Surah Az Zumar

 

Ayat 1

تَنزِيلُ الْكِتَابِ مِنَ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ

 

Translation

Turunnya Kitab Al-Qur'an ini dari Allah, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.



Surah Az Zumar

 

Ayat 2

إِنَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ فَاعْبُدِ اللَّهَ مُخْلِصًا لَّهُ الدِّينَ

 

Translation

Sesungguhnya Kami turunkan Kitab ini kepadamu dengan membawa kebenaran; maka sembahlah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya.



Surah Az Zumar

 

Ayat 3

أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ أَوْلِيَاء مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ

 

Translation

Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sedamping-dampingnya. Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).



Surah Az Zumar

 

Ayat 4

لَوْ أَرَادَ اللَّهُ أَنْ يَتَّخِذَ وَلَدًا لَّاصْطَفَى مِمَّا يَخْلُقُ مَا يَشَاء سُبْحَانَهُ هُوَ اللَّهُ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ

 

Translation

Kalaulah Allah menghendaki seorang anak, tentulah Ia memilih dari apa yang dikehendaki-Nya dari makhluk-makhluk ciptaan-Nya; Maha Sucilah Dia. Dialah Allah, Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaan-Nya segala-galanya.



Surah Az Zumar

 

Ayat 5

خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ يُكَوِّرُ اللَّيْلَ عَلَى النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النَّهَارَ عَلَى اللَّيْلِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُسَمًّى أَلَا هُوَ الْعَزِيزُ الْغَفَّارُ

 

Translation

Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada tujuan yang benar; Ia menjadikan malam melengkari siang, dan menjadikan siang melengkari malam; dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintah-Nya, setiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.



Surah Az Zumar

 

Ayat 6

خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَأَنزَلَ لَكُم مِّنْ الْأَنْعَامِ ثَمَانِيَةَ أَزْوَاجٍ يَخْلُقُكُمْ فِي بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ خَلْقًا مِن بَعْدِ خَلْقٍ فِي ظُلُمَاتٍ ثَلَاثٍ ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ لَهُ الْمُلْكُ ل

 

Translation

Ia menciptakan kamu dari diri yang satu, kemudian dijadikan daripadanya isterinya; dan Ia mengadakan untuk kamu binatang ternak lapan ekor berpasangan. Ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu dari satu kejadian ke satu kejadian dalam tiga kegelapan. Demikianlah Allah Tuhanmu; bagi-Nyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan Dia; oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan?



Surah Az Zumar

 

Ayat 7

إِن تَكْفُرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنكُمْ وَلَا يَرْضَى لِعِبَادِهِ الْكُفْرَ وَإِن تَشْكُرُوا يَرْضَهُ لَكُمْ وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى ثُمَّ إِلَى رَبِّكُم مَّرْجِعُكُمْ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَات

 

Translation

Kalaulah kamu kufur maka sesungguhnya Allah tidak berhajatkan kamu; dan Ia tidak redhakan hamba-Nya yang kufur; dan jika kamu bersyukur, Ia meredhai bagimu. Dan seseorang yang memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. Kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kembalinya kamu, maka Ia akan memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu telah kerjakan. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui isi hatimu.



Surah Az Zumar

 

Ayat 8

وَإِذَا مَسَّ الْإِنسَانَ ضُرٌّ دَعَا رَبَّهُ مُنِيبًا إِلَيْهِ ثُمَّ إِذَا خَوَّلَهُ نِعْمَةً مِّنْهُ نَسِيَ مَا كَانَ يَدْعُو إِلَيْهِ مِن قَبْلُ وَجَعَلَ لِلَّهِ أَندَادًا لِّيُضِلَّ عَن سَبِيلِهِ قُلْ تَمَتَّعْ بِكُفْرِكَ قَلِيلًا إِنَّكَ مِنْ أَصْ

 

Translation

Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Tuhannya dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepada-Nya; kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat daripada-Nya, lupalah ia akan segala bahaya yang menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu, dan ia menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah, untuk menyesatkan dirinya dari jalan Allah. Katakanlah: Bersenang-senanglah engkau dengan kekufuranmu bagi sementara, sesungguhnya engkau dari penduduk Neraka.



Surah Az Zumar

 

Ayat 9

أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ آنَاء اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحْذَرُ الْآخِرَةَ وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُوا الْأَلْبَابِ

 

Translation

Apakah orang yang taat beribadat diwaktu malam dengan sujud dan berdiri, ia takutkan azab hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya, sama dengan orang musyrik? Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang dapat mengambil peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna.



Surah Az Zumar

 

Ayat 10

قُلْ يَا عِبَادِ الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا رَبَّكُمْ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا فِي هَذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌ وَأَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةٌ إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ

 

Translation

Katakanlah: Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman! Bertakwalah kepada Tuhan mu. Orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan di akhirat. Dan bumi Allah ini luas. Sesungguhnya orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.



Surah Az Zumar

 

Ayat 11

قُلْ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ اللَّهَ مُخْلِصًا لَّهُ الدِّينَ

 

Translation

Katakanlah lagi wahai Muhammad: Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepada-Nya.



Surah Az Zumar

 

Ayat 12

وَأُمِرْتُ لِأَنْ أَكُونَ أَوَّلَ الْمُسْلِمِينَ

 

Translation

Dan aku diperintahkan supaya menjadi orang yang awal pertama berserah diri bulat-bulat.



Surah Az Zumar

 

Ayat 13

قُلْ إِنِّي أَخَافُ إِنْ عَصَيْتُ رَبِّي عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ

 

Translation

Katakanlah lagi: Sesungguhnya aku takut, jika aku menderhakai Tuhanku akan diazab dihari yang besar.



Surah Az Zumar

 

Ayat 14

قُلِ اللَّهَ أَعْبُدُ مُخْلِصًا لَّهُ دِينِي

 

Translation

Katakanlah: Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan agamaku kepada-Nya.



Surah Az Zumar

 

Ayat 15

فَاعْبُدُوا مَا شِئْتُم مِّن دُونِهِ قُلْ إِنَّ الْخَاسِرِينَ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنفُسَهُمْ وَأَهْلِيهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَلَا ذَلِكَ هُوَ الْخُسْرَانُ الْمُبِينُ

 

Translation

Maka sembahlah kamu apa yang kamu kehendaki, selain dari Allah. Katakanlah: Sesungguhnya orang yang rugi ialah orang yang merugikan dirinya sendiri dan pengikut-pengikutnya pada hari kiamat. Ingatlah, yang demikian itulah kerugian yang jelas nyata.



Surah Az Zumar

 

Ayat 16

لَهُم مِّن فَوْقِهِمْ ظُلَلٌ مِّنَ النَّارِ وَمِن تَحْتِهِمْ ظُلَلٌ ذَلِكَ يُخَوِّفُ اللَّهُ بِهِ عِبَادَهُ يَا عِبَادِ فَاتَّقُونِ

 

Translation

Bagi mereka, disediakan lapisan dari api menyerkup di atas mereka, dan lapisan dari api di bawah mereka; dengan yang demikian, Allah menakutkan hamba-hamba-Nya: Oleh itu, bertakwalah kepada-Ku wahai hamba-hamba-Ku!



Surah Az Zumar

 

Ayat 17

وَالَّذِينَ اجْتَنَبُوا الطَّاغُوتَ أَن يَعْبُدُوهَا وَأَنَابُوا إِلَى اللَّهِ لَهُمُ الْبُشْرَى فَبَشِّرْ عِبَادِ

 

Translation

Dan orang yang menjauhi Taghut, dan merujuk kembali kepada Allah, mereka akan beroleh berita gembira; oleh itu gembirakanlah hamba-hamba-Ku.



Surah Az Zumar

 

Ayat 18

الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ أُوْلَئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ وَأُوْلَئِكَ هُمْ أُوْلُوا الْأَلْبَابِ

 

Translation

Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepada-Nya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya; mereka itulah orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, dan mereka itulah orang yang berakal sempurna.



Surah Az Zumar

 

Ayat 19

أَفَمَنْ حَقَّ عَلَيْهِ كَلِمَةُ الْعَذَابِ أَفَأَنتَ تُنقِذُ مَن فِي النَّارِ

 

Translation

Apakah orang yang telah ditetapkan atasnya hukuman azab, maka adakah engkau berkuasa menyelamatkan orang yang di dalam Neraka?



Surah Az Zumar

 

Ayat 20

لَكِنِ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ لَهُمْ غُرَفٌ مِّن فَوْقِهَا غُرَفٌ مَّبْنِيَّةٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَعْدَ اللَّهِ لَا يُخْلِفُ اللَّهُ الْمِيعَادَ

 

Translation

Tetapi orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka, di bina untuk mereka mahligai yang tinggi bertingkat-tingkat, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Itulah janji yang telah di tetapkan oleh Allah; Allah tidak akan mengubah janji-janji-Nya.



Surah Az Zumar

 

Ayat 21

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ أَنزَلَ مِنَ السَّمَاء مَاء فَسَلَكَهُ يَنَابِيعَ فِي الْأَرْضِ ثُمَّ يُخْرِجُ بِهِ زَرْعًا مُّخْتَلِفًا أَلْوَانُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَجْعَلُهُ حُطَامًا إِنَّ فِي ذَلِكَ لَذِكْرَى لِأُوْلِي الْأَلْبَا

 

Translation

Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkannya menjadi mata air-mata air di bumi; kemudian Ia menumbuhkan dengannya tanam-tanaman yang berbagai jenis dan warna; kemudian tanam-tanaman kelihatan berupa kuning; kemudian Ia menjadi hancur bersepai. Sesungguhnya segala yang tersebut itu mengandungi peringatan bagi orang yang berakal sempurna.



Surah Az Zumar

 

Ayat 22

أَفَمَن شَرَحَ اللَّهُ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ فَهُوَ عَلَى نُورٍ مِّن رَّبِّهِ فَوَيْلٌ لِّلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُم مِّن ذِكْرِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

 

Translation

Adakah orang yang dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap dalam cahaya dari Tuhannya, sama seperti orang yang tertutup hatinya? Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras hatinya dari mengingati Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.



Surah Az Zumar

 

Ayat 23

اللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا مُّتَشَابِهًا مَّثَانِيَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ ذَلِكَ هُدَى اللَّهِ يَهْدِي بِهِ مَنْ يَشَاء وَمَن يُضْلِلْ ا

 

Translation

Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Al-Qur'an yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain, yang berulang-ulang; Kulit badan orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian menjadi lembut kulit badan mereka dan tenang hati mereka kepada mengingati Allah. Itulah petunjuk Allah, Dia memberi petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang Ia kehendaki; dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada baginya seorang pemimpin pun.



Surah Az Zumar

 

Ayat 24

أَفَمَن يَتَّقِي بِوَجْهِهِ سُوءَ الْعَذَابِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَقِيلَ لِلظَّالِمِينَ ذُوقُوا مَا كُنتُمْ تَكْسِبُونَ

 

Translation

Maka adakah orang yang menahan dengan mukanya akan selaran azab yang buruk pada hari kiamat sama seperti orang yang terselamat? Dan dikatakan kepada orang yang zalim itu: Rasalah balasan apa yang kamu usahakan dahulu.



Surah Az Zumar

 

Ayat 25

كَذَّبَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ فَأَتَاهُمْ الْعَذَابُ مِنْ حَيْثُ لَا يَشْعُرُونَ

 

Translation

Orang yang terdahulu dari mereka telah mendustakan Rasul-rasul mereka, lalu mereka didatangi azab dari arah yang mereka tidak menyedarinya.



Surah Az Zumar

 

Ayat 26

فَأَذَاقَهُمُ اللَّهُ الْخِزْيَ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَلَعَذَابُ الْآخِرَةِ أَكْبَرُ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

 

Translation

Maka Allah merasakan mereka kehinaan dalam kehidupan dunia, dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat lebih besar lagi, kalaulah mereka mengetahui.



Surah Az Zumar

 

Ayat 27

وَلَقَدْ ضَرَبْنَا لِلنَّاسِ فِي هَذَا الْقُرْآنِ مِن كُلِّ مَثَلٍ لَّعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ

 

Translation

Dan sesungguhnya! Kami telah kemukakan kepada umat manusia berbagai misal perbandingan dalam Al-Qur'an ini, supaya mereka mengambil pelajaran.



Surah Az Zumar

 

Ayat 28

قُرآنًا عَرَبِيًّا غَيْرَ ذِي عِوَجٍ لَّعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ

 

Translation

Iaitu Al-Qur'an yang berbahasa Arab, yang tidak mengandungi sebarang keterangan yang terpesong; supaya mereka bertakwa.



Surah Az Zumar

 

Ayat 29

ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا رَّجُلًا فِيهِ شُرَكَاء مُتَشَاكِسُونَ وَرَجُلًا سَلَمًا لِّرَجُلٍ هَلْ يَسْتَوِيَانِ مَثَلًا الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

 

Translation

Allah memberikan misalan seorang hamba lelaki yang dimiliki oleh beberapa orang yang berkongsi yang berselisihan; dan seorang hamba lelaki yang dimiliki oleh seorang sahaja; adakah kedua-dua hamba itu sama keadaannya? Ucaplah: Alhamdulillah, bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui.



Surah Az Zumar

 

Ayat 30

إِنَّكَ مَيِّتٌ وَإِنَّهُم مَّيِّتُونَ

 

Translation

Sesungguhnya engkau wahai Muhammad akan mati, dan sesungguhnya mereka juga akan mati.



Surah Az Zumar

 

Ayat 31

ثُمَّ إِنَّكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عِندَ رَبِّكُمْ تَخْتَصِمُونَ

 

Translation

Kemudian, sesungguhnya kamu semua, pada hari kiamat, akan bertengkar berhujah di hadapan Tuhan kamu.



Surah Az Zumar

 

Ayat 32

فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن كَذَبَ عَلَى اللَّهِ وَكَذَّبَ بِالصِّدْقِ إِذْ جَاءهُ أَلَيْسَ فِي جَهَنَّمَ مَثْوًى لِّلْكَافِرِينَ

 

Translation

Maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara dusta terhadap Allah, dan mendustakan kebenaran sebaik sahaja kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah dalam Neraka Jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang yang kafir?



Surah Az Zumar

 

Ayat 33

وَالَّذِي جَاء بِالصِّدْقِ وَصَدَّقَ بِهِ أُوْلَئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ

 

Translation

Dan yang membawa kebenaran dan mengakui kebenarannya, mereka itulah orang yang bertakwa.



Surah Az Zumar

 

Ayat 34

لَهُم مَّا يَشَاءونَ عِندَ رَبِّهِمْ ذَلِكَ جَزَاء الْمُحْسِنِينَ

 

Translation

Disediakan untuk mereka apa yang mereka kehendaki di sisi Tuhan mereka; demikianlah balasan orang yang berusaha memperbaiki amal perbuatannya.



Surah Az Zumar

 

Ayat 35

لِيُكَفِّرَ اللَّهُ عَنْهُمْ أَسْوَأَ الَّذِي عَمِلُوا وَيَجْزِيَهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ الَّذِي كَانُوا يَعْمَلُونَ

 

Translation

Kerana Allah hendak menghapuskan dari mereka seburuk-buruk amal perbuatan yang mereka telah lakukan, serta membalas mereka, akan pahala mereka, dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.



Surah Az Zumar

 

Ayat 36

أَلَيْسَ اللَّهُ بِكَافٍ عَبْدَهُ وَيُخَوِّفُونَكَ بِالَّذِينَ مِن دُونِهِ وَمَن يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ

 

Translation

Bukankah Allah cukup untuk mengawal dan melindungi hamba-Nya? Dan mereka menakutkanmu dengan sembahan selain dari Allah. Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada baginya seorang pun yang memberi petunjuk.



Surah Az Zumar

 

Ayat 37

وَمَن يَهْدِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِن مُّضِلٍّ أَلَيْسَ اللَّهُ بِعَزِيزٍ ذِي انتِقَامٍ

 

Translation

Dan sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tidak ada sesiapapun yang dapat menyesatkannya. Bukankah Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas?



Surah Az Zumar

 

Ayat 38

وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلْ أَفَرَأَيْتُم مَّا تَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ إِنْ أَرَادَنِيَ اللَّهُ بِضُرٍّ هَلْ هُنَّ كَاشِفَاتُ ضُرِّهِ أَوْ أَرَادَنِي بِرَحْمَةٍ هَلْ هُنَّ مُمْسِكَاتُ رَحْمَ

 

Translation

Dan sesungguhnya! jika engkau bertanya kepada mereka: Siapakah yang mencipta langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah. Katakanlah: Bagaimana fikiran kamu tentang apa yang kamu sembah selain Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan aku sesuatu bahaya, dapatkah mereka menghapuskan bahaya-Nya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatnya itu? Katakanlah: Cukuplah Allah bagiku; kepada-Nyalah hendaknya berserah orang yang mahu berserah diri.



Surah Az Zumar

 

Ayat 39

قُلْ يَا قَوْمِ اعْمَلُوا عَلَى مَكَانَتِكُمْ إِنِّي عَامِلٌ فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ

 

Translation

Katakanlah: Wahai kaumku! Beramallah sedaya upayamu, sesungguhnya aku juga berusaha; kemudian kamu akan mengetahui kelak.



Surah Az Zumar

 

Ayat 40

مَن يَأْتِيهِ عَذَابٌ يُخْزِيهِ وَيَحِلُّ عَلَيْهِ عَذَابٌ مُّقِيمٌ

 

Translation

Siapakah yang akan didatangi azab yang menghinakannya, serta akan ditimpakan kepadanya azab seksa yang berkekalan.



Surah Az Zumar

 

Ayat 41

إِنَّا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ لِلنَّاسِ بِالْحَقِّ فَمَنِ اهْتَدَى فَلِنَفْسِهِ وَمَن ضَلَّ فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا وَمَا أَنتَ عَلَيْهِم بِوَكِيلٍ

 

Translation

Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu Kitab Al-Qur'an yang menyatakan segala kebenaran kepada umat manusia seluruhnya. Oleh itu sesiapa yang mendapat petunjuk, maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat, maka kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri; dan engkau bukanlah menjadi wakil yang bertanggungjawab ke atas mereka.



Surah Az Zumar

 

Ayat 42

اللَّهُ يَتَوَفَّى الْأَنفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَى عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الْأُخْرَى إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

 

Translation

Allah mengambil jiwa ketika sampai ajalnya, dan jiwa yang tidak mati dalam masa tidurnya; Kemudian Ia manahan jiwa orang yang Ia tetapkan atasnya matinya; dan melepaskan balik jiwa yang lain sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.



Surah Az Zumar

 

Ayat 43

أَمِ اتَّخَذُوا مِن دُونِ اللَّهِ شُفَعَاء قُلْ أَوَلَوْ كَانُوا لَا يَمْلِكُونَ شَيْئًا وَلَا يَعْقِلُونَ

 

Translation

Patutkah mereka mengambil penolong selain Allah? Bertanyalah: Dapatkah penolong itu memberi syafaat padahal semuanya tidak berakal?



Surah Az Zumar

 

Ayat 44

قُل لِّلَّهِ الشَّفَاعَةُ جَمِيعًا لَّهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

 

Translation

Katakanlah: Syafaat itu semuanya hak kepunyaan Allah; Dialah Yang Menguasai urusan langit dan bumi; kemudian kamu akan dikembalikan kepada-Nya.



Surah Az Zumar

 

Ayat 45

وَإِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَحْدَهُ اشْمَأَزَّتْ قُلُوبُ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ وَإِذَا ذُكِرَ الَّذِينَ مِن دُونِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ

 

Translation

Dan apabila disebut nama Allah Yang Satu, kesal hati mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat; dan apabila disebut nama-nama yang mereka sembah dan puja selain dari Allah, mereka dengan serta-merta riang dan gembira.



Surah Az Zumar

 

Ayat 46

قُلِ اللَّهُمَّ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ أَنتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِي مَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ

 

Translation

Ucapkanlah: Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, Engkaulah jua yang mengadili di antara hamba-hamba-Mu, mengenai apa yang mereka sentiasa berselisihan padanya.



Surah Az Zumar

 

Ayat 47

وَلَوْ أَنَّ لِلَّذِينَ ظَلَمُوا مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا وَمِثْلَهُ مَعَهُ لَافْتَدَوْا بِهِ مِن سُوءِ الْعَذَابِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَبَدَا لَهُم مِّنَ اللَّهِ مَا لَمْ يَكُونُوا يَحْتَسِبُونَ

 

Translation

Dan sekiranya orang zalim itu mempunyai segala apa yang ada di bumi, disertai sebanyak itu lagi, tentulah mereka rela menebus diri mereka dengannya daripada azab seksa yang buruk pada hari kiamat, setelah jelas nyata kepada mereka dari hukum Allah, azab yang mereka tidak pernah fikirkan.



Surah Az Zumar

 

Ayat 48

وَبَدَا لَهُمْ سَيِّئَاتُ مَا كَسَبُوا وَحَاقَ بِهِم مَّا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُون

 

Translation

Dan nyatalah kepada mereka keburukan yang mereka telah usahakan, dan mereka akan diliputi oleh azab yang mereka ejek-ejek itu.



Surah Az Zumar

 

Ayat 49

فَإِذَا مَسَّ الْإِنسَانَ ضُرٌّ دَعَانَا ثُمَّ إِذَا خَوَّلْنَاهُ نِعْمَةً مِّنَّا قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَى عِلْمٍ بَلْ هِيَ فِتْنَةٌ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

 

Translation

Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian bila Kami memberikannya sesuatu nikmat dari Kami, berkatalah ia: Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan yang ada padaku. Bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui hakikat itu.



Surah Az Zumar

 

Ayat 50

قَدْ قَالَهَا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ فَمَا أَغْنَى عَنْهُم مَّا كَانُوا يَكْسِبُونَ

 

Translation

Sebenarnya orang yang terdahulu daripada mereka telah juga berkata demikian, maka apa yang mereka usahakan itu tidak dapat menyelamatkan mereka.



Surah Az Zumar

 

Ayat 51

فَأَصَابَهُمْ سَيِّئَاتُ مَا كَسَبُوا وَالَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْ هَؤُلَاء سَيُصِيبُهُمْ سَيِّئَاتُ مَا كَسَبُوا وَمَا هُم بِمُعْجِزِينَ

 

Translation

Lalu mereka ditimpa keburukan akibat perbuatan jahat yang mereka lakukan; dan orang yang zalim di antara golongan ini akan ditimpa juga akibat buruk perbuatan jahat yang mereka lakukan, dan mereka tidak akan dapat melepaskan diri.



Surah Az Zumar

 

Ayat 52

أَوَلَمْ يَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاء وَيَقْدِرُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

 

Translation

Tidaklah mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Ia juga yang menyempitkannya? Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan yang jelas bagi orang yang beriman.



Surah Az Zumar

 

Ayat 53

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

 

Translation

Katakanlah: Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



Surah Az Zumar

 

Ayat 54

وَأَنِيبُوا إِلَى رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ مِن قَبْلِ أَن يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ

 

Translation

Dan kembalilah kepada Tuhanmu dengan bertaubat, serta berserah kepada-Nya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak dapat ditolong.



Surah Az Zumar

 

Ayat 55

وَاتَّبِعُوا أَحْسَنَ مَا أُنزِلَ إِلَيْكُم مِّن رَّبِّكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَكُمُ العَذَابُ بَغْتَةً وَأَنتُمْ لَا تَشْعُرُونَ

 

Translation

Ikutilah sebaik-baik apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.



Surah Az Zumar

 

Ayat 56

أَن تَقُولَ نَفْسٌ يَا حَسْرَتَى علَى مَا فَرَّطتُ فِي جَنبِ اللَّهِ وَإِن كُنتُ لَمِنَ السَّاخِرِينَ

 

Translation

Supaya jangan seseorang berkata: Sungguh besar kecewaku kerana aku telah melalaikan kewajipanku di sisi Allah, serta aku telah menjadi dari orang yang sungguh memperolok-olokkan agama Allah!



Surah Az Zumar

 

Ayat 57

أَوْ تَقُولَ لَوْ أَنَّ اللَّهَ هَدَانِي لَكُنتُ مِنَ الْمُتَّقِينَ

 

Translation

Atau berkata: Kalaulah Allah memberi hidayah petunjuk kepadaku, tentulah aku menjadi dari orang yang bertakwa!



Surah Az Zumar

 

Ayat 58

أَوْ تَقُولَ حِينَ تَرَى الْعَذَابَ لَوْ أَنَّ لِي كَرَّةً فَأَكُونَ مِنَ الْمُحْسِنِينَ

 

Translation

Atau berkata semasa ia melihat azab: Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang yang mengerjakan kebaikan!



Surah Az Zumar

 

Ayat 59

بَلَى قَدْ جَاءتْكَ آيَاتِي فَكَذَّبْتَ بِهَا وَاسْتَكْبَرْتَ وَكُنتَ مِنَ الْكَافِرِينَ

 

Translation

Bahkan telah datang kepadamu ayat-ayat-Ku, maka kamu telah mendustainya dan kamu sombongkan diri, dan kamu termasuk dari orang yang kufur!



Surah Az Zumar

 

Ayat 60

وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ تَرَى الَّذِينَ كَذَبُواْ عَلَى اللَّهِ وُجُوهُهُم مُّسْوَدَّةٌ أَلَيْسَ فِي جَهَنَّمَ مَثْوًى لِّلْمُتَكَبِّرِينَ

 

Translation

Dan pada hari kiamat, engkau akan melihat orang yang berdusta terhadap Allah dan yang menyatakan kesedihan itu muka mereka hitam legam; bukankah dalam Neraka Jahanam disediakan tempat tinggal orang yang sombong takbur?



Surah Az Zumar

 

Ayat 61

وَيُنَجِّي اللَّهُ الَّذِينَ اتَّقَوا بِمَفَازَتِهِمْ لَا يَمَسُّهُمُ السُّوءُ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

 

Translation

Dan Allah akan menyelamatkan orang yang bertaqwa disebabkan kemenangan mereka; mereka tidak akan ditimpa suatu yang buruk, dan tidak akan berdukacita.



Surah Az Zumar

 

Ayat 62

اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ

 

Translation

Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya.



Surah Az Zumar

 

Ayat 63

لَهُ مَقَالِيدُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

 

Translation

Dia sahajalah yang menguasai perbendaharaan langit dan bumi; dan orang yang kufurkan ayat-ayat Allah yang nyata itu, mereka itulah orang yang merugi.



Surah Az Zumar

 

Ayat 64

قُلْ أَفَغَيْرَ اللَّهِ تَأْمُرُونِّي أَعْبُدُ أَيُّهَا الْجَاهِلُونَ

 

Translation

Katakanlah: Patutkah kamu menyuruhku menyembah yang lain dari Allah, hai orang yang jahil?



Surah Az Zumar

 

Ayat 65

وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

 

Translation

Dan sesungguhnya telah diwahikan kepadamu dan Nabi-nabi sebelummu: Sesungguhnya! Jika engkau mempersekutukan Allah tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang yang rugi.



Surah Az Zumar

 

Ayat 66

بَلِ اللَّهَ فَاعْبُدْ وَكُن مِّنْ الشَّاكِرِينَ

 

Translation

Bahkan kepada Allah sahaja hendaknya kamu sembah, dan jadilah kamu dari orang yang bersyukur.



Surah Az Zumar

 

Ayat 67

وَمَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِ وَالْأَرْضُ جَمِيعًا قَبْضَتُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَالسَّماوَاتُ مَطْوِيَّاتٌ بِيَمِينِهِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ

 

Translation

Dan mereka tidak menghormati Allah dengan sebenar-benarnya, sedang bumi seluruhnya pada hari kiamat dalam genggaman-Nya, dan langit tergulung dengan kuatkuasa-Nya. Maha Sucilah Ia dan Maha Tinggi Ia dari apa yang mereka sekutukan.



Surah Az Zumar

 

Ayat 68

وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَصَعِقَ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَمَن فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَن شَاء اللَّهُ ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخْرَى فَإِذَا هُم قِيَامٌ يَنظُرُونَ

 

Translation

Dan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah; kemudian ditiup sangkakala lagi, maka dengan serta-merta mereka bangun berdiri menunggu.



Surah Az Zumar

 

Ayat 69

وَأَشْرَقَتِ الْأَرْضُ بِنُورِ رَبِّهَا وَوُضِعَ الْكِتَابُ وَجِيءَ بِالنَّبِيِّينَ وَالشُّهَدَاء وَقُضِيَ بَيْنَهُم بِالْحَقِّ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

 

Translation

Dan akan bersinarlah bumi itu dengan cahaya Tuhannya; dan akan diberikan Kitab suratan amal; dan akan dibawa Nabi-nabi serta saksi-saksi; dan dihakimi di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak kurangkan balasannya sedikitpun.



Surah Az Zumar

 

Ayat 70

وَوُفِّيَتْ كُلُّ نَفْسٍ مَّا عَمِلَتْ وَهُوَ أَعْلَمُ بِمَا يَفْعَلُونَ

 

Translation

Dan akan disempurnakan bagi tiap-tiap seorang, balasan apa yang telah dikerjakannya dan Allah lebih mengetahui akan apa yang mereka telah lakukan.



Surah Az Zumar

 

Ayat 71

وَسِيقَ الَّذِينَ كَفَرُوا إِلَى جَهَنَّمَ زُمَرًا حَتَّى إِذَا جَاؤُوهَا فُتِحَتْ أَبْوَابُهَا وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِّنكُمْ يَتْلُونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِ رَبِّكُمْ وَيُنذِرُونَكُمْ لِقَاء يَوْمِكُمْ هَذَا قَالُوا بَلَى و

 

Translation

Dan orang kafir akan dihalau ke Neraka Jahanam dengan berpasuk-pasuk, sehingga apabila mereka sampai ke Neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah penjaganya kepada mereka: Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalanganmu, yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkanmu akan pertemuan hari ini? Mereka menjawab: Ya, benar! Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang yang kafir.



Surah Az Zumar

 

Ayat 72

قِيلَ ادْخُلُوا أَبْوَابَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا فَبِئْسَ مَثْوَى الْمُتَكَبِّرِينَ

 

Translation

Dikatakan kepada mereka: Masukilah pintu-pintu Neraka Jahanam itu, kekallah kamu di dalamnya; Amat buruklah tempat tinggal orang yang sombong.



Surah Az Zumar

 

Ayat 73

وَسِيقَ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ إِلَى الْجَنَّةِ زُمَرًا حَتَّى إِذَا جَاؤُوهَا وَفُتِحَتْ أَبْوَابُهَا وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا سَلَامٌ عَلَيْكُمْ طِبْتُمْ فَادْخُلُوهَا خَالِدِينَ

 

Translation

Dan orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka dibawa masuk ke Syurga dengan berpasuk-pasuk, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga itu dibuka pintu-pintunya dan berkatalah penjaganya: Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan kekal.



Surah Az Zumar

 

Ayat 74

وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي صَدَقَنَا وَعْدَهُ وَأَوْرَثَنَا الْأَرْضَ نَتَبَوَّأُ مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ نَشَاء فَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ

 

Translation

Mereka berkata: Segala puji bagi Allah yang telah menepati janji-Nya kepada kami, dan mewariskan bumi Syurga ini untuk kami, kami menempati di Syurga ini di mana sahaja kami kehendaki; maka pemberian yang demikian ialah sebaik-baik balasan bagi orang yang beramal.



Surah Az Zumar

 

Ayat 75

وَتَرَى الْمَلَائِكَةَ حَافِّينَ مِنْ حَوْلِ الْعَرْشِ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَقُضِيَ بَيْنَهُم بِالْحَقِّ وَقِيلَ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

 

Translation

Dan engkau akan melihat malaikat beredar di sekeliling Arasy dengan bertasbih memuji Tuhan mereka, serta mereka dihakimi dengan adil; dan diucapkan: Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam!