Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 1

الرَّحْمَنُ

 

Translation

(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmat-Nya.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 2

عَلَّمَ الْقُرْآنَ

 

Translation

Dialah yang telah mengajarkan Al-Qur'an.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 3

خَلَقَ الْإِنسَانَ

 

Translation

Dialah yang telah menciptakan manusia.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 4

عَلَّمَهُ الْبَيَانَ

 

Translation

Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima penyataan.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 5

الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ بِحُسْبَانٍ

 

Translation

Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 6

وَالنَّجْمُ وَالشَّجَرُ يَسْجُدَانِ

 

Translation

Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu, masing-masing tunduk menurut peraturan-Nya.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 7

وَالسَّمَاء رَفَعَهَا وَوَضَعَ الْمِيزَانَ

 

Translation

Dan langit dijadikannya tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 8

أَلَّا تَطْغَوْا فِي الْمِيزَانِ

 

Translation

Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 9

وَأَقِيمُوا الْوَزْنَ بِالْقِسْطِ وَلَا تُخْسِرُوا الْمِيزَانَ

 

Translation

Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 10

وَالْأَرْضَ وَضَعَهَا لِلْأَنَامِ

 

Translation

Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhluk-Nya yang lain.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 11

فِيهَا فَاكِهَةٌ وَالنَّخْلُ ذَاتُ الْأَكْمَامِ

 

Translation

Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 12

وَالْحَبُّ ذُو الْعَصْفِ وَالرَّيْحَانُ

 

Translation

Dan biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 13

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

 

Translation

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 14

خَلَقَ الْإِنسَانَ مِن صَلْصَالٍ كَالْفَخَّارِ

 

Translation

Ia menciptakan manusia dari tanah liat kering seperti tembikar.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 15

وَخَلَقَ الْجَانَّ مِن مَّارِجٍ مِّن نَّارٍ

 

Translation

Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 16

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

 

Translation

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 17

رَبُّ الْمَشْرِقَيْنِ وَرَبُّ الْمَغْرِبَيْنِ

 

Translation

(Dialah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 18

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

 

Translation

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 19

مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ

 

Translation

Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 20

بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ

 

Translation

Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 21

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

 

Translation

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 22

يَخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ

 

Translation

Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 23

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

 

Translation

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 24

وَلَهُ الْجَوَارِ الْمُنشَآتُ فِي الْبَحْرِ كَالْأَعْلَامِ

 

Translation

Dan Dialah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang tinggi layarnya seperti gunung-ganang.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 25

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

 

Translation

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 26

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ

 

Translation

Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 27

وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

 

Translation

Dan akan kekallah zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 28

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

 

Translation

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 29

يَسْأَلُهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِي شَأْنٍ

 

Translation

Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepada-Nya. Tiap-tiap masa ia di dalam urusan-Nya!



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 30

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

 

Translation

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 31

سَنَفْرُغُ لَكُمْ أَيُّهَا الثَّقَلَانِ

 

Translation

Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja wahai manusia dan jin!



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 32

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

 

Translation

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 33

يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ إِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَن تَنفُذُوا مِنْ أَقْطَارِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ فَانفُذُوا لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطَانٍ

 

Translation

Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan langit dan bumi, maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan kekuasaan!



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 34

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

 

Translation

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 35

يُرْسَلُ عَلَيْكُمَا شُوَاظٌ مِّن نَّارٍ وَنُحَاسٌ فَلَا تَنتَصِرَانِ

 

Translation

Kamu (golongan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api dan leburan tembaga cair; maka kamu tidak akan dapat mempertahankan diri.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 36

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

 

Translation

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 37

فَإِذَا انشَقَّتِ السَّمَاء فَكَانَتْ وَرْدَةً كَالدِّهَانِ

 

Translation

Maka tatkala langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 38

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

 

Translation

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 39

فَيَوْمَئِذٍ لَّا يُسْأَلُ عَن ذَنبِهِ إِنسٌ وَلَا جَانٌّ

 

Translation

Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 40

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

 

Translation

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 41

يُعْرَفُ الْمُجْرِمُونَ بِسِيمَاهُمْ فَيُؤْخَذُ بِالنَّوَاصِي وَالْأَقْدَامِ

 

Translation

Orang yang berdosa dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari ubun-ubun dan kakinya.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 42

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

 

Translation

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 43

هَذِهِ جَهَنَّمُ الَّتِي يُكَذِّبُ بِهَا الْمُجْرِمُونَ

 

Translation

Inilah Neraka Jahanam yang selalu orang yang berdosa mendustakannya.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 44

يَطُوفُونَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ حَمِيمٍ آنٍ

 

Translation

Mereka berulang-ulang di antara api Neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 45

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

 

Translation

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 46

وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ جَنَّتَانِ

 

Translation

Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya, disediakan baginya dua syurga.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 47

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

 

Translation

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 48

ذَوَاتَا أَفْنَانٍ

 

Translation

(Dua syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 49

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

 

Translation

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 50

فِيهِمَا عَيْنَانِ تَجْرِيَانِ

 

Translation

Pada kedua-dua syurga itu terdapat dua mata air yang mengalir.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 51

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

 

Translation

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 52

فِيهِمَا مِن كُلِّ فَاكِهَةٍ زَوْجَانِ

 

Translation

Pada kedua syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 53

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

 

Translation

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 54

مُتَّكِئِينَ عَلَى فُرُشٍ بَطَائِنُهَا مِنْ إِسْتَبْرَقٍ وَجَنَى الْجَنَّتَيْنِ دَانٍ

 

Translation

Mereka berteleku di atas hamparan yang lapisan dalamnya dari sutera tebal; dan buah-buahan kedua-dua syurga itu dekat untuk dipetik.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 55

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

 

Translation

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 56

فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ

 

Translation

Di dalamnya terdapat bidadari-bidadari yang tertunduk pandangannya, yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 57

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

 

Translation

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 58

كَأَنَّهُنَّ الْيَاقُوتُ وَالْمَرْجَانُ

 

Translation

Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 59

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

 

Translation

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 60

هَلْ جَزَاء الْإِحْسَانِ إِلَّا الْإِحْسَانُ

 

Translation

Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga?



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 61

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

 

Translation

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 62

وَمِن دُونِهِمَا جَنَّتَانِ

 

Translation

Dan selain dari dua syurga itu, ada dua syurga lagi.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 63

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

 

Translation

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 64

مُدْهَامَّتَانِ

 

Translation

Kedua-duanya menghijau subur tanamannya.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 65

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

 

Translation

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 66

فِيهِمَا عَيْنَانِ نَضَّاخَتَانِ

 

Translation

Dalam kedua-dua syurga itu terdapat dua mata air yang terus menerus memancutkan airnya.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 67

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

 

Translation

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 68

فِيهِمَا فَاكِهَةٌ وَنَخْلٌ وَرُمَّانٌ

 

Translation

Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 69

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

 

Translation

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 70

فِيهِنَّ خَيْرَاتٌ حِسَانٌ

 

Translation

Dalam kedua-dua syurga itu juga terdapat bidadari yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 71

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

 

Translation

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 72

حُورٌ مَّقْصُورَاتٌ فِي الْخِيَامِ

 

Translation

Iaitu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap ditempat tinggal masing-masing.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 73

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

 

Translation

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 74

لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ

 

Translation

(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 75

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

 

Translation

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 76

مُتَّكِئِينَ عَلَى رَفْرَفٍ خُضْرٍ وَعَبْقَرِيٍّ حِسَانٍ

 

Translation

Mereka berteleku di atas bantal-bantal yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 77

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

 

Translation

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?



Surah Ar Rahmaan

 

Ayat 78

تَبَارَكَ اسْمُ رَبِّكَ ذِي الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

 

Translation

Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.