-5-1].

29. Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2015. Materia Medika Terapeutik Teew, Kota Bharu: HBI Health & Homoeopathy Centre. [ISBN: 983-99179-5-1].

30. Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2017. Organon Perubatan Homeopati, Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre. [ISBN: 983-99179-5-1].

    Itulah di antara senarai buku-buku dalam Bahasa Melayu/Malaysia yang pernah diterbitkan. Kebanyakannya dijual hanya di kedai-kedai tertentu sahaja. Tajuk-tajuk yang dimerahkan adalah buku-buku terbitan HBI dan boleh pesan terus kepada 019-675 0544.

 

NASKHAH OTAI HOMEOPATI

    Koleksi pengamal-pengamal otai atau yang merupakan guru-guru homeopati mungkin banyak, tetapi hampir keseluruhannya dalam bentuk fotostat, yang dikeluarkan khusus untuk tujuan kuliah - justru tidak kami senaraikan di sini. Lagipun ia tidak ada no siri ISBN. Tetapi 3 buah karya Ibrahim Wan Yusuf meskipun tiada ISBN, namun ia disusun dan dijilid dengan baik serta dijual kepada umum di Pusat Perkhidmatan Homeopathy Mulia. Beliau boleh dianggap prolifik juga, dan mungkin akan diterbitkan secara profesional jika beliau tidak pergi meninggalkan kita terlalu cepat.

  Sementara itu, tidak banyak yang kita ketahui berkaitan penulisan mengenai perubatan homeopati di negara-negara lain seperti Singapura, Indonesia dan Thailand. Namun harus dingat, bermulanya homeopati ialah di Timur Malaysia dan di Singapura juga. Hasil pertemuan dengan beberapa rakan di sana dan bersumberkan carian internet, perkembangan di sana tidak sebagus di Malaysia. Kendatipun, ada juga tulisan yang kami temui dan sempat kami masukkan dalam artikel ini, spt DrH. Hamim Kamzari.

 Beberapa karya daripada tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Prof. Mohd Yacob, Dr. Mohd Noor Nordin, Dr. Teew Lian Eng tidak dimasukkan kerana ia dicetak secara fotostat. Meskipun naskhah itu telah dijilid(bind), tetapi tiada ISBN dan tidak ditujukan kepada awam (atau dijual kepada peminat buku-buku homeopati yang lain). Saya fikir pihak persatuan atau badan-badan tertentu boleh memainkan peranan menerbitkannya supaya ianya tidak hilang dek zaman.

 Karya-karya yang bermanfaat itu boleh diterbitkan semula dengan memberikan kata pengantar dan sedikit ulasan. Ini adalah bertujuan untuk kompilasi khazanah seperti yang diterbitkan oleh HBI bagi karya Allahyarham Dr. Burhanuddin al-Helmy yang bertajuk Pengantar Homeopati Pilihan.

 Karya fotostat Dr. Teew, "Index Terapeutic", meskipun kami ada salinan, juga tidak kami terbitkan. Tetapi HBI dan saya telah mengambil inisiatif dengan membuat Materia Medika Songsang atau Terbalik berasaskan buku fotostat beliau. Justru kami namakan Materia Medika Terbalik/Terapeutik Teew. Inipun baru diterbitkan kia-kira dua tahun yang lalu.

 

KOS PERCETAKAN

     Kos percetakan setiap judul untuk seribu naskhah memang tinggi. Jika semuanya terjual, sudah pastinya berbaloi. Tetapi jika banyak tinggal dalam bentuk stok, maka itulah yang menyebabkan banyak penerbit yang menerbitkan setakat satu judul atau dua tiga judul sahaja. Lepas itu, hilang mendiamkan diri daripada arena penerbitan.

Tambahan pula di akhir-akhir ini, dengan kos yang tersangat tinggi terpaksa ditanggung, kegiatan penerbitan semakin menyukarkan syarikat homeopati @ penerbitan. Jika keadaan seperti ini berterusan, saya fikir isu penerbitan ini mungkin sesuai dibuat dalam bentuk organisasi oleh persatuan homeopati sahaja. Penerbitan secara syarikat persendirian mungkin tidak begitu relevan lagi.

--------------------------------------------------------------

     IKLAN "PAU-ANA":

 Hasil jualan ini juga adalah untuk sokong penerbitan buku-buku homeopati.

Promo produk "Pau-Ana" (yang berasaskan herba dan bahan homeopati dalam dos herba iaitu Paullinia Cupana Sorbilis.): Dihasilkan khusus untuk supplemen energi/tenaga fizikal dan minda. Tapi manfaatnya lebih daripada tenaga semata-mata.

Harga Tawaran Pau-Ana dijual untuk individu: RM50 sebotol (harga sebenar RM63).

Jika beli lebih, diskaun akan ditambah. Umpamanya 5 botol (RM180), 10 botol (RM280). 15 botol (RM370), 20 (RM420)

Untuk lihat kegunaannya, sila baca artikel daripada laman www.drhatta.com atau klik fliers di bawah:

 

Sekian. Wa Llahu a’lam.

   

HBI Health & Homoeopathy Centre
drhatta123@gmail.com

 


Sumber:

Virtual copyright © HBI HEALTH & HOMOEOPATHY CENTRE 2017