|
AN INTERVIEW WITH Master Trainer in homoeopathy (2) at MHVI (in B.Melayu) - Mr. Mohamed Hatta, HMD: |
||
|
Doctor’s
mission Misi Doktor Homeopati |
*********** |
|
|
Apakah tugas seorang pengamal homeopati? Tugas seorang pengamal homeopati telah
digariskan oleh Dr. Hahnemann di dalam bukunya, Organon of Medicine,
iaitu “The physician’s high and only mission is to restore the
sick to health, to cure, as it is termed”. Maksudnya? Maknanya telahpun diperincikan di dalam
Organon. Yakni tidak perlu bagi seorang doktor itu berlagak
pandai, membicarakan tentang pelbagai teori, membuat spekulasi-spekulasi
dan hipotesis mengenai hakikat penyakit dan asal-usulnya. Itu semua
kegemaran seorang alopati. Tumpukan sahaja kegiatan anda kepada usaha
penyembuhan. Saya fakir cukup setakat itu. Tidak perlulah saya ulas
panjang, hal itu boleh dirujuk dalam tafsiran Organon atau buku
yang ditulis oleh Dr. Kent. Apakah para pengamal homeopati berpegang teguh kepada prinsip ini? Seharusnya begitulah. Tetapi itu tidak
bermakna tiada yang tergelincir. Tergelincir? Boleh Dr. jelaskan!! Mereka yang tergelincir ialah mereka
yang meletakkan matlamat lain sebagai keutamaan. Umpamanya mereka
mengejar wang sehingga menganiaya pesakit. Seperti kes yang kita dengar
di mana pesakit dikenakan caj sampai RM3,000 untuk rawatan AIDS. Itupun
kalau benar laporan akhbar. Tetapi pesakit yang datang mengadu kepada
sayapun ada. Antaranya, ada seorang yang datang mengadu beliau diberikan
penawar pencegah selsema dan dikenakan caj RM200.
Habis apa tindakan pesakit tersebut? Tiada apa-apa. Saya cuma memaklumkan
kepadanya bahawa tindakan doktor itu melampau. Beliau boleh melaporkan
kepada persatuan. Tetapi apa persatuan boleh buat. Saya fikir lebih baik
dia laporkan kepada persatuan pengguna. Tidakkah itu menjatuhkan imej homeopati? Memang ya. Namun apa yang boleh kita
buat sekiranya persatuan yang memberi diploma itu tidak memberi didikan
dan semangat Organon, mengamalkan sikap empati atau persaudaraan
Islam. Satu persoalan lagi… Apakah tugas para 1 Organon itu juga bermaksud seseorang itu harus bertugas sebagai pengamal homeopati sepenuh masa? Maksud pertanyaan sdra? Maksud saya seorang pengamal itu harus membuka sebuah klinik dan berada di situ sekurang-kurangnya dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Ha!! Sdra silap. Mereka yang berfikiran
begitu juga tidak memahami Organon. Termasuk mereka yang membuka
klinik, kalau begitulah cara pemikiran mereka. Saya kurang faham. Tolong jelaskan. Sebenarnya makna kenyataan para 1
Organon itu ialah seseorang yang memberi komitmen kepada homeopati mesti
bekerja sepenuh masa, 24 jam. Dia harus merawat dan berusaha
menyembuhkan pesakit tanpa mengira di mana dia berada. Sama ada dia di
pejabat, di rumah, di tempat kerja, di tengah jalan atau di mana saja.
Tidakkah itu juga disebut di dalam sumpah setia Hippocrates? Mereka yang
membaca sejarah hidup dan perjuangan Dr. Hahnemann pasti mengetahui
bahawa Dr. Hahnemann sendiri tidak pernah menolak pesakit yang memohon
dirawat walaupun orang tersebut datang di malam hari. |
Jadi, Dr. menyokong seorang pengamal homeopati itu membuat dua kerja? Bukan saja dua, malah tiga atau empat.
Dia boleh melaksanakan tugas sebagai seorang muslim sepenuh masa,
pengamal sepenuh masa, konsultan bagi syarikat, dan bekerja di pejabat
juga? Tiada masalah. Malahan mereka inilah yang tidak akan mengenakan
caj rawatan yang melampau kerana mereka mempunyai sara hidup yang tetap.
Berbalik kepada soal waktu kerja tadi, kalau saya boleh tambah. Saya
pernah lihat peristiwa yang menyayatkan hati saya sendiri. Iaitu seorang
ibu membawa anaknya untuk dirawat kepada seorang pengamal homeopati.
Tapi waktu itu sudah pukul 5.05 minit petang. Pengamal itu sudah mahu
tutup klinik. Puas wanita itu merayu, tetapi pengamal itu tidak mahu
melayan kerana katanya masa rawatan sudah tamat. Jadi saya ingin
bertanya pada sdra, apa maknanya ni? Apakah orang ini faham prinsip Organon
atau tidak?
|
|
Admin HBI ; huzib123@gmail.com
Malaysia Homeopathy Cyber Library edited 2011