Surah Asy Syura

 

Ayat 1

حم

 

Translation

Haa, Miim.



Surah Asy Syura

 

Ayat 2

عسق

 

Translation

Aiin, Siin, Qaaf.



Surah Asy Syura

 

Ayat 3

كَذَلِكَ يُوحِي إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكَ اللَّهُ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

 

Translation

Demikianlah diwahikan kepadamu dan kepada Rasul-rasul yang terdahulu daripadamu, oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.



Surah Asy Syura

 

Ayat 4

لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

 

Translation

Dialah yang menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan Dialah Yang Tertinggi keadaannya, lagi Maha Besar kekuasaan-Nya.



Surah Asy Syura

 

Ayat 5

تَكَادُ السَّمَاوَاتُ يَتَفَطَّرْنَ مِن فَوْقِهِنَّ وَالْمَلَائِكَةُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِمَن فِي الْأَرْضِ أَلَا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

 

Translation

Alam langit nyaris-nyaris pecah dari sebelah atasnya dan malaikat bertasbih dengan memuji Tuhannya serta memohon ampun bagi makhluk-makhluk yang ada di bumi. Ingatlah! Sesunggguhnya Allah, Dialah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



Surah Asy Syura

 

Ayat 6

وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ أَولِيَاء اللَّهُ حَفِيظٌ عَلَيْهِمْ وَمَا أَنتَ عَلَيْهِم بِوَكِيلٍ

 

Translation

Dan orang yang menjadikan selain dari Allah sebagai pelindung, Allah akan mengawasi tingkah laku mereka; dan kamu bukanlah menjadi wakil mereka.



Surah Asy Syura

 

Ayat 7

وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لِّتُنذِرَ أُمَّ الْقُرَى وَمَنْ حَوْلَهَا وَتُنذِرَ يَوْمَ الْجَمْعِ لَا رَيْبَ فِيهِ فَرِيقٌ فِي الْجَنَّةِ وَفَرِيقٌ فِي السَّعِيرِ

 

Translation

Dan demikianlah Kami wahikan kepadamu Al-Qur'an dalam bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada penduduk Ummul-Qura dan penduduk di kelilinginya, serta memberi peringatan mengenai hari perhimpunan yang tidak ada syak padanya; Pada hari itu sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk Neraka.



Surah Asy Syura

 

Ayat 8

وَلَوْ شَاء اللَّهُ لَجَعَلَهُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَكِن يُدْخِلُ مَن يَشَاء فِي رَحْمَتِهِ وَالظَّالِمُونَ مَا لَهُم مِّن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ

 

Translation

Dan jika Allah kehendaki, tentulah Ia menjadikan mereka satu umat; akan tetapi Allah memasukkan sesiapa yang dikehendaki-Nya ke dalam rahmat-Nya; dan orang yang zalim tidak ada baginya seorang pelindung dan tidak juga pemberi pertolongan.



Surah Asy Syura

 

Ayat 9

أَمِ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ أَوْلِيَاء فَاللَّهُ هُوَ الْوَلِيُّ وَهُوَ يُحْيِي المَوْتَى وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

 

Translation

Tidaklah patut mereka menjadikan sesuatu selain Allah sebagai pelindung kerana Allah jualah Pelindung yang sebenar-benarnya, dan Dialah yang menghidupkan makhluk-makhluk yang mati. Dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.



Surah Asy Syura

 

Ayat 10

وَمَا اخْتَلَفْتُمْ فِيهِ مِن شَيْءٍ فَحُكْمُهُ إِلَى اللَّهِ ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبِّي عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ

 

Translation

Dan apa jua perkara yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Demikian itulah Allah Tuhanku; kepada-Nyalah aku berserah diri dan kepada-Nyalah aku rujuk kembali.



Surah Asy Syura

 

Ayat 11

فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًا يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ

 

Translation

Dialah Pencipta langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan dari binatang ternak pasangan-pasangan; dengan itu dikembangkannya zuriat keturunan kamu. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan zat-Nya, dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.



Surah Asy Syura

 

Ayat 12

لَهُ مَقَالِيدُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاء وَيَقْدِرُ إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

 

Translation

Bagi-Nyalah perbendaharaan langit dan bumi; Ia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan Dia juga yang menyempitkannya. Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.



Surah Asy Syura

 

Ayat 13

شَرَعَ لَكُم مِّنَ الدِّينِ مَا وَصَّى بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى وَعِيسَى أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ اللَّهُ يَجْت

 

Translation

Allah telah menerangkan kepada kamu daripada agama, apa yang telah diperintahkan-Nya kepada Nuh, dan yang telah Kami wahikan kepadamu, dan yang telah Kami perintahkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa, iaitu: Tegakkanlah agama, dan janganlah kamu berpecah-belah pada dasarnya. Berat bagi orang musyrik menerima agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah memilih kepadanya sesiapa yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada agama-Nya itu sesiapa yang rujuk kembali kepada-Nya.



Surah Asy Syura

 

Ayat 14

وَمَا تَفَرَّقُوا إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِن رَّبِّكَ إِلَى أَجَلٍ مُّسَمًّى لَّقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الَّذِينَ أُورِثُوا الْكِتَابَ مِن بَعْدِهِمْ لَفِي شَكٍّ مِّنْهُ مُرِيبٍ

 

Translation

Dan mereka tidak berpecah belah melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan; berlakunya kerana hasad dengki sesama sendiri. Dan kalaulah tidak kerana ketetapan dari Tuhanmu dahulu hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah dijatuhkan hukuman azab kepada mereka. Dan sesungguhnya orang yang diwarisi Kitab sesudah mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap Kitab itu.



Surah Asy Syura

 

Ayat 15

فَلِذَلِكَ فَادْعُ وَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءهُمْ وَقُلْ آمَنتُ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ مِن كِتَابٍ وَأُمِرْتُ لِأَعْدِلَ بَيْنَكُمُ اللَّهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ لَا حُجَّةَ بَيْنَنَا وَ

 

Translation

Oleh kerana itu, maka serulah mereka dan tetaplah engkau sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu mereka; Katakanlah: Aku beriman kepada Kitab yang Allah turunkan, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagimu amalmu. Tidak ada pertengkaran antara kami dengan kamu. Allah akan himpunkan kita bersama pada hari kiamat, dan kepada-Nyalah tempat kembali semuanya.



Surah Asy Syura

 

Ayat 16

وَالَّذِينَ يُحَاجُّونَ فِي اللَّهِ مِن بَعْدِ مَا اسْتُجِيبَ لَهُ حُجَّتُهُمْ دَاحِضَةٌ عِندَ رَبِّهِمْ وَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ

 

Translation

Dan orang yang menyangkal tentang agama Allah sesudah diterima agamanya, itu bantahan mereka itu sia-sia belaka di sisi Tuhan mereka. Dan mereka pula ditimpa kemurkaan dari Allah serta mereka beroleh azab seksa yang seberat-beratnya.



Surah Asy Syura

 

Ayat 17

اللَّهُ الَّذِي أَنزَلَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ وَالْمِيزَانَ وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ السَّاعَةَ قَرِيبٌ

 

Translation

Allah yang menurunkan Kitab Suci dengan membawa kebenaran dan keadilan. Dan kamu tidak mengetahui barangkali hari Kiamat itu sudah hampir.



Surah Asy Syura

 

Ayat 18

يَسْتَعْجِلُ بِهَا الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِهَا وَالَّذِينَ آمَنُوا مُشْفِقُونَ مِنْهَا وَيَعْلَمُونَ أَنَّهَا الْحَقُّ أَلَا إِنَّ الَّذِينَ يُمَارُونَ فِي السَّاعَةِ لَفِي ضَلَالٍ بَعِيدٍ

 

Translation

Orang yang tidak beriman kepada hari kiamat itu meminta supaya disegerakan kedatangannya; dan orang yang beriman berasa takut ngeri kepada-Nya serta mereka mengetahui bahawa ia adalah benar. Ketahuilah! Sesungguhnya orang yang membantah mengenai kiamat itu, dalam kesesatan yang jauh.



Surah Asy Syura

 

Ayat 19

اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَن يَشَاء وَهُوَ الْقَوِيُّ العَزِيزُ

 

Translation

Allah Maha Lembut kepada hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.



Surah Asy Syura

 

Ayat 20

مَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ وَمَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِن نَّصِيبٍ

 

Translation

Sesiapa yang menghendaki faedah di akhirat, Kami akan tambahi pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki kebaikan di dunia, Kami beri kepada-Nya dari kebaikan dunia itu, dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat kelak.



Surah Asy Syura

 

Ayat 21

أَمْ لَهُمْ شُرَكَاء شَرَعُوا لَهُم مِّنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَن بِهِ اللَّهُ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

 

Translation

Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana ketetapan yang pemutus, tentulah diputuskan di antara mereka. Dan sungguh orang yang zalim itu akan beroleh azab yang pedih.



Surah Asy Syura

 

Ayat 22

تَرَى الظَّالِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا كَسَبُوا وَهُوَ وَاقِعٌ بِهِمْ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فِي رَوْضَاتِ الْجَنَّاتِ لَهُم مَّا يَشَاؤُونَ عِندَ رَبِّهِمْ ذَلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الكَبِيرُ

 

Translation

Kamu akan melihat orang yang zalim takut bagi kejahatan-kejahatan yang mereka telah lakukan, sedang azab seksa itu tetap menimpa mereka. Dan orang yang beriman serta beramal salih mereka berada di dalam taman-taman Syurga; mereka beroleh apa sahaja yang mereka ingini di sisi Tuhan mereka; yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar.



Surah Asy Syura

 

Ayat 23

ذَلِكَ الَّذِي يُبَشِّرُ اللَّهُ عِبَادَهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ قُل لَّا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا إِلَّا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَى وَمَن يَقْتَرِفْ حَسَنَةً نَّزِدْ لَهُ فِيهَا حُسْنًا إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ شَكُورٌ

 

Translation

Itulah yang Allah gembirakan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal salih. Katakanlah: Aku tidak meminta kepadamu upah untuk ajaran Islam yang aku sampaikan itu, melainkan kasih mesra disebabkan pertalian kerabat. Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu yang baik, Kami tambahi kebaikan baginya kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya.



Surah Asy Syura

 

Ayat 24

أَمْ يَقُولُونَ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِبًا فَإِن يَشَأِ اللَّهُ يَخْتِمْ عَلَى قَلْبِكَ وَيَمْحُ اللَّهُ الْبَاطِلَ وَيُحِقُّ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ

 

Translation

Bahkan mereka mengatakan: Ia telah mereka-reka perkara dusta terhadap Allah. Maka jika Ia kehendaki Dia akan menutup hatimu. Dan Allah akan hapuskan yang salah serta Ia menetapkan yang benar dengan kalimah-kalimah-Nya. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan segala yang ada di dalam dada.



Surah Asy Syura

 

Ayat 25

وَهُوَ الَّذِي يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ وَيَعْفُو عَنِ السَّيِّئَاتِ وَيَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ

 

Translation

Dan Dialah yang menerima taubat hamba-hamba-Nya serta memaafkan kejahatan-kejahatan; dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan.



Surah Asy Syura

 

Ayat 26

وَيَسْتَجِيبُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَيَزِيدُهُم مِّن فَضْلِهِ وَالْكَافِرُونَ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ

 

Translation

Dan Ia memperkenankan doa orang yang beriman dan beramal salih, dan Ia menambahi mereka dari limpah kurnia-Nya. Dan orang kafir, disediakan bagi mereka azab seksa yang seberat-beratnya.



Surah Asy Syura

 

Ayat 27

وَلَوْ بَسَطَ اللَّهُ الرِّزْقَ لِعِبَادِهِ لَبَغَوْا فِي الْأَرْضِ وَلَكِن يُنَزِّلُ بِقَدَرٍ مَّا يَشَاء إِنَّهُ بِعِبَادِهِ خَبِيرٌ بَصِيرٌ

 

Translation

Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hamba-Nya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi; Tetapi Allah menurunkan rezeki menurut kadar yang tertentu apa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-Nya.



Surah Asy Syura

 

Ayat 28

وَهُوَ الَّذِي يُنَزِّلُ الْغَيْثَ مِن بَعْدِ مَا قَنَطُوا وَيَنشُرُ رَحْمَتَهُ وَهُوَ الْوَلِيُّ الْحَمِيدُ

 

Translation

Dan Dialah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa, dan Ia menyebarkan rahmat-Nya. Dan Dialah Pengawal lagi Yang Maha Terpuji.



Surah Asy Syura

 

Ayat 29

وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَثَّ فِيهِمَا مِن دَابَّةٍ وَهُوَ عَلَى جَمْعِهِمْ إِذَا يَشَاء قَدِيرٌ

 

Translation

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi serta segala yang Ia biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk yang melata; dan Ia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila Ia kehendaki melakukannya.



Surah Asy Syura

 

Ayat 30

وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ

 

Translation

Dan apa yang menimpamu dari sesuatu kesusahan, maka ia disebabkan oleh perbuatanmu; dan Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosamu.



Surah Asy Syura

 

Ayat 31

وَمَا أَنتُم بِمُعْجِزِينَ فِي الْأَرْضِ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ

 

Translation

Dan kamu tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah di muka bumi; dan kamu tidak beroleh sesiapapun selain Allah sebagai pelindung atau penolong.



Surah Asy Syura

 

Ayat 32

وَمِنْ آيَاتِهِ الْجَوَارِ فِي الْبَحْرِ كَالْأَعْلَامِ

 

Translation

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah kapal-kapal yang besar tinggi seperti gunung, belayar laju merempuh lautan.



Surah Asy Syura

 

Ayat 33

إِن يَشَأْ يُسْكِنِ الرِّيحَ فَيَظْلَلْنَ رَوَاكِدَ عَلَى ظَهْرِهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّكُلِّ صَبَّارٍ شَكُورٍ

 

Translation

Jika Ia kehendaki, Ia menghentikan tiupan angin, maka tinggallah kapal itu terapung di muka lautan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda bagi tiap-tiap seorang yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur.



Surah Asy Syura

 

Ayat 34

أَوْ يُوبِقْهُنَّ بِمَا كَسَبُوا وَيَعْفُ عَن كَثِيرٍ

 

Translation

Atau Ia binasakan kapal-kapal itu disebabkan oleh perbuatan mereka dan memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa mereka.



Surah Asy Syura

 

Ayat 35

وَيَعْلَمَ الَّذِينَ يُجَادِلُونَ فِي آيَاتِنَا مَا لَهُم مِّن مَّحِيصٍ

 

Translation

Dan supaya orang yang membantah ayat-ayat keterangan Kami mengetahui, bahawa mereka tidak akan dapat jalan melepaskan diri dari azab seksa.



Surah Asy Syura

 

Ayat 36

فَمَا أُوتِيتُم مِّن شَيْءٍ فَمَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَمَا عِندَ اللَّهِ خَيْرٌ وَأَبْقَى لِلَّذِينَ آمَنُوا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

 

Translation

Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini, dan apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya.



Surah Asy Syura

 

Ayat 37

وَالَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ وَإِذَا مَا غَضِبُوا هُمْ يَغْفِرُونَ

 

Translation

Dan orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji; dan apabila mereka marah, mereka memaafkannya.



Surah Asy Syura

 

Ayat 38

وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ

 

Translation

Dan orang yang menyahut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.



Surah Asy Syura

 

Ayat 39

وَالَّذِينَ إِذَا أَصَابَهُمُ الْبَغْيُ هُمْ يَنتَصِرُونَ

 

Translation

Dan orang yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan secara zalim, mereka hanya bertindak membela diri.



Surah Asy Syura

 

Ayat 40

وَجَزَاء سَيِّئَةٍ سَيِّئَةٌ مِّثْلُهَا فَمَنْ عَفَا وَأَصْلَحَ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ

 

Translation

Dan balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya dijamin oleh Allah. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berlaku zalim.



Surah Asy Syura

 

Ayat 41

وَلَمَنِ انتَصَرَ بَعْدَ ظُلْمِهِ فَأُوْلَئِكَ مَا عَلَيْهِم مِّن سَبِيلٍ

 

Translation

Dan sesungguhnya orang yang membela diri setelah ia dizalimi, maka tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka.



Surah Asy Syura

 

Ayat 42

إِنَّمَا السَّبِيلُ عَلَى الَّذِينَ يَظْلِمُونَ النَّاسَ وَيَبْغُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ أُوْلَئِكَ لَهُم عَذَابٌ أَلِيمٌ

 

Translation

Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang yang beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.



Surah Asy Syura

 

Ayat 43

وَلَمَن صَبَرَ وَغَفَرَ إِنَّ ذَلِكَ لَمِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ

 

Translation

Dan orang yang sabar dan memaafkan, sungguh perbuatan yang demikian itu adalah dari perkara yang dikehendaki diambil berat.



Surah Asy Syura

 

Ayat 44

وَمَن يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِن وَلِيٍّ مِّن بَعْدِهِ وَتَرَى الظَّالِمِينَ لَمَّا رَأَوُا الْعَذَابَ يَقُولُونَ هَلْ إِلَى مَرَدٍّ مِّن سَبِيلٍ

 

Translation

Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada baginya sesudah itu sesiapapun yang dapat menolongnya. Dan engkau akan melihat orang yang zalim semasa mereka menyaksikan azab pada hari kiamat berkata: Adakah sebarang jalan untuk kami kembali ke dunia?



Surah Asy Syura

 

Ayat 45

وَتَرَاهُمْ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا خَاشِعِينَ مِنَ الذُّلِّ يَنظُرُونَ مِن طَرْفٍ خَفِيٍّ وَقَالَ الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ الْخَاسِرِينَ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنفُسَهُمْ وَأَهْلِيهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَلَا إِنَّ الظَّالِمِينَ فِي عَذَابٍ مُّقِيمٍ

 

Translation

Dan engkau akan melihat mereka didedahkan kepada Neraka dalam keadaan tunduk membisu dengan sebab kehinaan dan dengan pandangan tersembunyi. Dan orang yang beriman berkata: Sesungguhnya orang yang rugi ialah mereka yang merugikan diri sendiri dan pengikut-pengikutnya pada hari Kiamat. Ingatlah! Sesungguhnya orang yang zalim itu berada dalam azab seksa yang kekal.



Surah Asy Syura

 

Ayat 46

وَمَا كَانَ لَهُم مِّنْ أَوْلِيَاء يَنصُرُونَهُم مِّن دُونِ اللَّهِ وَمَن يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِن سَبِيلٍ

 

Translation

Dan tiadalah bagi mereka pelindung selain Allah yang dapat memberi pertolongan kepada mereka; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada baginya sebarang jalan untuk mendapat petunjuk.



Surah Asy Syura

 

Ayat 47

اسْتَجِيبُوا لِرَبِّكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ يَوْمٌ لَّا مَرَدَّ لَهُ مِنَ اللَّهِ مَا لَكُم مِّن مَّلْجَأٍ يَوْمَئِذٍ وَمَا لَكُم مِّن نَّكِيرٍ

 

Translation

Sahutlah seruan Tuhan kamu, sebelum datangnya dari Allah hari yang tidak dapat ditolak; dan tidak ada pula bagi kamu sebarang alasan untuk menafikan kesalahan yang kamu telah lakukan.



Surah Asy Syura

 

Ayat 48

فَإِنْ أَعْرَضُوا فَمَا أَرْسَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظًا إِنْ عَلَيْكَ إِلَّا الْبَلَاغُ وَإِنَّا إِذَا أَذَقْنَا الْإِنسَانَ مِنَّا رَحْمَةً فَرِحَ بِهَا وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ فَإِنَّ الْإِنسَانَ كَفُورٌ

 

Translation

Maka jika mereka berpaling, Kami tidak mengutusmu sebagai pengawas ke atas mereka; tugasmu tidak lain melainkan menyampaikan perintah. Dan sesungguhnya apabila Kami memberi manusia merasai rahmat dari Kami; ia bergembira dengannya; dan jika mereka ditimpa kesusahan disebabkan dosa yang mereka lakukan, maka sesungguhnya manusia itu sangat tidak mengenang nikmat Tuhannya.



Surah Asy Syura

 

Ayat 49

لِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ يَخْلُقُ مَا يَشَاء يَهَبُ لِمَنْ يَشَاء إِنَاثًا وَيَهَبُ لِمَن يَشَاء الذُّكُورَ

 

Translation

Bagi Allah hakmilik segala yang ada di langit dan di bumi; Ia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya; Ia mengurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya akan anak-anak perempuan, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.



Surah Asy Syura

 

Ayat 50

أَوْ يُزَوِّجُهُمْ ذُكْرَانًا وَإِنَاثًا وَيَجْعَلُ مَن يَشَاء عَقِيمًا إِنَّهُ عَلِيمٌ قَدِيرٌ

 

Translation

Atau Ia jodohkan anak-anak lelaki dan perempuan, dan Ia memandulkan sesiapa yang Ia kehendaki. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.



Surah Asy Syura

 

Ayat 51

وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُكَلِّمَهُ اللَّهُ إِلَّا وَحْيًا أَوْ مِن وَرَاء حِجَابٍ أَوْ يُرْسِلَ رَسُولًا فَيُوحِيَ بِإِذْنِهِ مَا يَشَاء إِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيمٌ

 

Translation

Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahi, atau dari sebalik dinding atau diutuskan utusan lalu diwahikan dengan izin-Nya apa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaannya, lagi Maha Bijaksana.



Surah Asy Syura

 

Ayat 52

وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحًا مِّنْ أَمْرِنَا مَا كُنتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلَا الْإِيمَانُ وَلَكِن جَعَلْنَاهُ نُورًا نَّهْدِي بِهِ مَنْ نَّشَاء مِنْ عِبَادِنَا وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ

 

Translation

Dan demikianlah Kami wahikan kepadamu Al-Qur'an sebagai roh dengan perintah Kami; engkau tidak mengetahui apakah Kitab itu dan tidak juga iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Qur'an itu cahaya yang Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau benar-benar memberi petunjuk dengan Al-Qur'an itu ke jalan yang lurus.



Surah Asy Syura

 

Ayat 53

صِرَاطِ اللَّهِ الَّذِي لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ أَلَا إِلَى اللَّهِ تَصِيرُ الأمُورُ

 

Translation

Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan.