Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 1

طسم

 

Translation

Taa, Siin, Miim.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 2

تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْمُبِينِ

 

Translation

Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Qur'an) yang jelas nyata.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 3

لَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ أَلَّا يَكُونُوا مُؤْمِنِينَ

 

Translation

Jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu dengan menanggung dukacita, kerana mereka tidak menjadi orang yang beriman.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 4

إِن نَّشَأْ نُنَزِّلْ عَلَيْهِم مِّن السَّمَاء آيَةً فَظَلَّتْ أَعْنَاقُهُمْ لَهَا خَاضِعِينَ

 

Translation

Kalau Kami mahu, tentulah Kami akan turunkan kepada mereka satu mukjizat dari langit, yang menjadikan mereka tunduk kepadanya.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 5

وَمَا يَأْتِيهِم مِّن ذِكْرٍ مِّنَ الرَّحْمَنِ مُحْدَثٍ إِلَّا كَانُوا عَنْهُ مُعْرِضِينَ

 

Translation

Dan tidak datang kepada mereka peringatan serta pengajaran yang baharu dari (Allah) Ar-Rahman, melainkan mereka tetap berpaling mengingkarinya.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 6

فَقَدْ كَذَّبُوا فَسَيَأْتِيهِمْ أَنبَاء مَا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُون

 

Translation

Sesungguhnya mereka telah mendustakan Al-Qur'an, maka akan datanglah kepada mereka berita-berita (azab) mengenai perkara yang mereka ejek-ejek itu.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 7

أَوَلَمْ يَرَوْا إِلَى الْأَرْضِ كَمْ أَنبَتْنَا فِيهَا مِن كُلِّ زَوْجٍ كَرِيمٍ

 

Translation

Masihkan mereka tidak memperhatikan bumi, berapa banyak Kami tumbuhkan padanya dari berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat?



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 8

إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ

 

Translation

Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (kekuasaan dan rahmat Allah); dan kebanyakan mereka tidak juga beriman.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 9

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ

 

Translation

Dan sesungguhnya Tuhanmu, Dialah sahaja Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengasihani.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 10

وَإِذْ نَادَى رَبُّكَ مُوسَى أَنِ ائْتِ الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

 

Translation

Dan (ingatkanlah peristiwa) tatkala Tuhanmu menyeru Nabi Musa: Hendaklah engkau mendatangi kaum yang zalim.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 11

قَوْمَ فِرْعَوْنَ أَلَا يَتَّقُونَ

 

Translation

Iaitu kaum Firaun; tidakkah mereka mahu mengawal diri dari kemurkaan-Ku?



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 12

قَالَ رَبِّ إِنِّي أَخَافُ أَن يُكَذِّبُونِ

 

Translation

Nabi Musa merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahawa mereka akan mendustakan daku.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 13

وَيَضِيقُ صَدْرِي وَلَا يَنطَلِقُ لِسَانِي فَأَرْسِلْ إِلَى هَارُونَ

 

Translation

Dan akan sempit pula dadaku serta tidak lancar lidahku; oleh itu utuskanlah perintah-Mu kepada Harun (supaya ia membantuku).



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 14

وَلَهُمْ عَلَيَّ ذَنبٌ فَأَخَافُ أَن يَقْتُلُونِ

 

Translation

Dan lagi mereka ada mengemukakan satu tuduhan jenayah terhadapku; oleh itu aku takut mereka akan membunuhku.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 15

قَالَ كَلَّا فَاذْهَبَا بِآيَاتِنَا إِنَّا مَعَكُم مُّسْتَمِعُونَ

 

Translation

Allah berfirman: Jangan! Jangan fikir! Maka pergilah kamu berdua membawa mukjizat-mukjizat Kami sesungguhnya Kami ada bersama kamu mendengar.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 16

فَأْتِيَا فِرْعَوْنَ فَقُولَا إِنَّا رَسُولُ رَبِّ الْعَالَمِينَ

 

Translation

Maka pergilah kamu kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 17

أَنْ أَرْسِلْ مَعَنَا بَنِي إِسْرَائِيلَ

 

Translation

Menyuruhmu membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 18

قَالَ أَلَمْ نُرَبِّكَ فِينَا وَلِيدًا وَلَبِثْتَ فِينَا مِنْ عُمُرِكَ سِنِينَ

 

Translation

Firaun menjawab: Bukankah kami memeliharamu di kalangan kami semasa kamu kanak-kanak, dan tinggal bersama kami beberapa tahun dari umurmu?



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 19

وَفَعَلْتَ فَعْلَتَكَ الَّتِي فَعَلْتَ وَأَنتَ مِنَ الْكَافِرِينَ

 

Translation

Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (jenayah) yang telah engkau lakukan, dan engkau dari orang yang tidak mengenang budi?



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 20

قَالَ فَعَلْتُهَا إِذًا وَأَنَا مِنَ الضَّالِّينَ

 

Translation

Nabi Musa berkata: Aku melakukan perbuatan yang demikian sedang aku ketika itu dari orang yang belum mendapat petunjuk.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 21

فَفَرَرْتُ مِنكُمْ لَمَّا خِفْتُكُمْ فَوَهَبَ لِي رَبِّي حُكْمًا وَجَعَلَنِي مِنَ الْمُرْسَلِينَ

 

Translation

Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan agama, dan menjadikan daku seorang Rasul-Nya.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 22

وَتِلْكَ نِعْمَةٌ تَمُنُّهَا عَلَيَّ أَنْ عَبَّدتَّ بَنِي إِسْرَائِيلَ

 

Translation

Dan budimu memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israil.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 23

قَالَ فِرْعَوْنُ وَمَا رَبُّ الْعَالَمِينَ

 

Translation

Firaun berkata (dengan sombongnya): Dan apa dia Tuhan sekalian alam itu?



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 24

قَالَ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا إن كُنتُم مُّوقِنِينَ

 

Translation

Nabi Musa menjawab. Dialah yang mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, kalaulah kamu mahu mendapat keyakinan dengan berdalil maka inilah jalannya.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 25

قَالَ لِمَنْ حَوْلَهُ أَلَا تَسْتَمِعُونَ

 

Translation

Firaun berkata kepada orang yang ada di sekelilingnya: Tidakkah kamu dengar (apa yang dikatakan olehnya)?



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 26

قَالَ رَبُّكُمْ وَرَبُّ آبَائِكُمُ الْأَوَّلِينَ

 

Translation

Nabi Musa menegaskan lagi: Dialah Tuhan yang memiliki dan memelihara kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 27

قَالَ إِنَّ رَسُولَكُمُ الَّذِي أُرْسِلَ إِلَيْكُمْ لَمَجْنُونٌ

 

Translation

Firaun berkata (kepada orang-orangnya): Sebenarnya Rasul yang diutuskan kepada kamu ini, sungguh gila?



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 28

قَالَ رَبُّ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَمَا بَيْنَهُمَا إِن كُنتُمْ تَعْقِلُونَ

 

Translation

Nabi Musa berkata lagi: Dialah yang memiliki dan menguasai timur dan barat serta segala yang ada di antara keduanya; kalau kamu orang yang berakal.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 29

قَالَ لَئِنِ اتَّخَذْتَ إِلَهًا غَيْرِي لَأَجْعَلَنَّكَ مِنَ الْمَسْجُونِينَ

 

Translation

Firaun berkata: Demi sesungguhnya! Jika engkau menyembah Tuhan yang lain daripadaku, aku akan menjadikan engkau dari orang yang dipenjarakan.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 30

قَالَ أَوَلَوْ جِئْتُكَ بِشَيْءٍ مُّبِينٍ

 

Translation

Nabi Musa menjawab: Adakah (engkau akan memenjarakan daku juga) walaupun aku membawa kepadamu sesuatu bukti yang jelas nyata?



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 31

قَالَ فَأْتِ بِهِ إِن كُنتَ مِنَ الصَّادِقِينَ

 

Translation

Firaun berkata: Kalau demikian, bawalah bukti itu jika betul engkau dari orang yang benar.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 32

فَأَلْقَى عَصَاهُ فَإِذَا هِيَ ثُعْبَانٌ مُّبِينٌ

 

Translation

Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang nyata.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 33

وَنَزَعَ يَدَهُ فَإِذَا هِيَ بَيْضَاء لِلنَّاظِرِينَ

 

Translation

Dan ia mengeluarkan tangannya, maka tiba-tiba tangannya menjadi putih bersinar-sinar bagi orang yang melihatnya.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 34

قَالَ لِلْمَلَإِ حَوْلَهُ إِنَّ هَذَا لَسَاحِرٌ عَلِيمٌ

 

Translation

Firaun berkata kepada ketua-ketua kaum yang ada dikelilingnya: Sesungguhnya orang ini (Musa) ialah seorang ahli sihir yang mahir.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 35

يُرِيدُ أَن يُخْرِجَكُم مِّنْ أَرْضِكُم بِسِحْرِهِ فَمَاذَا تَأْمُرُونَ

 

Translation

Ia bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu dengan sihirnya, maka apa yang kamu syorkan?



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 36

قَالُوا أَرْجِهِ وَأَخَاهُ وَابْعَثْ فِي الْمَدَائِنِ حَاشِرِينَ

 

Translation

Mereka berkata: Tangguhkanlah terhadapnya dan saudaranya, serta hantarkanlah ke bandar-bandar orang yang mengumpulkan (ahli-ahli sihir).



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 37

يَأْتُوكَ بِكُلِّ سَحَّارٍ عَلِيمٍ

 

Translation

Supaya mereka membawa kepadamu segala ahli sihir yang mahir.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 38

فَجُمِعَ السَّحَرَةُ لِمِيقَاتِ يَوْمٍ مَّعْلُومٍ

 

Translation

Lalu dikumpulkanlah ahli-ahli sihir itu pada satu masa yang ditentukan, pada hari (perayaan) yang termaklum.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 39

وَقِيلَ لِلنَّاسِ هَلْ أَنتُم مُّجْتَمِعُونَ

 

Translation

Dan dikatakan kepada orang ramai: Berkumpullah kamu semuanya.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 40

لَعَلَّنَا نَتَّبِعُ السَّحَرَةَ إِن كَانُوا هُمُ الْغَالِبِينَ

 

Translation

Semoga kita (tetap) mengikut (agama) ahli-ahli sihir itu kiranya merekalah orang yang menang.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 41

فَلَمَّا جَاء السَّحَرَةُ قَالُوا لِفِرْعَوْنَ أَئِنَّ لَنَا لَأَجْرًا إِن كُنَّا نَحْنُ الْغَالِبِينَ

 

Translation

Maka tatkala ahli-ahli sihir itu datang, berkatalah mereka kepada Firaun: Benarkah kami akan beroleh upah, kiranya kamilah orang yang menang?



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 42

قَالَ نَعَمْ وَإِنَّكُمْ إِذًا لَّمِنَ الْمُقَرَّبِينَ

 

Translation

Firaun menjawab: Benar (kamu akan mendapatnya) dan sesungguhnya kamu dengan itu akan menjadi dari orang yang dekat kepadaku.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 43

قَالَ لَهُم مُّوسَى أَلْقُوا مَا أَنتُم مُّلْقُونَ

 

Translation

Nabi Musa berkata kepada mereka: Campakkanlah dahulu apa yang kamu hendak campakkan.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 44

فَأَلْقَوْا حِبَالَهُمْ وَعِصِيَّهُمْ وَقَالُوا بِعِزَّةِ فِرْعَوْنَ إِنَّا لَنَحْنُ الْغَالِبُونَ

 

Translation

Lalu mereka mencampakkan tali-tali dan tongkat-tongkat mereka sambil berkata: Demi kekuasaan Firaun, sesungguhnya sudah tetap kamilah orang yang akan menang.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 45

فَأَلْقَى مُوسَى عَصَاهُ فَإِذَا هِيَ تَلْقَفُ مَا يَأْفِكُونَ

 

Translation

Kemudian Nabi Musa pula mencampakkan tongkatnya, tiba-tiba tongkatnya itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 46

فَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سَاجِدِينَ

 

Translation

Maka (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri: sujud.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 47

قَالُوا آمَنَّا بِرَبِّ الْعَالَمِينَ

 

Translation

Sambil berkata: Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 48

رَبِّ مُوسَى وَهَارُونَ

 

Translation

Tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 49

قَالَ آمَنتُمْ لَهُ قَبْلَ أَنْ آذَنَ لَكُمْ إِنَّهُ لَكَبِيرُكُمُ الَّذِي عَلَّمَكُمُ السِّحْرَ فَلَسَوْفَ تَعْلَمُونَ لَأُقَطِّعَنَّ أَيْدِيَكُمْ وَأَرْجُلَكُم مِّنْ خِلَافٍ وَلَأُصَلِّبَنَّكُمْ أَجْمَعِينَ

 

Translation

Firaun berkata: Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku izinkan kamu? Sesungguhnya dialah (Musa) ketua kamu yang mengajar kamu ilmu sihir; oleh itu kamu akan mengetahui kelak (akibatnya). Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan berselang, kemudian aku akan memalang kamu semuanya.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 50

قَالُوا لَا ضَيْرَ إِنَّا إِلَى رَبِّنَا مُنقَلِبُونَ

 

Translation

Mereka menjawab: (Ugutanmu itu) tidaklah menjadi hal! Sesungguhnya kami (tidak gentar), kerana kepada Tuhan kamilah kembalinya kami.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 51

إِنَّا نَطْمَعُ أَن يَغْفِرَ لَنَا رَبُّنَا خَطَايَانَا أَن كُنَّا أَوَّلَ الْمُؤْمِنِينَ

 

Translation

Sesungguhnya kami sangat-sangat berharap supaya Tuhan kami mengampunkan dosa-dosa kami, kerana kamilah orang yang mula-mula beriman.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 52

وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنْ أَسْرِ بِعِبَادِي إِنَّكُم مُّتَّبَعُونَ

 

Translation

Dan Kami wahikan kepada Nabi Musa: Hendaklah engkau membawa hamba-hamba-Ku keluar pada waktu malam; sesungguhnya kamu akan dikejar.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 53

فَأَرْسَلَ فِرْعَوْنُ فِي الْمَدَائِنِ حَاشِرِينَ

 

Translation

(Setelah mengetahui keadaan itu) maka Firaun mengutus (orangnya) ke bandar-bandar (negeri Mesir), untuk mengumpulkan (tenteranya).



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 54

إِنَّ هَؤُلَاء لَشِرْذِمَةٌ قَلِيلُونَ

 

Translation

(Sambil berkata kepada mereka): Sesungguhnya orang (Musa) itu adalah segolongan kecil.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 55

وَإِنَّهُمْ لَنَا لَغَائِظُونَ

 

Translation

Dan sesungguhnya mereka melakukan perkara yang menyebabkan kita marah.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 56

وَإِنَّا لَجَمِيعٌ حَاذِرُونَ

 

Translation

Dan sesungguhnya kita sekalian, sentiasa beringat dan berjaga-jaga.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 57

فَأَخْرَجْنَاهُم مِّن جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ

 

Translation

Dengan sebab itu maka Kami jadikan mereka keluar meninggalkan kebun-kebun dan mata air.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 58

وَكُنُوزٍ وَمَقَامٍ كَرِيمٍ

 

Translation

Dan juga khazanah-khazanah kekayaan serta tempat tinggal yang mulia.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 59

كَذَلِكَ وَأَوْرَثْنَاهَا بَنِي إِسْرَائِيلَ

 

Translation

Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan tenteranya milik Bani Israil sebagai pesaka.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 60

فَأَتْبَعُوهُم مُّشْرِقِينَ

 

Translation

Maka Firaun dan tenteranya pun mengejar mereka ketika matahari terbit.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 61

فَلَمَّا تَرَاءى الْجَمْعَانِ قَالَ أَصْحَابُ مُوسَى إِنَّا لَمُدْرَكُونَ

 

Translation

Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang Nabi Musa: Sesungguhnya kita akan dapat ditawan.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 62

قَالَ كَلَّا إِنَّ مَعِيَ رَبِّي سَيَهْدِينِ

 

Translation

Nabi Musa menjawab: Tidak! Jangan fikir berlaku! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku, Ia akan menunjuk jalan kepadaku.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 63

فَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنِ اضْرِب بِّعَصَاكَ الْبَحْرَ فَانفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرْقٍ كَالطَّوْدِ الْعَظِيمِ

 

Translation

Lalu Kami wahikan kepada Musa: Pukullah laut itu dengan tongkatmu. Maka terbelahlah itu, lalu jadilah air tiap-tiap bahagian seperti gunung yang besar.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 64

وَأَزْلَفْنَا ثَمَّ الْآخَرِينَ

 

Translation

Dan Kami dekatkan golongan yang lain itu ke situ.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 65

وَأَنجَيْنَا مُوسَى وَمَن مَّعَهُ أَجْمَعِينَ

 

Translation

Dan Kami selamatkan Nabi Musa serta orang yang bersama dengannya, semuanya.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 66

ثُمَّ أَغْرَقْنَا الْآخَرِينَ

 

Translation

Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 67

إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ

 

Translation

Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda kekuasaan Allah; dan kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 68

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ

 

Translation

Dan sesungguhnya Tuhanmu, Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 69

وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ إِبْرَاهِيمَ

 

Translation

Dan bacakanlah pula kepada mereka perihal Nabi Ibrahim.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 70

إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِ مَا تَعْبُدُونَ

 

Translation

Tatkala ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: Apa yang kamu sembah?



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 71

قَالُوا نَعْبُدُ أَصْنَامًا فَنَظَلُّ لَهَا عَاكِفِينَ

 

Translation

Mereka berkata: Kami menyembah berhala-berhala, maka kami berkekalan menyembahnya.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 72

قَالَ هَلْ يَسْمَعُونَكُمْ إِذْ تَدْعُونَ

 

Translation

Nabi Ibrahim bertanya: Adakah berhala-berhala itu mendengar kamu semasa kamu menyerunya?



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 73

أَوْ يَنفَعُونَكُمْ أَوْ يَضُرُّونَ

 

Translation

Atau mereka dapat memberikan sesuatu yang ada manfaatnya kepada kamu ataupun menimpakan sesuatu bahaya?



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 74

قَالُوا بَلْ وَجَدْنَا آبَاءنَا كَذَلِكَ يَفْعَلُونَ

 

Translation

Mereka menjawab: (Tidak satupun!) Bahkan kami dapati datuk nenek kami berbuat demikian.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 75

قَالَ أَفَرَأَيْتُم مَّا كُنتُمْ تَعْبُدُونَ

 

Translation

Nabi Ibrahim berkata: Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-benda yang kamu sembah itu?



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 76

أَنتُمْ وَآبَاؤُكُمُ الْأَقْدَمُونَ

 

Translation

(Yang sekian lama disembah oleh) kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu?



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 77

فَإِنَّهُمْ عَدُوٌّ لِّي إِلَّا رَبَّ الْعَالَمِينَ

 

Translation

Aku bertanya demikian kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah seteru-Ku, aku tidak menyembah melainkan Allah Tuhan sekalian alam.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 78

الَّذِي خَلَقَنِي فَهُوَ يَهْدِينِ

 

Translation

Tuhan yang menciptakan daku dari tiada kepada ada, maka Dialah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 79

وَالَّذِي هُوَ يُطْعِمُنِي وَيَسْقِينِ

 

Translation

Tuhan yang menciptakan daku dari tiada kepada ada, maka Dialah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 80

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ

 

Translation

Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 81

وَالَّذِي يُمِيتُنِي ثُمَّ يُحْيِينِ

 

Translation

Dan Dialah yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku."



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 82

وَالَّذِي أَطْمَعُ أَن يَغْفِرَ لِي خَطِيئَتِي يَوْمَ الدِّينِ

 

Translation

Dan Dialah yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari Kiamat.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 83

رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

 

Translation

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama, dan hubungkanlah daku dengan orang yang soleh.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 84

وَاجْعَل لِّي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ

 

Translation

Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik nama yang harum di kalangan orang yang datang kemudian.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 85

وَاجْعَلْنِي مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ

 

Translation

Dan jadikanlah daku dari orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Na'iim.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 86

وَاغْفِرْ لِأَبِي إِنَّهُ كَانَ مِنَ الضَّالِّينَ

 

Translation

Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang yang sesat.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 87

وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ

 

Translation

Dan janganlah Engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 88

يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ

 

Translation

Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 89

إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

 

Translation

Kecuali harta benda dan anak-pinak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera dari syirik dan penyakit munafik.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 90

وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ

 

Translation

Dan pada hari itu didekatkan Syurga bagi orang yang bertaqwa.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 91

وَبُرِّزَتِ الْجَحِيمُ لِلْغَاوِينَ

 

Translation

Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang yang sesat.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 92

وَقِيلَ لَهُمْ أَيْنَ مَا كُنتُمْ تَعْبُدُونَ

 

Translation

Serta dikatakan kepada mereka: Mana dia benda-benda yang kamu sembah dahulu.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 93

مِن دُونِ اللَّهِ هَلْ يَنصُرُونَكُمْ أَوْ يَنتَصِرُونَ

 

Translation

Selain dari Allah? Dapatkah mereka menolong kamu atau menolong dirinya sendiri?



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 94

فَكُبْكِبُوا فِيهَا هُمْ وَالْغَاوُونَ

 

Translation

Lalu mereka dihumbankan ke dalam neraka dengan tertiarap, bersama orang yang sesat.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 95

وَجُنُودُ إِبْلِيسَ أَجْمَعُونَ

 

Translation

Termasuk juga bala tentera iblis semuanya.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 96

قَالُوا وَهُمْ فِيهَا يَخْتَصِمُونَ

 

Translation

Mereka berkata, sambil bertengkar sesama sendiri dalam neraka.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 97

تَاللَّهِ إِن كُنَّا لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ

 

Translation

Demi Allah! Sesungguhnya kami semasa di dunia dahulu adalah di dalam kesesatan yang jelas nyata.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 98

إِذْ نُسَوِّيكُم بِرَبِّ الْعَالَمِينَ

 

Translation

Kerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan sekalian alam.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 99

وَمَا أَضَلَّنَا إِلَّا الْمُجْرِمُونَ

 

Translation

Dan tiadalah yang menyesatkan kami melainkan golongan yang berdosa.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 100

فَمَا لَنَا مِن شَافِعِينَ

 

Translation

Dengan sebab itu, tiadalah kami beroleh sesiapa pun yang memberi pertolongan.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 101

وَلَا صَدِيقٍ حَمِيمٍ

 

Translation

Dan tiadalah juga sahabat karib yang bertimbang rasa.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 102

فَلَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةً فَنَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

 

Translation

Maka alangkah baiknya kalau kami dapat kembali ke dunia sekali lagi, supaya kami menjadi dari orang yang beriman.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 103

إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ

 

Translation

Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian itu terdapat satu tanda (kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga beriman.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 104

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ

 

Translation

Dan sesungguhnya Tuhanmu, Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 105

كَذَّبَتْ قَوْمُ نُوحٍ الْمُرْسَلِينَ

 

Translation

Demikian juga kaum Nabi Nuh telah mendustakan Rasul-rasul yang diutus kepada mereka.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 106

إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ نُوحٌ أَلَا تَتَّقُونَ

 

Translation

Tatkala saudara mereka Nabi Nuh, berkata kepada mereka: Hendaknya kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi larangan-Nya.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 107

إِنِّي لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ

 

Translation

Sesungguhnya aku ini ialah Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 108

فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ

 

Translation

Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 109

وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ

 

Translation

Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan; balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 110

فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ

 

Translation

Maka dengan yang demikian, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 111

قَالُوا أَنُؤْمِنُ لَكَ وَاتَّبَعَكَ الْأَرْذَلُونَ

 

Translation

Mereka menjawab: Patutkah kami percaya kepadamu, sedang engkau semata-mata diikut oleh orang yang rendah pangkatnya dan hina?



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 112

قَالَ وَمَا عِلْمِي بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

 

Translation

Nabi Nuh berkata: Dan apakah ada kaitannya pengetahuanku dengan pekerjaan mereka?



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 113

إِنْ حِسَابُهُمْ إِلَّا عَلَى رَبِّي لَوْ تَشْعُرُونَ

 

Translation

Sebenarnya hitungan amal mereka hanya terserah kepada Tuhanku; kalaulah kamu menyedari dan memahaminya (kamu tidak berkata demikian).



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 114

وَمَا أَنَا بِطَارِدِ الْمُؤْمِنِينَ

 

Translation

Dan aku tidak akan menghalau orang yang beriman.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 115

إِنْ أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ مُّبِينٌ

 

Translation

Aku ini hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang nyata.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 116

قَالُوا لَئِن لَّمْ تَنتَهِ يَا نُوحُ لَتَكُونَنَّ مِنَ الْمَرْجُومِينَ

 

Translation

Mereka berkata: Jika engkau tidak mahu berhenti wahai Nuh, sudah tentu engkau akan menjadi dari orang yang direjam!



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 117

قَالَ رَبِّ إِنَّ قَوْمِي كَذَّبُونِ

 

Translation

Nabi Nuh berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku telah mendustakan daku.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 118

فَافْتَحْ بَيْنِي وَبَيْنَهُمْ فَتْحًا وَنَجِّنِي وَمَن مَّعِي مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

 

Translation

Oleh itu, hukumkanlah antaraku dengan mereka, dengan hukuman tegas, serta selamatkanlah daku dan orang yang beriman yang bersamaku.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 119

فَأَنجَيْنَاهُ وَمَن مَّعَهُ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ

 

Translation

Maka Kami selamatkan dia dan orang yang bersama-sama dengannya dalam bahtera yang penuh sarat (dengan berbagai makhluk).



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 120

ثُمَّ أَغْرَقْنَا بَعْدُ الْبَاقِينَ

 

Translation

Kemudian daripada itu, Kami tenggelamkan golongan kafir yang tinggal tidak turut bersama dalam bahtera.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 121

إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ

 

Translation

Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga beriman.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 122

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ

 

Translation

Dan sesungguhnya Tuhanmu, Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 123

كَذَّبَتْ عَادٌ الْمُرْسَلِينَ

 

Translation

(Demikian juga) kaum Aad telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka.)



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 124

إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ هُودٌ أَلَا تَتَّقُونَ

 

Translation

Tatkala saudara mereka Nabi Hud, berkata kepada mereka: Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 125

إِنِّي لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ

 

Translation

Sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 126

فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ

 

Translation

Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 127

وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ

 

Translation

Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan; balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 128

أَتَبْنُونَ بِكُلِّ رِيعٍ آيَةً تَعْبَثُونَ

 

Translation

Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 129

وَتَتَّخِذُونَ مَصَانِعَ لَعَلَّكُمْ تَخْلُدُونَ

 

Translation

Dan kamu pula bersusah payah mendirikan istana-istana dan benteng-benteng yang kukuh dengan harapan hendak kekal hidup selama-lamanya?



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 130

وَإِذَا بَطَشْتُم بَطَشْتُمْ جَبَّارِينَ

 

Translation

Dan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan yang demikian dengan kejam bengis?



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 131

فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ

 

Translation

Oleh itu, takutilah kamu akan Allah, dan taatlah kepadaku.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 132

وَاتَّقُوا الَّذِي أَمَدَّكُم بِمَا تَعْلَمُونَ

 

Translation

Dan berbaktilah kamu kepada Allah yang telah menolong kamu dengan nikmat-nikmat-Nya yang kamu sedia mengetahuinya.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 133

أَمَدَّكُم بِأَنْعَامٍ وَبَنِينَ

 

Translation

Diberinya kamu binatang-binatang ternak serta anak-pinak yang ramai.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 134

وَجَنَّاتٍ وَعُيُونٍ

 

Translation

Dan taman-taman (yang indah permai) serta mata air-mata air (yang mengalir).



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 135

إِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ

 

Translation

Sesungguhnya aku takut, (bahawa) kamu akan ditimpa azab seksa hari yang besar (huru-haranya).



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 136

قَالُوا سَوَاء عَلَيْنَا أَوَعَظْتَ أَمْ لَمْ تَكُن مِّنَ الْوَاعِظِينَ

 

Translation

Mereka menjawab: Sama sahaja bagi kami, samada engkau beri nasihat pengajaran, atau engkau tidak menjadi dari orang yang memberi nasihat.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 137

إِنْ هَذَا إِلَّا خُلُقُ الْأَوَّلِينَ

 

Translation

Segala apa (yang engkau katakan) ini, hanyalah adat kebiasaan orang dahulu kala.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 138

وَمَا نَحْنُ بِمُعَذَّبِينَ

 

Translation

Dan kami pula tidak akan diseksa.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 139

فَكَذَّبُوهُ فَأَهْلَكْنَاهُمْ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ

 

Translation

Akhirnya mereka mendustakan Rasul itu, lalu Kami binasakan mereka. Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian terdapat satu tanda kekuasaan Allah; dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 140

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ

 

Translation

Dan sesungguhnya Tuhanmu, Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 141

كَذَّبَتْ ثَمُودُ الْمُرْسَلِينَ

 

Translation

(Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 142

إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ صَالِحٌ أَلَا تَتَّقُونَ

 

Translation

Ketika saudara mereka Nabi Salih, berkata kepada mereka: Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 143

إِنِّي لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ

 

Translation

Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 144

فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ

 

Translation

Oleh itu, takutilah kamu akan Allah, dan taatlah kepadaku.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 145

وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ

 

Translation

Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan, balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 146

أَتُتْرَكُونَ فِي مَا هَاهُنَا آمِنِينَ

 

Translation

Adakah (kamu fikir), bahawa kamu akan dibiarkan sentiasa bersenang-senang dalam nikmat-nikmat yang ada di dunia ini?



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 147

فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ

 

Translation

Di dalam taman-taman (yang indah permai), dan mata air-mata air (yang mengalir).



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 148

وَزُرُوعٍ وَنَخْلٍ طَلْعُهَا هَضِيمٌ

 

Translation

Dan kebun-kebun tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang buah mayangnya halus lembut?



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 149

وَتَنْحِتُونَ مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا فَارِهِينَ

 

Translation

Dan kamu memahat sebahagian dari gunung-ganang sebagai tempat tinggal dengan bijak dan bersungguh-sungguh?



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 150

فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ

 

Translation

Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 151

وَلَا تُطِيعُوا أَمْرَ الْمُسْرِفِينَ

 

Translation

Dan janganlah kamu taati perintah orang yang melampaui batas.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 152

الَّذِينَ يُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ وَلَا يُصْلِحُونَ

 

Translation

Iaitu orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 153

قَالُوا إِنَّمَا أَنتَ مِنَ الْمُسَحَّرِينَ

 

Translation

Mereka menjawab: Sesungguhnya engkau ini hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir!



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 154

مَا أَنتَ إِلَّا بَشَرٌ مِّثْلُنَا فَأْتِ بِآيَةٍ إِن كُنتَ مِنَ الصَّادِقِينَ

 

Translation

Engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; oleh itu, bawakanlah satu tanda (mukjizat) jika betul engkau dari orang yang benar.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 155

قَالَ هَذِهِ نَاقَةٌ لَّهَا شِرْبٌ وَلَكُمْ شِرْبُ يَوْمٍ مَّعْلُومٍ

 

Translation

Nabi Salih berkata: Ini adalah seekor unta betina, baginya giliran untuk mendapat air, dan kamu mendapat giliran pula pada hari tertentu.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 156

وَلَا تَمَسُّوهَا بِسُوءٍ فَيَأْخُذَكُمْ عَذَابُ يَوْمٍ عَظِيمٍ

 

Translation

Dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; maka akibatnya kamu akan dibinasakan oleh azab seksa pada hari yang besar.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 157

فَعَقَرُوهَا فَأَصْبَحُوا نَادِمِينَ

 

Translation

Akhirnya mereka menikam mati unta itu, kemudian mereka menyesal.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 158

فَأَخَذَهُمُ الْعَذَابُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ

 

Translation

Lalu mereka ditimpa azab. Sesungguhnya peristiwa yang demikian satu tanda (kekuasaan Allah); dan pada itu, kebanyakan mereka tidak juga beriman.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 159

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ

 

Translation

Dan sesungguhnya Tuhanmu, Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 160

كَذَّبَتْ قَوْمُ لُوطٍ الْمُرْسَلِينَ

 

Translation

(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 161

إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ لُوطٌ أَلَا تَتَّقُونَ

 

Translation

Tatkala saudara mereka Nabi Lut, berkata kepada mereka: Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 162

إِنِّي لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ

 

Translation

Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 163

فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ

 

Translation

Oleh itu, takutilah kamu akan Allah, dan taatlah kepadaku."



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 164

وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ

 

Translation

Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan; balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 165

أَتَأْتُونَ الذُّكْرَانَ مِنَ الْعَالَمِينَ

 

Translation

Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dan kalangan manusia.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 166

وَتَذَرُونَ مَا خَلَقَ لَكُمْ رَبُّكُمْ مِنْ أَزْوَاجِكُم بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ عَادُونَ

 

Translation

Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu dari badan isteri-isteri kamu? bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 167

قَالُوا لَئِن لَّمْ تَنتَهِ يَا لُوطُ لَتَكُونَنَّ مِنَ الْمُخْرَجِينَ

 

Translation

Mereka menjawab: Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci kami), nescaya engkau akan diusir keluar!



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 168

قَالَ إِنِّي لِعَمَلِكُم مِّنَ الْقَالِينَ

 

Translation

Nabi Lut berkata: Sesungguhnya aku dari orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 169

رَبِّ نَجِّنِي وَأَهْلِي مِمَّا يَعْمَلُونَ

 

Translation

(Nabi Lut berdoa): Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 170

فَنَجَّيْنَاهُ وَأَهْلَهُ أَجْمَعِينَ

 

Translation

Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya semuanya.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 171

إِلَّا عَجُوزًا فِي الْغَابِرِينَ

 

Translation

Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan kena azab itu.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 172

ثُمَّ دَمَّرْنَا الْآخَرِينَ

 

Translation

Kemudian Kami hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut ).



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 173

وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِم مَّطَرًا فَسَاء مَطَرُ الْمُنذَرِينَ

 

Translation

Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 174

إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ

 

Translation

Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (kekuasaan Allah); dan pada itu, kebanyakan mereka tidak juga beriman.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 175

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ

 

Translation

Dan sesungguhnya Tuhanmu, Dialah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 176

كَذَّبَ أَصْحَابُ الْأَيْكَةِ الْمُرْسَلِينَ

 

Translation

(Demikian juga) penduduk Aikah telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 177

إِذْ قَالَ لَهُمْ شُعَيْبٌ أَلَا تَتَّقُونَ

 

Translation

Tatkala Nabi Syuaib berkata kepada mereka: Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 178

إِنِّي لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ

 

Translation

Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 179

فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ

 

Translation

Oleh itu, takutilah kamu akan Allah, dan taatlah kepadaku.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 180

وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ

 

Translation

Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan; balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 181

أَوْفُوا الْكَيْلَ وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُخْسِرِينَ

 

Translation

Hendaklah kamu menyempurnakan sukatan cupak-gantang, dan janganlah kamu menjadi golongan yang merugikan orang lain.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 182

وَزِنُوا بِالْقِسْطَاسِ الْمُسْتَقِيمِ

 

Translation

Dan timbanglah dengan neraca yang betul timbangannya.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 183

وَلَا تَبْخَسُوا النَّاسَ أَشْيَاءهُمْ وَلَا تَعْثَوْا فِي الْأَرْضِ مُفْسِدِينَ

 

Translation

Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 184

وَاتَّقُوا الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالْجِبِلَّةَ الْأَوَّلِينَ

 

Translation

Dan (sebaliknya) berbaktilah kepada Allah yang telah menciptakan kamu dan umat-umat yang telah lalu.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 185

قَالُوا إِنَّمَا أَنتَ مِنَ الْمُسَحَّرِينَ

 

Translation

Mereka menjawab: Sesungguhnya engkau ini (hai Syuaib) hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 186

وَمَا أَنتَ إِلَّا بَشَرٌ مِّثْلُنَا وَإِن نَّظُنُّكَ لَمِنَ الْكَاذِبِينَ

 

Translation

Dan engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; dan sesungguhnya kami fikir engkau ini dari orang yang dusta.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 187

فَأَسْقِطْ عَلَيْنَا كِسَفًا مِّنَ السَّمَاء إِن كُنتَ مِنَ الصَّادِقِينَ

 

Translation

Oleh itu, gugurkanlah atas kami ketul-ketul (yang membinasakan) dari langit, jika betul engkau dari orang yang benar!



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 188

قَالَ رَبِّي أَعْلَمُ بِمَا تَعْمَلُونَ

 

Translation

Nabi Syuaib berkata: Tuhanku lebih mengetahui akan apa yang kamu lakukan.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 189

فَكَذَّبُوهُ فَأَخَذَهُمْ عَذَابُ يَوْمِ الظُّلَّةِ إِنَّهُ كَانَ عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ

 

Translation

Maka mereka mendustakannya, lalu mereka ditimpa azab seksa hari awan mendung; sungguhnya kejadian itu adalah azab seksa hari yang amat besar.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 190

إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ

 

Translation

Sesungguhnya peristiwa yang demikian satu tanda (kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 191

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ

 

Translation

Dan sesungguhnya Tuhanmu, Dialah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 192

وَإِنَّهُ لَتَنزِيلُ رَبِّ الْعَالَمِينَ

 

Translation

Dan sesungguhnya Al-Qur'an (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 193

نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الْأَمِينُ

 

Translation

Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 194

عَلَى قَلْبِكَ لِتَكُونَ مِنَ الْمُنذِرِينَ

 

Translation

Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia).



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 195

بِلِسَانٍ عَرَبِيٍّ مُّبِينٍ

 

Translation

(Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 196

وَإِنَّهُ لَفِي زُبُرِ الْأَوَّلِينَ

 

Translation

Dan sesungguhnya Al-Qur'an itu (perihalnya dan sebahagian dari pengajaran-pengajarannya) terdapat di dalam Kitab-kitab agama orang yang telah lalu.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 197

أَوَلَمْ يَكُن لَّهُمْ آيَةً أَن يَعْلَمَهُ عُلَمَاء بَنِي إِسْرَائِيلَ

 

Translation

(Tidakkah mereka yang musyrik sedarkan kebenaran itu) dan tidakkah menjadi satu keterangan kepada mereka bahawa pendita-pendita agama Bani Israil mengetahui akan kebenaran Al-Qur'an itu?



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 198

وَلَوْ نَزَّلْنَاهُ عَلَى بَعْضِ الْأَعْجَمِينَ

 

Translation

Dan sekiranya Kami turunkan Al-Qur'an kepada setengah orang yang bukan Arab, yang tidak tahu membaca Arab.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 199

فَقَرَأَهُ عَلَيْهِم مَّا كَانُوا بِهِ مُؤْمِنِينَ

 

Translation

Kemudian ia (dikurniakan Tuhan dapat) membacakannya kepada mereka, mereka tetap juga tidak mahu percayakan bacaan itu daripada Tuhan.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 200

كَذَلِكَ سَلَكْنَاهُ فِي قُلُوبِ الْمُجْرِمِينَ

 

Translation

Demikianlah Kami masukkan perasaan (kufur ingkar) itu ke dalam hati orang yang melakukan dosa tidak percayakan Al-Qur'an.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 201

لَا يُؤْمِنُونَ بِهِ حَتَّى يَرَوُا الْعَذَابَ الْأَلِيمَ

 

Translation

Mereka tidak beriman kepada Al-Qur'an sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 202

فَيَأْتِيَهُم بَغْتَةً وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

 

Translation

Lalu azab itu datang menimpa mereka secara mengejut, dengan tidak mereka menyedarinya.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 203

فَيَقُولُوا هَلْ نَحْنُ مُنظَرُونَ

 

Translation

Maka (pada saat itu) mereka akan berkata (dengan menyesal): Dapatkah kiranya kami diberi tempoh?



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 204

أَفَبِعَذَابِنَا يَسْتَعْجِلُونَ

 

Translation

(Kalaulah demikian keadaan mereka) maka patutkah mereka meminta disegerakan azab Kami?



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 205

أَفَرَأَيْتَ إِن مَّتَّعْنَاهُمْ سِنِينَ

 

Translation

Bagaimana fikiranmu? Jika Kami berikan mereka menikmati kesenangan bertahun-tahun.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 206

ثُمَّ جَاءهُم مَّا كَانُوا يُوعَدُونَ

 

Translation

Kemudian mereka didatangi azab seksa yang dijanjikan kepada mereka.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 207

مَا أَغْنَى عَنْهُم مَّا كَانُوا يُمَتَّعُونَ

 

Translation

(Tentulah) kesenangan yang mereka nikmati bertahun-tahun itu tidak dapat memberikan mereka sebarang pertolongan.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 208

وَمَا أَهْلَكْنَا مِن قَرْيَةٍ إِلَّا لَهَا مُنذِرُونَ

 

Translation

Dan tiadalah Kami membinasakan mana-mana negeri, melainkan setelah diutus kepadanya lebih dahulu, Rasul-rasul pemberi amaran.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 209

ذِكْرَى وَمَا كُنَّا ظَالِمِينَ

 

Translation

Memperingatkan mereka; dan Kami tidak sekali-kali berlaku zalim.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 210

وَمَا تَنَزَّلَتْ بِهِ الشَّيَاطِينُ

 

Translation

Dan Al-Qur'an itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 211

وَمَا يَنبَغِي لَهُمْ وَمَا يَسْتَطِيعُونَ

 

Translation

Dan tidak layak lagi Syaitan-syaitan itu berbuat demikian, dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 212

إِنَّهُمْ عَنِ السَّمْعِ لَمَعْزُولُونَ

 

Translation

Sesungguhnya mereka dihalang sama sekali daripada mendengar wahi yang dibawa oleh Malaikat.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 213

فَلَا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ فَتَكُونَ مِنَ الْمُعَذَّبِينَ

 

Translation

Maka janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 214

وَأَنذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ

 

Translation

Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 215

وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

 

Translation

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang yang beriman.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 216

فَإِنْ عَصَوْكَ فَقُلْ إِنِّي بَرِيءٌ مِّمَّا تَعْمَلُونَ

 

Translation

Kemudian jika mereka berlaku ingkar kepadamu, maka katakanlah: Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu lakukan!



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 217

وَتَوَكَّلْ عَلَى الْعَزِيزِ الرَّحِيمِ

 

Translation

Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 218

الَّذِي يَرَاكَ حِينَ تَقُومُ

 

Translation

Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang).



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 219

وَتَقَلُّبَكَ فِي السَّاجِدِينَ

 

Translation

Dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang yang sujud.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 220

إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

 

Translation

Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 221

هَلْ أُنَبِّئُكُمْ عَلَى مَن تَنَزَّلُ الشَّيَاطِينُ

 

Translation

Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 222

تَنَزَّلُ عَلَى كُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍ

 

Translation

Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 223

يُلْقُونَ السَّمْعَ وَأَكْثَرُهُمْ كَاذِبُونَ

 

Translation

Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 224

وَالشُّعَرَاء يَتَّبِعُهُمُ الْغَاوُونَ

 

Translation

Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat, tidak berketentuan hala.



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 225

أَلَمْ تَرَ أَنَّهُمْ فِي كُلِّ وَادٍ يَهِيمُونَ

 

Translation

Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 226

وَأَنَّهُمْ يَقُولُونَ مَا لَا يَفْعَلُونَ

 

Translation

Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?



Surah Asy Syu'araa'

 

Ayat 227

إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَذَكَرُوا اللَّهَ كَثِيرًا وَانتَصَرُوا مِن بَعْدِ مَا ظُلِمُوا وَسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنقَلَبٍ يَنقَلِبُونَ

 

Translation

Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh (dari penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.