Surah An Naazi'aat

 

Ayat 1

وَالنَّازِعَاتِ غَرْقًا

 

Translation

Demi (malaikat-malaikat) yang mencabut dengan cara yang sekasar-kasarnya.



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 2

وَالنَّاشِطَاتِ نَشْطًا

 

Translation

Dan yang menarik (apa yang ditugaskan menariknya) dengan cara yang selembut-lembutnya.



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 3

وَالسَّابِحَاتِ سَبْحًا

 

Translation

Dan demi (makhluk-makhluk) yang cergas bergerak.



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 4

فَالسَّابِقَاتِ سَبْقًا

 

Translation

Lalu masing-masing berlumba-lumba (menjalankan tugasnya) dengan cara yang bersungguh-sungguh.



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 5

فَالْمُدَبِّرَاتِ أَمْرًا

 

Translation

Serta menyempurnakan tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya!



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 6

يَوْمَ تَرْجُفُ الرَّاجِفَةُ

 

Translation

Pada masa berlakunya tiupan sangkakala yang pertama yang menggoncangkan alam.



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 7

تَتْبَعُهَا الرَّادِفَةُ

 

Translation

Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua.



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 8

قُلُوبٌ يَوْمَئِذٍ وَاجِفَةٌ

 

Translation

Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut.



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 9

أَبْصَارُهَا خَاشِعَةٌ

 

Translation

Pemandangannya tunduk gerun.



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 10

يَقُولُونَ أَئِنَّا لَمَرْدُودُونَ فِي الْحَافِرَةِ

 

Translation

Mereka (yang ingkar) berkata: Sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu?



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 11

أَئِذَا كُنَّا عِظَامًا نَّخِرَةً

 

Translation

Bolehkah (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput?



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 12

قَالُوا تِلْكَ إِذًا كَرَّةٌ خَاسِرَةٌ

 

Translation

Mereka berkata lagi: Yang demikian, sudah tentu kembalinya kita itu satu perkara yang merugikan!



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 13

فَإِنَّمَا هِيَ زَجْرَةٌ وَاحِدَةٌ

 

Translation

(Menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan.



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 14

فَإِذَا هُم بِالسَّاهِرَةِ

 

Translation

Yang menyebabkan mereka dengan serta-merta berada di muka bumi yang putih rata.



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 15

هَلْ أتَاكَ حَدِيثُ مُوسَى

 

Translation

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 16

إِذْ نَادَاهُ رَبُّهُ بِالْوَادِ الْمُقَدَّسِ طُوًى

 

Translation

Ketika ia diseru oleh Tuhannya di Wadi Tuwa yang suci.



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 17

اذْهَبْ إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى

 

Translation

(Lalu diperintahkan kepadanya): Pergilah kepada Fir'aun, sesungguhnya ia telah melampaui batas.



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 18

فَقُلْ هَل لَّكَ إِلَى أَن تَزَكَّى

 

Translation

Serta katakanlah kepadanya: Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 19

وَأَهْدِيَكَ إِلَى رَبِّكَ فَتَخْشَى

 

Translation

Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut?



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 20

فَأَرَاهُ الْآيَةَ الْكُبْرَى

 

Translation

Maka Nabi Musa memperlihatkan kepada Fir'aun: mukjizat yang besar.



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 21

فَكَذَّبَ وَعَصَى

 

Translation

Lalu Fir'aun mendustakan (Nabi Musa) dan menderhaka (kepada Allah).



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 22

ثُمَّ أَدْبَرَ يَسْعَى

 

Translation

Kemudian ia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa).



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 23

فَحَشَرَ فَنَادَى

 

Translation

Lalu ia menghimpunkan orangnya dan menyeru.



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 24

فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَى

 

Translation

Dengan berkata: Akulah tuhan kamu, yang tertinggi.



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 25

فَأَخَذَهُ اللَّهُ نَكَالَ الْآخِرَةِ وَالْأُولَى

 

Translation

Maka Allah menyeksa Fir'aun di akhirat dan di dunia.



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 26

إِنَّ فِي ذَلِكَ لَعِبْرَةً لِّمَن يَخْشَى

 

Translation

Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang yang takut (melanggar perintah Tuhannya).



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 27

أَأَنتُمْ أَشَدُّ خَلْقًا أَمِ السَّمَاء بَنَاهَا

 

Translation

Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan kukuh)!



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 28

رَفَعَ سَمْكَهَا فَسَوَّاهَا

 

Translation

Ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnakannya.



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 29

وَأَغْطَشَ لَيْلَهَا وَأَخْرَجَ ضُحَاهَا

 

Translation

Dan Ia menjadikan malamnya gelap gelita, serta menjadikan siangnya terang benderang.



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 30

وَالْأَرْضَ بَعْدَ ذَلِكَ دَحَاهَا

 

Translation

Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya).



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 31

أَخْرَجَ مِنْهَا مَاءهَا وَمَرْعَاهَا

 

Translation

Ia mengeluarkan dari bumi itu: airnya dan tumbuh-tumbuhannya.



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 32

وَالْجِبَالَ أَرْسَاهَا

 

Translation

Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya).



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 33

مَتَاعًا لَّكُمْ وَلِأَنْعَامِكُمْ

 

Translation

(Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 34

فَإِذَا جَاءتِ الطَّامَّةُ الْكُبْرَى

 

Translation

Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar.



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 35

يَوْمَ يَتَذَكَّرُ الْإِنسَانُ مَا سَعَى

 

Translation

Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya.



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 36

وَبُرِّزَتِ الْجَحِيمُ لِمَن يَرَى

 

Translation

Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya.



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 37

فَأَمَّا مَن طَغَى

 

Translation

Maka adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya).



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 38

وَآثَرَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

 

Translation

Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata.



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 39

فَإِنَّ الْجَحِيمَ هِيَ الْمَأْوَى

 

Translation

Maka sesungguhnya neraka Jahiimlah tempat kediamannya.



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 40

وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى

 

Translation

Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu.



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 41

فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَى

 

Translation

Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 42

يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا

 

Translation

Mereka selalu bertanya kepadamu tentang hari kiamat, Bilakah masa datangnya?



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 43

فِيمَ أَنتَ مِن ذِكْرَاهَا

 

Translation

Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu?



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 44

إِلَى رَبِّكَ مُنتَهَاهَا

 

Translation

Kepada Tuhanmulah terserah kesudahan ilmu mengenainya.



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 45

إِنَّمَا أَنتَ مُنذِرُ مَن يَخْشَاهَا

 

Translation

Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu.



Surah An Naazi'aat

 

Ayat 46

كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَهَا لَمْ يَلْبَثُوا إِلَّا عَشِيَّةً أَوْ ضُحَاهَا

 

Translation

Pada masa melihatnya seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.