Surah Ar Ruum

 

Ayat 1

الم

 

Translation

Alif, Laam, Miim.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 2

غُلِبَتِ الرُّومُ

 

Translation

Orang Rom telah dikalahkan.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 3

فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُم مِّن بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ

 

Translation

Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 4

فِي بِضْعِ سِنِينَ لِلَّهِ الْأَمْرُ مِن قَبْلُ وَمِن بَعْدُ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ

 

Translation

Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya kemenangan Rom itu, orang yang beriman akan bergembira.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 5

بِنَصْرِ اللَّهِ يَنصُرُ مَن يَشَاء وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ

 

Translation

Dengan pertolongan Allah. Ia menolong akan sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Dialah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 6

وَعْدَ اللَّهِ لَا يُخْلِفُ اللَّهُ وَعْدَهُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

 

Translation

Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janji-Nya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui hakikat yang sebenarnya.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 7

يَعْلَمُونَ ظَاهِرًا مِّنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ الْآخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ

 

Translation

Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 8

أَوَلَمْ يَتَفَكَّرُوا فِي أَنفُسِهِمْ مَا خَلَقَ اللَّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَجَلٍ مُّسَمًّى وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ بِلِقَاء رَبِّهِمْ لَكَافِرُونَ

 

Translation

Patutkah mereka merasa cukup dan tidak memikirkan dalam hati mereka, supaya mereka mengetahui, bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar, dan dengan ada masa perhinggaannya yang tertentu, Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 9

أَوَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَيَنظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ كَانُوا أَشَدَّ مِنْهُمْ قُوَّةً وَأَثَارُوا الْأَرْضَ وَعَمَرُوهَا أَكْثَرَ مِمَّا عَمَرُوهَا وَجَاءتْهُمْ رُسُلُهُم بِالْبَيِّنَاتِ فَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظ

 

Translation

Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang yang terdahulu dari mereka? Orang itu lebih kuat daripada mereka, dan mereka telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang mereka lakukan, dan orang itu telah didatangi oleh Rasul-rasul-Nya dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata. Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 10

ثُمَّ كَانَ عَاقِبَةَ الَّذِينَ أَسَاؤُوا السُّوأَى أَن كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ وَكَانُوا بِهَا يَسْتَهْزِؤُون

 

Translation

Kemudian akibat orang yang berbuat jahat itu ialah seburuk-buruk azab, disebabkan mereka mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan sentiasa mempersendakannya.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 11

اللَّهُ يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

 

Translation

Allah memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengulangi menghidupkannya kembali, kemudian kepada-Nyalah kamu akan dikembalikan.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 12

وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ يُبْلِسُ الْمُجْرِمُونَ

 

Translation

Dan semasa berlakunya hari Kiamat, orang yang berdosa akan diam membisu serta berputus asa.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 13

وَلَمْ يَكُن لَّهُم مِّن شُرَكَائِهِمْ شُفَعَاء وَكَانُوا بِشُرَكَائِهِمْ كَافِرِينَ

 

Translation

Dan tidak ada bagi mereka daripada sekutu-sekutu mereka sebarang syafaat, dan mereka mengingkari makhluk-makhluk yang mereka sekutukan itu.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 14

وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ يَوْمَئِذٍ يَتَفَرَّقُونَ

 

Translation

Dan semasa berlakunya Kiamat, mereka pada hari itu akan bercerai-berai.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 15

فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَهُمْ فِي رَوْضَةٍ يُحْبَرُونَ

 

Translation

Adapun kumpulan orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan ditempatkan di taman Syurga dalam keadaan bersuka ria.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 16

وَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَلِقَاء الْآخِرَةِ فَأُوْلَئِكَ فِي الْعَذَابِ مُحْضَرُونَ

 

Translation

Dan sebaliknya kumpulan orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami serta pertemuan hari Akhirat, maka mereka itu dihadapkan di dalam azab.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 17

فَسُبْحَانَ اللَّهِ حِينَ تُمْسُونَ وَحِينَ تُصْبِحُونَ

 

Translation

Maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 18

وَلَهُ الْحَمْدُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَعَشِيًّا وَحِينَ تُظْهِرُونَ

 

Translation

Dan bagi-Nyalah segala puji di langit dan di bumi, dan juga pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 19

يُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ وَيُحْيِي الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَكَذَلِكَ تُخْرَجُونَ

 

Translation

Ia mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup, serta menghidupkan bumi sesudah matinya; dan sedemikian itulah kamu akan dikeluarkan.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 20

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ إِذَا أَنتُم بَشَرٌ تَنتَشِرُونَ

 

Translation

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, bahawa Ia menciptakan kamu dari tanah; kemudian tiba-tiba kamu menjadi manusia yang hidup berkembang biak.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 21

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

 

Translation

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dengannya, dan dijadikan di antara kamu perasan kasih sayang. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang berfikir.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 22

وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّلْعَالِمِينَ

 

Translation

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang berpengetahuan.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 23

وَمِنْ آيَاتِهِ مَنَامُكُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَاؤُكُم مِّن فَضْلِهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَسْمَعُونَ

 

Translation

Dan di antara tanda-tanda kemurahan-Nya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurnia-Nya. Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang mahu mendengar nasihat pengajaran.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 24

وَمِنْ آيَاتِهِ يُرِيكُمُ الْبَرْقَ خَوْفًا وَطَمَعًا وَيُنَزِّلُ مِنَ السَّمَاء مَاء فَيُحْيِي بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

 

Translation

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Ia memperlihatkan kilat kepadamu, untuk menakutkan kamu dan memberi harapan; dan Ia menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya bumi sesudah matinya. Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda bagi orang yang menggunakan akal.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 25

وَمِنْ آيَاتِهِ أَن تَقُومَ السَّمَاء وَالْأَرْضُ بِأَمْرِهِ ثُمَّ إِذَا دَعَاكُمْ دَعْوَةً مِّنَ الْأَرْضِ إِذَا أَنتُمْ تَخْرُجُونَ

 

Translation

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, ialah terdirinya langit dan bumi dengan perintah-Nya; akhirnya apabila Ia menyeru kamu dengan satu seruan dari bumi, kamu dengan serta-merta keluar dari kubur masing-masing.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 26

وَلَهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ كُلٌّ لَّهُ قَانِتُونَ

 

Translation

Dan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi adalah hak kepunyaan-Nya, masing-masing tetap tunduk kepada hukum peraturan-Nya.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 27

وَهُوَ الَّذِي يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ وَهُوَ أَهْوَنُ عَلَيْهِ وَلَهُ الْمَثَلُ الْأَعْلَى فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

 

Translation

Dan Dialah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya, sedang pelaksanaan yang demikian amatlah mudah bagi-Nya. Dan bagi-Nyalah jua sifat yang tertinggi di langit dan di bumi, dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 28

ضَرَبَ لَكُم مَّثَلًا مِنْ أَنفُسِكُمْ هَل لَّكُم مِّن مَّا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُم مِّن شُرَكَاء فِي مَا رَزَقْنَاكُمْ فَأَنتُمْ فِيهِ سَوَاء تَخَافُونَهُمْ كَخِيفَتِكُمْ أَنفُسَكُمْ كَذَلِكَ نُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

 

Translation

Ia mengemukakan kepada kamu satu perbandingan dari dirimu sendiri, iaitu: Relakah kamu menerima sebahagian dari hamba abdi yang kamu miliki itu menjadi kongsi kamu pada apa yang Kami kurniakan kepadamu, maka kamu sama-sama berhak padanya, sehingga kamu pun tidak berani tanpa mereka, sebagaimana kamu tidak berani kepada diri kamu Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat satu persatu bagi orang yang menggunakan akal untuk berfikir.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 29

بَلِ اتَّبَعَ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَهْوَاءهُم بِغَيْرِ عِلْمٍ فَمَن يَهْدِي مَنْ أَضَلَّ اللَّهُ وَمَا لَهُم مِّن نَّاصِرِينَ

 

Translation

Orang yang zalim itu tidak berfikir, bahkan menurut hawa nafsu mereka melakukan syirik dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah, dan tiada bagi mereka seorang penolong pun.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 30

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

 

Translation

Maka hadapkanlah dirimu ke arah agama yang jauh dari kesesatan; Fitrah Allah yang menciptakan manusia untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 31

مُنِيبِينَ إِلَيْهِ وَاتَّقُوهُ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

 

Translation

Kembalilah kepada Allah dan bertakwalah kepada-Nya; dan dirikanlah sembahyang; dan janganlah kamu menjadi kaum yang musyrik.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 32

مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ

 

Translation

Iaitu orang yang memecah-belahkan agama mereka menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada pada mereka.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 33

وَإِذَا مَسَّ النَّاسَ ضُرٌّ دَعَوْا رَبَّهُم مُّنِيبِينَ إِلَيْهِ ثُمَّ إِذَا أَذَاقَهُم مِّنْهُ رَحْمَةً إِذَا فَرِيقٌ مِّنْهُم بِرَبِّهِمْ يُشْرِكُونَ

 

Translation

Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, mereka segera berdoa kepada Tuhan mereka dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepada-Nya; kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat daripada-Nya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan Tuhannya.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 34

لِيَكْفُرُوا بِمَا آتَيْنَاهُمْ فَتَمَتَّعُوا فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ

 

Translation

Kerana mereka mengingkari nikmat yang telah Kami berikan kepada mereka. Maka bersenang-senanglah kamu, kelak kamu akan mengetahui.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 35

أَمْ أَنزَلْنَا عَلَيْهِمْ سُلْطَانًا فَهُوَ يَتَكَلَّمُ بِمَا كَانُوا بِهِ يُشْرِكُونَ

 

Translation

Pernahkah Kami menurunkan kepada mereka sebarang bukti, lalu ia menerangkan jalan yang membolehkan mereka lakukan perbuatan syirik itu?



Surah Ar Ruum

 

Ayat 36

وَإِذَا أَذَقْنَا النَّاسَ رَحْمَةً فَرِحُوا بِهَا وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ إِذَا هُمْ يَقْنَطُونَ

 

Translation

Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya; dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 37

أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّ اللَّهَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاء وَيَقْدِرُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

 

Translation

Dan mengapa mereka tidak melihat bahawa Allah meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Ia juga yang menyempitkannya. Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang membuktikan kekuasaan Allah bagi orang yang beriman.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 38

فَآتِ ذَا الْقُرْبَى حَقَّهُ وَالْمِسْكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ ذَلِكَ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يُرِيدُونَ وَجْهَ اللَّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

 

Translation

Maka berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian yang demikian adalah baik bagi orang yang bertujuan memperoleh keredhaan Allah, dan mereka itulah orang yang berjaya.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 39

وَمَا آتَيْتُم مِّن رِّبًا لِّيَرْبُوَ فِي أَمْوَالِ النَّاسِ فَلَا يَرْبُو عِندَ اللَّهِ وَمَا آتَيْتُم مِّن زَكَاةٍ تُرِيدُونَ وَجْهَ اللَّهِ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُضْعِفُونَ

 

Translation

Dan sesuatu pemberian yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah. Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang yang beroleh pahala berganda-ganda.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 40

اللَّهُ الَّذِي خَلَقَكُمْ ثُمَّ رَزَقَكُمْ ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يُحْيِيكُمْ هَلْ مِن شُرَكَائِكُم مَّن يَفْعَلُ مِن ذَلِكُم مِّن شَيْءٍ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ

 

Translation

Allah jualah yang mencipta kamu; kemudian Ia memberi rezeki kepada kamu; sesudah itu Ia mematikan kamu; kemudian Ia menghidupkan kamu semula. Adakah di antara makhluk yang kamu sekutukan dengan Allah itu sesiapa yang dapat berbuat demikian dari sesuatu pun? Maha Suci Allah dan Tertinggi keadaan-Nya dari apa yang mereka sekutukan.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 41

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

 

Translation

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk mereka, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).



Surah Ar Ruum

 

Ayat 42

قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِن قَبْلُ كَانَ أَكْثَرُهُم مُّشْرِكِينَ

 

Translation

Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang yang telah lalu; kebanyakan mereka adalah orang musyrik.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 43

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ الْقَيِّمِ مِن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ يَوْمٌ لَّا مَرَدَّ لَهُ مِنَ اللَّهِ يَوْمَئِذٍ يَصَّدَّعُونَ

 

Translation

Maka hadapkanlah dirimu (wahai Muhammad) ke arah Agama yang betul, sebelum datangnya hari yang tak dapat ditolak; dari Allah; pada hari itu manusia akan berpecah (kepada dua golongan).



Surah Ar Ruum

 

Ayat 44

مَن كَفَرَ فَعَلَيْهِ كُفْرُهُ وَمَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِأَنفُسِهِمْ يَمْهَدُونَ

 

Translation

Sesiapa yang kufur maka dia yang menanggung kekufurannya itu, dan sesiapa yang beramal salih, maka merekalah yang bersedia untuk diri mereka.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 45

لِيَجْزِيَ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِن فَضْلِهِ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْكَافِرِينَ

 

Translation

Kerana Allah akan membalas orang yang beriman dan beramal salih dari limpah kurnia-Nya. Sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang yang kufur.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 46

وَمِنْ آيَاتِهِ أَن يُرْسِلَ الرِّيَاحَ مُبَشِّرَاتٍ وَلِيُذِيقَكُم مِّن رَّحْمَتِهِ وَلِتَجْرِيَ الْفُلْكُ بِأَمْرِهِ وَلِتَبْتَغُوا مِن فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

 

Translation

Dan di antara tanda-tanda-Nya, bahawa Ia menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan; dan untuk merasakan kamu dari rahmat-Nya, dan supaya kapal belayar laju dengan perintah-Nya, dan juga supaya kamu dapat menuntut kurnia-Nya; dan supaya kamu bersyukur.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 47

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ رُسُلًا إِلَى قَوْمِهِمْ فَجَاؤُوهُم بِالْبَيِّنَاتِ فَانتَقَمْنَا مِنَ الَّذِينَ أَجْرَمُوا وَكَانَ حَقًّا عَلَيْنَا نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ

 

Translation

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan sebelummu Rasul-rasul kepada kaum mereka, lalu mereka membawa kepada kaumnya kenyataan, kemudian Kami menyeksa orang yang berlaku salah; dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang yang beriman.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 48

اللَّهُ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ فَتُثِيرُ سَحَابًا فَيَبْسُطُهُ فِي السَّمَاء كَيْفَ يَشَاء وَيَجْعَلُهُ كِسَفًا فَتَرَى الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَالِهِ فَإِذَا أَصَابَ بِهِ مَن يَشَاء مِنْ عِبَادِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ

 

Translation

Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakinya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya, mereka serta-merta bergembira;



Surah Ar Ruum

 

Ayat 49

وَإِن كَانُوا مِن قَبْلِ أَن يُنَزَّلَ عَلَيْهِم مِّن قَبْلِهِ لَمُبْلِسِينَ

 

Translation

Dan sesungguhnya mereka dahulu, sebelum diturunkan hujan kepada mereka, adalah orang yang telah berputus asa.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 50

فَانظُرْ إِلَى آثَارِ رَحْمَتِ اللَّهِ كَيْفَ يُحْيِي الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا إِنَّ ذَلِكَ لَمُحْيِي الْمَوْتَى وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

 

Translation

Maka lihatlah olehmu kepada kesan-kesan rahmat Allah, bagaimana Ia menghidupkan bumi sesudah matinya (dengan tanam-tanaman yang menghijau). Sesungguhnya yang demikian, sudah tentu Allah yang berkuasa menghidupkan orang yang telah mati. Dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 51

وَلَئِنْ أَرْسَلْنَا رِيحًا فَرَأَوْهُ مُصْفَرًّا لَّظَلُّوا مِن بَعْدِهِ يَكْفُرُونَ

 

Translation

Dan demi sesungguhnya, jika Kami hantarkan angin lalu mereka melihat tanaman itu menjadi kuning, nescaya mereka sesudah itu, terus kembali kufur.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 52

فَإِنَّكَ لَا تُسْمِعُ الْمَوْتَى وَلَا تُسْمِعُ الصُّمَّ الدُّعَاء إِذَا وَلَّوْا مُدْبِرِينَ

 

Translation

Maka sesungguhnya kamu tidak dapat menjadikan orang yang mati itu mendengar, dan tidak dapat menjadikan orang yang pekak mendengar seruanmu, apabila mereka berpaling undur.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 53

وَمَا أَنتَ بِهَادِي الْعُمْيِ عَن ضَلَالَتِهِمْ إِن تُسْمِعُ إِلَّا مَن يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا فَهُم مُّسْلِمُونَ

 

Translation

Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk supaya menjauhi kesesatan mereka; engkau tidak dapat memperdengarkan (seruanmu itu) melainkan kepada orang yang sedia beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, kerana mereka orang yang menurut perintah.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 54

اللَّهُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن ضَعْفٍ ثُمَّ جَعَلَ مِن بَعْدِ ضَعْفٍ قُوَّةً ثُمَّ جَعَلَ مِن بَعْدِ قُوَّةٍ ضَعْفًا وَشَيْبَةً يَخْلُقُ مَا يَشَاء وَهُوَ الْعَلِيمُ الْقَدِيرُ

 

Translation

Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, dan Dialah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 55

وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ يُقْسِمُ الْمُجْرِمُونَ مَا لَبِثُوا غَيْرَ سَاعَةٍ كَذَلِكَ كَانُوا يُؤْفَكُونَ

 

Translation

Dan semasa berlakunya hari Kiamat, orang yang berdosa akan bersumpah mengatakan bahawa mereka tidak tinggal (di dalam kubur) melainkan sekadar satu saat sahaja; demikianlah mereka sentiasa dipalingkan.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 56

وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَالْإِيمَانَ لَقَدْ لَبِثْتُمْ فِي كِتَابِ اللَّهِ إِلَى يَوْمِ الْبَعْثِ فَهَذَا يَوْمُ الْبَعْثِ وَلَكِنَّكُمْ كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

 

Translation

Dan berkatalah orang yang berilmu serta beriman: Demi sesungguhnya, kamu telah tinggal menurut yang terkandung dalam Kitab Allah sampai ke hari kebangkitan (hari Kiamat); maka inilah dia hari kebangkitan (yang dijanjikan) itu, akan tetapi kamu dari dahulu lagi tidak mahu mengetahui.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 57

فَيَوْمَئِذٍ لَّا يَنفَعُ الَّذِينَ ظَلَمُوا مَعْذِرَتُهُمْ وَلَا هُمْ يُسْتَعْتَبُونَ

 

Translation

Maka pada hari itu tidak berguna lagi bagi orang yang zalim sebarang alasan yang mereka kemukakan, dan mereka pula tidak diberi peluang.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 58

وَلَقَدْ ضَرَبْنَا لِلنَّاسِ فِي هَذَا الْقُرْآنِ مِن كُلِّ مَثَلٍ وَلَئِن جِئْتَهُم بِآيَةٍ لَيَقُولَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ أَنتُمْ إِلَّا مُبْطِلُونَ

 

Translation

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengemukakan kepada manusia berbagai kisah di dalam Al-Qur'an ini dan demi sesungguhnya jika engkau membawa kepada mereka sebarang keterangan, sudah tentu orang kafir itu akan berkata: Kamu ini tidak lain hanyalah orang yang membuat dakwaan palsu.



Surah Ar Ruum

 

Ayat 59

كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ

 

Translation

Demikianlah Allah meteraikan hati orang yang tidak mahu menerima jalan mengetahui (kebenaran).



Surah Ar Ruum

 

Ayat 60

فَاصْبِرْ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَلَا يَسْتَخِفَّنَّكَ الَّذِينَ لَا يُوقِنُونَ

 

Translation

Maka bersabarlah, sesungguhnya janji Allah itu benar; dan janganlah orang yang tidak meyakini apa yang kamu sampaikan itu menggelisahkanmu.