|
|
|
Bandaraya Melaka Bersejarah |
|
|
Alor Gajah |
|
|
Jasin |
| Pengenalan - Melaka (Malacca) adalah sebuah
negeri di Selatan Malaysia dengan ibu negerinya juga bernama Melaka.
Walaupun sejarah kesultanan Melaka begitu terkenal dalam sejarah Melayu,
tetapi pada hari ini ia tidak mempunyai Sultan. Kini ketua negerinya
bergelar Yang Di Pertuan Negeri, yang mana pada waktu ini dipimpin oleh Tun
Datuk Seri Utama Mohd. Khalil b. Yaakob. Ketua
Menteri Melaka (Chief Minister of the state) ialahs YAB Datuk Seri Hj.
Mohd Ali b. Mohd Rustam.
Orang yang menemui Melaka ialah Parameswara, seorang anak raja dari Sumatra pada awal abad ke 15. Apabila baginda memeluk Islam pada 1414, baginda menjadi Sultan Melaka yang pertama. Bermula dari sebuah perkampungan nelayan, ia kemudiannya menjadi sebuah pelabuhan penting di rantau asia tenggara. Tempat persinggahan utama dan strategik di antara China - India. Pada Ogos 24, 1511, ia ditakluki oleh Portugis yang diketuai oleh Alfonso d'Albuquerque. Kemudian ia jatuh pula ke tangan Belanda (Dutch) yang mendapat kerjasama dari Sultan Johor pada tahun 1641 dalam peperangan dengan Portugis. Melalui satu perjanjian pada tahun1824 - Anglo-Dutch Treaty, mulai tahun 1826 Melaka diperintah oleh Inggeris (British East India Company). Selepas penaklukan Jepun dan Inggeris kembali ke Malaya pada tahun 1946, Melaka bersama semua negeri di tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada tahun 1957. Negeri yang bersempadan dengan Melaka ialah Negeri Sembilan di Utara dan Johor di Selatan. Di sebelah Barat ialah Selat Melaka. Keluasan kawasan 1650 km per segi. Penduduknya kini hampir sejuta orang (648,500 pada 2001). 50% dari masyarakat di Melaka terdiri dari orang Melayu, 40% China dan bakinya orang India dan Portugis. Anda boleh ke Melaka dengan keretapi melalui stesen di Tampin, yang jaraknya kira-kira 30 km dari Bandar Melaka. Dengan kenderaan masuk melalui lebuh raya utara selatan (PLUS), exit Ayer Keroh, Alor Gajah atau Pedas-Linggi. Terminal bas menghubungi bandar Melaka dengan majoriti bandar utama di seluruh Malaysia. Menerusi udara, boleh juga dengan menggunakan lapangan terbang Batu Berendam.
|
||
| Senarai sekolah-sekolah kebangsaan (menengah & rendah) negeri Melaka, klik salah satu dari 3 daerah utama Melaka. Untuk ke lain-lain negri, klik pautan: Negeri Sembilan, Pahang, Selangor, Johor, Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Terengganu, Sabah, Sarawak, Singapura. Tunggu sehingga web ini disempurnakan. Untuk ke akhbar arus perdana, klik: berita harian, utusan malaysia, star, emedia, harian metro, kosmo, estidotmy, harakah daily, utusan melayu. | ||