Surah As Saaffaat

 

Ayat 1

وَالصَّافَّاتِ صَفًّا

 

Translation

Demi hamba-hamba-Ku yang berbaris dengan berderet-deret.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 2

فَالزَّاجِرَاتِ زَجْرًا

 

Translation

Hamba-hamba-Ku yang melarang dari kejahatan dengan sesungguh-sungguhnya.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 3

فَالتَّالِيَاتِ ذِكْرًا

 

Translation

Hamba-hamba-Ku yang membaca kandungan Kitab Suci.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 4

إِنَّ إِلَهَكُمْ لَوَاحِدٌ

 

Translation

Sesungguhnya Tuhan kamu hanyalah Satu.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 5

رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَرَبُّ الْمَشَارِقِ

 

Translation

Tuhan (yang menciptakan serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya, dan Tuhan yang mengatur tempat-tempat terbit matahari.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 6

إِنَّا زَيَّنَّا السَّمَاء الدُّنْيَا بِزِينَةٍ الْكَوَاكِبِ

 

Translation

Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat pada penglihatan penduduk bumi dengan hiasan bintang-bintang.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 7

وَحِفْظًا مِّن كُلِّ شَيْطَانٍ مَّارِدٍ

 

Translation

Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-serapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 8

لَا يَسَّمَّعُونَ إِلَى الْمَلَإِ الْأَعْلَى وَيُقْذَفُونَ مِن كُلِّ جَانِبٍ

 

Translation

(Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam dengan api dari segala arah dan penjuru.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 9

دُحُورًا وَلَهُمْ عَذَابٌ وَاصِبٌ

 

Translation

Untuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 10

إِلَّا مَنْ خَطِفَ الْخَطْفَةَ فَأَتْبَعَهُ شِهَابٌ ثَاقِبٌ

 

Translation

Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan malaikat, maka ia diburu dengan rejaman api yang menjulang lagi menembusi.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 11

فَاسْتَفْتِهِمْ أَهُمْ أَشَدُّ خَلْقًا أَم مَّنْ خَلَقْنَا إِنَّا خَلَقْنَاهُم مِّن طِينٍ لَّازِبٍ

 

Translation

(Setelah nyata kekuasaan Kami) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka (yang ingkarkan hidupnya semula orang-orang mati): Adakah diri mereka lebih sukar hendak diciptakan, atau makhluk lain yang Kami telah ciptakan? Sesungguhnya Kami telah ciptakan mereka dari tanah liat (yang senang diubah dan diciptakan semula).



Surah As Saaffaat

 

Ayat 12

بَلْ عَجِبْتَ وَيَسْخَرُونَ

 

Translation

(Pertanyaan itu tidak juga berfaedah kepada mereka) bahkan engkau merasa hairan (terhadap keingkaran mereka), dan sebaliknya mereka mengejek-ejek (peneranganmu).



Surah As Saaffaat

 

Ayat 13

وَإِذَا ذُكِّرُوا لَا يَذْكُرُونَ

 

Translation

Dan apabila diperingatkan, mereka tetap tidak mahu menerima peringatan itu.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 14

وَإِذَا رَأَوْا آيَةً يَسْتَسْخِرُونَ

 

Translation

Dan apabila mereka melihat sesuatu tanda, mereka mencari-mencari jalan memperolok-olokkannya.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 15

وَقَالُوا إِنْ هَذَا إِلَّا سِحْرٌ مُّبِينٌ

 

Translation

Serta mereka berkata: Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 16

أَئِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَامًا أَئِنَّا لَمَبْعُوثُونَ

 

Translation

Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan dibangkitkan hidup semula?



Surah As Saaffaat

 

Ayat 17

أَوَآبَاؤُنَا الْأَوَّلُونَ

 

Translation

Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu akan dibangkitkan hidup semula?



Surah As Saaffaat

 

Ayat 18

قُلْ نَعَمْ وَأَنتُمْ دَاخِرُونَ

 

Translation

Jawablah: Ya, benar! Kamu semua akan dibangkitkan dengan keadaan hina-dina.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 19

فَإِنَّمَا هِيَ زَجْرَةٌ وَاحِدَةٌ فَإِذَا هُمْ يَنظُرُونَ

 

Translation

Kerana sesungguhnya ia berlaku dengan satu jeritan suara sahaja, maka dengan serta-merta mereka semuanya bangkit melihat apa yang akan jadi.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 20

وَقَالُوا يَا وَيْلَنَا هَذَا يَوْمُ الدِّينِ

 

Translation

Dan pada saat itu mereka berkata: Wahai celakanya kami, ini ialah hari balasan!



Surah As Saaffaat

 

Ayat 21

هَذَا يَوْمُ الْفَصْلِ الَّذِي كُنتُمْ بِهِ تُكَذِّبُونَ

 

Translation

Inilah hari memutuskan hukum untuk memberi balasan yang dahulu kamu mendustakannya.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 22

احْشُرُوا الَّذِينَ ظَلَمُوا وَأَزْوَاجَهُمْ وَمَا كَانُوا يَعْبُدُونَ

 

Translation

Himpunkanlah orang yang zalim itu, dan orang yang berkeadaan seperti mereka, serta benda-benda yang mereka sembah.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 23

مِن دُونِ اللَّهِ فَاهْدُوهُمْ إِلَى صِرَاطِ الْجَحِيمِ

 

Translation

Yang lain dari Allah, serta hadapkanlah mereka ke jalan yang membawa ke Neraka.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 24

وَقِفُوهُمْ إِنَّهُم مَّسْئُولُونَ

 

Translation

Dan hentikanlah mereka, kerana sesungguhnya mereka akan di soal.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 25

مَا لَكُمْ لَا تَنَاصَرُونَ

 

Translation

Mengapa kamu tidak tolong-menolong sebagaimana yang kamu dakwakan dahulu?



Surah As Saaffaat

 

Ayat 26

بَلْ هُمُ الْيَوْمَ مُسْتَسْلِمُونَ

 

Translation

Bahkan mereka pada hari itu menyerah diri dengan hina untuk diadili.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 27

وَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ يَتَسَاءلُونَ

 

Translation

Dan masing-masing pun mengadap satu sama lain, sambil kata-mengata dan cela-mencela.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 28

قَالُوا إِنَّكُمْ كُنتُمْ تَأْتُونَنَا عَنِ الْيَمِينِ

 

Translation

Mereka berkata kepada pemimpin mereka: Sesungguhnya kamu datang kepada kami dari kanan.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 29

قَالُوا بَل لَّمْ تَكُونُوا مُؤْمِنِينَ

 

Translation

Ketua-ketuanya menjawab: (Tidak) Bahkan kamulah sendiri tidak mahu menjadi orang yang beriman!



Surah As Saaffaat

 

Ayat 30

وَمَا كَانَ لَنَا عَلَيْكُم مِّن سُلْطَانٍ بَلْ كُنتُمْ قَوْمًا طَاغِينَ

 

Translation

Dan kami (selain dari mengajak kamu) tidak mempunyai kuasa memerintah kamu, bahkan kamulah kaum yang melampaui batas.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 31

فَحَقَّ عَلَيْنَا قَوْلُ رَبِّنَا إِنَّا لَذَائِقُونَ

 

Translation

(Dengan keadaan diri kita yang sedemikian) maka tetaplah di atas kita janji seksa (yang dijanjikan) oleh Tuhan kita, bahawa kita semua tentu akan merasai azab itu.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 32

فَأَغْوَيْنَاكُمْ إِنَّا كُنَّا غَاوِينَ

 

Translation

(Dengan sebab ketentuan yang tersebut) maka kami pun mengajak kamu menjadi sesat, kerana sebenarnya kami adalah orang sesat.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 33

فَإِنَّهُمْ يَوْمَئِذٍ فِي الْعَذَابِ مُشْتَرِكُونَ

 

Translation

Maka sesungguhnya mereka semua pada hari itu, menderita azab bersama.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 34

إِنَّا كَذَلِكَ نَفْعَلُ بِالْمُجْرِمِينَ

 

Translation

Sesungguhnya demikianlah Kami lakukan kepada orang yang berdosa.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 35

إِنَّهُمْ كَانُوا إِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ يَسْتَكْبِرُونَ

 

Translation

Sebenarnya mereka dahulu apabila dikatakan kepadanya: Tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah, mereka menyombongkan diri.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 36

وَيَقُولُونَ أَئِنَّا لَتَارِكُوا آلِهَتِنَا لِشَاعِرٍ مَّجْنُونٍ

 

Translation

Dan mereka berkata: Patutkah kami meninggalkan tuhan-tuhan yang kami sembah, kerana ajakan seorang penyair gila?



Surah As Saaffaat

 

Ayat 37

بَلْ جَاء بِالْحَقِّ وَصَدَّقَ الْمُرْسَلِينَ

 

Translation

(Tidak! Nabi Muhammad bukan penyair dan bukan pula seorang gila) bahkan ia telah datang dengan membawa kebenaran (tauhid), dan membenarkan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadanya).



Surah As Saaffaat

 

Ayat 38

إِنَّكُمْ لَذَائِقُو الْعَذَابِ الْأَلِيمِ

 

Translation

Sesungguhnya kamu wahai orang musyrik akan merasai azab seksa yang tidak terperi sakitnya.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 39

وَمَا تُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

 

Translation

Dan kamu tidak dibalas melainkan balasan yang sepadan dengan apa yang kamu telah kerjakan.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 40

إِلَّا عِبَادَ اللَّهِ الْمُخْلَصِينَ

 

Translation

Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkandari sebarang syirik.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 41

أُوْلَئِكَ لَهُمْ رِزْقٌ مَّعْلُومٌ

 

Translation

Mereka itu beroleh limpah kurnia yang termaklum.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 42

فَوَاكِهُ وَهُم مُّكْرَمُونَ

 

Translation

Iaitu buah-buahan yang lazat, serta mereka mendapat penghormatan.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 43

فِي جَنَّاتِ النَّعِيمِ

 

Translation

Di dalam Syurga-syurga yang penuh melimpah dengan berjenis-jenis nikmat.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 44

عَلَى سُرُرٍ مُّتَقَابِلِينَ

 

Translation

Mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin-pelamin kebesaran.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 45

يُطَافُ عَلَيْهِم بِكَأْسٍ مِن مَّعِينٍ

 

Translation

Diedarkan kepada mereka piala yang berisi arak yang diambil dari sungainya yang mengalir.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 46

بَيْضَاء لَذَّةٍ لِّلشَّارِبِينَ

 

Translation

Minuman itu putih bersih, lagi lazat rasanya, bagi orang yang meminumnya.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 47

لَا فِيهَا غَوْلٌ وَلَا هُمْ عَنْهَا يُنزَفُونَ

 

Translation

Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan, dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 48

وَعِنْدَهُمْ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ عِينٌ

 

Translation

Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 49

كَأَنَّهُنَّ بَيْضٌ مَّكْنُونٌ

 

Translation

Putih kekuning-kuningan seolah-olah mereka telur yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 50

فَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ يَتَسَاءلُونَ

 

Translation

(Tinggallah penduduk Syurga itu menikmati kesenangan) lalu setengahnya mengadap yang lain, sambil berbincang dan bertanya-tanyaan.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 51

قَالَ قَائِلٌ مِّنْهُمْ إِنِّي كَانَ لِي قَرِينٌ

 

Translation

Seorang di antaranya berkata: Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang rakan yang menempelak aku.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 52

يَقُولُ أَئِنَّكَ لَمِنْ الْمُصَدِّقِينَ

 

Translation

Katanya: Adakah engkau juga salah seorang dari golongan yang mengakui benarnya kebangkitan orang-orang mati pada hari akhirat?



Surah As Saaffaat

 

Ayat 53

أَئِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَامًا أَئِنَّا لَمَدِينُونَ

 

Translation

Adakah sesudah kita mati dan menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan (dihidupkan semula serta) dibalas apa yang telah kita lakukan?



Surah As Saaffaat

 

Ayat 54

قَالَ هَلْ أَنتُم مُّطَّلِعُونَ

 

Translation

(Setelah menceritakan perihal rakannya itu) ia berkata lagi: Adakah kamu hendak melihat keadaan rakanku yang engkar itu?



Surah As Saaffaat

 

Ayat 55

فَاطَّلَعَ فَرَآهُ فِي سَوَاء الْجَحِيمِ

 

Translation

Maka ia pun memandang ke arah Neraka, lalu dilihatnya rakannya itu berada di tengah-tengah Neraka yang apinya menjulang-julang."



Surah As Saaffaat

 

Ayat 56

قَالَ تَاللَّهِ إِنْ كِدتَّ لَتُرْدِينِ

 

Translation

Ia pun berkata: Demi Allah! Nyaris-nyaris engkau menceburkan daku dalam kebinasaan.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 57

وَلَوْلَا نِعْمَةُ رَبِّي لَكُنتُ مِنَ الْمُحْضَرِينَ

 

Translation

Dan kalaulah tidak disebabkan nikmat pemberian Tuhanku (dengan hidayah petunjuk), nescaya akan menjadilah daku dari orang yang dibawa hadir untuk menerima balasan azab.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 58

أَفَمَا نَحْنُ بِمَيِّتِينَ

 

Translation

(Kemudian ia berkata kepada rakan-rakannya yang sedang menikmati kesenangan di Syurga bersama): Bukankah kita (setelah menikmati nikmat-nikmat ini) tidak akan mati lagi.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 59

إِلَّا مَوْتَتَنَا الْأُولَى وَمَا نَحْنُ بِمُعَذَّبِينَ

 

Translation

Selain dari kematian kita yang dahulu, dan kita juga tidak akan terkena seksa?



Surah As Saaffaat

 

Ayat 60

إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

 

Translation

Sesungguhnya ini adalah sebenar-benar kemenangan yang besar.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 61

لِمِثْلِ هَذَا فَلْيَعْمَلْ الْعَامِلُونَ

 

Translation

Untuk memperolehi kejayaan yang seperti inilah hendaknya orang yang beramal melakukan amal usahanya dengan bersungguh-sungguh.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 62

أَذَلِكَ خَيْرٌ نُّزُلًا أَمْ شَجَرَةُ الزَّقُّومِ

 

Translation

Manakah yang lebih baik, limpah kurniaan yang termaklum itu atau pokok zaqqum?



Surah As Saaffaat

 

Ayat 63

إِنَّا جَعَلْنَاهَا فِتْنَةً لِّلظَّالِمِينَ

 

Translation

Sesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang yang zalim.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 64

إِنَّهَا شَجَرَةٌ تَخْرُجُ فِي أَصْلِ الْجَحِيمِ

 

Translation

Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar Neraka yang marak menjulang.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 65

طَلْعُهَا كَأَنَّهُ رُؤُوسُ الشَّيَاطِينِ

 

Translation

Buahnya seolah-olah kepala Syaitan-syaitan.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 66

فَإِنَّهُمْ لَآكِلُونَ مِنْهَا فَمَالِؤُونَ مِنْهَا الْبُطُونَ

 

Translation

Maka sudah tentu mereka akan makan dari buahnya, sehingga mereka memenuhi perut dengannya.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 67

ثُمَّ إِنَّ لَهُمْ عَلَيْهَا لَشَوْبًا مِّنْ حَمِيمٍ

 

Translation

Kemudian, sesungguhnya mereka akan diberi sejenis minuman campuran dari air yang sangat panas.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 68

ثُمَّ إِنَّ مَرْجِعَهُمْ لَإِلَى الْجَحِيمِ

 

Translation

Setelah itu maka tempat kembali mereka tetaplah ke dalam Neraka yang apinya menjulang-julang.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 69

إِنَّهُمْ أَلْفَوْا آبَاءهُمْ ضَالِّينَ

 

Translation

Sebenarnya mereka telah dapati datuk nenek mereka berada dalam kesesatan.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 70

فَهُمْ عَلَى آثَارِهِمْ يُهْرَعُونَ

 

Translation

Lalu mereka terburu-buru menurut jejak langkah datuk neneknya.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 71

وَلَقَدْ ضَلَّ قَبْلَهُمْ أَكْثَرُ الْأَوَّلِينَ

 

Translation

Dan sesungguhnya, telah sesat juga sebelum mereka kebanyakan kaum yang telah lalu.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 72

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا فِيهِم مُّنذِرِينَ

 

Translation

Pada hal sesungguhnya, Kami telahpun mengutus di kalangan mereka itu, Rasul-rasul pemberi amaran.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 73

فَانظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُنذَرِينَ

 

Translation

Maka lihatlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan Rasul-rasul Kami setelah diberi amaran.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 74

إِلَّا عِبَادَ اللَّهِ الْمُخْلَصِينَ

 

Translation

Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 75

وَلَقَدْ نَادَانَا نُوحٌ فَلَنِعْمَ الْمُجِيبُونَ

 

Translation

Dan sesungguhnya, Nabi Nuh telah berdoa kepada Kami, maka Kami adalah sebaik-baik yang kabulkan doa permohonan.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 76

وَنَجَّيْنَاهُ وَأَهْلَهُ مِنَ الْكَرْبِ الْعَظِيمِ

 

Translation

Dan Kami telah selamatkan dia bersama keluarga dan pengikut-pengikutnya, dari bencana yang besar.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 77

وَجَعَلْنَا ذُرِّيَّتَهُ هُمْ الْبَاقِينَ

 

Translation

Dan Kami jadikan zuriat keturunannya sahaja orang yang tinggal hidup.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 78

وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِي الْآخِرِينَ

 

Translation

Dan Kami kekalkan baginya nama yang harum di kalangan orang yang datang kemudian.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 79

سَلَامٌ عَلَى نُوحٍ فِي الْعَالَمِينَ

 

Translation

Salam sejahtera kepada Nabi Nuh di kalangan penduduk seluruh alam!



Surah As Saaffaat

 

Ayat 80

إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ

 

Translation

Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 81

إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُؤْمِنِينَ

 

Translation

Sesungguhnya Nabi Nuh itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 82

ثُمَّ أَغْرَقْنَا الْآخَرِينَ

 

Translation

Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain yang mendustakanya.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 83

وَإِنَّ مِن شِيعَتِهِ لَإِبْرَاهِيمَ

 

Translation

Dan sesungguhnya di antara orang yang menegakkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Nuh ialah Nabi Ibrahim.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 84

إِذْ جَاء رَبَّهُ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

 

Translation

Tatkala ia mematuhi perintah Tuhannya dengan hati yang suci murni.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 85

إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِ مَاذَا تَعْبُدُونَ

 

Translation

Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: Apa yang kamu sembah?



Surah As Saaffaat

 

Ayat 86

أَئِفْكًا آلِهَةً دُونَ اللَّهِ تُرِيدُونَ

 

Translation

Patutkah kamu menyembah tuhan-tuhan selain Allah, dengan memutar-belitkan kebenaran?



Surah As Saaffaat

 

Ayat 87

فَمَا ظَنُّكُم بِرَبِّ الْعَالَمِينَ

 

Translation

Maka bagaimana fikiran kamu pula terhadap Allah Tuhan sekalian alam?



Surah As Saaffaat

 

Ayat 88

فَنَظَرَ نَظْرَةً فِي النُّجُومِ

 

Translation

Kemudian ia memandang dengan satu renungan kepada bintang-bintang yang bertaburan di langit.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 89

فَقَالَ إِنِّي سَقِيمٌ

 

Translation

Lalu berkata: Sesungguhnya aku merasa sakit.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 90

فَتَوَلَّوْا عَنْهُ مُدْبِرِينَ

 

Translation

Setelah mendengar kata-katanya itu, mereka berpaling meninggalkan dia.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 91

فَرَاغَ إِلَى آلِهَتِهِمْ فَقَالَ أَلَا تَأْكُلُونَ

 

Translation

Lalu ia pergi kepada berhala-hala mereka secara bersembunyi dan berkata: Apakah kamu tidak makan?



Surah As Saaffaat

 

Ayat 92

مَا لَكُمْ لَا تَنطِقُونَ

 

Translation

Mengapa kamu tidak menjawab?



Surah As Saaffaat

 

Ayat 93

فَرَاغَ عَلَيْهِمْ ضَرْبًا بِالْيَمِينِ

 

Translation

Lalu ia memukul berhala-berhala itu dengan tangan kanannya sehingga pecah berketul-ketul.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 94

فَأَقْبَلُوا إِلَيْهِ يَزِفُّونَ

 

Translation

Setelah kaumnya mengetahui hal itu maka datanglah mereka beramai-ramai kepadanya.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 95

قَالَ أَتَعْبُدُونَ مَا تَنْحِتُونَ

 

Translation

Ia berkata: Patutkah kamu menyembah benda-benda yang kamu pahat?



Surah As Saaffaat

 

Ayat 96

وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ وَمَا تَعْمَلُونَ

 

Translation

Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu perbuat itu!



Surah As Saaffaat

 

Ayat 97

قَالُوا ابْنُوا لَهُ بُنْيَانًا فَأَلْقُوهُ فِي الْجَحِيمِ

 

Translation

Mereka berkata: Binalah untuk Ibrahim sebuah tempat untuk membakarnya, kemudian campakkan dia ke dalam api yang menjulang-julang itu.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 98

فَأَرَادُوا بِهِ كَيْدًا فَجَعَلْنَاهُمُ الْأَسْفَلِينَ

 

Translation

Maka mereka hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang yang terkebawah yang tidak berjaya maksudnya.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 99

وَقَالَ إِنِّي ذَاهِبٌ إِلَى رَبِّي سَيَهْدِينِ

 

Translation

Dan Nabi Ibrahim berkata: Aku hendak pergi kepada Tuhanku, Ia akan memimpinku ke jalan yang benar.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 100

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ

 

Translation

Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang yang salih!



Surah As Saaffaat

 

Ayat 101

فَبَشَّرْنَاهُ بِغُلَامٍ حَلِيمٍ

 

Translation

Lalu Kami berikan kepadanya berita gembira, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 102

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ

 

Translation

Apabila anaknya itu sampai umur yang membolehkan dia berusaha bersama dengannya, berkata Ibrahim: Wahai anakku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya-Allah, ayah akan dapati daku dari orang yang sabar.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 103

فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ

 

Translation

Setelah keduanya berserah diri, dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 104

وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ

 

Translation

Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim!



Surah As Saaffaat

 

Ayat 105

قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ

 

Translation

Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi itu. Demikianlah sebenarnya kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 106

إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلَاء الْمُبِينُ

 

Translation

Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 107

وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ

 

Translation

Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 108

وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِي الْآخِرِينَ

 

Translation

Dan Kami kekalkan baginya nama yang harum dalam kalangan orang yang datang kemudian.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 109

سَلَامٌ عَلَى إِبْرَاهِيمَ

 

Translation

Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!



Surah As Saaffaat

 

Ayat 110

كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ

 

Translation

Demikianlah Kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 111

إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُؤْمِنِينَ

 

Translation

Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 112

وَبَشَّرْنَاهُ بِإِسْحَقَ نَبِيًّا مِّنَ الصَّالِحِينَ

 

Translation

Dan Kami berikan kepadanya berita gembira, bahawa ia akan beroleh Ishaq, yang akan menjadi Nabi, yang terhitung dari orang yang salih.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 113

وَبَارَكْنَا عَلَيْهِ وَعَلَى إِسْحَقَ وَمِن ذُرِّيَّتِهِمَا مُحْسِنٌ وَظَالِمٌ لِّنَفْسِهِ مُبِينٌ

 

Translation

Dan Kami berkati kepadanya dan Ishaq; dan di antara zuriat keduanya ada yang mengerjakan kebaikan, dan yang menzalimi diri sendiri dengan nyata.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 114

وَلَقَدْ مَنَنَّا عَلَى مُوسَى وَهَارُونَ

 

Translation

Dan sesungguhnya! Kami telah melimpahkan nikmat pemberian kepada Nabi Musa dan Nabi Harun.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 115

وَنَجَّيْنَاهُمَا وَقَوْمَهُمَا مِنَ الْكَرْبِ الْعَظِيمِ

 

Translation

Dan Kami selamatkan keduanya dan kaumnya dari kesusahan yang besar.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 116

وَنَصَرْنَاهُمْ فَكَانُوا هُمُ الْغَالِبِينَ

 

Translation

Dan Kami menolong mereka sehingga menjadilah mereka orang yang berjaya mengalahkan lawannya.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 117

وَآتَيْنَاهُمَا الْكِتَابَ الْمُسْتَبِينَ

 

Translation

Dan Kami berikan kepada keduanya Kitab Suci yang amat jelas keterangannya.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 118

وَهَدَيْنَاهُمَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ

 

Translation

Dan Kami berikan hidayah petunjuk kepada keduanya ke jalan yang lurus.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 119

وَتَرَكْنَا عَلَيْهِمَا فِي الْآخِرِينَ

 

Translation

Dan Kami kekalkan bagi keduanya nama yang harum dalam kalangan orang yang datang kemudian.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 120

سَلَامٌ عَلَى مُوسَى وَهَارُونَ

 

Translation

Salam sejahtera kepada Nabi Musa dan Nabi Harun!



Surah As Saaffaat

 

Ayat 121

إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ

 

Translation

Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 122

إِنَّهُمَا مِنْ عِبَادِنَا الْمُؤْمِنِينَ

 

Translation

Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 123

وَإِنَّ إِلْيَاسَ لَمِنْ الْمُرْسَلِينَ

 

Translation

Dan Sesungguhnya Nabi Ilyas adalah dari Rasul-rasul Kami yang diutus.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 124

إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَلَا تَتَّقُونَ

 

Translation

Ingatkanlah tatkala ia berkata kepada kaumnya: Mengapa kamu tidak bertaqwa.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 125

أَتَدْعُونَ بَعْلًا وَتَذَرُونَ أَحْسَنَ الْخَالِقِينَ

 

Translation

Patutkah kamu menyembah berhala Ba'al, dan kamu meninggalkan ibadat kepada sebijak-bijak Pencipta?



Surah As Saaffaat

 

Ayat 126

وَاللَّهَ رَبَّكُمْ وَرَبَّ آبَائِكُمُ الْأَوَّلِينَ

 

Translation

Iaitu Allah Tuhan kamu, dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu!



Surah As Saaffaat

 

Ayat 127

فَكَذَّبُوهُ فَإِنَّهُمْ لَمُحْضَرُونَ

 

Translation

Maka mereka mendustakannya; akibatnya mereka tetap akan dibawa hadir untuk diseksa.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 128

إِلَّا عِبَادَ اللَّهِ الْمُخْلَصِينَ

 

Translation

Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 129

وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِي الْآخِرِينَ

 

Translation

Dan Kami kekalkan bagi Nabi Ilyas nama yang harum di kalangan orang yang datang kemudian.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 130

سَلَامٌ عَلَى إِلْ يَاسِينَ

 

Translation

Salam sejahtera kepada Nabi Ilyas!



Surah As Saaffaat

 

Ayat 131

إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ

 

Translation

Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 132

إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُؤْمِنِينَ

 

Translation

Sesungguhnya Nabi Ilyas itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 133

وَإِنَّ لُوطًا لَّمِنَ الْمُرْسَلِينَ

 

Translation

Dan sesungguhnya Nabi Lut adalah dari Rasul-rasul Kami yang diutus.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 134

إِذْ نَجَّيْنَاهُ وَأَهْلَهُ أَجْمَعِينَ

 

Translation

Ingatkanlah tatkala Kami selamatkan dia dan keluarga serta pengikut-pengikutnya semuanya.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 135

إِلَّا عَجُوزًا فِي الْغَابِرِينَ

 

Translation

Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang dibinasakan.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 136

ثُمَّ دَمَّرْنَا الْآخَرِينَ

 

Translation

Kemudian Kami hancurkan yang lain dari pengikut-pengikut Nabi Lut.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 137

وَإِنَّكُمْ لَتَمُرُّونَ عَلَيْهِم مُّصْبِحِينَ

 

Translation

Dan sesungguhnya kamu berulang-alik melalui bekas-bekas mereka, di waktu pagi.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 138

وَبِاللَّيْلِ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

 

Translation

Dan juga pada waktu malam; maka mengapa kamu tidak mahu memikirkannya?



Surah As Saaffaat

 

Ayat 139

وَإِنَّ يُونُسَ لَمِنَ الْمُرْسَلِينَ

 

Translation

Dan sesungguhnya Nabi Yunus adalah dari Rasul-rasul Kami yang diutus.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 140

إِذْ أَبَقَ إِلَى الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ

 

Translation

Ingatkanlah peristiwa tatkala ia melarikan diri ke kapal yang penuh sarat.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 141

فَسَاهَمَ فَكَانَ مِنْ الْمُدْحَضِينَ

 

Translation

Maka iapun turut mengundi, lalu menjadilah ia dari orang yang kalah.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 142

فَالْتَقَمَهُ الْحُوتُ وَهُوَ مُلِيمٌ

 

Translation

Setelah itu ia ditelan oleh ikan besar, sedang ia berhak ditempelak.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 143

فَلَوْلَا أَنَّهُ كَانَ مِنْ الْمُسَبِّحِينَ

 

Translation

Maka kalaulah ia bukan dari orang yang sentiasa mengingati Allah dengan zikir dan tasbih.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 144

لَلَبِثَ فِي بَطْنِهِ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ

 

Translation

Tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 145

فَنَبَذْنَاهُ بِالْعَرَاء وَهُوَ سَقِيمٌ

 

Translation

Oleh itu Kami campakkan dia keluar dari perut ikan ke tanah yang tandus, sedang ia berkeadaan sakit.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 146

وَأَنبَتْنَا عَلَيْهِ شَجَرَةً مِّن يَقْطِينٍ

 

Translation

Dan Kami tumbuhkan untuk melindunginya sebatang pokok yang berdaun lebar.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 147

وَأَرْسَلْنَاهُ إِلَى مِئَةِ أَلْفٍ أَوْ يَزِيدُونَ

 

Translation

Dan Nabi Yunus yang tersebut kisahnya itu Kami utuskan kepada seratus ribu orang atau lebih.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 148

فَآمَنُوا فَمَتَّعْنَاهُمْ إِلَى حِينٍ

 

Translation

Maka mereka pun beriman, lalu Kami biarkan mereka menikmati kesenangan hidup hingga ke suatu masa.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 149

فَاسْتَفْتِهِمْ أَلِرَبِّكَ الْبَنَاتُ وَلَهُمُ الْبَنُونَ

 

Translation

Maka bertanyalah kepada mereka itu: Adilkah mereka membahagi untuk Tuhanmu anak-anak perempuan, dan untuk mereka anak-anak lelaki?



Surah As Saaffaat

 

Ayat 150

أَمْ خَلَقْنَا الْمَلَائِكَةَ إِنَاثًا وَهُمْ شَاهِدُونَ

 

Translation

Atau adakah mereka hadir sendiri menyaksikan Kami mencipta malaikat-malaikat itu perempuan?



Surah As Saaffaat

 

Ayat 151

أَلَا إِنَّهُم مِّنْ إِفْكِهِمْ لَيَقُولُونَ

 

Translation

Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya, dengan sebab terpesongnya dari kebenaran, mereka berkata.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 152

وَلَدَ اللَّهُ وَإِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ

 

Translation

Allah beranak; sedang mereka, sesungguhnya adalah orang yang berdusta!



Surah As Saaffaat

 

Ayat 153

أَصْطَفَى الْبَنَاتِ عَلَى الْبَنِينَ

 

Translation

Adakah Tuhan memilih serta mengutamakan anak-anak perempuan dari anak-anak lelaki?



Surah As Saaffaat

 

Ayat 154

مَا لَكُمْ كَيْفَ تَحْكُمُونَ

 

Translation

Apa sudah jadi kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum yang terang-terang salahnya itu?



Surah As Saaffaat

 

Ayat 155

أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

 

Translation

Maka tidakkah kamu mahu berusaha mengingatkan bahawa Allah mustahil bagi-Nya anak-pinak?



Surah As Saaffaat

 

Ayat 156

أَمْ لَكُمْ سُلْطَانٌ مُّبِينٌ

 

Translation

Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti yang nyata?



Surah As Saaffaat

 

Ayat 157

فَأْتُوا بِكِتَابِكُمْ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

 

Translation

Maka bawalah kitab kamu yang menerangkan demikian, jika betul kamu orang yang benar.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 158

وَجَعَلُوا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجِنَّةِ نَسَبًا وَلَقَدْ عَلِمَتِ الْجِنَّةُ إِنَّهُمْ لَمُحْضَرُونَ

 

Translation

Mereka mengadakan pertalian di antara Allah dan Jin, dan sesungguhnya Jin itu mengetahui bahawa mereka akan dibawa hadir ke dalam azab neraka.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 159

سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يَصِفُونَ

 

Translation

Maha Suci Allah dari apa yang mereka katakan itu!



Surah As Saaffaat

 

Ayat 160

إِلَّا عِبَادَ اللَّهِ الْمُخْلَصِينَ

 

Translation

Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 161

فَإِنَّكُمْ وَمَا تَعْبُدُونَ

 

Translation

Maka sesungguhnya kamu, dan apa yang kamu sembah itu.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 162

مَا أَنتُمْ عَلَيْهِ بِفَاتِنِينَ

 

Translation

Tidak akan dapat merosakkan perhubungan seseorang dengan Tuhannya.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 163

إِلَّا مَنْ هُوَ صَالِ الْجَحِيمِ

 

Translation

Kecuali orang yang telah ditetapkan bahawa dia akan dibakar di dalam Neraka yang menjulang-julang.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 164

وَمَا مِنَّا إِلَّا لَهُ مَقَامٌ مَّعْلُومٌ

 

Translation

Dan tiada sesiapapun dari kalangan kami melainkan ada baginya darjat kedudukan yang tertentu.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 165

وَإِنَّا لَنَحْنُ الصَّافُّونَ

 

Translation

Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa berbaris menjunjung perintah dan beribadat.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 166

وَإِنَّا لَنَحْنُ الْمُسَبِّحُونَ

 

Translation

Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa bertasbih mensucikan Allah dari sebarang sifat kekurangan!



Surah As Saaffaat

 

Ayat 167

وَإِنْ كَانُوا لَيَقُولُونَ

 

Translation

Dan sebenarnya mereka yang musyrik itu dahulu pernah berkata.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 168

لَوْ أَنَّ عِندَنَا ذِكْرًا مِّنْ الْأَوَّلِينَ

 

Translation

Kalaulah ada di sisi kami Kitab Suci dari bawaan Rasul-rasul yang telah lalu.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 169

لَكُنَّا عِبَادَ اللَّهِ الْمُخْلَصِينَ

 

Translation

Tentulah kami akan menjadi hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik!



Surah As Saaffaat

 

Ayat 170

فَكَفَرُوا بِهِ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ

 

Translation

Mereka mengingkari Al-Quran; oleh itu mereka akan mengetahui kelak akibat kekufurannya.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 171

وَلَقَدْ سَبَقَتْ كَلِمَتُنَا لِعِبَادِنَا الْمُرْسَلِينَ

 

Translation

Dan sesungguhnya! Telah ada ketetapan Kami, bagi hamba-hamba Kami yang diutus menjadi Rasul.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 172

إِنَّهُمْ لَهُمُ الْمَنصُورُونَ

 

Translation

Bahawa sesungguhnya merekalah orang yang diberikan pertolongan mencapai kemenangan.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 173

وَإِنَّ جُندَنَا لَهُمُ الْغَالِبُونَ

 

Translation

Dan bahawasanya tentera Kami, merekalah orang yang menang.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 174

فَتَوَلَّ عَنْهُمْ حَتَّى حِينٍ

 

Translation

Oleh itu berpalinglah dari mereka hingga ke suatu masa.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 175

وَأَبْصِرْهُمْ فَسَوْفَ يُبْصِرُونَ

 

Translation

Dan lihatlah mereka; kelak mereka akan melihat kemenangan yang telah Kami tetapkan untukmu.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 176

أَفَبِعَذَابِنَا يَسْتَعْجِلُونَ

 

Translation

Maka tidaklah patut mereka meminta disegerakan azab yang telah ditetapkan oleh Kami!



Surah As Saaffaat

 

Ayat 177

فَإِذَا نَزَلَ بِسَاحَتِهِمْ فَسَاء صَبَاحُ الْمُنذَرِينَ

 

Translation

Kerana apabila azab itu turun di kawasan mereka, sudah tentu buruklah hari orang yang tidak mengendahkan amaran yang telah diberikan.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 178

وَتَوَلَّ عَنْهُمْ حَتَّى حِينٍ

 

Translation

Dan berpalinglah dari mereka hingga ke suatu masa.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 179

وَأَبْصِرْ فَسَوْفَ يُبْصِرُونَ

 

Translation

Dan lihatlah apa yang akan jadi; kelak mereka pun akan melihat juga.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 180

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ

 

Translation

Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dari apa yang mereka katakan!



Surah As Saaffaat

 

Ayat 181

وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ

 

Translation

Dan ucaplah salam sejahtera kepada sekalian Rasul.



Surah As Saaffaat

 

Ayat 182

وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

 

Translation

Dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.