Surah An Nahl

 

Ayat 1

أَتَى أَمْرُ اللَّهِ فَلَا تَسْتَعْجِلُوهُ سُبْحَنَهُ وَتَعَلَى عَمَّا يُشْرِكُونَ

 

Translation

Telah datang janji yang ditetapkan oleh Allah, maka janganlah kamu minta disegerakan. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi Ia dari apa yang mereka sekutukan.



Surah An Nahl

 

Ayat 2

يُنَزِّلُ الْمَلَئِكَةَ بِالرُّوحِ مِنْ أَمْرِهِ عَلَى مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ أَنْ أَنذِرُوا أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاتَّقُون

 

Translation

Ia menurunkan malaikat membawa wahi dengan perintah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya; Iaitu hendaklah kamu menegaskan kepada umat manusia bahawa tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada-Ku.



Surah An Nahl

 

Ayat 3

خَلَقَ السَّمَوَتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ تَعَلَى عَمَّا يُشْرِكُونَ

 

Translation

Ia menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat; Maha Tinggilah Ia dari perbuatan syirik yang mereka lakukan.



Surah An Nahl

 

Ayat 4

خَلَقَ الْإِنسَنَ مِنْ نُطْفَةٍ فَإِذَا هُوَ خَصِيمٌ مُبِينٌ

 

Translation

Ia menciptakan manusia dari air benih, tiba-tiba menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya.



Surah An Nahl

 

Ayat 5

وَالْأَنْعَمَ خَلَقَهَا لَكُمْ فِيهَا دِفْءٌ وَمَنَفِعُ وَمِنْهَا تَأْكُلُونَ

 

Translation

Dan diciptakan-Nya binatang ternak untuk kamu; terdapat padanya benda yang memanaskan dan beberapa faedah lain; dan daripadanya kamu makan.



Surah An Nahl

 

Ayat 6

وَلَكُمْ فِيهَا جَمَالٌ حِينَ تُرِيحُونَ وَحِينَ تَسْرَحُونَ

 

Translation

Dan bagi kamu pada binatang-binatang ternak itu, keindahan ketika kamu membawanya balik untuk berehat, dan ketika kamu membawanya keluar.



Surah An Nahl

 

Ayat 7

وَتَحْمِلُ أَثْقَالَكُمْ إِلَى بَلَدٍ لَمْ تَكُونُوا بَلِغِيهِ إِلَّا بِشِقِّ الْأَنفُسِ إِنَّ رَبَّكُمْ لَرَءُوفٌ رَحِيمٌ

 

Translation

Dan ia membawa barang-barang kamu ke suatu negeri yang kamu tidak dapat sampai kepadanya melainkan dengan bersusah payah. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.



Surah An Nahl

 

Ayat 8

وَالْخَيْلَ وَالْبِغَالَ وَالْحَمِيرَ لِتَرْكَبُوهَا وَزِينَةً وَيَخْلُقُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

 

Translation

Dan Dia menjadikan kuda dan baghal serta keldai untuk kamu menunggangnya, dan untuk perhiasan; dan Ia ciptakan apa yang kamu tidak mengetahuinya.



Surah An Nahl

 

Ayat 9

وَعَلَى اللَّهِ قَصْدُ السَّبِيلِ وَمِنْهَا جَائِرٌ وَلَوْ شَاءَ لَهَدَكُمْ أَجْمَعِينَ

 

Translation

Dan hak Allahlah menunjukkan jalan yang lurus; dan di antaranya ada yang terpesong; jika Ia kehendaki, tentulah Ia memberi petunjuk kepada kamu semua.



Surah An Nahl

 

Ayat 10

هُوَ الَّذِي أَنزَلَ مِنْ السَّمَاءِ مَاءً لَكُمْ مِنْهُ شَرَابٌ وَمِنْهُ شَجَرٌ فِيهِ تُسِيمُونَ

 

Translation

Dialah yang menurunkan hujan dari langit; sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan sebahagian lagi menumbuhkan tumbuhan untuk kamu lepaskan binatang-binatang ternak makan.



Surah An Nahl

 

Ayat 11

يُنْبِتُ لَكُمْ بِهِ الزَّرْعَ وَالزَّيْتُونَ وَالنَّخِيلَ وَالْأَعْنَبَ وَمِنْ كُلِّ الثَّمَرَتِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَاءيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

 

Translation

Ia menumbuhkan bagimu dengannya tanam-tanaman, pokok-pokok zaitun dan tamar serta anggur; dan dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda-tanda kekuasaan-Nya bagi kaum yang berfikir.



Surah An Nahl

 

Ayat 12

وَسَخَّرَ لَكُمْ اليْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومُ مُسَخَّرَتٌ بِأَمْرِهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَاءيَتٍ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

 

Translation

Dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang, dan matahari serta bulan; dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintah-Nya untuk keperluan kamu. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda bagi kaum yang memahaminya.



Surah An Nahl

 

Ayat 13

وَمَا ذَرَأَ لَكُمْ فِي الْأَرْضِ مُخْتَلِفًا أَلْوَنُهُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَاءيَةً لِقَوْمٍ يَذَّكَّرُونَ

 

Translation

Dan apa yang dijadikan untuk kamu di bumi yang berlainan jenisnya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah tanda bagi kaum yang mahu mengingatinya.



Surah An Nahl

 

Ayat 14

وَهُوَ الَّذِي سَخَّرَ الْبَحْرَ لِتَأْكُلُوا مِنْهُ لَحْمًا طَرِيًّا وَتَسْتَخْرِجُوا مِنْهُ حِلْيَةً تَلْبَسُونَهَا وَتَرَى الْفُلْكَ مَوَاخِرَ فِيهِ وَلِتَبْتَغُوا مِنْ فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

 

Translation

Dan Dialah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang segar, dan dikeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya; dan kamu lihat kapal-kapal belayar padanya; agar kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurnia-Nya; dan supaya kamu bersyukur.



Surah An Nahl

 

Ayat 15

وَأَلْقَى فِي الْأَرْضِ رَوَسِيَ أَنْ تَمِيدَ بِكُمْ وَأَنْهَرًا وَسُبُلًا لَّعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

 

Translation

Dan Ia menetapkan di bumi gunung-ganang supaya ia tidak menghayunkan kamu; dan sungai-sungai serta jalan-jalan, agar kamu mendapat petunjuk.



Surah An Nahl

 

Ayat 16

وَعَلَمَاتٍ وَبِالنَّجْمِ هُمْ يَهْتَدُونَ

 

Translation

Dan Ia mengadakan tanda-tanda panduan jalan, dan dengan binatang-binatang pada waktu malam mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju.



Surah An Nahl

 

Ayat 17

أَفَمَنْ يَخْلُقُ كَمَنْ لَا يَخْلُقُ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

 

Translation

Adakah Allah yang menciptakan semuanya itu sama seperti orang yang tidak menciptakan sesuatu? Maka patutkah kamu tidak mahu beringat?



Surah An Nahl

 

Ayat 18

وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ

 

Translation

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tiadalah kamu dapat menghitungnya; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



Surah An Nahl

 

Ayat 19

وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تُسِرُّونَ وَمَا تُعْلِنُونَ

 

Translation

Dan Allah mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu zahirkan.



Surah An Nahl

 

Ayat 20

وَالَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ لَا يَخْلُقُونَ شَيْءا وَهُمْ يُخْلَقُونَ

 

Translation

Dan makhluk-makhluk yang mereka sembah selain dari Allah itu tidak dapat menciptakan sesuatu pun, bahkan merekalah yang diciptakan.



Surah An Nahl

 

Ayat 21

أَمْوَتٌ غَيْرُ أَحْيَاءٍ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ

 

Translation

Makhluk-makhluk itu tetap akan mati, bukanlah kekal hidup; dan mereka tidak mengetahui bilakah masing-masing akan dibangkitkan.



Surah An Nahl

 

Ayat 22

إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَالَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْاءخِرَةِ قُلُوبُهُمْ مُنكِرَةٌ وَهُمْ مُسْتَكْبِرُونَ

 

Translation

Tuhan kamu ialah Tuhan yang Esa; oleh itu, orang yang tidak beriman kepada hari akhirat hati mereka ingkar dan sikap mereka sombong takbur.



Surah An Nahl

 

Ayat 23

لَا جَرَمَ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعْلِنُونَ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْتَكْبِرِينَ

 

Translation

Sebenarnya bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Ia tidak suka orang yang sombong.



Surah An Nahl

 

Ayat 24

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ مَاذَا أَنزَلَ رَبُّكُمْ قَالُوا أَسَطِيرُ الْأَوَّلِينَ

 

Translation

Dan apabila dikatakan kepada mereka: Apakah yang diturunkan oleh Tuhan kamu?Mereka menjawab: Cerita-cerita dongeng orang dahulu kala.



Surah An Nahl

 

Ayat 25

لِيَحْمِلُوا أَوْزَارَهُمْ كَامِلَةً يَوْمَ الْقِيَمَةِ وَمِنْ أَوْزَارِ الَّذِينَ يُضِلُّونَهُمْ بِغَيْرِ عِلْمٍ أَلَا سَاءَ مَا يَزِرُونَ

 

Translation

Supaya mereka memikul dosa-dosa mereka dengan sepenuhnya pada hari Kiamat, dan juga memikul sebahagian dari dosa orang yang mereka sesatkan dengan tiada pengetahuan yang benar; sesungguhnya amatlah buruknya dosa-dosa yang mereka lakukan itu.



Surah An Nahl

 

Ayat 26

قَدْ مَكَرَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَأَتَى اللَّهُ بُنْيَنَهُمْ مِنَ الْقَوَاعِدِ فَخَرَّ عَلَيْهِمْ السَّقْفُ مِنْ فَوْقِهِمْ وَأَتَهُمْ الْعَذَابُ مِنْ حَيْثُ لَا يَشْعُرُونَ

 

Translation

Sebenarnya orang yang terdahulu dari mereka telah menjalankan rancangan jahat; maka Allah binasakan bangunan mereka dari asas-asasnya, lalu bumbungnya jatuh menimpa mereka, dan mereka pula didatangi azab kebinasaan dari arah yang mereka tidak menyedarinya.



Surah An Nahl

 

Ayat 27

ثُمَّ يَوْمَ الْقِيَمَةِ يُخْزِيهِمْ وَيَقُولُ أَيْنَ شُرَكَاءي الَّذِينَ كُنْتُمْ تُشَقُّونَ فِيهِمْ قَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ إِنَّ الْخِزْيَ الْيَوْمَ وَالسُّوءَ عَلَى الْكَفِرِينَ

 

Translation

Kemudian pada hari Kiamat, Allah menghinakan mereka sambil bertanya: Mana dia sekutu-sekutu-Ku yang kamu berperi-peri memusuhi mereka? Berkatalah orang yang beroleh ilmu pengetahuan: Sesungguhnya kehinaan hari ini dan azab seksa, adalah tertimpa kepada orang yang kafir.



Surah An Nahl

 

Ayat 28

الَّذِينَ تَتَوَفَّهُمْ الْمَلَئِكَةُ ظَالِمِي أَنفُسِهِمْ فَأَلْقَوْا السَّلَمَ مَا كُنَّا نَعْمَلُ مِنْ سُوءٍ بَلَى إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

 

Translation

Iaitu mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka menganiayai diri sendiri. Lalu mereka tunduk menyerah diri Sambil berkata: Kami tiada melakukan kejahatan. Malaikat menjawab: Bahkan; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.



Surah An Nahl

 

Ayat 29

فَادْخُلُوا أَبْوَبَ جَهَنَّمَ خَلِدِينَ فِيهَا فَلَبِئْسَ مَثْوَى الْمُتَكَبِّرِينَ

 

Translation

Oleh itu, masukilah pintu-pintu neraka, kekallah kamu di dalamnya; maka itulah seburuk-buruk tempat bagi orang yang sombong.



Surah An Nahl

 

Ayat 30

وَقِيلَ لِلَّذِينَ اتَّقَوْا مَاذَا أَنْزَلَ رَبُّكُمْ قَالُوا خَيْرًا لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا فِي هَذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌ وَلَدَارُ الْاءخِرَةِ خَيْرٌ وَلَنِعْمَ دَارُ الْمُتَّقِينَ

 

Translation

Dan ditanya kepada orang yang bertakwa: Apakah yang diturunkan oleh Tuhanmu? Mereka menjawab: Kebaikan. Bagi orang yang berbuat baik di dunia ini balasan yang baik, dan balasan akhirat itu lebih baik lagi; dan negeri akhirat itu sebaik-baik negeri bagi orang yang bertakwa.



Surah An Nahl

 

Ayat 31

جَنَّتُ عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَرُ لَهُمْ فِيهَا مَا يَشَاءُونَ كَذَلِكَ يَجْزِي اللَّهُ الْمُتَّقِينَ

 

Translation

Iaitu Syurga Adn, yang mereka akan memasukinya, yang mengalir dibawahnya sungai-sungai; mereka beroleh di dalamnya apa yang mereka kehendaki; demikianlah Allah memberi balasan kepada orang yang bertakwa.



Surah An Nahl

 

Ayat 32

الَّذِينَ تَتَوَفَّهُمْ الْمَلَئِكَةُ طَيِّبِينَ يَقُولُونَ سَلَمٌ عَلَيْكُمْ ادْخُلُوا الْجَنَّةَ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

 

Translation

Mereka yang diwafatkan oleh malaikat dalam keadaan baik, sambil malaikat itu berkata kepada mereka: Selamat sejahteralah kepada kamu; masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan.



Surah An Nahl

 

Ayat 33

هَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا أَنْ تَأْتِيَهُمْ الْمَلَئِكَةُ أَوْ يَأْتِيَ أَمْرُ رَبِّكَ كَذَلِكَ فَعَلَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَمَا ظَلَمَهُمْ اللَّهُ وَلَكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

 

Translation

Mereka tidak menunggu melainkan kedatangan malaikat, atau datangnya azab Tuhanmu. Demikianlah yang dilakukan oleh orang kafir sebelum mereka; dan sebenarnya Allah tidak menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.



Surah An Nahl

 

Ayat 34

فَأَصَابَهُمْ سَىءاتُ مَا عَمِلُوا وَحَاقَ بِهِمْ مَا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِءون

 

Translation

Maka mereka ditimpa azab akibat perbuatan jahat yang mereka lakukan; dan mereka diliputi oleh azab yang mereka ejek-ejekan dahulu.



Surah An Nahl

 

Ayat 35

وَقَالَ الَّذِينَ أَشْرَكُوا لَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا عَبَدْنَا مِنْ دُونِهِ مِنْ شَيْءٍ نَحْنُ وَلَا ءابَاؤُنَا وَلَا حَرَّمْنَا مِنْ دُونِهِ مِنْ شَيْءٍ كَذَلِكَ فَعَلَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَهَلْ عَلَى الرُّسُلِ إِلَّا الْبَلَغُ الْمُبِينُ

 

Translation

Dan berkata orang musyrik: Kalaulah Allah kehendaki tentulah kami tidak menyembah selain-Nya sesuatu pun, kami dan tidak juga datuk-nenek kami; dan tentulah kami tidak mengharamkan sesuatu pun dengan ketiadaan perintahnya. Demikianlah juga yang telah dilakukan oleh orang sebelum mereka. Bukankah Rasul-rasul semuanya tidak bertanggungjawab selain daripada menyampaikan dengan cara yang jelas nyata?



Surah An Nahl

 

Ayat 36

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنْ اُعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَلَةُ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ

 

Translation

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul: Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut. Maka di antara mereka ada yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula yang ditimpa kesesatan. Maka mengembaralah kamu di bumi, lalu lihatlah bagaimana buruknya akibat orang yang berdusta.



Surah An Nahl

 

Ayat 37

إِنْ تَحْرِصْ عَلَى هُدَهُمْ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ يُضِلُّ وَمَا لَهُمْ مِنْ نَصِرِينَ

 

Translation

Jika kamu sangat inginkan mereka beroleh petunjuk, maka sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang berhak disesatkan-Nya; dan tiadalah bagi mereka sesiapa pun yang dapat memberikan pertolongan.



Surah An Nahl

 

Ayat 38

وَأَقْسَمُوا بِاللَّهِ جَهْدَ أَيْمَنِهِمْ لَا يَبْعَثُ اللَّهُ مَنْ يَمُوتُ بَلَى وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

 

Translation

Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan bersungguh-sungguh: Allah tidak akan membangkitkan semula orang yang telah mati. bahkan janji Allah tetap benar; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.



Surah An Nahl

 

Ayat 39

لِيُبَيِّنَ لَهُمْ الَّذِي يَخْتَلِفُونَ فِيهِ وَلِيَعْلَمَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّهُمْ كَانُوا كَذِبِينَ

 

Translation

Untuk menerangkan kepada mereka apa yang mereka selisihkan padanya, dan agar orang kafir mengetahui bahawa mereka adalah orang yang berdusta.



Surah An Nahl

 

Ayat 40

إِنَّمَا قَوْلُنَا لِشَيْءٍ إِذَا أَرَدْنَهُ أَنْ نَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ

 

Translation

Sesungguhnya perkataan Kami kepada sesuatu apabila Kami kehendaki, hanyalah Kami berkata kepadanya: Jadilah engkau! maka menjadilah ia.



Surah An Nahl

 

Ayat 41

وَالَّذِينَ هَاجَرُوا فِي اللَّهِ مِنْ بَعْدِ مَا ظُلِمُوا لَنُبَوِّئَنَّهُمْ فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَلَأَجْرُ الْاءخِرَةِ أَكْبَرُ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

 

Translation

Dan orang yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya, Kami akan tempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya yang baik; dan sesungguhnya pahala amal mereka itu lebih besar di akhirat kelak, kalaulah mereka mengetahui.



Surah An Nahl

 

Ayat 42

الَّذِينَ صَبَرُوا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

 

Translation

Mereka itu ialah orang yang bersabar menanggung kezaliman dan berserah diri kepada Tuhannya.



Surah An Nahl

 

Ayat 43

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا نُوحِي إِلَيْهِمْ فَسْءلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

 

Translation

Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu melainkan orang lelaki, yang Kami wahikan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.



Surah An Nahl

 

Ayat 44

بِالْبَيِّنَتِ وَالزُّبُرِ وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

 

Translation

Dengan membawa keterangan-keterangan dan Kitab-kitab Suci; dan Kami turunkan kepadamu Al-Qur'an agar kamu menerangkan kepada manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya.



Surah An Nahl

 

Ayat 45

أَفَأَمِنَ الَّذِينَ مَكَرُوا السَّيّءاتِ أَنْ يَخْسِفَ اللَّهُ بِهِمْ الْأَرْضَ أَوْ يَأْتِيَهُمْ الْعَذَابُ مِنْ حَيْثُ لَا يَشْعُرُونَ

 

Translation

Maka adakah orang yang merancang dan melakukan kejahatan itu merasa aman daripada ditimbuskan oleh Allah akan mereka ke dalam bumi, atau mereka didatangi azab dari arah yang mereka tidak menyedarinya?



Surah An Nahl

 

Ayat 46

أَوْ يَأْخُذَهُمْ فِي تَقَلُّبِهِمْ فَمَا هُمْ بِمُعْجِزِينَ

 

Translation

Atau Ia membinasakan mereka dalam masa mereka berulang alik melakukan kerja? Kerana sebenarnya mereka tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah.



Surah An Nahl

 

Ayat 47

أَوْ يَأْخُذَهُمْ عَلَى تَخَوُّفٍ فَإِنَّ رَبَّكُمْ لَرَءُوفٌ رَحِيمٌ

 

Translation

Atau Ia membinasakan mereka sedikit demi sedikit? Kerana sesungguhnya Tuhan kamu Amat melimpah belas kasihan dan rahmat-Nya.



Surah An Nahl

 

Ayat 48

أَوَلَمْ يَرَوْا إِلَى مَا خَلَقَ اللَّهُ مِنْ شَيْءٍ يَتَفَيَّؤا ظِلَلُهُ عَنْ الْيَمِينِ وَالشَّمَائِلِ سُجَّدًا لِلَّهِ وَهُمْ دَخِرُونَ

 

Translation

Tidakkah mereka melihat segala yang telah dijadikan oleh Allah, yang beredar bayang-bayangnya ke kanan dan ke kiri, kerana tunduk menurut kehendak Allah, sedang mereka merendah diri?



Surah An Nahl

 

Ayat 49

وَلِلَّهِ يَسْجُدُ مَا فِي السَّمَوَتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مِنْ دَابَّةٍ وَالْمَلَئِكَةُ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ

 

Translation

Dan bagi Allah bersujud apa yang ada di langit dan di bumi, dari makhluk-makhluk yang bergerak serta malaikat; sedang mereka tidak berlaku sombong.



Surah An Nahl

 

Ayat 50

يَخَافُونَ رَبَّهُمْ مِنْ فَوْقِهِمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

 

Translation

Mereka takut kepada Tuhan mereka, yang mengatasi mereka dengan kekuasaan-Nya, serta mereka mengerjakan apa yang diperintahkan.



Surah An Nahl

 

Ayat 51

وَقَالَ اللَّهُ لَا تَتَّخِذُوا إِلَهَيْنِ اثْنَيْنِ إِنَّمَا هُوَ إِلَهٌ وَحِدٌ فَإِيَّيَ فَارْهَبُون

 

Translation

Dan Allah berfirman: Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, sesungguhnya Dialah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah hendaknya kamu takut.



Surah An Nahl

 

Ayat 52

وَلَهُ مَا فِي السَّمَوَتِ وَالْأَرْضِ وَلَهُ الدِّينُ وَاصِبًا أَفَغَيْرَ اللَّهِ تَتَّقُونَ

 

Translation

Dan bagi-Nyalah segala yang ada di langit dan bumi; dan kepada-Nya tertentu ketaatan selama-lamanya; maka patutkah kamu takut kepada selain dari Allah.



Surah An Nahl

 

Ayat 53

وَمَا بِكُمْ مِنْ نِعْمَةٍ فَمِنْ اللَّهِ ثُمَّ إِذَا مَسَّكُمْ الضُّرُّ فَإِلَيْهِ تَجْءرُونَ

 

Translation

Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu, adalah ia dari Allah; kemudian apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan.



Surah An Nahl

 

Ayat 54

ثُمَّ إِذَا كَشَفَ الضُّرَّ عَنْكُمْ إِذَا فَرِيقٌ مِنْكُمْ بِرَبِّهِمْ يُشْرِكُونَ

 

Translation

Kemudian, apabila Ia hapuskan kesusahan itu daripadamu, tiba-tiba sepuak di antara kamu mempersekutukan-Nya dengan Tuhan mereka.



Surah An Nahl

 

Ayat 55

لِيَكْفُرُوا بِمَا ءاتَيْنَهُمْ فَتَمَتَّعُوا فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ

 

Translation

Kerana mereka kufur akan nikmat-nikmat yang Kami berikan kepada mereka. Maka bersenang-senanglah kamu, kelak kamu akan mengetahui akibatnya.



Surah An Nahl

 

Ayat 56

وَيَجْعَلُونَ لِمَا لَا يَعْلَمُونَ نَصِيبًا مِمَّا رَزَقْنَهُمْ تَاللَّهِ لَتُسْءلنَّ عَمَّا كُنْتُمْ تَفْتَرُونَ

 

Translation

Dan mereka menentukan untuk keperluan benda yang mereka tidak mengetahui keadaannya, sebahagian dari rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka. Demi Allah! Sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu ada-adakan secara dusta itu.



Surah An Nahl

 

Ayat 57

وَيَجْعَلُونَ لِلَّهِ الْبَنَتِ سُبْحَنَهُ وَلَهُمْ مَا يَشْتَهُونَ

 

Translation

Dan mereka mengatakan Allah mempunyai anak-anak perempuan. Maha Suci Ia. Sedang bagi mereka pula, mereka untukkan apa yang mereka sukai.



Surah An Nahl

 

Ayat 58

وَإِذَا بُشِّرَ أَحَدُهُمْ بِالْأُنثَى ظَلَّ وَجْهُهُ مُسْوَدًّا وَهُوَ كَظِيمٌ

 

Translation

Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya, sedang ia sangat marah.



Surah An Nahl

 

Ayat 59

يَتَوَرَى مِنْ الْقَوْمِ مِنْ سُوءِ مَا بُشِّرَ بِهِ أَيُمْسِكُهُ عَلَى هُونٍ أَمْ يَدُسُّهُ فِي التُّرَابِ أَلَا سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ

 

Translation

Ia bersembunyi dari orang ramai kerana berita buruk yang disampaikan kepadanya; adakah ia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina, atau ia menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu.



Surah An Nahl

 

Ayat 60

لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْاءخِرَةِ مَثَلُ السَّوْءِ وَلِلَّهِ الْمَثَلُ الْأَعْلَى وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

 

Translation

Bagi mereka yang tidak beriman kepada hari Kiamat itu sifat yang buruk, dan bagi Allah sifat yang tinggi; dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.



Surah An Nahl

 

Ayat 61

وَلَوْ يُؤَاخِذُ اللَّهُ النَّاسَ بِظُلْمِهِمْ مَا تَرَكَ عَلَيْهَا مِنْ دَابَّةٍ وَلَكِنْ يُؤَخِّرُهُمْ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَءخِرُونَ سَاعَةً وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ

 

Translation

Dan kalaulah Allah menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah Ia tidak membiarkan tinggal di bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi Ia memberi tempoh kepada mereka sehingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaat pun, dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan.



Surah An Nahl

 

Ayat 62

وَيَجْعَلُونَ لِلَّهِ مَا يَكْرَهُونَ وَتَصِفُ أَلْسِنَتُهُمْ الْكَذِبَ أَنَّ لَهُمْ الْحُسْنَى لَا جَرَمَ أَنَّ لَهُمْ النَّارَ وَأَنَّهُمْ مُفْرَطُونَ

 

Translation

Dan mereka mengadakan bagi Allah apa yang mereka sendiri tidak menyukainya; dalam pada itu, lidah mereka memperkatakan perkara yang dusta, bahawa mereka akan beroleh kebaikan di sisi Allah. Tidak syak lagi, bahawa bagi merekalah api neraka, dan merekalah orang yang disegerakan ke neraka.



Surah An Nahl

 

Ayat 63

تَاللَّهِ لَقَدْ أَرْسَلْنَا إِلَى أُمَمٍ مِنْ قَبْلِكَ فَزَيَّنَ لَهُمْ الشَّيْطَنُ أَعْمَلَهُمْ فَهُوَ وَلِيُّهُمْ الْيَوْمَ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

 

Translation

Demi Allah! Sesungguhnya Kami juga telah mengutus Rasul-rasul kepada umat-umat sebelummu, lalu Syaitan memperelokkan pada pandangan mereka amal-amal mereka yang jahat itu; maka dialah menjadi pemimpin mereka pada hari ini; dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.



Surah An Nahl

 

Ayat 64

وَمَا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَبَ إِلَّا لِتُبَيِّنَ لَهُمْ الَّذِي اخْتَلَفُوا فِيهِ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

 

Translation

Dan tiadalah Kami turunkan Al-Qur'an kepadamu melainkan supaya engkau menerangkan kepada mereka akan apa yang mereka berselisihan padanya; dan supaya menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang yang beriman.



Surah An Nahl

 

Ayat 65

وَاللَّهُ أَنزَلَ مِنْ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا إِنَّ فِي ذَلِكَ لَاءيَةً لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ

 

Translation

Dan Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Ia menghidupkan dengan air hujan itu akan bumi sesudah matinya; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda kekuasaan-Nya bagi kaum yang mendengar.



Surah An Nahl

 

Ayat 66

وَإِنَّ لَكُمْ فِي الْأَنْعَمِ لَعِبْرَةً نُسْقِيكُمْ مِمَّا فِي بُطُونِهِ مِنْ بَيْنِ فَرْثٍ وَدَمٍ لَبَنًا خَالِصًا سَائِغًا لِلشَّرِبِينَ

 

Translation

Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pengajaran. Kami beri minum kepadamu dari apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; iaitu susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang yang meminumnya.



Surah An Nahl

 

Ayat 67

وَمِنْ ثَمَرَتِ النَّخِيلِ وَالْأَعْنَبِ تَتَّخِذُونَ مِنْهُ سَكَرًا وَرِزْقًا حَسَنًا إِنَّ فِي ذَلِكَ لَاءيَةً لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

 

Translation

Dan dari buah tamar dan anggur, kamu jadikan daripadanya minuman haram dan rezeki yang baik, sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda bagi orang yang mahu menggunakan akalnya.



Surah An Nahl

 

Ayat 68

وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنْ اتَّخِذِي مِنْ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنْ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ

 

Translation

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu digunung-ganang dan di pokok-pokok, dan dari apa yang mereka dirikan.



Surah An Nahl

 

Ayat 69

ثُمَّ كُلِي مِنْ كُلِّ الثَّمَرَتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَنُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَاءيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

 

Translation

Kemudian makanlah dari segala jenis buah-buahan, serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. Akan keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia. Sesungguhnya yang demikian itu, ada tanda kekuasaan-Nya bagi orang yang berfikir.



Surah An Nahl

 

Ayat 70

وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ ثُمَّ يَتَوَفَّكُمْ وَمِنْكُمْ مَنْ يُرَدُّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ لِكَيْ لَا يَعْلَمَ بَعْدَ عِلْمٍ شَيْءا إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ قَدِيرٌ

 

Translation

Dan Allah yang menciptakan kamu; kemudian Ia mewafatkan kamu; dan ada pula di antara kamu yang dikembalikannya kepada peringkat umur yang lemah sehingga menjadilah ia lupa akan sesuatu yang telah diketahuinya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.



Surah An Nahl

 

Ayat 71

وَاللَّهُ فَضَّلَ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِي الرِّزْقِ فَمَا الَّذِينَ فُضِّلُوا بِرَادِّي رِزْقِهِمْ عَلَى مَا مَلَكَتْ أَيْمَنُهُمْ فَهُمْ فِيهِ سَوَاءٌ أَفَبِنِعْمَةِ اللَّهِ يَجْحَدُونَ

 

Translation

Dan Allah telah melebihkan sebahagian dari kamu atas sebahagian yang lain pada rezeki yang dikurniakan-Nya. Dalam pada itu, orang yang diberi kelebihan itu tidak mahu memberi sebahagian dari kelebihan hartanya kepada hamba-hamba mereka, supaya mereka dapat sama mempunyai harta. Maka mengapa mereka tergamak mengingkari nikmat Allah itu?



Surah An Nahl

 

Ayat 72

وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَجًا وَجَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَزْوَجِكُمْ بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُمْ مِنْ الطَّيِّبَتِ أَفَبِالْبَاطِلِ يُؤْمِنُونَ وَبِنِعْمَت اللَّهِ هُمْ يَكْفُرُونَ

 

Translation

Dan Allah menjadikan bagimu dari diri kamu sendiri isteri-isteri, dan dijadikan bagimu dari isterimu itu anak-anak dan cucu-cucu, dan dikurniakan kepadamu rezeki yang baik; maka patutkah mereka beriman kepada yang salah, dan kufurkan nikmat Allah?



Surah An Nahl

 

Ayat 73

وَيَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَمْلِكُ لَهُمْ رِزْقًا مِنْ السَّمَوَتِ وَالْأَرْضِ شَيْءا وَلَا يَسْتَطِيعُونَ

 

Translation

Dan mereka menyembah selain Allah, yang tidak berkuasa memberikan mereka sebarang rezeki dari langit dan bumi, dan mereka tidak berdaya sedikitpun.



Surah An Nahl

 

Ayat 74

فَلَا تَضْرِبُوا لِلَّهِ الْأَمْثَالَ إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

 

Translation

Oleh itu, janganlah kamu mengadakan sesuatu yang sebanding dengan Allah kerana sesungguhnya Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya.



Surah An Nahl

 

Ayat 75

ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا عَبْدًا مَمْلُوكًا لَا يَقْدِرُ عَلَى شَيْءٍ وَمَنْ رَزَقْنَهُ مِنَّا رِزْقًا حَسَنًا فَهُوَ يُنفِقُ مِنْهُ سِرًّا وَجَهْرًا هَلْ يَسْتَونَ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

 

Translation

Allah memberikan perbandingan seorang hamba abdi yang tidak berkuasa atas sesuatu pun; dan seorang yang Kami kurniakan rezeki yang baik dari Kami, maka ia membelanjakan hartanya secara sembunyi atau terang-terang; adakah kedua orang itu sama? Segala puji tertentu bagi Allah, tetapi kebanyakan mereka yang musyrik tidak mengetahui hakikat tauhid itu.



Surah An Nahl

 

Ayat 76

وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا رَجُلَيْنِ أَحَدُهُمَا أَبْكَمُ لَا يَقْدِرُ عَلَى شَيْءٍ وَهُوَ كَلٌّ عَلَى مَوْلَهُ أَيْنَمَا يُوَجِّههُّ لَا يَأْتِ بِخَيْرٍ هَلْ يَسْتَوِي هُوَ وَمَنْ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَهُوَ عَلَى صِرَطٍ مُسْتَقِيمٍ

 

Translation

Dan Allah memberikan perbandingan lagi. Dua orang lelaki seorang darinya bisu, tidak berkuasa sesuatu pun; dan menjadi beban kepada penjaganya; ke mana sahaja ia di arahkan pergi tidak dapatlah dia membawa suatu faedah pun; adakah dia sama seperti orang yang menyuruh melakukan keadilan, dan ia sendiri pula berada di atas jalan yang lurus.



Surah An Nahl

 

Ayat 77

وَلِلَّهِ غَيْبُ السَّمَوَتِ وَالْأَرْضِ وَمَا أَمْرُ السَّاعَةِ إِلَّا كَلَمْحِ الْبَصَرِ أَوْ هُوَ أَقْرَبُ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

 

Translation

Dan bagi Allah jua rahsia langit dan bumi; dan tiadalah urusan Kiamat itu melainkan seperti sekelip mata, atau ia lebih cepat lagi; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.



Surah An Nahl

 

Ayat 78

وَاللَّهُ أَخْرَجَكُمْ مِنْ بُطُونِ أُمَّهَتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْءا وَجَعَلَ لَكُمْ السَّمْعَ وَالْأَبْصَرَ وَالْأَفْءدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

 

Translation

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun; dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati; supaya kamu bersyukur.



Surah An Nahl

 

Ayat 79

أَلَمْ يَرَوْا إِلَى الطَّيْرِ مُسَخَّرَتٍ فِي جَوِّ السَّمَاءِ مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلَّا اللَّهُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَاءيَتٍ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

 

Translation

Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di langit? Tiada yang menahan mereka dari jatuh melainkan Allah; sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang beriman.



Surah An Nahl

 

Ayat 80

وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ بُيُوتِكُمْ سَكَنًا وَجَعَلَ لَكُمْ مِنْ جُلُودِ الْأَنْعَمِ بُيُوتًا تَسْتَخِفُّونَهَا يَوْمَ ظَعْنِكُمْ وَيَوْمَ إِقَامَتِكُمْ وَمِنْ أَصْوَافِهَا وَأَوْبَارِهَا وَأَشْعَارِهَا أَثَثًا وَمَتَعًا إِلَى حِينٍ

 

Translation

Dan Allah jadikan bagimu rumah-rumah sebagai tempat tinggal; dan Ia jadikan bagi kamu kulit-kulit binatang ternak itu Khemah-khemah, yang kamu merasa ringan di buntuk dibawa semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti; dan dari berjenis-jenis bulu binatang ternak itu, berbagai perkakas rumah dan perhiasan, untuk kamu menggunakannya hingga ke suatu masa.



Surah An Nahl

 

Ayat 81

وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِمَّا خَلَقَ ظِلَلًا وَجَعَلَ لَكُمْ مِنْ الْجِبَالِ أَكْنَنًا وَجَعَلَ لَكُمْ سَرَبِيلَ تَقِيكُمْ الْحَرَّ وَسَرَبِيلَ تَقِيكُمْ بَأْسَكُمْ كَذَلِكَ يُتِمُّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تُسْلِمُونَ

 

Translation

Dan Allah menjadikan bagimu sebahagian dari yang diciptakan-Nya: benda-benda untuk berteduh, dan Ia menjadikan bagimu sebahagian dari gunung-ganang tempat-tempat berlindung; dan Ia juga menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk. Juga pakaian-pakaian yang memeliharamu semasa berjuang. Demikianlah; Ia menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu, supaya kamu berserah diri kepada-Nya.



Surah An Nahl

 

Ayat 82

فَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا عَلَيْكَ الْبَلَغُ الْمُبِينُ

 

Translation

Maka jika mereka berpaling, maka sesungguhnya engkau hanya bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan jelas nyata.



Surah An Nahl

 

Ayat 83

يَعْرِفُونَ نِعْمَةَ اللَّهِ ثُمَّ يُنكِرُونَهَا وَأَكْثَرُهُمْ الْكَفِرُونَ

 

Translation

Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka tergamak mengingkarinya; dan kebanyakan mereka orang yang kufur ingkar.



Surah An Nahl

 

Ayat 84

وَيَوْمَ نَبْعَثُ مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ شَهِيدًا ثُمَّ لَا يُؤْذَنُ لِلَّذِينَ كَفَرُوا وَلَا هُمْ يُسْتَعْتَبُونَ

 

Translation

Dan hari Kami bangkitkan dari setiap umat, seorang saksi; kemudian tidak diizinkan orang kafir membela diri, dan tidak boleh memohon keampunan.



Surah An Nahl

 

Ayat 85

وَإِذَا رَءا الَّذِينَ ظَلَمُوا الْعَذَابَ فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمْ وَلَا هُمْ يُنظَرُونَ

 

Translation

Dan apabila orang yang melakukan kezaliman itu melihat azab, maka tidak akan diringankan azab itu daripada mereka, dan mereka tidak diberi tempoh.



Surah An Nahl

 

Ayat 86

وَإِذَا رَءا الَّذِينَ أَشْرَكُوا شُرَكَاءَهُمْ قَالُوا رَبَّنَا هَؤُلَاء شُرَكَاؤُنَا الَّذِينَ كُنَّا نَدْعُو مِنْ دُونِكَ فَأَلْقَوْا إِلَيْهِمْ الْقَوْلَ إِنَّكُمْ لَكَذِبُونَ

 

Translation

Dan apabila orang musyrik melihat makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu-sekutu Allah itu, mereka berkata: Wahai Tuhan kami, merekalah sekutu-Mu, yang kami sembah selain-Mu. Maka sekutu mereka itu berkata kepada mereka: Sesungguhnya kamu adalah berdusta.



Surah An Nahl

 

Ayat 87

وَأَلْقَوْا إِلَى اللَّهِ يَوْمَئِذٍ السَّلَمَ وَضَلَّ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَفْتَرُونَ

 

Translation

Dan pada hari itu mereka semua menyerah diri kepada Allah, dan hilang lenyaplah dari mereka apa yang telah mereka ada-adakan.



Surah An Nahl

 

Ayat 88

الَّذِينَ كَفَرُوا وَصَدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ زِدْنَهُمْ عَذَابًا فَوْقَ العَذَابِ بِمَا كَانُوا يُفْسِدُونَ

 

Translation

Orang kafir dan menghalang manusia dari jalan Allah, Kami tambahi azab di atas azab yang menimpa mereka, disebabkan mereka membuat kerosakan.



Surah An Nahl

 

Ayat 89

وَيَوْمَ نَبْعَثُ فِي كُلِّ أُمَّةٍ شَهِيدًا عَلَيْهِمْ مِنْ أَنفُسِهِمْ وَجِئْنَا بِكَ شَهِيدًا عَلَى هَؤُلَاء وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَبَ تِبْيَنًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ

 

Translation

Dan hari Kami bangkitkan di kalangan setiap umat, seorang saksi ke atas mereka, dari mereka sendiri; dan Kami datangkanmu untuk menjadi saksi terhadap mereka ini; dan Kami turunkan kepadamu Al-Qur'an menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan bagi orang Islam.



Surah An Nahl

 

Ayat 90

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَنِ وَإِيتَاءِي ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنْ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

 

Translation

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, berbuat baik dan memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan mungkar dan kezaliman. Ia mengajar kamu supaya kamu mengambil peringatan.



Surah An Nahl

 

Ayat 91

وَأَوْفُوا بِعَهْدِ اللَّهِ إِذَا عَهَدْتُمْ وَلَا تَنقُضُوا الْأَيْمَنَ بَعْدَ تَوْكِيدِهَا وَقَدْ جَعَلْتُمْ اللَّهَ عَلَيْكُمْ كَفِيلًا إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ

 

Translation

Dan sempurnakanlah janji-janji Allah apabila kamu berjanji; dan janganlah kamu merombak sumpahmu sesudah kamu memperkukuhkannya sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai Penjamin sumpahmu. Sesungguhnya Allah mengetahui akan apa yang kamu lakukan.



Surah An Nahl

 

Ayat 92

وَلَا تَكُونُوا كَالَّتِي نَقَضَتْ غَزْلَهَا مِنْ بَعْدِ قُوَّةٍ أَنكَثًا تَتَّخِذُونَ أَيْمَنَكُمْ دَخَلًا بَيْنَكُمْ أَنْ تَكُونَ أُمَّةٌ هِيَ أَرْبَى مِنْ أُمَّةٍ إِنَّمَا يَبْلُوكُمْ اللَّهُ بِهِ وَلَيُبَيِّنَنَّ لَكُمْ يَوْمَ الْقِيَمَةِ مَا كُنْتُمْ

 

Translation

Dan janganlah kamu seperti perempuan yang telah menguraikan benangnya sesudah dipintal kuat; kamu jadikan sumpahmu sebagai tipu daya sesama kamu, disebabkan adanya satu umat yang lebih ramai dari umat lain. Sesungguhnya Allah mahu mengujimu dengannya; dan Ia akan menerangkan kepadamu, di hari kiamat, apa yang kamu berselisihan padanya.



Surah An Nahl

 

Ayat 93

وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَحِدَةً وَلَكِنْ يُضِلُّ مَنْ يَشَاءُ وَيَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَلَتُسْءلُنَّ عَمَّا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

 

Translation

Dan jika Allah kehendaki tentulah Dia menjadikan kamu satu umat; akan tetapi Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu telah kerjakan.



Surah An Nahl

 

Ayat 94

وَلَا تَتَّخِذُوا أَيْمَنَكُمْ دَخَلًا بَيْنَكُمْ فَتَزِلَّ قَدَمٌ بَعْدَ ثُبُوتِهَا وَتَذُوقُوا السُّوءَ بِمَا صَدَدْتُمْ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَلَكُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

 

Translation

Dan janganlah kamu jadikan sumpahmu sebagai tipu daya sesama kamu, kerana akan menyebabkan tergelincir kaki kamu sesudah ia tetap teguh; dan kamu akan merasai balasan buruk disebabkan kamu menghalangi manusia dari jalan Allah; dan bagimu disediakan azab yang besar.



Surah An Nahl

 

Ayat 95

وَلَا تَشْتَرُوا بِعَهْدِ اللَّهِ ثَمَنًا قَلِيلًا إِنَّمَا عِنْدَ اللَّهِ هُوَ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

 

Translation

Dan janganlah kamu membeli perjanjian Allah dengan harga murah; sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah, itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.



Surah An Nahl

 

Ayat 96

مَا عِنْدَكُمْ يَنفَدُ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ بَاقٍ وَلَنَجْزِيَنَّ الَّذِينَ صَبَرُوا أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

 

Translation

Apa yang ada pada kamu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami akan membalas orang yang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.



Surah An Nahl

 

Ayat 97

مَنْ عَمِلَ صَلِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَوةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

 

Translation

Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka sungguh Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.



Surah An Nahl

 

Ayat 98

فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْءانَ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَنِ الرَّجِيمِ

 

Translation

Oleh itu apabila engkau membaca Al-Qur'an, maka hendaklah engkau memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang kena rejam.



Surah An Nahl

 

Ayat 99

إِنَّهُ لَيْسَ لَهُ سُلْطَنٌ عَلَى الَّذِينَ ءامَنُوا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

 

Translation

Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.



Surah An Nahl

 

Ayat 100

إِنَّمَا سُلْطَنُهُ عَلَى الَّذِينَ يَتَوَلَّوْنَهُ وَالَّذِينَ هُمْ بِهِ مُشْرِكُونَ

 

Translation

Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang yang menjadikannya pemimpin mereka, dan orang yang mempersekutukan Allah.



Surah An Nahl

 

Ayat 101

وَإِذَا بَدَّلْنَا ءايَةً مَكَانَ ءايَةٍ وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا يُنَزِّلُ قَالُوا إِنَّمَا أَنْتَ مُفْتَرٍ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

 

Translation

Dan apabila Kami tukarkan satu ayat ditempat ayat yang lain, dan Allah memang mengetahui akan apa yang Ia turunkan, berkatalah mereka: Sesungguhnya engkau hanyalah seorang pendusta; bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui hakikat yang sebenarnya.



Surah An Nahl

 

Ayat 102

قُلْ نَزَّلَهُ رُوحُ الْقُدُسِ مِنْ رَبِّكَ بِالْحَقِّ لِيُثَبِّتَ الَّذِينَ ءامَنُوا وَهُدًى وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ

 

Translation

Katakanlah: Al-Qur'an itu diturunkan oleh Ruhul Qudus (Jibril) dari Tuhanmu dengan benar, dan untuk meneguhkan iman orang yang beriman, dan untuk menjadi petunjuk serta berita yang menggembirakan bagi orang Islam.



Surah An Nahl

 

Ayat 103

وَلَقَدْ نَعْلَمُ أَنَّهُمْ يَقُولُونَ إِنَّمَا يُعَلِّمُهُ بَشَرٌ لِسَانُ الَّذِي يُلْحِدُونَ إِلَيْهِ أَعْجَمِيٌّ وَهَذَا لِسَانٌ عَرَبِيٌّ مُبِينٌ

 

Translation

Dan sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa kaum musyrik itu berkata: Sebenarnya dia diajar oleh seorang manusia. Padahal bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing, sedang Al-Qur'an ini berbahasa Arab yang fasih nyata.



Surah An Nahl

 

Ayat 104

إِنَّ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِءايَتِ اللَّهِ لَا يَهْدِيهِمْ اللَّهُ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

 

Translation

Sesungguhnya orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, Allah tidak akan memberi petunjuk kepada mereka, dan bagi mereka azab yang pedih.



Surah An Nahl

 

Ayat 105

إِنَّمَا يَفْتَرِي الْكَذِبَ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِءايَتِ اللَّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْكَذِبُونَ

 

Translation

Sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itu ialah orang yang bertabiat berdusta.



Surah An Nahl

 

Ayat 106

مَنْ كَفَرَ بِاللَّهِ مِنْ بَعْدِ إِيمَنِهِ إِلَّا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالْإِيمَنِ وَلَكِنْ مَنْ شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِنْ اللَّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

 

Translation

Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman, kecuali orang yang dipaksa kufur sedang hatinya tenang dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur, maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar.



Surah An Nahl

 

Ayat 107

ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ اسْتَحَبُّوا الْحَيَوةَ الدُّنْيَا عَلَى الْاءخِرَةِ وَأَنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَفِرِينَ

 

Translation

Yang demikian, ialah kerana mereka lebih mencintai kehidupan dunia daripada akhirat, dan kerana Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang kufur.



Surah An Nahl

 

Ayat 108

أُوْلَئِكَ الَّذِينَ طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَسَمْعِهِمْ وَأَبْصَرِهِمْ وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْغَفِلُونَ

 

Translation

Mereka itulah orang yang telah dimeterai Allah hati mereka dan pendengaran mereka serta penglihatan mereka; dan merekalah orang yang lalai.



Surah An Nahl

 

Ayat 109

لَا جَرَمَ أَنَّهُمْ فِي الْاءخِرَةِ هُمْ الْخَسِرُونَ

 

Translation

Tidak syak lagi, bahawa mereka ialah orang yang rugi pada hari akhirat kelak.



Surah An Nahl

 

Ayat 110

ثُمَّ إِنَّ رَبَّكَ لِلَّذِينَ هَاجَرُوا مِنْ بَعْدِ مَا فُتِنُوا ثُمَّ جَهَدُوا وَصَبَرُوا إِنَّ رَبَّكَ مِنْ بَعْدِهَا لَغَفُورٌ رَحِيمٌ

 

Translation

Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu Pelindung kepada orang yang telah berhijrah sesudah mereka difitnahkan, kemudian mereka berjihad dan bersabar; sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



Surah An Nahl

 

Ayat 111

يَوْمَ تَأْتِي كُلُّ نَفْسٍ تُجَدِلُ عَنْ نَفْسِهَا وَتُوَفَّى كُلُّ نَفْسٍ مَا عَمِلَتْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

 

Translation

Pada hari tiap-tiap diri datang membela dirinya sendiri, dan tiap-tiap diri disempurnakan balasan apa yang ia kerjakan, dan mereka tidak akan dianiayai.



Surah An Nahl

 

Ayat 112

وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا قَرْيَةً كَانَتْ ءامِنَةً مُطْمَئِنَّةً يَأْتِيهَا رِزْقُهَا رَغَدًا مِنْ كُلِّ مَكَانٍ فَكَفَرَتْ بِأَنْعُمِ اللَّهِ فَأَذَقَهَا اللَّهُ لِبَاسَ الْجُوعِ وَالْخَوْفِ بِمَا كَانُوا يَصْنَعُونَ

 

Translation

Dan Allah memberikan satu misalan; Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, tetapi penduduknya kufurkan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan disebabkan apa yang mereka telah lakukan.



Surah An Nahl

 

Ayat 113

وَلَقَدْ جَاءَهُمْ رَسُولٌ مِنْهُمْ فَكَذَّبُوهُ فَأَخَذَهُمْ الْعَذَابُ وَهُمْ ظَلِمُونَ

 

Translation

Dan sesungguhnya, telah datang Rasul dari kalangan mereka sendiri, lalu mereka mendustainya; maka mereka ditimpa azab dan mereka berkeadaan zalim.



Surah An Nahl

 

Ayat 114

فَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمْ اللَّهُ حَلَلًا طَيِّبًا وَاشْكُرُوا نِعْمَت اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

 

Translation

Oleh itu, makanlah dari apa yang dikurniakan Allah kepadamu dari yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu menyembah-Nya.



Surah An Nahl

 

Ayat 115

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمْ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ فَمَنْ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

 

Translation

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa sedang ia tidak dianiaya dan tidak melampaui batas; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



Surah An Nahl

 

Ayat 116

وَلَا تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمْ الْكَذِبَ هَذَا حَلَلٌ وَهَذَا حَرَامٌ لِتَفْتَرُوا عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ

 

Translation

Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: Ini halal dan ini haram, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang yang berdusta terhadap Allah tidaklah berjaya.



Surah An Nahl

 

Ayat 117

مَتَعٌ قَلِيلٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

 

Translation

Mereka hanya mendapat sedikit kesenangan dunia, dan mereka beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.



Surah An Nahl

 

Ayat 118

وَعَلَى الَّذِينَ هَادُوا حَرَّمْنَا مَا قَصَصْنَا عَلَيْكَ مِنْ قَبْلُ وَمَا ظَلَمْنَهُمْ وَلَكِنْ كَانُوا أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

 

Translation

Dan kepada orang Yahudi, Kami haramkan apa yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu; dan tiadalah Kami menganiayai mereka, tetapi merekalah yang menganiayai diri mereka sendiri.



Surah An Nahl

 

Ayat 119

ثُمَّ إِنَّ رَبَّكَ لِلَّذِينَ عَمِلُوا السُّوءَ بِجَهَلَةٍ ثُمَّ تَابُوا مِنْ بَعْدِ ذَلِكَ وَأَصْلَحُوا إِنَّ رَبَّكَ مِنْ بَعْدِهَا لَغَفُورٌ رَحِيمٌ

 

Translation

Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu terhadap orang yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilan, kemudian mereka bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya, sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu, adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



Surah An Nahl

 

Ayat 120

إِنَّ إِبْرَهِيمَ كَانَ أُمَّةً قَانِتًا لِلَّهِ حَنِيفًا وَلَمْ يَكُ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

 

Translation

Sesungguhnya Ibrahim adalah satu umat yang taat kepada Allah, lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid; dan ia tidak pernah menjadi dari orang yang musyrik.



Surah An Nahl

 

Ayat 121

شَاكِرًا لِأَنْعُمِهِ اجْتَبَهُ وَهَدَهُ إِلَى صِرَطٍ مُسْتَقِيمٍ

 

Translation

Ia sentiasa bersyukur akan nikmat-nikmat Allah; Allah telah memilihnya dan memberi petunjuk kepadanya ke jalan yang lurus.



Surah An Nahl

 

Ayat 122

وءاتَيْنَهُ فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَإنَّهُ فِي الْاءخِرَةِ لَمِنْ الصَّلِحِينَ

 

Translation

Dan Kami telah memberikan kepadanya kebaikan di dunia; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat, adalah dari orang yang salih.



Surah An Nahl

 

Ayat 123

ثُمَّ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ أَنْ اتَّبِعْ مِلَّةَ إِبْرَهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ مِنْ الْمُشْرِكِينَ

 

Translation

Kemudian Kami wahikan kepadamu: Ikutilah agama Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar; dan tiadalah ia dari orang yang musyrik.



Surah An Nahl

 

Ayat 124

إِنَّمَا جُعِلَ السَّبْتُ عَلَى الَّذِينَ اخْتَلَفُوا فِيهِ وَإِنَّ رَبَّكَ لَيَحْكُمُ بَيْنَهُمْ يَوْمَ الْقِيَمَةِ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ

 

Translation

Sesungguhnya hari Sabtu itu dijadikan atas orang yang berselisihan padanya; dan sesungguhnya Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari Kiamat, tentang apa yang mereka telah berselisihan padanya.



Surah An Nahl

 

Ayat 125

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَدِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

 

Translation

Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmat dan nasihat pengajaran yang baik, dan bahaskanlah mereka secara yang baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat petunjuk.



Surah An Nahl

 

Ayat 126

وَإِنْ عَاقَبْتُمْ فَعَاقِبُوا بِمِثْلِ مَا عُوقِبْتُمْ بِهِ وَلَئِنْ صَبَرْتُمْ لَهُوَ خَيْرٌ لِلصَّبِرِينَ

 

Translation

Dan jika kamu membalas kejahatan, maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, maka sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang yang sabar.



Surah An Nahl

 

Ayat 127

وَاصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ إِلَّا بِاللَّهِ وَلَا تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ وَلَا تَكُ فِي ضَيْقٍ مِمَّا يَمْكُرُونَ

 

Translation

Dan sabarlah; dan tiadalah kesabaranmu melainkan dengan pertolongan Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.



Surah An Nahl

 

Ayat 128

إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوْا وَالَّذِينَ هُمْ مُحْسِنُونَ

 

Translation

Sesungguhnya Allah beserta orang yang bertaqwa, dan orang yang berusaha memperbaiki amalannya.