Surah At Tuur

 

Ayat 1

وَالطُّورِ

 

Translation

Demi Gunung Tursina.



Surah At Tuur

 

Ayat 2

وَكِتَابٍ مَّسْطُورٍ

 

Translation

Dan demi Kitab yang tertulis dengan rapi.



Surah At Tuur

 

Ayat 3

فِي رَقٍّ مَّنشُورٍ

 

Translation

Pada lembaran surat yang terbuka.



Surah At Tuur

 

Ayat 4

وَالْبَيْتِ الْمَعْمُورِ

 

Translation

Dan demi Al-Baitul Makmur.



Surah At Tuur

 

Ayat 5

وَالسَّقْفِ الْمَرْفُوعِ

 

Translation

Dan demi bumbung yang tinggi.



Surah At Tuur

 

Ayat 6

وَالْبَحْرِ الْمَسْجُورِ

 

Translation

Dan demi laut yang penuh tepu dengan kepanasan.



Surah At Tuur

 

Ayat 7

إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ لَوَاقِعٌ

 

Translation

Sesungguhnya azab Tuhanmu tetap berlaku.



Surah At Tuur

 

Ayat 8

مَا لَهُ مِن دَافِعٍ

 

Translation

Tidak ada sesiapa pun yang dapat menolaknya.



Surah At Tuur

 

Ayat 9

يَوْمَ تَمُورُ السَّمَاء مَوْرًا

 

Translation

Pada hari langit dan segala isinya bergegar segegar-gegarnya.



Surah At Tuur

 

Ayat 10

وَتَسِيرُ الْجِبَالُ سَيْرًا

 

Translation

Dan gunung-ganang bergerak dari tempatnya dengan cara yang luar biasa.



Surah At Tuur

 

Ayat 11

فَوَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ

 

Translation

Maka kecelakaan dan kebinasaanlah pada hari itu bagi orang yang mendustakan kebenaran.



Surah At Tuur

 

Ayat 12

الَّذِينَ هُمْ فِي خَوْضٍ يَلْعَبُونَ

 

Translation

Iaitu orang yang leka bermain-main dalam kesesatan.



Surah At Tuur

 

Ayat 13

يَوْمَ يُدَعُّونَ إِلَى نَارِ جَهَنَّمَ دَعًّا

 

Translation

Pada hari mereka ditolak ke dalam Neraka Jahanam dengan penolakan yang sekasar-kasarnya.



Surah At Tuur

 

Ayat 14

هَذِهِ النَّارُ الَّتِي كُنتُم بِهَا تُكَذِّبُونَ

 

Translation

Inilah api Neraka yang dahulu kamu mendustakannya.



Surah At Tuur

 

Ayat 15

أَفَسِحْرٌ هَذَا أَمْ أَنتُمْ لَا تُبْصِرُونَ

 

Translation

Maka adakah ini sihir juga, atau kamu tidak nampak?



Surah At Tuur

 

Ayat 16

اصْلَوْهَا فَاصْبِرُوا أَوْ لَا تَصْبِرُوا سَوَاء عَلَيْكُمْ إِنَّمَا تُجْزَوْنَ مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

 

Translation

Rasalah bakarannya; kemudian sama ada kamu bersabar atau tidak, sama sahaja kepadamu kerana kamu dibalas terhadap apa yang kamu kerjakan.



Surah At Tuur

 

Ayat 17

إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَنَعِيمٍ

 

Translation

Sesungguhnya orang yang bertaqwa di tempatkan dalam taman-taman syurga dan nikmat kesenangan.



Surah At Tuur

 

Ayat 18

فَاكِهِينَ بِمَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ وَوَقَاهُمْ رَبُّهُمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ

 

Translation

Mereka bersenang-lenang dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan mereka, dan mereka dipelihara Tuhan dari azab Neraka.



Surah At Tuur

 

Ayat 19

كُلُوا وَاشْرَبُوا هَنِيئًا بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

 

Translation

Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman yang lazat serta baik kesudahannya, dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan.



Surah At Tuur

 

Ayat 20

مُتَّكِئِينَ عَلَى سُرُرٍ مَّصْفُوفَةٍ وَزَوَّجْنَاهُم بِحُورٍ عِينٍ

 

Translation

Mereka duduk di atas pelamin yang berderet; dan Kami jodohkan mereka dengan bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.



Surah At Tuur

 

Ayat 21

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُم بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُم مِّنْ عَمَلِهِم مِّن شَيْءٍ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ

 

Translation

Dan orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan dengan mereka; zuriat mereka dan Kami tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.



Surah At Tuur

 

Ayat 22

وَأَمْدَدْنَاهُم بِفَاكِهَةٍ وَلَحْمٍ مِّمَّا يَشْتَهُونَ

 

Translation

Dan Kami tambahi mereka dengan buah-buahan dan daging dari berbagai jenis yang mereka ingini.



Surah At Tuur

 

Ayat 23

يَتَنَازَعُونَ فِيهَا كَأْسًا لَّا لَغْوٌ فِيهَا وَلَا تَأْثِيمٌ

 

Translation

Mereka di dalam syurga itu berebut-rebut mengambil piala yang berisi arak yang tidak timbul perkara yang sia-sia dan tidak pula menyebabkan dosa.



Surah At Tuur

 

Ayat 24

وَيَطُوفُ عَلَيْهِمْ غِلْمَانٌ لَّهُمْ كَأَنَّهُمْ لُؤْلُؤٌ مَّكْنُونٌ

 

Translation

Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki di sekitar mereka, seolah-olah anak-anak muda itu mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.



Surah At Tuur

 

Ayat 25

وَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ يَتَسَاءلُونَ

 

Translation

Dan mereka berhadap-hadapan satu sama lain sambil bertanya-tanya.



Surah At Tuur

 

Ayat 26

قَالُوا إِنَّا كُنَّا قَبْلُ فِي أَهْلِنَا مُشْفِقِينَ

 

Translation

Mereka berkata: Sesunggguhnya kamu dahulu semasa berada di kalangan keluarga kami selalu merasa cemas takut.



Surah At Tuur

 

Ayat 27

فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا وَوَقَانَا عَذَابَ السَّمُومِ

 

Translation

Maka Allah mengurniakan kami (rahmat dan taufik-Nya) serta memelihara kami dari azab Neraka.



Surah At Tuur

 

Ayat 28

إِنَّا كُنَّا مِن قَبْلُ نَدْعُوهُ إِنَّهُ هُوَ الْبَرُّ الرَّحِيمُ

 

Translation

Sesungguhnya kami dahulu tetap menyembah-Nya. Kerana sesungguhnya Dialah sahaja yang sentiasa melimpahkan ihsan-Nya, lagi Maha Mengasihani.



Surah At Tuur

 

Ayat 29

فَذَكِّرْ فَمَا أَنتَ بِنِعْمَتِ رَبِّكَ بِكَاهِنٍ وَلَا مَجْنُونٍ

 

Translation

Maka berilah peringatan, dengan nikmat Tuhanmu. Kamu bukanlah seorang pawang dan bukan pula seorang gila.



Surah At Tuur

 

Ayat 30

أَمْ يَقُولُونَ شَاعِرٌ نَّتَرَبَّصُ بِهِ رَيْبَ الْمَنُونِ

 

Translation

Bahkan mereka mengatakan: Muhammad itu seorang penyair yang kami tunggu saat kebinasaannya.



Surah At Tuur

 

Ayat 31

قُلْ تَرَبَّصُوا فَإِنِّي مَعَكُم مِّنَ الْمُتَرَبِّصِينَ

 

Translation

Katakanlah: Tunggulah kamu, maka sesungguhnya aku juga dari orang yang menunggu bersama kamu.



Surah At Tuur

 

Ayat 32

أَمْ تَأْمُرُهُمْ أَحْلَامُهُم بِهَذَا أَمْ هُمْ قَوْمٌ طَاغُونَ

 

Translation

Adakah mereka disuruh oleh akal fikiran mereka dengan tuduhan yang sedemikian itu, atau mereka suatu kaum yang melampui batas?



Surah At Tuur

 

Ayat 33

أَمْ يَقُولُونَ تَقَوَّلَهُ بَل لَّا يُؤْمِنُونَ

 

Translation

Adakah mereka berkata: Dia telah mereka-reka Al-Qur'an itu. Bahkan mereka sengaja tidak beriman!



Surah At Tuur

 

Ayat 34

فَلْيَأْتُوا بِحَدِيثٍ مِّثْلِهِ إِن كَانُوا صَادِقِينَ

 

Translation

Maka hendaklah mereka membuat dan mendatangkan kata-kata seperti Al-Qur'an itu, jika betul mereka orang yang benar dakwaannya.



Surah At Tuur

 

Ayat 35

أَمْ خُلِقُوا مِنْ غَيْرِ شَيْءٍ أَمْ هُمُ الْخَالِقُونَ

 

Translation

Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang menciptakan diri mereka sendiri?



Surah At Tuur

 

Ayat 36

أَمْ خَلَقُوا السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بَل لَّا يُوقِنُونَ

 

Translation

Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? Bahkan mereka adalah orang yang tidak meyakini.



Surah At Tuur

 

Ayat 37

أَمْ عِندَهُمْ خَزَائِنُ رَبِّكَ أَمْ هُمُ الْمُصَيْطِرُونَ

 

Translation

Adakah pada tangan mereka perbendaharaan Tuhanmu, atau merekalah yang berkuasa mentadbirkan segala-galanya?



Surah At Tuur

 

Ayat 38

أَمْ لَهُمْ سُلَّمٌ يَسْتَمِعُونَ فِيهِ فَلْيَأْتِ مُسْتَمِعُهُم بِسُلْطَانٍ مُّبِينٍ

 

Translation

Adakah mereka mempunyai tangga ke langit untuk mereka mendengar. Maka biarlah orang mereka yang mendengar itu membawa bukti yang nyata.



Surah At Tuur

 

Ayat 39

أَمْ لَهُ الْبَنَاتُ وَلَكُمُ الْبَنُونَ

 

Translation

Adilkah bagi Allah anak-anak perempuan dan untuk kamu anak-anak lelaki?



Surah At Tuur

 

Ayat 40

أَمْ تَسْأَلُهُمْ أَجْرًا فَهُم مِّن مَّغْرَمٍ مُّثْقَلُونَ

 

Translation

Pernahkah engkau meminta bayaran kepada mereka, lalu mereka merasa berat menanggung bayaran itu?



Surah At Tuur

 

Ayat 41

أَمْ عِندَهُمُ الْغَيْبُ فَهُمْ يَكْتُبُونَ

 

Translation

Adakah pada sisi mereka perkara-perkara yang ghaib, lalu mereka menulis?



Surah At Tuur

 

Ayat 42

أَمْ يُرِيدُونَ كَيْدًا فَالَّذِينَ كَفَرُوا هُمُ الْمَكِيدُونَ

 

Translation

Bahkan mereka hendak melakukan rancangan jahat. Maka orang yang kafir itulah yang akan ditimpa balasan rancangan jahatnya.



Surah At Tuur

 

Ayat 43

أَمْ لَهُمْ إِلَهٌ غَيْرُ اللَّهِ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ

 

Translation

Adakah bagi mereka Tuhan selain dari Allah? Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan itu.



Surah At Tuur

 

Ayat 44

وَإِن يَرَوْا كِسْفًا مِّنَ السَّمَاء سَاقِطًا يَقُولُوا سَحَابٌ مَّرْكُومٌ

 

Translation

Dan kiranya mereka melihat sepotong besar dari langit gugur, mereka akan berkata: Itu adalah awan yang berlapis-lapis!



Surah At Tuur

 

Ayat 45

فَذَرْهُمْ حَتَّى يُلَاقُوا يَوْمَهُمُ الَّذِي فِيهِ يُصْعَقُونَ

 

Translation

Maka biarkanlah mereka sehingga mereka menemui hari yang padanya mereka akan binasa.



Surah At Tuur

 

Ayat 46

يَوْمَ لَا يُغْنِي عَنْهُمْ كَيْدُهُمْ شَيْئًا وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ

 

Translation

Iaitu hari segala rancangan jahat dan tipu daya mereka tidak dapat mendatangkan faedah kepada mereka, dan mereka pula tidak diberikan pertolongan.



Surah At Tuur

 

Ayat 47

وَإِنَّ لِلَّذِينَ ظَلَمُوا عَذَابًا دُونَ ذَلِكَ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

 

Translation

Sesungguhnya orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa selain dari azab yang tersebut, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.



Surah At Tuur

 

Ayat 48

وَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ فَإِنَّكَ بِأَعْيُنِنَا وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ حِينَ تَقُومُ

 

Translation

Dan bersabarlah menerima hukum Tuhanmu, kerana kamu dalam pengawasan Kami; dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu semasa bangunmu.



Surah At Tuur

 

Ayat 49

وَمِنَ اللَّيْلِ فَسَبِّحْهُ وَإِدْبَارَ النُّجُومِ

 

Translation

Dan juga hendaklah engkau bertasbih kepada-Nya pada waktu malam, dan ketika bintang-bintang tenggelam pada waktu subuh.