Surah At Taghaabun

 

Ayat 1

يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

 

Translation

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucapkan tasbih kepada Allah; bagi-Nyalah kuasa pemerintahan, dan bagi-Nyalah segala pujian; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.



Surah At Taghaabun

 

Ayat 2

هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ فَمِنكُمْ كَافِرٌ وَمِنكُم مُّؤْمِنٌ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

 

Translation

Dialah yang mencipta kamu; maka di antaramu ada yang kafir dan sebahagian dari kamu yang beriman; dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.



Surah At Taghaabun

 

Ayat 3

خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ وَصَوَّرَكُمْ فَأَحْسَنَ صُوَرَكُمْ وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ

 

Translation

Ia menciptakan langit dan bumi dengan benar dan Ia menentukan bentuk rupa kamu serta memperelokkan rupa kamu; dan kepada-Nyalah tempat kembali.



Surah At Taghaabun

 

Ayat 4

يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَيَعْلَمُ مَا تُسِرُّونَ وَمَا تُعْلِنُونَ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ

 

Translation

Ia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi; dan Ia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan; dan Allah sentiasa Mengetahui segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.



Surah At Taghaabun

 

Ayat 5

أَلَمْ يَأْتِكُمْ نَبَأُ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن قَبْلُ فَذَاقُوا وَبَالَ أَمْرِهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

 

Translation

Bukankah telah sampai kepada kamu berita mengenai orang kafir yang telah lalu? Lalu mereka merasai kesan yang buruk dari perbuatan kufur mereka; dan mereka beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.



Surah At Taghaabun

 

Ayat 6

ذَلِكَ بِأَنَّهُ كَانَت تَّأْتِيهِمْ رُسُلُهُم بِالْبَيِّنَاتِ فَقَالُوا أَبَشَرٌ يَهْدُونَنَا فَكَفَرُوا وَتَوَلَّوا وَّاسْتَغْنَى اللَّهُ وَاللَّهُ غَنِيٌّ حَمِيدٌ

 

Translation

Demikian itu, kerana sesungguhnya mereka pernah didatangi Rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan-keterangan maka mereka berkata: Patutkah manusia memberi petunjuk kepada kami? Lalu mereka kufur serta berpaling; dan Allah tidak memerlukan mereka; dan Allah sememangnya Maha Kaya, lagi Tetap terpuji.



Surah At Taghaabun

 

Ayat 7

زَعَمَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَن لَّن يُبْعَثُوا قُلْ بَلَى وَرَبِّي لَتُبْعَثُنَّ ثُمَّ لَتُنَبَّؤُنَّ بِمَا عَمِلْتُمْ وَذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

 

Translation

Orang kafir mengatakan bahawa mereka tidak akan dibangkitkan (sesudah mati). Katakanlah: Bahkan, demi Tuhanku, kamu akan dibangkitkan, kemudian kamu akan diberitahu tentang apa yang kamu telah kerjakan. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.



Surah At Taghaabun

 

Ayat 8

فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَالنُّورِ الَّذِي أَنزَلْنَا وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

 

Translation

Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya serta cahaya Al-Qur'an yang Kami turunkan. Dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.



Surah At Taghaabun

 

Ayat 9

يَوْمَ يَجْمَعُكُمْ لِيَوْمِ الْجَمْعِ ذَلِكَ يَوْمُ التَّغَابُنِ وَمَن يُؤْمِن بِاللَّهِ وَيَعْمَلْ صَالِحًا يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ وَيُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

 

Translation

(Ingatlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan, itulah hari masing-masing nampak kerugiannya. Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal salih, nescaya Allah ampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.



Surah At Taghaabun

 

Ayat 10

وَالَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا أُوْلَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ خَالِدِينَ فِيهَا وَبِئْسَ الْمَصِيرُ

 

Translation

Dan orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, merekalah ahli Neraka, kekallah mereka di dalamnya; itulah seburuk-buruk tempat kembali.



Surah At Taghaabun

 

Ayat 11

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَمَن يُؤْمِن بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

 

Translation

Tidak ada kesusahan yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.



Surah At Taghaabun

 

Ayat 12

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ فَإِن تَوَلَّيْتُمْ فَإِنَّمَا عَلَى رَسُولِنَا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ

 

Translation

Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah; maka kalau kamu berpaling, maka sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah Allah) dengan jelas nyata.



Surah At Taghaabun

 

Ayat 13

اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

 

Translation

Allah, tiada Tuhan melainkan Dia; dan dengan yang demikian, kepada Allah jualah orang yang beriman wajib berserah diri.



Surah At Taghaabun

 

Ayat 14

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلَادِكُمْ عَدُوًّا لَّكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ وَإِن تَعْفُوا وَتَصْفَحُوا وَتَغْفِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

 

Translation

Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; maka awaslah terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan mereka, tidak marah serta mengampunkan kesalahan mereka maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



Surah At Taghaabun

 

Ayat 15

إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَاللَّهُ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ

 

Translation

Sesunggguhnya harta-benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan disisi Allah jualah pahala yang besar.



Surah At Taghaabun

 

Ayat 16

فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَاسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَأَنفِقُوا خَيْرًا لِّأَنفُسِكُمْ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

 

Translation

Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu; dan dengarlah serta taatlah; dan membelanjakan harta kamu (dijalan kebaikan) adalah baik untuk diri kamu. Dan sesiapa yang menjaga dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang yang berjaya.



Surah At Taghaabun

 

Ayat 17

إِن تُقْرِضُوا اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا يُضَاعِفْهُ لَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللَّهُ شَكُورٌ حَلِيمٌ

 

Translation

Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik, nescaya Allah akan melipat gandakan balasan-Nya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu; dan Allah Maha Mensyukuri lagi Maha Penyantun.



Surah At Taghaabun

 

Ayat 18

عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

 

Translation

Dialah yang mengetahui segala yang ghaib dan nyata, (dan Dialah jua) yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.