Surah An Naml

 

Ayat 1

طس تِلْكَ آيَاتُ الْقُرْآنِ وَكِتَابٍ مُّبِينٍ

 

Translation

Taa, siin. Ini ialah ayat-ayat Al-Qur'an, juga Kitab yang jelas nyata kandungannya dan kebenarannya.



Surah An Naml

 

Ayat 2

هُدًى وَبُشْرَى لِلْمُؤْمِنِينَ

 

Translation

Menjadi petunjuk dan berita gembira bagi orang yang beriman.



Surah An Naml

 

Ayat 3

الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُم بِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ

 

Translation

Iaitu mereka yang tetap mendirikan sembahyang dan memberi zakat, sedang mereka pula percaya dengan yakin akan hari akhirat.



Surah An Naml

 

Ayat 4

إِنَّ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ زَيَّنَّا لَهُمْ أَعْمَالَهُمْ فَهُمْ يَعْمَهُونَ

 

Translation

Sesungguhnya orang yang tidak percaya kepada hari akhirat, Kami jadikan perbuatan mereka kelihatan baik; oleh itu, mereka meraba-raba dalam kesesatan.



Surah An Naml

 

Ayat 5

أُوْلَئِكَ الَّذِينَ لَهُمْ سُوءُ الْعَذَابِ وَهُمْ فِي الْآخِرَةِ هُمُ الْأَخْسَرُونَ

 

Translation

Merekalah orang yang akan beroleh azab seksa yang buruk (di dunia) dan mereka pula pada hari akhirat adalah orang yang serugi-ruginya.



Surah An Naml

 

Ayat 6

وَإِنَّكَ لَتُلَقَّى الْقُرْآنَ مِن لَّدُنْ حَكِيمٍ عَلِيمٍ

 

Translation

Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) diberikan menerima Al-Qur'an dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.



Surah An Naml

 

Ayat 7

إِذْ قَالَ مُوسَى لِأَهْلِهِ إِنِّي آنَسْتُ نَارًا سَآتِيكُم مِّنْهَا بِخَبَرٍ أَوْ آتِيكُم بِشِهَابٍ قَبَسٍ لَّعَلَّكُمْ تَصْطَلُونَ

 

Translation

Tatkala Nabi Musa berkata kepada isterinya: Sesungguhnya aku ada melihat api; aku akan bawakan kepada kamu darinya sesuatu khabar berita, atau aku akan bawakan colok api daripadanya, supaya kamu dapat berdiang.



Surah An Naml

 

Ayat 8

فَلَمَّا جَاءهَا نُودِيَ أَن بُورِكَ مَن فِي النَّارِ وَمَنْ حَوْلَهَا وَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

 

Translation

Maka apabila ia sampai ke tempat api itu, ia diseru: Berkat yang melimpah kepada orang yang berada dekat api ini dan sesiapa yang ada sekelilingnya; dan Maha Sucilah Allah Tuhan sekalian alam.



Surah An Naml

 

Ayat 9

يَا مُوسَى إِنَّهُ أَنَا اللَّهُ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

 

Translation

Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.



Surah An Naml

 

Ayat 10

وَأَلْقِ عَصَاكَ فَلَمَّا رَآهَا تَهْتَزُّ كَأَنَّهَا جَانٌّ وَلَّى مُدْبِرًا وَلَمْ يُعَقِّبْ يَا مُوسَى لَا تَخَفْ إِنِّي لَا يَخَافُ لَدَيَّ الْمُرْسَلُونَ

 

Translation

Dan campakkanlah tongkatmu. Maka apabila ia melihat tongkatnya itu bergerak cepat tangkas, seolah-olah seekor ular kecil, berpalinglah dia melarikan diri dan tidak menoleh lagi. Wahai Musa, janganlah takut, sesungguhnya Rasul-rasul itu tidak takut semasa mengadap-Ku.



Surah An Naml

 

Ayat 11

إِلَّا مَن ظَلَمَ ثُمَّ بَدَّلَ حُسْنًا بَعْدَ سُوءٍ فَإِنِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ

 

Translation

Tetapi sesiapa yang berbuat salah, kemudian ia mengubahnya dengan melakukan kebaikan sesudah berbuat salah, maka sesungguhnya Aku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



Surah An Naml

 

Ayat 12

وَأَدْخِلْ يَدَكَ فِي جَيْبِكَ تَخْرُجْ بَيْضَاء مِنْ غَيْرِ سُوءٍ فِي تِسْعِ آيَاتٍ إِلَى فِرْعَوْنَ وَقَوْمِهِ إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمًا فَاسِقِينَ

 

Translation

Dan masukkanlah tanganmu melalui belahan dada bajumu, nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tidak ada cacat; (ini ialah) di antara sembilan mukjizat, untuk dibawa kepada Fir'aun dan kaumnya; sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik derhaka.



Surah An Naml

 

Ayat 13

فَلَمَّا جَاءتْهُمْ آيَاتُنَا مُبْصِرَةً قَالُوا هَذَا سِحْرٌ مُّبِينٌ

 

Translation

Maka tatkala keterangan-keterangan mukjizat Kami sampai kepada Firaun dan kaumnya dengan jelas, berkatalah mereka: Ini adalah sihir yang nyata!



Surah An Naml

 

Ayat 14

وَجَحَدُوا بِهَا وَاسْتَيْقَنَتْهَا أَنفُسُهُمْ ظُلْمًا وَعُلُوًّا فَانظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُفْسِدِينَ

 

Translation

Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong, sedang hati mereka menyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah bagaimana kesudahan orang yang melakukan kerosakan.



Surah An Naml

 

Ayat 15

وَلَقَدْ آتَيْنَا دَاوُودَ وَسُلَيْمَانَ عِلْمًا وَقَالَا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي فَضَّلَنَا عَلَى كَثِيرٍ مِّنْ عِبَادِهِ الْمُؤْمِنِينَ

 

Translation

Dan sesungguhnya, Kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Sulaiman; dan mereka berdua berkata: Segala puji bagi Allah yang memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hamba-Nya yang beriman.



Surah An Naml

 

Ayat 16

وَوَرِثَ سُلَيْمَانُ دَاوُودَ وَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ عُلِّمْنَا مَنطِقَ الطَّيْرِ وَأُوتِينَا مِن كُلِّ شَيْءٍ إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْفَضْلُ الْمُبِينُ

 

Translation

Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud; dan (setelah itu) Nabi Sulaiman berkata: Wahai umat manusia, kami telah diajar bahasa pertuturan burung, dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurnia yang nyata.



Surah An Naml

 

Ayat 17

وَحُشِرَ لِسُلَيْمَانَ جُنُودُهُ مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ وَالطَّيْرِ فَهُمْ يُوزَعُونَ

 

Translation

Dan dihimpunkan bagi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.



Surah An Naml

 

Ayat 18

حَتَّى إِذَا أَتَوْا عَلَى وَادِي النَّمْلِ قَالَتْ نَمْلَةٌ يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

 

Translation

Sehingga apabila mereka sampai ke Waadi'n-Naml, berkatalah seekor semut: Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari.



Surah An Naml

 

Ayat 19

فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِّن قَوْلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

 

Translation

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya aku bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kedua ibu bapaku, dan supaya aku tetap beramal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah daku dengan limpah rahmat-Mu dalam kumpulan hamba-hamba-Mu yang salih.



Surah An Naml

 

Ayat 20

وَتَفَقَّدَ الطَّيْرَ فَقَالَ مَا لِيَ لَا أَرَى الْهُدْهُدَ أَمْ كَانَ مِنَ الْغَائِبِينَ

 

Translation

Dan Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung lalu berkata: Mengapa aku tidak melihat burung belatuk, Adakah ia dari mereka yang tidak hadir?



Surah An Naml

 

Ayat 21

لَأُعَذِّبَنَّهُ عَذَابًا شَدِيدًا أَوْ لَأَذْبَحَنَّهُ أَوْ لَيَأْتِيَنِّي بِسُلْطَانٍ مُّبِينٍ

 

Translation

Niscaya Aku akan menyeksanya dengan seksa yang berat, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata.



Surah An Naml

 

Ayat 22

فَمَكَثَ غَيْرَ بَعِيدٍ فَقَالَ أَحَطتُ بِمَا لَمْ تُحِطْ بِهِ وَجِئْتُكَ مِن سَبَإٍ بِنَبَإٍ يَقِينٍ

 

Translation

Burung belatuk itu tidak lama ghaibnya, lalu berkata: Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya.



Surah An Naml

 

Ayat 23

إِنِّي وَجَدتُّ امْرَأَةً تَمْلِكُهُمْ وَأُوتِيَتْ مِن كُلِّ شَيْءٍ وَلَهَا عَرْشٌ عَظِيمٌ

 

Translation

Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka, dan ia telah diberikan kepadanya (serba sedikit) dari tiap-tiap sesuatu dan ia pula mempunyai singgahsana yang besar.



Surah An Naml

 

Ayat 24

وَجَدتُّهَا وَقَوْمَهَا يَسْجُدُونَ لِلشَّمْسِ مِن دُونِ اللَّهِ وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ أَعْمَالَهُمْ فَصَدَّهُمْ عَنِ السَّبِيلِ فَهُمْ لَا يَهْتَدُونَ

 

Translation

Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah, dan memperelokkan oleh syaitan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk.



Surah An Naml

 

Ayat 25

أَلَّا يَسْجُدُوا لِلَّهِ الَّذِي يُخْرِجُ الْخَبْءَ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَيَعْلَمُ مَا تُخْفُونَ وَمَا تُعْلِنُونَ

 

Translation

(Mereka dihalangi oleh Syaitan) supaya mereka tidak sujud kepada Allah yang mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan di bumi, dan yang mengetahui apa yang kamu dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan.



Surah An Naml

 

Ayat 26

اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

 

Translation

Allah! Tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar.



Surah An Naml

 

Ayat 27

قَالَ سَنَنظُرُ أَصَدَقْتَ أَمْ كُنتَ مِنَ الْكَاذِبِينَ

 

Translation

Sulaiman berkata: Kami akan fikirkan dengan sehalus-halusnya, adakah benar apa yang engkau kata, ataupun engkau dari golongan yang berdusta.



Surah An Naml

 

Ayat 28

اذْهَب بِّكِتَابِي هَذَا فَأَلْقِهْ إِلَيْهِمْ ثُمَّ تَوَلَّ عَنْهُمْ فَانظُرْ مَاذَا يَرْجِعُونَ

 

Translation

Pergilah bawa suratku ini, serta campakkanlah kepada mereka, kemudian berundurlah dari mereka; dalam pada itu perhatikanlah apa tindak balas mereka.



Surah An Naml

 

Ayat 29

قَالَتْ يَا أَيُّهَا المَلَأُ إِنِّي أُلْقِيَ إِلَيَّ كِتَابٌ كَرِيمٌ

 

Translation

Berkatalah raja perempuan negeri Saba': Wahai ketua-ketua kaum! Sesungguhnya telah disampaikan kepadaku sepucuk surat yang mulia.



Surah An Naml

 

Ayat 30

إِنَّهُ مِن سُلَيْمَانَ وَإِنَّهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

 

Translation

Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.



Surah An Naml

 

Ayat 31

أَلَّا تَعْلُوا عَلَيَّ وَأْتُونِي مُسْلِمِينَ

 

Translation

Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri.



Surah An Naml

 

Ayat 32

قَالَتْ يَا أَيُّهَا المَلَأُ أَفْتُونِي فِي أَمْرِي مَا كُنتُ قَاطِعَةً أَمْرًا حَتَّى تَشْهَدُونِ

 

Translation

Raja perempuan itu berkata lagi: Wahai ketua-ketua kaum, berilah penjelasan kepadaku mengenai perkara yang aku hadapi ini; aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya.



Surah An Naml

 

Ayat 33

قَالُوا نَحْنُ أُوْلُوا قُوَّةٍ وَأُولُوا بَأْسٍ شَدِيدٍ وَالْأَمْرُ إِلَيْكِ فَانظُرِي مَاذَا تَأْمُرِينَ

 

Translation

Mereka menjawab: Kita adalah orang yang kuat gagah, dan amat berani menempuh peperangan; dan perkara itu terserahlah kepadamu; oleh itu fikirkanlah apa yang engkau hendak perintahkan.



Surah An Naml

 

Ayat 34

قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً وَكَذَلِكَ يَفْعَلُونَ

 

Translation

Raja perempuan itu berkata: Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosaknya dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina; dan demikian itulah mereka akan lakukan.



Surah An Naml

 

Ayat 35

وَإِنِّي مُرْسِلَةٌ إِلَيْهِم بِهَدِيَّةٍ فَنَاظِرَةٌ بِمَ يَرْجِعُ الْمُرْسَلُونَ

 

Translation

Dan bahawa aku akan menghantar hadiah kepada mereka, kemudian aku akan menunggu, apakah balasan yang akan dibawa balik oleh para utusan kita.



Surah An Naml

 

Ayat 36

فَلَمَّا جَاء سُلَيْمَانَ قَالَ أَتُمِدُّونَنِ بِمَالٍ فَمَا آتَانِيَ اللَّهُ خَيْرٌ مِّمَّا آتَاكُم بَلْ أَنتُم بِهَدِيَّتِكُمْ تَفْرَحُونَ

 

Translation

Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang mengadap Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi Sulaiman: Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku pemberian harta benda, apa yang Allah berikan kepadaku lebih baik dari apa yang diberikan-Nya kepada kamu; (bukan aku yang memandang kepada pemberian hadiah) bahkan kamu gembira dengan apa yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah).



Surah An Naml

 

Ayat 37

ارْجِعْ إِلَيْهِمْ فَلَنَأْتِيَنَّهُمْ بِجُنُودٍ لَّا قِبَلَ لَهُم بِهَا وَلَنُخْرِجَنَّهُم مِّنْهَا أَذِلَّةً وَهُمْ صَاغِرُونَ

 

Translation

Kembalilah kepada mereka, (jika mereka tidak juga mahu beriman) maka demi sesungguhnya kami akan mendatangi mereka dengan angkatan tentera yang mereka tidak terdaya menentangnya, dan kami akan mengeluarkan mereka dari negeri Saba dengan keadaan hina, menjadi orang-orang tawanan.



Surah An Naml

 

Ayat 38

قَالَ يَا أَيُّهَا المَلَأُ أَيُّكُمْ يَأْتِينِي بِعَرْشِهَا قَبْلَ أَن يَأْتُونِي مُسْلِمِينَ

 

Translation

Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): Wahai pegawai-pegawaiku, siapa di antara kamu yang dapat membawa kepadaku mahligainya sebelum mereka datang berserah diri memeluk Islam?



Surah An Naml

 

Ayat 39

قَالَ عِفْريتٌ مِّنَ الْجِنِّ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَن تَقُومَ مِن مَّقَامِكَ وَإِنِّي عَلَيْهِ لَقَوِيٌّ أَمِينٌ

 

Translation

Berkatalah 'Ifrit dari golongan jin: Aku akan membawanya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah.



Surah An Naml

 

Ayat 40

قَالَ الَّذِي عِندَهُ عِلْمٌ مِّنَ الْكِتَابِ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَن يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ فَلَمَّا رَآهُ مُسْتَقِرًّا عِندَهُ قَالَ هَذَا مِن فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ وَمَن شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ

 

Translation

Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: Aku akan membawanya kepadamu dalam sekelip mata! Manakala Sulaiman melihat mahligai itu di sisinya, ia berkata: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau ingkar, Sesiapa yang bersyukur maka syukurnya itu kepada dirinya, dan sesiapa yang ingkar, sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah.



Surah An Naml

 

Ayat 41

قَالَ نَكِّرُوا لَهَا عَرْشَهَا نَنظُرْ أَتَهْتَدِي أَمْ تَكُونُ مِنَ الَّذِينَ لَا يَهْتَدُونَ

 

Translation

Nabi Sulaiman berkata: Ubahkanlah singgahsananya itu, supaya kita melihat adakah ia dapat mengenalnya atau ia termasuk golongan yang tidak mengenal.



Surah An Naml

 

Ayat 42

فَلَمَّا جَاءتْ قِيلَ أَهَكَذَا عَرْشُكِ قَالَتْ كَأَنَّهُ هُوَ وَأُوتِينَا الْعِلْمَ مِن قَبْلِهَا وَكُنَّا مُسْلِمِينَ

 

Translation

Maka tatkala ia datang mengadap, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: Adakah ini mahligaimu? Ia menjawab: Boleh jadi inilah dia; dan kami telah diberikan ilmu pengetahuan sebelum berlakunya (mukjizat) ini, dan kami pula adalah tetap berserah diri (menjunjung perintah Allah).



Surah An Naml

 

Ayat 43

وَصَدَّهَا مَا كَانَت تَّعْبُدُ مِن دُونِ اللَّهِ إِنَّهَا كَانَتْ مِن قَوْمٍ كَافِرِينَ

 

Translation

Dan ia dihalangi apa yang ia pernah menyembahnya yang lain dari Allah; sesungguhnya adalah ia (pada masa itu) dari puak yang kafir.



Surah An Naml

 

Ayat 44

قِيلَ لَهَا ادْخُلِي الصَّرْحَ فَلَمَّا رَأَتْهُ حَسِبَتْهُ لُجَّةً وَكَشَفَتْ عَن سَاقَيْهَا قَالَ إِنَّهُ صَرْحٌ مُّمَرَّدٌ مِّن قَوَارِيرَ قَالَتْ رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي وَأَسْلَمْتُ مَعَ سُلَيْمَانَ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

 

Translation

Dikatakan kepadanya: masuklah ke istana ini. Maka tatkala ia melihatnya, disangkanya sebuah kolam air, serta iapun menyingsingkan pakaian dari dua betisnya. Nabi Sulaiman berkata: Sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat dari kaca. Balqis berdoa: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menzalimi diri sendiri; dan aku memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan sekalian alam.



Surah An Naml

 

Ayat 45

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا إِلَى ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ فَإِذَا هُمْ فَرِيقَانِ يَخْتَصِمُونَ

 

Translation

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutus kepada kaum Thamud, saudara mereka Nabi Salih, (dengan berkata) Sembahlah kamu akan Allah! Maka tiba-tiba mereka menjadi dua puak (mukmin dan kafir) yang berbalah.



Surah An Naml

 

Ayat 46

قَالَ يَا قَوْمِ لِمَ تَسْتَعْجِلُونَ بِالسَّيِّئَةِ قَبْلَ الْحَسَنَةِ لَوْلَا تَسْتَغْفِرُونَ اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

 

Translation

Nabi Salih berkata: Wahai kaumku, mengapa kamu segerakan kufur ingkar,sebelum iman? Alangkah baiknya kalau kamu memohon ampun kepada Allah supaya kamu diberi rahmat.



Surah An Naml

 

Ayat 47

قَالُوا اطَّيَّرْنَا بِكَ وَبِمَن مَّعَكَ قَالَ طَائِرُكُمْ عِندَ اللَّهِ بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ تُفْتَنُونَ

 

Translation

Mereka menjawab: Kami merasa nahas dan malang dengan sebab pengikut-pengikutmu! Nabi Salih berkata: Perkara malang kamu adalah di sisi Allah, sebenarnya kamu adalah kaum yang disesatkan.



Surah An Naml

 

Ayat 48

وَكَانَ فِي الْمَدِينَةِ تِسْعَةُ رَهْطٍ يُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ وَلَا يُصْلِحُونَ

 

Translation

Dan di bandar (kaum Thamud) itu, ada sembilan orang yang semata-mata melakukan kerosakan di bumi dan tidak melakukan kebaikan sedikit pun.



Surah An Naml

 

Ayat 49

قَالُوا تَقَاسَمُوا بِاللَّهِ لَنُبَيِّتَنَّهُ وَأَهْلَهُ ثُمَّ لَنَقُولَنَّ لِوَلِيِّهِ مَا شَهِدْنَا مَهْلِكَ أَهْلِهِ وَإِنَّا لَصَادِقُونَ

 

Translation

Mereka berkata: Hendaklah kamu bersumpah dengan nama Allah, bahawa kita akan bunuh Salih secara mengejut pada waktu malam dan pengikutnya, kemudian kita akan berkata kepada warisnya: Kami tidak hadir pembunuhan pengikut-pengikutnya, dan sesungguhnya kami adalah berkata benar.



Surah An Naml

 

Ayat 50

وَمَكَرُوا مَكْرًا وَمَكَرْنَا مَكْرًا وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

 

Translation

Dan mereka telah merancangkan rancangan jahat,dan Kami pula rancangkan balasannya dengan seburuk-buruk balasan, sedang mereka tidak sedar.



Surah An Naml

 

Ayat 51

فَانظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ مَكْرِهِمْ أَنَّا دَمَّرْنَاهُمْ وَقَوْمَهُمْ أَجْمَعِينَ

 

Translation

Maka lihatlah bagaimana akibat rancangan jahat mereka, iaitu Kami telah hancurkan mereka dan kaum mereka semuanya.



Surah An Naml

 

Ayat 52

فَتِلْكَ بُيُوتُهُمْ خَاوِيَةً بِمَا ظَلَمُوا إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً لِّقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

 

Translation

Dengan itu rumah-rumah mereka runtuh sebab mereka berlaku zalim; sesungguhnya yang demikian menjadi tanda bagi orang yang mahu mengetahui.



Surah An Naml

 

Ayat 53

وَأَنجَيْنَا الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ

 

Translation

Dan Kami selamatkan orang yang beriman, serta yang selalu bertaqwa.



Surah An Naml

 

Ayat 54

وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ وَأَنتُمْ تُبْصِرُونَ

 

Translation

Dan Nabi Lut juga tatkala ia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji sedang kamu nampak kejinya?



Surah An Naml

 

Ayat 55

أَئِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِّن دُونِ النِّسَاء بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ تَجْهَلُونَ

 

Translation

Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. Bahkan kamu kaum yang jahil.



Surah An Naml

 

Ayat 56

فَمَا كَانَ جَوَابَ قَوْمِهِ إِلَّا أَن قَالُوا أَخْرِجُوا آلَ لُوطٍ مِّن قَرْيَتِكُمْ إِنَّهُمْ أُنَاسٌ يَتَطَهَّرُونَ

 

Translation

Maka kaumnya tidak menjawab selain dari berkata: Usirlah Lut dan pengikutnya dari bandar kamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang yang suci.



Surah An Naml

 

Ayat 57

فَأَنجَيْنَاهُ وَأَهْلَهُ إِلَّا امْرَأَتَهُ قَدَّرْنَاهَا مِنَ الْغَابِرِينَ

 

Translation

Lalu Kami selamatkan Nabi Lut dan keluarganya, kecuali isterinya, Kami takdirkan dia menjadi dari golongan yang tertinggal dalam azab.



Surah An Naml

 

Ayat 58

وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِم مَّطَرًا فَسَاء مَطَرُ الْمُنذَرِينَ

 

Translation

Dan Kami hujani mereka dengan hujan yang membinasakan, maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa orang yang telah diberi amaran.



Surah An Naml

 

Ayat 59

قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَسَلَامٌ عَلَى عِبَادِهِ الَّذِينَ اصْطَفَى آللَّهُ خَيْرٌ أَمَّا يُشْرِكُونَ

 

Translation

Katakanlah (wahai Muhammad): Segala puji tertentu bagi Allah, dan selamat sejahtera kepada hamba-hamba-Nya (Nabi-nabi) yang dipilihNya. Manakah yang lebih baik? Allah atau benda-benda yang mereka jadikan sekutu-sekutu bagi-Nya?



Surah An Naml

 

Ayat 60

أَمَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَأَنزَلَ لَكُم مِّنَ السَّمَاء مَاء فَأَنبَتْنَا بِهِ حَدَائِقَ ذَاتَ بَهْجَةٍ مَّا كَانَ لَكُمْ أَن تُنبِتُوا شَجَرَهَا أَإِلَهٌ مَّعَ اللَّهِ بَلْ هُمْ قَوْمٌ يَعْدِلُونَ

 

Translation

Bahkan siapakah yang telah mencipta langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit untuk kamu? Lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman kebun-kebun (yang menghijau subur) dengan indahnya, yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya. Adakah tuhan yang lain bersama-sama Allah? Tidak! bahkan mereka adalah kaum yang menyeleweng dari kebenaran.



Surah An Naml

 

Ayat 61

أَمَّن جَعَلَ الْأَرْضَ قَرَارًا وَجَعَلَ خِلَالَهَا أَنْهَارًا وَجَعَلَ لَهَا رَوَاسِيَ وَجَعَلَ بَيْنَ الْبَحْرَيْنِ حَاجِزًا أَإِلَهٌ مَّعَ اللَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

 

Translation

Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat penetapan; dan menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya; dan menjadikan untuknya gunung-ganang; dan juga telah menjadikan di antara dua laut sekatan yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui.



Surah An Naml

 

Ayat 62

أَمَّن يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاء الْأَرْضِ أَإِلَهٌ مَّعَ اللَّهِ قَلِيلًا مَّا تَذَكَّرُونَ

 

Translation

Atau siapakan yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati.



Surah An Naml

 

Ayat 63

أَمَّن يَهْدِيكُمْ فِي ظُلُمَاتِ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَن يُرْسِلُ الرِّيَاحَ بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ أَإِلَهٌ مَّعَ اللَّهِ تَعَالَى اللَّهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ

 

Translation

Atau siapakah yang menunjukkan jalan kepada kamu dalam gelap-gelita darat dan laut, dan yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Maha Tinggilah keadaan Allah dari apa yang mereka sekutukan dengan-Nya.



Surah An Naml

 

Ayat 64

أَمَّن يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ وَمَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاء وَالْأَرْضِ أَإِلَهٌ مَّعَ اللَّهِ قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

 

Translation

Atau siapakah yang memulakan kejadian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya. dan siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Adakah tuhan yang lain bersama Allah? Katakanlah: Bawalah keterangan-keterangan kamu, jika betul kamu orang yang benar.



Surah An Naml

 

Ayat 65

قُل لَّا يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ

 

Translation

Katakanlah lagi: Tiada sesiapa pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah! Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula.



Surah An Naml

 

Ayat 66

بَلِ ادَّارَكَ عِلْمُهُمْ فِي الْآخِرَةِ بَلْ هُمْ فِي شَكٍّ مِّنْهَا بَلْ هُم مِّنْهَا عَمِونَ

 

Translation

Bahkan mereka telah berkali-kali mengetahui tentang hari akhirat, bahkan mereka berada dalam syak mengenainya: bahkan mata hati mereka buta.



Surah An Naml

 

Ayat 67

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَئِذَا كُنَّا تُرَابًا وَآبَاؤُنَا أَئِنَّا لَمُخْرَجُونَ

 

Translation

Dan orang yang kafir berkata: Adakah sesudah kami menjadi tanah, dan juga datuk nenek kami, adakah kami semua akan dikeluarkan dari kubur?



Surah An Naml

 

Ayat 68

لَقَدْ وُعِدْنَا هَذَا نَحْنُ وَآبَاؤُنَا مِن قَبْلُ إِنْ هَذَا إِلَّا أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ

 

Translation

Demi sesungguhnya, kami telah dijanjikan dengan perkara ini, kami dan juga datuk nenek kami dahulu; ini hanyalah cerita-cerita dongeng orang dahulu kala.



Surah An Naml

 

Ayat 69

قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُجْرِمِينَ

 

Translation

Katakanlah wahai Muhammad: Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang berdosa itu.



Surah An Naml

 

Ayat 70

وَلَا تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ وَلَا تَكُن فِي ضَيْقٍ مِّمَّا يَمْكُرُونَ

 

Translation

Dan janganlah engkau berdukacita terhadap mereka yang kafir itu, dan janganlah engkau resah-gelisah disebabkan tipudaya yang mereka lakukan.



Surah An Naml

 

Ayat 71

وَيَقُولُونَ مَتَى هَذَا الْوَعْدُ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

 

Translation

Dan mereka bertanya: Bilakah berlakunya azab yang telah dijanjikan itu, jika betul kamu orang yang benar?



Surah An Naml

 

Ayat 72

قُلْ عَسَى أَن يَكُونَ رَدِفَ لَكُم بَعْضُ الَّذِي تَسْتَعْجِلُونَ

 

Translation

Katakanlah wahai Muhammad: Dipercayai tidak lama lagi akan datang kepada kamu sebahagian dari azab yang kamu minta disegerakan itu.



Surah An Naml

 

Ayat 73

وَإِنَّ رَبَّكَ لَذُو فَضْلٍ عَلَى النَّاسِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَشْكُرُونَ

 

Translation

Dan sesungguhnya Tuhanmu sentiasa melimpah kurnia-Nya kepada umat manusia seluruhnya, tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur.



Surah An Naml

 

Ayat 74

وَإِنَّ رَبَّكَ لَيَعْلَمُ مَا تُكِنُّ صُدُورُهُمْ وَمَا يُعْلِنُونَ

 

Translation

Dan sesungguhnya Tuhanmu sedia mengetahui apa yang terpendam dalam hati mereka dan apa yang mereka nyatakan (dengan tutur kata dan perbuatan).



Surah An Naml

 

Ayat 75

وَمَا مِنْ غَائِبَةٍ فِي السَّمَاء وَالْأَرْضِ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ

 

Translation

Dan tiada sesuatu perkara yang ghaib di langit dan di bumi, melainkan tertulis dalam Kitab yang terang nyata.



Surah An Naml

 

Ayat 76

إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ يَقُصُّ عَلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ أَكْثَرَ الَّذِي هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ

 

Translation

Sesungguhnya Al-Qur'an ini menceritakan kepada Bani Israil mengenai kebanyakan soal-soal agama yang mereka berselisihan padanya.



Surah An Naml

 

Ayat 77

وَإِنَّهُ لَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ

 

Translation

Dan sesungguhnya Al-Qur'an itu menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang yang beriman.



Surah An Naml

 

Ayat 78

إِنَّ رَبَّكَ يَقْضِي بَيْنَهُم بِحُكْمِهِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْعَلِيمُ

 

Translation

Sesungguhnya Tuhanmu akan memutuskan di antara mereka dengan hukum-Nya, dan dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.



Surah An Naml

 

Ayat 79

فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّكَ عَلَى الْحَقِّ الْمُبِينِ

 

Translation

Oleh itu, berserahlah kepada Allah, sesungguhnya engkau berada di atas kebenaran yang jelas nyata.



Surah An Naml

 

Ayat 80

إِنَّكَ لَا تُسْمِعُ الْمَوْتَى وَلَا تُسْمِعُ الصُّمَّ الدُّعَاء إِذَا وَلَّوْا مُدْبِرِينَ

 

Translation

Sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan orang yang mati (hatinya) itu menerima ajaranmu, dan tidak pula orang yang pekak itu mendengar seruanmu, apabila mereka berundur ke belakang disebabkan keingkarannya.



Surah An Naml

 

Ayat 81

وَمَا أَنتَ بِهَادِي الْعُمْيِ عَن ضَلَالَتِهِمْ إِن تُسْمِعُ إِلَّا مَن يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا فَهُم مُّسْلِمُونَ

 

Translation

Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang buta supaya menjauhi kesesatan mereka; engkau tidak dapat memperdengarkan (seruanmu itu) melainkan kepada orang yang sanggup beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, kerana mereka orang yang berserah diri dengan ikhlas.



Surah An Naml

 

Ayat 82

وَإِذَا وَقَعَ الْقَوْلُ عَلَيْهِمْ أَخْرَجْنَا لَهُمْ دَابَّةً مِّنَ الْأَرْضِ تُكَلِّمُهُمْ أَنَّ النَّاسَ كَانُوا بِآيَاتِنَا لَا يُوقِنُونَ

 

Translation

Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi, yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa manusia telah tidak meyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran Kami.



Surah An Naml

 

Ayat 83

وَيَوْمَ نَحْشُرُ مِن كُلِّ أُمَّةٍ فَوْجًا مِّمَّن يُكَذِّبُ بِآيَاتِنَا فَهُمْ يُوزَعُونَ

 

Translation

Dan (ingatlah) hari Kami himpunkan dari tiap-tiap umat sekumpulan besar orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.



Surah An Naml

 

Ayat 84

حَتَّى إِذَا جَاؤُوا قَالَ أَكَذَّبْتُم بِآيَاتِي وَلَمْ تُحِيطُوا بِهَا عِلْمًا أَمَّاذَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

 

Translation

Sehingga apabila mereka datang, Allah Ta'ala berfirman: Adakah kamu mendustakan ayat-ayat-Ku dengan tidak lebih dahulu kamu mengetahuinya? Atau apakah yang kamu telah lakukan?



Surah An Naml

 

Ayat 85

وَوَقَعَ الْقَوْلُ عَلَيْهِم بِمَا ظَلَمُوا فَهُمْ لَا يَنطِقُونَ

 

Translation

Dan jatuhlah hukuman atas mereka dengan azab disebabkan kezaliman mereka berlaku kufur ingkar, lalu mereka diam membisu.



Surah An Naml

 

Ayat 86

أَلَمْ يَرَوْا أَنَّا جَعَلْنَا اللَّيْلَ لِيَسْكُنُوا فِيهِ وَالنَّهَارَ مُبْصِرًا إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

 

Translation

Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Kami telah menjadikan malam untuk mereka berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang beriman.



Surah An Naml

 

Ayat 87

وَيَوْمَ يُنفَخُ فِي الصُّورِ فَفَزِعَ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَمَن فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَن شَاء اللَّهُ وَكُلٌّ أَتَوْهُ دَاخِرِينَ

 

Translation

Dan ingatkanlah hari di tiup sangkakala, lalu terkejutlah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali mereka yang dikehendaki Allah; dan kesemuanya datang kepada-Nya dengan merendahkan diri.



Surah An Naml

 

Ayat 88

وَتَرَى الْجِبَالَ تَحْسَبُهَا جَامِدَةً وَهِيَ تَمُرُّ مَرَّ السَّحَابِ صُنْعَ اللَّهِ الَّذِي أَتْقَنَ كُلَّ شَيْءٍ إِنَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَفْعَلُونَ

 

Translation

Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan rapi; sesungguhnya Ia mengetahui akan apa yang kamu lakukan.



Surah An Naml

 

Ayat 89

مَن جَاء بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ خَيْرٌ مِّنْهَا وَهُم مِّن فَزَعٍ يَوْمَئِذٍ آمِنُونَ

 

Translation

Sesiapa yang datang dengan kebajikan maka ia akan beroleh yang lebih baik daripadanya, dan mereka akan beroleh keamanan pada hari kiamat.



Surah An Naml

 

Ayat 90

وَمَن جَاء بِالسَّيِّئَةِ فَكُبَّتْ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ هَلْ تُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

 

Translation

Dan sesiapa yang datang dengan amal jahat maka akan ditumuskan mukanya ke dalam api neraka, Sambil dikatakan kepada mereka: Kamu tidak diberi melainkan balasan apa yang kamu telah lakukan.



Surah An Naml

 

Ayat 91

إِنَّمَا أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ رَبَّ هَذِهِ الْبَلْدَةِ الَّذِي حَرَّمَهَا وَلَهُ كُلُّ شَيْءٍ وَأُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْمُسْلِمِينَ

 

Translation

Aku hanyalah diperintahkan supaya menyembah Allah Tuhan negeri Mekah ini yang telah menjadikannya suci lagi dihormati, dan yang menguasai segala-galanya; dan aku diperintahkan supaya tetap menjadi dari orang Islam yang menyerah diri bulat-bulat kepada-Nya.



Surah An Naml

 

Ayat 92

وَأَنْ أَتْلُوَ الْقُرْآنَ فَمَنِ اهْتَدَى فَإِنَّمَا يَهْتَدِي لِنَفْسِهِ وَمَن ضَلَّ فَقُلْ إِنَّمَا أَنَا مِنَ الْمُنذِرِينَ

 

Translation

Dan supaya aku sentiasa membaca Al-Qur'an. Oleh itu, sesiapa yang menurut petunjuk (Al-Qur'an) maka faedah perbuatannya itu akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat, maka katakanlah kepadanya: Sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi amaran.



Surah An Naml

 

Ayat 93

وَقُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ سَيُرِيكُمْ آيَاتِهِ فَتَعْرِفُونَهَا وَمَا رَبُّكَ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

 

Translation

Dan katakanlah: Segala puji tertentu bagi Allah, Ia akan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaan-Nya supaya kamu dapat mengetahuinya; dan Tuhanmu tidaklah lalai akan segala yang kamu lakukan.