|
AN INTERVIEW WITH Master Trainer in homoeopathy (4) at MHVI (in B.Melayu) - Mr. Mohamed Hatta, HMD: |
||
Kandungan:
1.
Di sebalik ubat cerdaskan minda
2.
Tidak benar kilang ubat homeopati belum wujud di Malaysia
3.
Malaysia Perlukan Farmakopeia Homeopati
|
*********** |
|
|
Di
sebalik ubat cerdaskan otak
Dalam pasaran di Malaysia hari
ini terdapat begitu banyak penawar minda. Suatu kekeliruan yang berlaku
di kalangan masyarakat pula iaitu kesan daripada iklan atau
pernyataan-pernyataan orang tertentu yang mempromosi barangan mereka
dengan nama ubat cerdas (smart pills) atau ubat kecemerlangan
minda. Ini termasuklah penawar-penawar
homeopati, khususnya yang diiklankan oleh akhbar-akhbar yang bukannya
akhbar arus perdana. Pada hakikatnya, memanglah terdapat
penawar-penawar homeopati yang mempunyai kesan terhadap minda. Sekiranya
terdapat masalah mudah lupa, sukar faham apa yang diajar, resah bimbang
dan seumpamanya, masalah-masalah itu boleh ditemukan dengan
penawar-penawar homeopati tertentu. Dari segi amalannya ia harus
dipreskripsikan oleh pengamal homeopati setelah melalui proses
konsultasi sebagaimana juga dalam merawat sebarang penyakit. Tetapi oleh kerana penawar-penawar
kombinasi menjadi semakin popular dan mudah dipasarkan, timbullah idea
sesetengah syarikat untuk memasarkannya sebagai produk minda. Masyarakat perlu jelas bahawa penawar
homeopati dalam bentuk kombinasi pun memang boleh memberi kesan terhadap
minda. Ia boleh dipasarkan secara komersial
justeru gabungan beberapa penawar itu memungkinkan lebih banyak simptom
minda dan simptom fizikal dapat dikumpulkan di dalam satu remedi. Tetapi seperti ubat-ubatan lain, ia
bukanlah ubat bagi mencerdaskan atau mencemerlangkan pencapaian dalam
peperiksaan. Walaupun kesan pada peringkat akhir boleh jadi sampai ke
situ. Konsep mencerdaskan minda jauh berbeza
dengan tindakan penawar dari segi mengaktifkan, merangsang atau merawat
simptom minda. Sesetengah kanak-kanak menunjukkan
perubahan yang positif setelah mengambil penawar minda homeopati
tertentu. Ini pasti berlaku sekiranya simptom pengguna itu menepati
simptom penawar yang diambil, seperti yang tertera dalam prinsip asas
rawatan homeopati. Tetapi korelasi di antara pengambilan
penawar itu dengan kecemerlangan seseorang dalam peperiksaan adalah
sesuatu yang sukar diukur. Suatu perkara yang diketahui umum juga,
semua ubat tradisional perlu didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan
untuk tujuan pemasaran dan keselamatan pengguna. Ubat-ubat itu diproses di sini dan
kandungannya yang kasar memerlukan penelitian bagi memastikan ia selamat
digunakan oleh pengguna. Tetapi sehingga hari ini, tiada satu pun kilang
homeopati wujud di Malaysia. Hampir keseluruhan penawar homeopati
diimport masuk dan dibancuh secara farmasi bagi kegunaan klinik. Kaedah itu jugalah yang digunakan dalam
membuat penawar minda homeopati, sama ada ia dikomersialkan atau
diberikan di klinik. Seandainya kilang homeopati sudah
bertapak di Malaysia, sudah tentu ramai pengamal homeopati di Malaysia
berpesta lega justeru tidak perlu membeli dari syarikat yang
mengimportnya dari England, Jerman, Pakistan dan India. Demikian juga sudah pasti di negara kita
boleh ditemui Malaysian Homoeopathic Pharmocopoeia sebagaimana yang ada
di negara-negara lain yang memberi garis panduan bagaimana
penawar-penawar itu dibuat atau dikilangkan. Taktik menggembar-gemburkan sesetengah
ubat hoemopati itu sebagai dikilangkan oleh kilang bertaraf GMP
mengelirukan ramai pengguna, bahkan pengedar barangan itu sendiri. Pertama urusan pengilangan yang sebenar
tidak berlaku. Kedua, kilang GMP tradisional hanya diperiksa dari sudut
keselamatan bukan keberkesanan ubat. Ketiga, dalam keadaan bagaimanapun,
dispensing penawar homeopati adalah selamat kerana tiada kandungan dadah
dan urusan ini boleh dirujuk kepada Bahagian Farmaseutikal Kebangsaan,
Pusat Racun Negara atau Kementerian Kesihatan. Malang sekali dalam perkembangan
homeopati di Malaysia, ada syarikat-syarikat ubat tradisional yang tidak
mengetahui apa-apa pun mengenai homeopati boleh mengiklankan bahawa
mereka mengilangkan penawar homeopati dengan kilang GMP herba. Ada daripada kalangan mereka tidak
mempunyai seorang pengamal pun di pejabat dan tidak mampu melayan
sebarang masalah yang dibangkitkan pengguna apabila
pertanyaan-pertanyaan dikemukakan oleh pengguna mengenai kesan ubat atau
masalah-masalah sampingan lain. Ini merupakan sesuatu yang mengaibkan
pengamal dan Persatuan Perubatan Homeopati di Malaysia. Tetapi tiada apa pun yang dapat mereka
lakukan justeru pihak berkenaan telah tersilap meletakkan perubatan
homeopati di bawah sistem perubatan tradisional. Suatu perkara yang
tidak wajar berlaku di peringkat awal lagi. Dalam keadaan perubatan tradisional gah
dengan kilang-kilang GMPnya, mereka yang kononnya memperjuangkan
homeopati tersepit di antara ketidakmampuan membina kilang sendiri dan
akta yang ada. - MOHAMED HATTA ABU BAKAR, Besut,
Terengganu. Kirim pendapat anda melalui faks
03-92239854 atau pendapat@utusan.com.my [Utusan
Malaysia - 26 March 2002]
Tidak
benar kilang ubat homeopati
belum wujud di Malaysia
Saudara Pengarang,
SAYA tertarik dengan tulisan Mohamed Hatta Abu
Bakar bertajuk Di sebalik ubat cerdaskan minda, yang disiarkan
dalam ruangan Pendapat Utusan Malaysia 26 Mac, 2002. Saya ingin
berkongsi pendapat beliau sambil menambah fakta.
Memang benar kini terdapat banyak produk yang dikaitkan dengan
minda - daripada susu, kain lampin kanak-kanak,
hinggalah kepada produk jenis ubatan
berasaskan herba (seperti Gingko, Ginseng), homeopati dan
biokimia.
Saya tidak tertarik untuk mempersoalkan pandangan penulis tentang
kesan produk-produk tersebut. Cuma beliau tersilap apabila menyatakan,
``tetapi sehingga
Untuk pengetahuan pembaca memang sudah wujud kilang homeopati di
tanah air kita ini, iaitu Darulaman Homeopathic Laboratories (M) Sdn.
Bhd. (Pendaftaran No. ), yang beroperasi di alamat 58 dan 62, Taman
Industri KEDA, Napoh, Jitra, Kedah. Kilang ini,
Kini antara keluarannya ialah ubat berasas sistem
homeopati, biokimia Schuessler dan herba. Memang
Homeolab berhasrat mengeluarkan tinktur dan remedi
cairan homeopati, ubatan biokimia Schuessler untuk jualan
Namun demikian buat masa ini pengeluaran adalah terhad kepada
kegunaan sendiri dan bekalan kepada Era Edar Marketing Sdn. Bhd. dan
cawangan-cawangan klinik Prof
Penubuhan Homeolab adalah atas usaha yang gigih dan
Penaung dan Penasihat Homeolab ialah Prof. Dr. Azizan
Memang terdapat banyak farmakopeia (buku rujukan penyediaan
ubatan). Antara yang terkenal ialah farmakopeia
Amerika Syarikat, British, Eropah, Jerman, Perancis,
Itali, Rusia, Pakistan dan India. Sebenarnya kita tidak
memerlukan satu farmakopeia khusus untuk dan
kajian pengesahannya pun dijalankan di sana. Lainlah jika
kita hendak mengeluarkan ubat-ubatan homeopati daripada
tumbuh-tumbuhan iklim khatulistiwa seperti yang terddapat
di negara kita ini.
Memang ada potensi
tumbuhan kita dijadikan ubat homeopati. Akan tetapi tidak perlulah kita
ada farmakopeia sendiri, memadai diguna pakai kaedah yang ditunjukkan
dalam farmakopeia luar negara.
Seperkara yang harus disebutkan juga ialah bukan suatu hal yang
mudah hendak menyediakan ubat homeopati yang boleh dijamin mutu dan
efikasinya. Mutu dan efikasi berkait rapat dengan sediaan bahan ubat
yang betul, musim memungut dan peringkat pertumbuhan herba, dan tempat
dipungut. Juga harus diingat oleh setiap pengamal homeopati tulen bahawa
ubat-ubat yang diimport dar negara-negara tertentu tidak semestinya
mempunyai mutu yang diharapkan.
Faktor pencemaran udara dan air yang mencemar bahan ubat juga
menjadi faktor yang harus diutamakan. Misalnya selepas peristiwa
kebocoran kilang nuklear di Chernobil di Ukraine (April 1986), pihak
kami terus tidak mendapat bekalan bahan ubat dari Caucasus atau Eropah
Timur kerana bimbang akan bahan ubat yang tercemar oleh bahan nuklear.
Demikian juga semasa meletupnya kilang Union Carbide di Bhopal,
India (Disember 1984) dan ujian meletupkan bom nuklear di India dan
Pakistan (Mei 1998) menimbulkan rasa bimbang akan tercemarnya bahan
tumbuhan ubat yang memaksa kami tidak mendapatkan ubat daripada
negara-negara tersebut. Kesihatan pesakit adalah diutamakan, bukan keuntungan semata-mata. -
JAMALUDDIN MAT PIAH,
Pengarah Urusan, Homeolab. [Utusan
Malaysia – 28 March 2002]
|
Malaysia
Perlukan Farmakopeia Homeopati
(die-mail
kepada ruangan Forum Utusan Malaysia – tidak disiarkan) Alhamdulillah,
sekurang-kurangnya ada respons daripada wakil Homeolab. Bagaimanapun
nampaknya reaksi daripada pengilang lain, khususnya yang membuat iklan
mega di dalam akhbar bukan arus perdana, belum kelihatan. Begitu juga
pemerhati lain. Persatuan dan pengamal homeopati, umpamanya….
Sebenarnya negara kita memang memerlukan sebuah farmakopeia
homeopati. Farmakopeia merupakan suatu buku yang penting, tertinggi dan
autoritatif yang dikeluarkan oleh kerajaan sesebuah negara atau badan
yang dipertanggungjawabkan oleh pihak kerajaan negara berkenaan. Di
dalamnya terdapat fakta saintifik dan logik mengenai peraturan-peraturan
penyelarasan bahan-bahan ubat, yang mengandungi arahan-arahan dalam
mengumpul bahan daripada pelbagai sumber bagi menyediakan, mengawetkan,
menyebatikan dan mengkombinasikan pelbagai ubat-ubatan.
Selain
sebagai sebuah buku saintifik dan teoretikal, dalam homeopati
farmakopeia mengandungi arahan-arahan bagaimana untuk mendispens penawar.
Farmakopeia yang diterbitkan oleh badan berautoriti dianggap “rasmi”
sementara yang dikeluarkan oleh individu dianggap “tidak rasmi”.
Amerika Syarikat, Britain, Eropah, Jerman, Perancis, Itali, Rusia,
Pakistan dan India semuanya mempunyai farmakopeia masing-masing.
Tanggapan yang menyatakan bahawa “tidak perlulah kita ada
farmakopeia sendiri, memadai diguna pakai kaedah yang ditunjukkan dalam
farmakopeia luar negara” (tulisan sdr Jamaluddin Mat Piah, Utusan
Malaysia 28 March) adalah suatu langkah mundur dan tidak membantu
memajukan sebuah negara Malaysia. Alasan-alasan yang dikemukakan untuk
tidak mewujudkan sebuah farmakopeia sendiri tidak lebih daripada
kenyataan apologi.
Sekiranya Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamed boleh mengilham dan
mengusahakan sehingga Malaysia mampu mengeluarkan kereta nasional hanya
selepas beberapa tahun menjadi Perdana Menteri, adalah sangat tidak
patut pengamal homeopati ataupun pengilang ubat homeopati masih berdiri
dan tercungap-cungap mengatakan “tidak perlulah kita ada
farmakopeia sendiri, memadai diguna pakai kaedah yang ditunjukkan dalam
farmakopeia luar negara”.
Walhal homeopati sudah bertapak di Malaysia selama lebih 50 tahun.
Bagaimanakah dalam usia yang begitu lama, kita boleh berdiri di atas
paksi yang lama dan sama, tidak maju-maju. Sedangkan pada waktu yang
sama para pengamal homeopati memohon kepada Kementerian Kesihatan supaya
diploma dan ijazah persatuan diiktiraf sebagai setaraf dengan
“doktor” perubatan (???). Saya fikir, sekurang-kurangnya sebagai
rakyat Malaysia yang membawa Visi 2020 kita harus mempunyai cita-cita ke
arah mewujudkan satu farmakopeia bagi sebuah negara Malaysia yang
merdeka dan berdaulat.
Sekarang hakikatnya, GMP yang diperoleh oleh Homeolab sama saja
dengan GMP yang didapati oleh lelain pengilang tradisional, sama ada
mereka mengeluarkan penawar ikan linang, minyak gamat, madu halia atau
herba pelangsing badan. Dalam keadaan itu, siapa boleh menghalang
penawar-penawar homeopati dikilangkan (kononnya) oleh
pengilang-pengilang berkenaan. Ini berlaku kerana kilang-kilang GMP
mereka berada di bawah piawai yang sama. Dan ujian yang dibuat hanyalah
ke atas keselamatan ubat bukan terhadap keberkesanan penawar.
Lagipun semua ubat-ubat homeopati dan herba tradisional boleh
didaftarkan dengan menghantar borang dan menunjukkan surat persetujuan
lantikan dari mana-mana pengilang GMP yang dilantik secara kontrak.
Bahagian Farmaseutikal Kebangsaan atau Kementerian Kesihatan tidak
memantau sama ada benar atau tidak penawar-penawar itu dibuat di kilang
tersebut. Jadi apakah yang hendak digahkan dengan status GMP tradisional
pada iklan sekiranya tiada pertanggungjawaban dari segi penggunaannya.
Apabila kita bangkitkan perkara ini, tidak pula bermakna kita
ingin supaya pihak berkenaan memperketatkan peraturan. Kita tahu bahawa
pihak kementerian berbuat demikian supaya tidak menyukarkan
pengeluar-pengeluar herba tempatan yang kebanyakannya tidak mempunyai
modal yang besar. Mereka tetap boleh mengeluarkan produk mereka walaupun
tidak mempunyai kilang khas. Ini juga bagi tujuan memajukan produk herba
tempatan di pasaran.
Sekiranya kita hendak membezakan penawar homeopati dengan penawar
herba dan ubat moden alopati, saya lebih suka menyarankan supaya semua
pengamal homeopati di Malaysia berkumpul dan mengusahakan satu cadangan
farmakopeia tempatan di mana semua pengilang yang mendakwa mengeluarkan
penawar-penawar homeopati mesti mematuhi garis panduan tersebut.
Selain itu, piawai bagi sebuah kilang penawar-penawar homeopati
juga harus berbeza dengan piawai sebuah kilang herba. Di antaranya,
hendaklah dimasukkan ujian keberkesanan terhadap penawar-penawar
homeopati yang dikeluarkan. Kaedah ujian keberkesanan itu ialah menerusi
amalan ‘ujibukti’ (atau “proving”) kerana semua yang
terlibat dalam sistem perubatan ini sedia maklum bahawa itu saja kaedah
yang diterimapakai dalam menguji keberkesanan penawar homeopati.
Mereka yang tidak mematuhi garis panduan di atas dan tidak
menjalankan ujian keberkesanan yang disebut “proving” tidak
wajar diberi pengiktirafan, sama ada pengiktirafan penawar itu sebagai
penawar homeopati maupun pengiktirafan kilang itu sebagai kilang penawar
homeopati. Ini menjamin ketulinan dan kesahihan penawar homeopati yang
diproses.
Apabila mereka yang berilmu sahaja yang terlibat dalam urusan ini,
tentulah pula mereka mempunyai pakar rujuk yang berupaya menangani
sebarang persoalan dan masalah berhubung dengan penggunaan penawar yang
dikeluarkan itu. Khidmat konsultasi bagi melayani masalah pelanggan
apabila membekalkan penawar homeopati sewajarnya menjadi intipati dalam
perniagaan barangan homeopati yang bertanggungjawab.
Saya percaya usaha murni ini boleh dilakukan, jika kita punya
kemauan. Dr. Azizan Hj. Ismail, seorang sahabat dan jutawan homeopati,
boleh memimpin jawatankuasa pembentukan farmakopeia ini sekiranya
dipersetujui oleh semua pengamal homeopati di Malaysia.
Berfikirlah untuk negara Malaysia. Malaysia boleh. Ahli homeopati
bagaimana?? -
Mohamed Hatta Abu Bakar, Besut Terengganu. [Laman
web HBI – 12 April 2002]
|
|
Admin HBI ; huzib123@gmail.com
Malaysia Homeopathy Cyber Library edited 2011