Surah Asy Syams

 

Ayat 1

وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا

 

Translation

Demi matahari dan cahayanya yang terang benderang.



Surah Asy Syams

 

Ayat 2

وَالْقَمَرِ إِذَا تَلَاهَا

 

Translation

Dan bulan apabila ia mengiringinya.



Surah Asy Syams

 

Ayat 3

وَالنَّهَارِ إِذَا جَلَّاهَا

 

Translation

Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata.



Surah Asy Syams

 

Ayat 4

وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَاهَا

 

Translation

Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap gelita).



Surah Asy Syams

 

Ayat 5

وَالسَّمَاء وَمَا بَنَاهَا

 

Translation

Demi langit dan yang membinanya (yang kuat kukuh yang melambangkan kekuasaan-Nya).



Surah Asy Syams

 

Ayat 6

وَالْأَرْضِ وَمَا طَحَاهَا

 

Translation

Serta bumi dan yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhluk-Nya).



Surah Asy Syams

 

Ayat 7

وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا

 

Translation

Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya.



Surah Asy Syams

 

Ayat 8

فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا

 

Translation

Serta mengilhamkannya jalan yang membawanya kepada kejahatan dan ketakwaan.



Surah Asy Syams

 

Ayat 9

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا

 

Translation

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih.



Surah Asy Syams

 

Ayat 10

وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا

 

Translation

Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya susut dan terbenam kebersihannya.



Surah Asy Syams

 

Ayat 11

كَذَّبَتْ ثَمُودُ بِطَغْوَاهَا

 

Translation

Kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas.



Surah Asy Syams

 

Ayat 12

إِذِ انبَعَثَ أَشْقَاهَا

 

Translation

Ketika orang yang sehabis-habis jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka.



Surah Asy Syams

 

Ayat 13

فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ نَاقَةَ اللَّهِ وَسُقْيَاهَا

 

Translation

Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Salih) kepada mereka: (Janganlah diganggu) unta betina dari Allah itu dan air minumannya!



Surah Asy Syams

 

Ayat 14

فَكَذَّبُوهُ فَعَقَرُوهَا فَدَمْدَمَ عَلَيْهِمْ رَبُّهُم بِذَنبِهِمْ فَسَوَّاهَا

 

Translation

Lalu mereka mendustakannya serta menyembelihnya maka Tuhan membinasakan mereka disebabkan dosa mereka serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka.



Surah Asy Syams

 

Ayat 15

وَلَا يَخَافُ عُقْبَاهَا

 

Translation

Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).