Surah Al Qasas

 

Ayat 1

طسم

 

Translation

Taa, Siin, Miim.



Surah Al Qasas

 

Ayat 2

تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْمُبِينِ

 

Translation

Inilah ayat-ayat Kitab Al-Qur'an yang memberi penjelasan.



Surah Al Qasas

 

Ayat 3

نَتْلُوا عَلَيْكَ مِن نَّبَإِ مُوسَى وَفِرْعَوْنَ بِالْحَقِّ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

 

Translation

Kami bacakan kepadamu sebahagian dari kisah Nabi Musa dan Firaun dengan keterangan yang benar, bagi orang yang beriman.



Surah Al Qasas

 

Ayat 4

إِنَّ فِرْعَوْنَ عَلَا فِي الْأَرْضِ وَجَعَلَ أَهْلَهَا شِيَعًا يَسْتَضْعِفُ طَائِفَةً مِّنْهُمْ يُذَبِّحُ أَبْنَاءهُمْ وَيَسْتَحْيِي نِسَاءهُمْ إِنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ

 

Translation

Sesungguhnya Firaun berlaku zalim di bumi dengan melampaui batas, dan menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antara mereka, menyembelih anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan.



Surah Al Qasas

 

Ayat 5

وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ

 

Translation

Dan Kami hendak memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta menjadikan mereka orang yang mewarisi apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya.



Surah Al Qasas

 

Ayat 6

وَنُمَكِّنَ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَنُرِي فِرْعَوْنَ وَهَامَانَ وَجُنُودَهُمَا مِنْهُم مَّا كَانُوا يَحْذَرُونَ

 

Translation

Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu, serta hendak memperlihatkan kepada Firaun dan Haman bersama tentera kedua-duanya apa yang mereka bimbangkan dari golongan yang tertindas itu.



Surah Al Qasas

 

Ayat 7

وَأَوْحَيْنَا إِلَى أُمِّ مُوسَى أَنْ أَرْضِعِيهِ فَإِذَا خِفْتِ عَلَيْهِ فَأَلْقِيهِ فِي الْيَمِّ وَلَا تَخَافِي وَلَا تَحْزَنِي إِنَّا رَادُّوهُ إِلَيْكِ وَجَاعِلُوهُ مِنَ الْمُرْسَلِينَ

 

Translation

Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: Susukanlah dia; maka jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya, maka lepaskanlah dia ke sungai; dan janganlah kamu takut dan bimbang; sesungguhnya Kami akan kembalikan dia kepadamu, dan akan menjadikannya seorang dari para Rasul.



Surah Al Qasas

 

Ayat 8

فَالْتَقَطَهُ آلُ فِرْعَوْنَ لِيَكُونَ لَهُمْ عَدُوًّا وَحَزَنًا إِنَّ فِرْعَوْنَ وَهَامَانَ وَجُنُودَهُمَا كَانُوا خَاطِئِينَ

 

Translation

Maka ia dipungut oleh keluarga Firaun; kesudahannya ia akan menjadi musuh dan menyebabkan dukacita bagi mereka; sesungguhnya Firaun dan Haman serta orangnya adalah golongan yang bersalah.



Surah Al Qasas

 

Ayat 9

وَقَالَتِ امْرَأَتُ فِرْعَوْنَ قُرَّتُ عَيْنٍ لِّي وَلَكَ لَا تَقْتُلُوهُ عَسَى أَن يَنفَعَنَا أَوْ نَتَّخِذَهُ وَلَدًا وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

 

Translation

Dan berkatalah isteri Firaun: Dia cahaya mata bagiku dan bagimu; janganlah kamu membunuhnya; mudah-mudahan ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak. Padahal mereka tidak menyedari.



Surah Al Qasas

 

Ayat 10

وَأَصْبَحَ فُؤَادُ أُمِّ مُوسَى فَارِغًا إِن كَادَتْ لَتُبْدِي بِهِ لَوْلَا أَن رَّبَطْنَا عَلَى قَلْبِهَا لِتَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

 

Translation

Dan menjadilah hati ibu Musa kosong; sesungguhnya ia nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya dengan perasaan sabar dan tenang tenteram, supaya tetaplah ia dari orang yang percaya akan janji Allah.



Surah Al Qasas

 

Ayat 11

وَقَالَتْ لِأُخْتِهِ قُصِّيهِ فَبَصُرَتْ بِهِ عَن جُنُبٍ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

 

Translation

Dan berkatalah ia kepada kakak Musa: Pergilah cari khabar beritanya. Maka pergilah ia, lalu dilihatnya dari jauh sedang orang ramai tidak menyedarinya.



Surah Al Qasas

 

Ayat 12

وَحَرَّمْنَا عَلَيْهِ الْمَرَاضِعَ مِن قَبْلُ فَقَالَتْ هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى أَهْلِ بَيْتٍ يَكْفُلُونَهُ لَكُمْ وَهُمْ لَهُ نَاصِحُونَ

 

Translation

Dan Kami jadikan dia dari mulanya enggan menyusu kepada wanita-wanita yang hendak menyusukannya; maka kakaknya berkata: Mahukah aku tunjukkanmu kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?



Surah Al Qasas

 

Ayat 13

فَرَدَدْنَاهُ إِلَى أُمِّهِ كَيْ تَقَرَّ عَيْنُهَا وَلَا تَحْزَنَ وَلِتَعْلَمَ أَنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

 

Translation

Maka Kami kembalikan dia kepada ibunya supaya tenteram hatinya dan tidak berdukacita; dan supaya ia mengetahui bahawa janji Allah adalah benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.



Surah Al Qasas

 

Ayat 14

وَلَمَّا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَاسْتَوَى آتَيْنَاهُ حُكْمًا وَعِلْمًا وَكَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ

 

Translation

Dan tatkala Musa sampai ke peringkat dewasa dan sempurna akalnya, Kami berikannya kebijaksanaan dan ilmu pengetahuan; dan demikian Kami membalas orang yang berusaha memperbaiki amalannya.



Surah Al Qasas

 

Ayat 15

وَدَخَلَ الْمَدِينَةَ عَلَى حِينِ غَفْلَةٍ مِّنْ أَهْلِهَا فَوَجَدَ فِيهَا رَجُلَيْنِ يَقْتَتِلَانِ هَذَا مِن شِيعَتِهِ وَهَذَا مِنْ عَدُوِّهِ فَاسْتَغَاثَهُ الَّذِي مِن شِيعَتِهِ عَلَى الَّذِي مِنْ عَدُوِّهِ فَوَكَزَهُ مُوسَى فَقَضَى عَلَيْهِ قَالَ ه

 

Translation

Dan masuklah ia ke bandar ketika penduduknya tidak menyedarinya, lalu didapatinya di situ dua orang lelaki sedang berkelahi, seorang dari golongannya sendiri dan yang seorang lagi dari pihak musuhnya. Maka orang yang dari golongannya meminta tolong kepadanya melawan orang dari pihak musuhnya; Musa pun menumbuknya lalu menyebabkan orang itu mati. Musa berkata: Ini adalah dari kerja Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu musuh yang menyesatkan, yang nyata angkaranya.



Surah Al Qasas

 

Ayat 16

قَالَ رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي فَغَفَرَ لَهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

 

Translation

Ia menyeru: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiayai diri sendiri; maka ampunilah aku. Lalu Allah mengampuni dosanya; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



Surah Al Qasas

 

Ayat 17

قَالَ رَبِّ بِمَا أَنْعَمْتَ عَلَيَّ فَلَنْ أَكُونَ ظَهِيرًا لِّلْمُجْرِمِينَ

 

Translation

Ia menyeru: Wahai Tuhanku, demi nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku; maka aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah.



Surah Al Qasas

 

Ayat 18

فَأَصْبَحَ فِي الْمَدِينَةِ خَائِفًا يَتَرَقَّبُ فَإِذَا الَّذِي اسْتَنصَرَهُ بِالْأَمْسِ يَسْتَصْرِخُهُ قَالَ لَهُ مُوسَى إِنَّكَ لَغَوِيٌّ مُّبِينٌ

 

Translation

Maka tinggallah ia di bandar dengan cemas sambil menunggu-nunggu berita mengenai dirinya, maka tiba-tiba orang yang meminta pertolongan kepadanya semalam, memanggil meminta pertolongannya lagi. Musa berkata kepadanya: Sesungguhnya engkau ini orang yang nyata sesatnya!



Surah Al Qasas

 

Ayat 19

فَلَمَّا أَنْ أَرَادَ أَن يَبْطِشَ بِالَّذِي هُوَ عَدُوٌّ لَّهُمَا قَالَ يَا مُوسَى أَتُرِيدُ أَن تَقْتُلَنِي كَمَا قَتَلْتَ نَفْسًا بِالْأَمْسِ إِن تُرِيدُ إِلَّا أَن تَكُونَ جَبَّارًا فِي الْأَرْضِ وَمَا تُرِيدُ أَن تَكُونَ مِنَ الْمُصْلِحِينَ

 

Translation

Maka tatkala bersedia hendak menumbuk orang yang menjadi musuh bagi keduanya, berkatalah orang itu: Wahai Musa adakah engkau hendak membunuhku sebagaimana engkau membunuh satu jiwa semalam? Sebenarnya engkau hanyalah hendak menjadi seorang yang kejam di bumi, dan tidaklah engkau hendak menjadi seorang yang mengadakan perdamaian.



Surah Al Qasas

 

Ayat 20

وَجَاء رَجُلٌ مِّنْ أَقْصَى الْمَدِينَةِ يَسْعَى قَالَ يَا مُوسَى إِنَّ الْمَلَأَ يَأْتَمِرُونَ بِكَ لِيَقْتُلُوكَ فَاخْرُجْ إِنِّي لَكَ مِنَ النَّاصِحِينَ

 

Translation

Dan datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, dengan berkata: Wahai Musa, sesungguhnya pegawai-pegawai Firaun sedang mengadakan pakatan untuk membunuhmu; oleh itu pergilah dari sini, sesungguhnya aku adalah pemberi nasihat secara ikhlas kepadamu.



Surah Al Qasas

 

Ayat 21

فَخَرَجَ مِنْهَا خَائِفًا يَتَرَقَّبُ قَالَ رَبِّ نَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

 

Translation

Musa pun keluar dari kota itu dengan cemas sambil menunggu-nunggu berita dirinya serta berdoa: Wahai Tuhanku, selamatkanlah aku dari kaum yang zalim.



Surah Al Qasas

 

Ayat 22

وَلَمَّا تَوَجَّهَ تِلْقَاء مَدْيَنَ قَالَ عَسَى رَبِّي أَن يَهْدِيَنِي سَوَاء السَّبِيلِ

 

Translation

Dan setelah ia menuju ke negeri Madyan, berdoalah ia dengan berkata: Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan jalan yang benar kepadaku.



Surah Al Qasas

 

Ayat 23

وَلَمَّا وَرَدَ مَاء مَدْيَنَ وَجَدَ عَلَيْهِ أُمَّةً مِّنَ النَّاسِ يَسْقُونَ وَوَجَدَ مِن دُونِهِمُ امْرَأتَيْنِ تَذُودَانِ قَالَ مَا خَطْبُكُمَا قَالَتَا لَا نَسْقِي حَتَّى يُصْدِرَ الرِّعَاء وَأَبُونَا شَيْخٌ كَبِيرٌ

 

Translation

Dan tatkala ia sampai di telaga air negeri Madyan, ia dapati di situ sekumpulan orang sedang memberi minum ternakan mereka, dan ia dapati selain mereka dua wanita yang sedang menahan kambing-kambing mereka. Ia bertanya: Apa hal kamu berdua? Mereka menjawab: Kami tidak memberi minum sehingga pengembala itu membawa balik binatang ternak mereka; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya.



Surah Al Qasas

 

Ayat 24

فَسَقَى لَهُمَا ثُمَّ تَوَلَّى إِلَى الظِّلِّ فَقَالَ رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ

 

Translation

Maka Musa pun memberi minum ternakan mereka; kemudian ia pergi ke tempat teduh mereka, lalu ia berdoa: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.



Surah Al Qasas

 

Ayat 25

فَجَاءتْهُ إِحْدَاهُمَا تَمْشِي عَلَى اسْتِحْيَاء قَالَتْ إِنَّ أَبِي يَدْعُوكَ لِيَجْزِيَكَ أَجْرَ مَا سَقَيْتَ لَنَا فَلَمَّا جَاءهُ وَقَصَّ عَلَيْهِ الْقَصَصَ قَالَ لَا تَخَفْ نَجَوْتَ مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

 

Translation

Maka datang kepadanya salah seorang dari keduanya sambil berjalan tersipu-sipu dan berkata: Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum ternakan kami. Maka tatkala Musa datang kepadanya dan menceritakan kisah dirinya, berkatalah orang tua itu kepadanya: Janganlah engkau bimbang, engkau telah selamat dari kaum yang zalim itu.



Surah Al Qasas

 

Ayat 26

قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ

 

Translation

Salah seorang dari keduanya berkata: Wahai ayah, ambillah dia sebagai pekerja, sesungguhnya sebaik-baik pekerja ialah yang kuat, lagi amanah.



Surah Al Qasas

 

Ayat 27

قَالَ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أُنكِحَكَ إِحْدَى ابْنَتَيَّ هَاتَيْنِ عَلَى أَن تَأْجُرَنِي ثَمَانِيَ حِجَجٍ فَإِنْ أَتْمَمْتَ عَشْرًا فَمِنْ عِندِكَ وَمَا أُرِيدُ أَنْ أَشُقَّ عَلَيْكَ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ مِنَ الصَّالِحِينَ

 

Translation

Bapa mereka berkata: Aku hendak mengahwinkanmu dengan seorang dari anak perempuanku ini, dengan syarat kamu bekerja denganku selama lapan tahun; Maka jika engkau genapkan menjadi sepuluh tahun, maka dari itu adalah dari kerelaanmu sendiri. Dan aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu; engkau akan dapati aku Insya-Allah, dari orang yang baik layanannya.



Surah Al Qasas

 

Ayat 28

قَالَ ذَلِكَ بَيْنِي وَبَيْنَكَ أَيَّمَا الْأَجَلَيْنِ قَضَيْتُ فَلَا عُدْوَانَ عَلَيَّ وَاللَّهُ عَلَى مَا نَقُولُ وَكِيلٌ

 

Translation

Musa menjawab: Perjanjian itu adalah antaraku denganmu; yang mana sahaja dari dua tempoh itu yang aku tunaikan, maka janganlah aku disalahkan. Dan Allah jualah menjadi pengawas ke atas apa yang kita katakan itu.



Surah Al Qasas

 

Ayat 29

فَلَمَّا قَضَى مُوسَىالْأَجَلَ وَسَارَ بِأَهْلِهِ آنَسَ مِن جَانِبِ الطُّورِ نَارًا قَالَ لِأَهْلِهِ امْكُثُوا إِنِّي آنَسْتُ نَارًا لَّعَلِّي آتِيكُم مِّنْهَا بِخَبَرٍ أَوْ جَذْوَةٍ مِنَ النَّارِ لَعَلَّكُمْ تَصْطَلُونَ

 

Translation

Setelah Musa menyempurnakan janjinya itu, berjalan ia dengan isterinya, ia melihat api dari sebelah Gunung Tursina. Berkatalah ia kepada isterinya: Berhentilah; sesungguhnya aku melihat api, semoga aku dapat membawa kepadamu suatu berita dari situ, atau sepuntung dari api, agar kamu dapat berdiang.



Surah Al Qasas

 

Ayat 30

فَلَمَّا أَتَاهَا نُودِي مِن شَاطِئِ الْوَادِي الْأَيْمَنِ فِي الْبُقْعَةِ الْمُبَارَكَةِ مِنَ الشَّجَرَةِ أَن يَا مُوسَى إِنِّي أَنَا اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ

 

Translation

Maka tatkala ia sampai ke tempat api itu, kedengaran ia diseru dari tepi lembah di sebelah kanan, di tempat yang diberkati dari arah pohon kayu: Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah, Tuhan sekalian alam.



Surah Al Qasas

 

Ayat 31

وَأَنْ أَلْقِ عَصَاكَ فَلَمَّا رَآهَا تَهْتَزُّ كَأَنَّهَا جَانٌّ وَلَّى مُدْبِرًا وَلَمْ يُعَقِّبْ يَا مُوسَى أَقْبِلْ وَلَا تَخَفْ إِنَّكَ مِنَ الْآمِنِينَ

 

Translation

Dan campakkanlah tongkatmu; maka apabila ia melihat tongkatnya itu bergerak tangkas, seolah-olah seekor ular, berpalinglah ia tidak menoleh lagi. Wahai Musa, datanglah ke mari dan janganlah kamu takut. Sesungguhnya kamu dari orang yang aman.



Surah Al Qasas

 

Ayat 32

اسْلُكْ يَدَكَ فِي جَيْبِكَ تَخْرُجْ بَيْضَاء مِنْ غَيْرِ سُوءٍ وَاضْمُمْ إِلَيْكَ جَنَاحَكَ مِنَ الرَّهْبِ فَذَانِكَ بُرْهَانَانِ مِن رَّبِّكَ إِلَى فِرْعَوْنَ وَمَلَئِهِ إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمًا فَاسِقِينَ

 

Translation

Masukkanlah tanganmu melalui belahan bajumu, nescaya keluarlah ia putih bersinar tanpa cacat; dan kepitlah tanganmu di celah ketiakmu nescaya hilanglah takutmu. Demikianlah dua bukti dari Tuhanmu untuk kamu hadapkan kepada Firaun dan kaumnya. Sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik.



Surah Al Qasas

 

Ayat 33

قَالَ رَبِّ إِنِّي قَتَلْتُ مِنْهُمْ نَفْسًا فَأَخَافُ أَن يَقْتُلُونِ

 

Translation

Nabi Musa merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku, bahawa aku telah membunuh seorang dari kalangan mereka; oleh itu aku takut mereka akan membunuhku.



Surah Al Qasas

 

Ayat 34

وَأَخِي هَارُونُ هُوَ أَفْصَحُ مِنِّي لِسَانًا فَأَرْسِلْهُ مَعِيَ رِدْءًا يُصَدِّقُنِي إِنِّي أَخَافُ أَن يُكَذِّبُونِ

 

Translation

Dan saudaraku Harun lebih fasih lidahnya daripadaku, maka utuslah dia bersamaku sebagai penyokong untuk membenarkan aku; sesungguhnya aku takut bahawa mereka akan mendustakan daku.



Surah Al Qasas

 

Ayat 35

قَالَ سَنَشُدُّ عَضُدَكَ بِأَخِيكَ وَنَجْعَلُ لَكُمَا سُلْطَانًا فَلَا يَصِلُونَ إِلَيْكُمَا بِآيَاتِنَا أَنتُمَا وَمَنِ اتَّبَعَكُمَا الْغَالِبُونَ

 

Translation

Allah berfirman: Kami akan kuatkan tenagamu dengan saudaramu, dan Kami akan berikan kekuasaan kepada kamu berdua; Maka mereka tidak akan sampai kepada kamu berdua dengan membawa ayat-ayat keterangan Kami itu, kamu berdua serta pengikutmu akan menang.



Surah Al Qasas

 

Ayat 36

فَلَمَّا جَاءهُم مُّوسَى بِآيَاتِنَا بَيِّنَاتٍ قَالُوا مَا هَذَا إِلَّا سِحْرٌ مُّفْتَرًى وَمَا سَمِعْنَا بِهَذَا فِي آبَائِنَا الْأَوَّلِينَ

 

Translation

Setelah Nabi Musa datang kepada mereka dengan membawa ayat-ayat Kami yang nyata, mereka berkata: Tiadalah ini melainkan sihir yang dibuat-buat, dan kami tidak pernah mendengar tentang perkara ini dalam kalangan datuk nenek kami yang telah lalu.



Surah Al Qasas

 

Ayat 37

وَقَالَ مُوسَى رَبِّي أَعْلَمُ بِمَن جَاء بِالْهُدَى مِنْ عِندِهِ وَمَن تَكُونُ لَهُ عَاقِبَةُ الدَّارِ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ

 

Translation

Dan Nabi Musa berkata: Tuhanku lebih mengetahui siapakah yang membawa petunjuk dari sisi-Nya dan siapa yang akan beroleh kesudahan yang baik di dunia ini, Sesungguhnya orang yang zalim tidak akan berjaya.



Surah Al Qasas

 

Ayat 38

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُم مِّنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَل لِّي صَرْحًا لَّعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ

 

Translation

Dan Firaun pula berkata: Wahai orangku, aku tidak mengetahui ada bagimu sebarang tuhan selain aku; maka bakarkanlah untukku wahai Haman, bata-bata, serta binalah untukku menara, supaya aku naik melihat Tuhan Musa; dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang yang berdusta.



Surah Al Qasas

 

Ayat 39

وَاسْتَكْبَرَ هُوَ وَجُنُودُهُ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَظَنُّوا أَنَّهُمْ إِلَيْنَا لَا يُرْجَعُونَ

 

Translation

Dan sombonglah Firaun dan tenteranya di negeri itu tanpa alasan yang benar, dan mereka menyangka bahawa mereka tidak dikembalikan kepada Kami.



Surah Al Qasas

 

Ayat 40

فَأَخَذْنَاهُ وَجُنُودَهُ فَنَبَذْنَاهُمْ فِي الْيَمِّ فَانظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الظَّالِمِينَ

 

Translation

Maka Kami siksa dia bersama tenteranya serta Kami humbankan mereka ke laut; maka perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang yang zalim.



Surah Al Qasas

 

Ayat 41

وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَدْعُونَ إِلَى النَّارِ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يُنصَرُونَ

 

Translation

Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua yang mengajak ke neraka, dan pada hari Kiamat pula mereka tidak mendapat sebarang pertolongan.



Surah Al Qasas

 

Ayat 42

وَأَتْبَعْنَاهُمْ فِي هَذِهِ الدُّنْيَا لَعْنَةً وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ هُم مِّنَ الْمَقْبُوحِينَ

 

Translation

Dan Kami iringi mereka dengan laknat di dunia ini, dan pada hari Kiamat pula adalah mereka dari orang yang tersingkir dengan sehina-hinanya.



Surah Al Qasas

 

Ayat 43

وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ مِن بَعْدِ مَا أَهْلَكْنَا الْقُرُونَ الْأُولَى بَصَائِرَ لِلنَّاسِ وَهُدًى وَرَحْمَةً لَّعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ

 

Translation

Dan sesungguhnya, Kami berikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat sesudah Kami binasakan kaum-kaum yang telah lalu, sebagai panduan bagi manusia dan petunjuk serta rahmat, semoga mereka beringat.



Surah Al Qasas

 

Ayat 44

وَمَا كُنتَ بِجَانِبِ الْغَرْبِيِّ إِذْ قَضَيْنَا إِلَى مُوسَى الْأَمْرَ وَمَا كُنتَ مِنَ الشَّاهِدِينَ

 

Translation

Dan kamu tidak ada di sebelah barat ketika Kami sempurnakan penyerahan Kitab Taurat kepadanya, dan kamu tidak termasuk orang yang menyaksikan.



Surah Al Qasas

 

Ayat 45

وَلَكِنَّا أَنشَأْنَا قُرُونًا فَتَطَاوَلَ عَلَيْهِمُ الْعُمُرُ وَمَا كُنتَ ثَاوِيًا فِي أَهْلِ مَدْيَنَ تَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِنَا وَلَكِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ

 

Translation

Akan tetapi Kami telah mengadakan beberapa umat sampai berlanjutanlah masa yang mereka lalui. Dan kamu tidak pernah tinggal bersama penduduk Madyan membaca kepada mereka ayat-ayat keterangan Kami, tetapi Kamilah yang telah mengutuskan Rasul-rasul.



Surah Al Qasas

 

Ayat 46

وَمَا كُنتَ بِجَانِبِ الطُّورِ إِذْ نَادَيْنَا وَلَكِن رَّحْمَةً مِّن رَّبِّكَ لِتُنذِرَ قَوْمًا مَّا أَتَاهُم مِّن نَّذِيرٍ مِّن قَبْلِكَ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ

 

Translation

Dan kamu tidak berada di Gunung Tursina tatkala Kami menyeru Nabi Musa tetapi rahmat dari Tuhanmu supaya kamu memberi amaran kepada kaummu yang tidak pernah didatangi seorang pemberi amaran sebelummu, semoga mereka beroleh pengajaran.



Surah Al Qasas

 

Ayat 47

وَلَوْلَا أَن تُصِيبَهُم مُّصِيبَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ فَيَقُولُوا رَبَّنَا لَوْلَا أَرْسَلْتَ إِلَيْنَا رَسُولًا فَنَتَّبِعَ آيَاتِكَ وَنَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

 

Translation

Dan kalau tidaklah orang musyrik itu akan berkata semasa mereka ditimpa bala bencana disebabkan perbuatan kufur dan maksiat yang mereka lakukan: Ya Tuhan kami, mengapa tidak Engkau utuskan kepada kami seorang Rasul, supaya kami menurut ayat-ayat-Mu, agar kami menjadi orang yang beriman.



Surah Al Qasas

 

Ayat 48

فَلَمَّا جَاءهُمُ الْحَقُّ مِنْ عِندِنَا قَالُوا لَوْلَا أُوتِيَ مِثْلَ مَا أُوتِيَ مُوسَى أَوَلَمْ يَكْفُرُوا بِمَا أُوتِيَ مُوسَى مِن قَبْلُ قَالُوا سِحْرَانِ تَظَاهَرَا وَقَالُوا إِنَّا بِكُلٍّ كَافِرُونَ

 

Translation

Maka tatkala datang kepada mereka kebenaran dari sisi Kami, mereka berkata pula: Mengapa tidak diberi Kitab sebagaimana yang diberikan kepada Musa. Bukankah mereka dahulu telah mengingkari apa yang diberikan kepada Nabi Musa? Mereka berkata: Kedua-duanya itu adalah sihir yang saling membantu. Dan mereka berkata: Sesungguhnya kami ingkarkan terhadap Kitab-kitab itu semuanya!



Surah Al Qasas

 

Ayat 49

قُلْ فَأْتُوا بِكِتَابٍ مِّنْ عِندِ اللَّهِ هُوَ أَهْدَى مِنْهُمَا أَتَّبِعْهُ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

 

Translation

Katakanlah: Maka bawalah sebuah Kitab dari sisi Allah yang lebih memberi petunjuk dari keduanya agar aku menurutnya. Jika kamu orang yang benar.



Surah Al Qasas

 

Ayat 50

فَإِن لَّمْ يَسْتَجِيبُوا لَكَ فَاعْلَمْ أَنَّمَا يَتَّبِعُونَ أَهْوَاءهُمْ وَمَنْ أَضَلُّ مِمَّنِ اتَّبَعَ هَوَاهُ بِغَيْرِ هُدًى مِّنَ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

 

Translation

Kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu; dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsu dengan tidak mendapat petunjuk Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.



Surah Al Qasas

 

Ayat 51

وَلَقَدْ وَصَّلْنَا لَهُمُ الْقَوْلَ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ

 

Translation

Dan sesungguhnya Kami telah hubungkan turunnya firman-firman Kami dengan berturut-turut kepada mereka, supaya mereka beroleh peringatan.



Surah Al Qasas

 

Ayat 52

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ مِن قَبْلِهِ هُم بِهِ يُؤْمِنُونَ

 

Translation

Orang yang Kami beri Kitab sebelum turunnya Al-Qur'an, mereka beriman kepadanya.



Surah Al Qasas

 

Ayat 53

وَإِذَا يُتْلَى عَلَيْهِمْ قَالُوا آمَنَّا بِهِ إِنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّنَا إِنَّا كُنَّا مِن قَبْلِهِ مُسْلِمِينَ

 

Translation

Dan apabila Al-Qur'an itu dibacakan kepada mereka, mereka berkata: Kami beriman kepadanya, sesungguhnya ia benar dari Tuhan kami; sesungguhnya kami sebelum ia diturunkan, telah pun mematuhinya.



Surah Al Qasas

 

Ayat 54

أُوْلَئِكَ يُؤْتَوْنَ أَجْرَهُم مَّرَّتَيْنِ بِمَا صَبَرُوا وَيَدْرَؤُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ

 

Translation

Mereka itu akan beroleh pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka; dan juga kerana mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan mereka menderma dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.



Surah Al Qasas

 

Ayat 55

وَإِذَا سَمِعُوا اللَّغْوَ أَعْرَضُوا عَنْهُ وَقَالُوا لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ لَا نَبْتَغِي الْجَاهِلِينَ

 

Translation

Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: Bagi kami amal kami dan bagimu amal kamu; selamat tinggallah kamu; kami tidak ingin berdamping dengan orang jahil.



Surah Al Qasas

 

Ayat 56

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاء وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

 

Translation

Sesungguhnya kamu tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat petunjuk.



Surah Al Qasas

 

Ayat 57

وَقَالُوا إِن نَّتَّبِعِ الْهُدَى مَعَكَ نُتَخَطَّفْ مِنْ أَرْضِنَا أَوَلَمْ نُمَكِّن لَّهُمْ حَرَمًا آمِنًا يُجْبَى إِلَيْهِ ثَمَرَاتُ كُلِّ شَيْءٍ رِزْقًا مِن لَّدُنَّا وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

 

Translation

Dan mereka berkata: Kalau kami menyertaimu menurut petunjuk yang engkau bawa itu, nescaya kami akan ditangkap dan diusir dari negeri kami. Bukankah Kami melindungi mereka dan menjadikan tempat tinggal mereka sebagai tanah suci yang aman, yang dibawa kepadanya buah-buahan dari segala jenis, sebagai rezeki pemberian dari sisi Kami? Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.



Surah Al Qasas

 

Ayat 58

وَكَمْ أَهْلَكْنَا مِن قَرْيَةٍ بَطِرَتْ مَعِيشَتَهَا فَتِلْكَ مَسَاكِنُهُمْ لَمْ تُسْكَن مِّن بَعْدِهِمْ إِلَّا قَلِيلًا وَكُنَّا نَحْنُ الْوَارِثِينَ

 

Translation

Dan berapa banyak Kami binasakan negeri-negeri yang penduduknya hidup bersenang-lenang. Maka itulah dia tempat tinggal mereka terbiar tidak didiami orang sesudah mereka, kecuali sedikit sahaja; dan sesungguhnya Kamilah yang mewarisi mereka.



Surah Al Qasas

 

Ayat 59

وَمَا كَانَ رَبُّكَ مُهْلِكَ الْقُرَى حَتَّى يَبْعَثَ فِي أُمِّهَا رَسُولًا يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِنَا وَمَا كُنَّا مُهْلِكِي الْقُرَى إِلَّا وَأَهْلُهَا ظَالِمُونَ

 

Translation

Dan tidaklah Tuhanmu membinasakan negeri-negeri sebelum Ia mengutus ke ibukota itu seorang Rasul yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Kami; dan tidaklah Kami membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya berlaku zalim.



Surah Al Qasas

 

Ayat 60

وَمَا أُوتِيتُم مِّن شَيْءٍ فَمَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَزِينَتُهَا وَمَا عِندَ اللَّهِ خَيْرٌ وَأَبْقَى أَفَلَا تَعْقِلُونَ

 

Translation

Dan apa jua yang diberikan kepada kamu, maka adalah ia merupakan kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya; dalam pada itu, apa jua yang ada di sisi Allah adalah ia lebih baik dan lebih kekal; maka mengapa kamu tidak mahu memahaminya?



Surah Al Qasas

 

Ayat 61

أَفَمَن وَعَدْنَاهُ وَعْدًا حَسَنًا فَهُوَ لَاقِيهِ كَمَن مَّتَّعْنَاهُ مَتَاعَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ثُمَّ هُوَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنَ الْمُحْضَرِينَ

 

Translation

Maka adakah orang yang Kami janjikan kepadanya janji yang baik lalu ia mendapatnya, sama seperti orang yang Kami kurniakan kenikmatan hidup di dunia kemudian ia pada hari Kiamat, termasuk dalam golongan yang di bawa menerima azab neraka?



Surah Al Qasas

 

Ayat 62

وَيَوْمَ يُنَادِيهِمْ فَيَقُولُ أَيْنَ شُرَكَائِيَ الَّذِينَ كُنتُمْ تَزْعُمُونَ

 

Translation

Dan pada hari Kiamat itu, Allah menyeru mereka lalu bertanya: Mana dia sekutu-sekutu-Ku, yang kamu katakan dahulu?



Surah Al Qasas

 

Ayat 63

قَالَ الَّذِينَ حَقَّ عَلَيْهِمُ الْقَوْلُ رَبَّنَا هَؤُلَاء الَّذِينَ أَغْوَيْنَا أَغْوَيْنَاهُمْ كَمَا غَوَيْنَا تَبَرَّأْنَا إِلَيْكَ مَا كَانُوا إِيَّانَا يَعْبُدُونَ

 

Translation

Mereka yang berhak menerima hukuman berkata: Ya Tuhan kami, inilah mereka yang kami sesatkan, kamilah yang menyesatkan mereka; sebagaimana kami telah sesat; kami berlepas diri daripada mereka kepada-Mu. Bukanlah kami yang mereka sembah.



Surah Al Qasas

 

Ayat 64

وَقِيلَ ادْعُوا شُرَكَاءكُمْ فَدَعَوْهُمْ فَلَمْ يَسْتَجِيبُوا لَهُمْ وَرَأَوُا الْعَذَابَ لَوْ أَنَّهُمْ كَانُوا يَهْتَدُونَ

 

Translation

Dan dikatakan kepada mereka: Panggillah sekutu-sekutu kamu itu. Lalu mereka memanggilnya, tetapi sekutu-sekutu itu tidak menyahut panggilan mereka; dan mereka tetap melihat azab serta bercita-cita kalaulah mereka di dunia dahulu menurut petunjuk.



Surah Al Qasas

 

Ayat 65

وَيَوْمَ يُنَادِيهِمْ فَيَقُولُ مَاذَا أَجَبْتُمُ الْمُرْسَلِينَ

 

Translation

Dan pada hari Kiamat itu Allah menyeru mereka lalu bertanya: Apa jawab kamu kepada Rasul-rasul yang diutus kepada kamu dahulu?



Surah Al Qasas

 

Ayat 66

فَعَمِيَتْ عَلَيْهِمُ الْأَنبَاء يَوْمَئِذٍ فَهُمْ لَا يَتَسَاءلُونَ

 

Translation

Maka gelaplah kepada mereka pada hari itu, segala khabar berita, serta menjadilah mereka tidak dapat bertanya-tanya sesama sendiri.



Surah Al Qasas

 

Ayat 67

فَأَمَّا مَن تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا فَعَسَى أَن يَكُونَ مِنَ الْمُفْلِحِينَ

 

Translation

Adapun orang yang bertaubat dan beriman serta beramal salih, maka semoga akan menjadilah ia dari orang yang berjaya.



Surah Al Qasas

 

Ayat 68

وَرَبُّكَ يَخْلُقُ مَا يَشَاء وَيَخْتَارُ مَا كَانَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ سُبْحَانَ اللَّهِ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ

 

Translation

Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya, dan Dialah juga yang memilih; tidaklah berhak bagi sesiapa pun memilih selain Allah. Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaan-Nya dari apa yang mereka sekutukan dengan-Nya.



Surah Al Qasas

 

Ayat 69

وَرَبُّكَ يَعْلَمُ مَا تُكِنُّ صُدُورُهُمْ وَمَا يُعْلِنُونَ

 

Translation

Dan Tuhanmu mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati mereka, dan apa yang mereka zahirkan.



Surah Al Qasas

 

Ayat 70

وَهُوَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ لَهُ الْحَمْدُ فِي الْأُولَى وَالْآخِرَةِ وَلَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

 

Translation

Dan Dialah Allah, tiada Tuhan selain-Nya. Segala puji bagi Allah di dunia dan akhirat; dan bagi-Nya segala penentuan, dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.



Surah Al Qasas

 

Ayat 71

قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِن جَعَلَ اللَّهُ عَلَيْكُمُ اللَّيْلَ سَرْمَدًا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ مَنْ إِلَهٌ غَيْرُ اللَّهِ يَأْتِيكُم بِضِيَاء أَفَلَا تَسْمَعُونَ

 

Translation

Katakanlah: Bagaimanakah pandanganmu jika Allah menjadikan malam kepadamu tetap selama-lamanya hingga ke hari Kiamat; siapakah selain Allah yang dapat membawakan cahaya yang menerangi kepada kamu? Maka mengapa kamu tidak mahu mendengar?



Surah Al Qasas

 

Ayat 72

قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِن جَعَلَ اللَّهُ عَلَيْكُمُ النَّهَارَ سَرْمَدًا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ مَنْ إِلَهٌ غَيْرُ اللَّهِ يَأْتِيكُم بِلَيْلٍ تَسْكُنُونَ فِيهِ أَفَلَا تُبْصِرُونَ

 

Translation

Katakanlah: Apakah pendapatmu jika Allah menjadikan siang kepadamu tetap selama-lamanya hingga ke hari Kiamat; siapakah tuhan selain dari Allah, yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat?



Surah Al Qasas

 

Ayat 73

وَمِن رَّحْمَتِهِ جَعَلَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ لِتَسْكُنُوا فِيهِ وَلِتَبْتَغُوا مِن فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

 

Translation

Dan di antara rahmat-Nya, Ia menjadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurnia-Nya, dan supaya kamu bersyukur.



Surah Al Qasas

 

Ayat 74

وَيَوْمَ يُنَادِيهِمْ فَيَقُولُ أَيْنَ شُرَكَائِيَ الَّذِينَ كُنتُمْ تَزْعُمُونَ

 

Translation

Dan pada hari Kiamat, Allah menyeru mereka lalu bertanya: Mana dia sekutu-sekutu-Ku yang kamu katakan dahulu?



Surah Al Qasas

 

Ayat 75

وَنَزَعْنَا مِن كُلِّ أُمَّةٍ شَهِيدًا فَقُلْنَا هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ فَعَلِمُوا أَنَّ الْحَقَّ لِلَّهِ وَضَلَّ عَنْهُم مَّا كَانُوا يَفْتَرُونَ

 

Translation

Dan Kami keluarkan dari setiap umat seorang saksi, lalu Kami katakan kepada mereka: Bawalah keterangan dan bukti kebenaranmu, Maka mereka mengetahui bahawa kebenaran itu tertentu bagi Allah, dan hilang lenyaplah dari mereka apa yang mereka ada-adakan secara dusta dahulu.



Surah Al Qasas

 

Ayat 76

إِنَّ قَارُونَ كَانَ مِن قَوْمِ مُوسَى فَبَغَى عَلَيْهِمْ وَآتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ إِذْ قَالَ لَهُ قَوْمُهُ لَا تَفْرَحْ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفَرِحِينَ

 

Translation

Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang kuncinya sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. Tatkala kaumnya berkata kepadanya: Janganlah engkau bermegah-megah, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang bermegah-megah.



Surah Al Qasas

 

Ayat 77

وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِن كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

 

Translation

Dan tuntutlah dengan harta yang Allah kurniakan kepadamu akan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah kamu lupakan bahagianmu dari dunia; dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu; dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan.



Surah Al Qasas

 

Ayat 78

قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَى عِلْمٍ عِندِي أَوَلَمْ يَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ أَهْلَكَ مِن قَبْلِهِ مِنَ القُرُونِ مَنْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُ قُوَّةً وَأَكْثَرُ جَمْعًا وَلَا يُسْأَلُ عَن ذُنُوبِهِمُ الْمُجْرِمُونَ

 

Translation

Qarun menjawab: Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. Tidakkah ia mengetahui, bahawa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya iaitu orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan? Dan orang yang berdosa apabila mereka diseksa tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka.



Surah Al Qasas

 

Ayat 79

فَخَرَجَ عَلَى قَوْمِهِ فِي زِينَتِهِ قَالَ الَّذِينَ يُرِيدُونَ الْحَيَاةَ الدُّنيَا يَا لَيْتَ لَنَا مِثْلَ مَا أُوتِيَ قَارُونُ إِنَّهُ لَذُو حَظٍّ عَظِيمٍ

 

Translation

Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan perhiasannya. Berkatalah orang yang inginkan kesenangan hidup dunia: Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik.



Surah Al Qasas

 

Ayat 80

وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَيْلَكُمْ ثَوَابُ اللَّهِ خَيْرٌ لِّمَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا وَلَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الصَّابِرُونَ

 

Translation

Dan berkata orang yang diberi ilmu: Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal salih; dan tidak akan dapat menerima pahala yang demikian itu melainkan orang yang sabar.



Surah Al Qasas

 

Ayat 81

فَخَسَفْنَا بِهِ وَبِدَارِهِ الْأَرْضَ فَمَا كَانَ لَهُ مِن فِئَةٍ يَنصُرُونَهُ مِن دُونِ اللَّهِ وَمَا كَانَ مِنَ المُنتَصِرِينَ

 

Translation

Lalu Kami timbuskan dia bersama rumahnya di dalam tanah, maka tidak ada baginya sebarang golongan yang boleh menolong dari selain Allah, dan ia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri.



Surah Al Qasas

 

Ayat 82

وَأَصْبَحَ الَّذِينَ تَمَنَّوْا مَكَانَهُ بِالْأَمْسِ يَقُولُونَ وَيْكَأَنَّ اللَّهَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاء مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَوْلَا أَن مَّنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا لَخَسَفَ بِنَا وَيْكَأَنَّهُ لَا يُفْلِحُ الْكَافِرُونَ

 

Translation

Dan orang yang dahulu menginginkan kekayaan seperti Qarun berkata: Wah! Sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang Ia kehendaki dari hamba-hamba-Nya, dan menyempitkannya. Kalau tidak kerana Allah memberi pertolongan kepada kita tentulah kita akan ditimbuskan juga. Aduhai! Sesungguhnya orang yang kufurkan nikmat Allah itu tidak akan berjaya!



Surah Al Qasas

 

Ayat 83

تِلْكَ الدَّارُ الْآخِرَةُ نَجْعَلُهَا لِلَّذِينَ لَا يُرِيدُونَ عُلُوًّا فِي الْأَرْضِ وَلَا فَسَادًا وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ

 

Translation

Negeri akhirat itu, Kami jadikan bagi orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa.



Surah Al Qasas

 

Ayat 84

مَن جَاء بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ خَيْرٌ مِّنْهَا وَمَن جَاء بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَى الَّذِينَ عَمِلُوا السَّيِّئَاتِ إِلَّا مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

 

Translation

Sesiapa yang datang membawa amal baik maka baginya balasan yang lebih baik daripadanya; dan sesiapa yang datang membawa amal jahat, maka mereka melakukan kejahatan tidak dibalas melainkan dengan apa yang mereka kerjakan.



Surah Al Qasas

 

Ayat 85

إِنَّ الَّذِي فَرَضَ عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لَرَادُّكَ إِلَى مَعَادٍ قُل رَّبِّي أَعْلَمُ مَن جَاء بِالْهُدَى وَمَنْ هُوَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ

 

Translation

Sesungguhnya Allah yang mewajibkan kepadamu menyampaikan Al-Qur'an, benar-benar akan mengembalikan kamu ke tempat kembali. Katakanlah: Tuhanku amat mengetahui akan sesiapa yang membawa petunjuk dan sesiapa pula yang berada dalam kesesatan yang nyata.



Surah Al Qasas

 

Ayat 86

وَمَا كُنتَ تَرْجُو أَن يُلْقَى إِلَيْكَ الْكِتَابُ إِلَّا رَحْمَةً مِّن رَّبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ ظَهِيرًا لِّلْكَافِرِينَ

 

Translation

Dan kamu tidak mengharap Al-Qur'an ini diturunkan kepadamu, tetapi ia adalah rahmat dari Tuhanmu; maka janganlah kamu menjadi penyokong orang kafir.



Surah Al Qasas

 

Ayat 87

وَلَا يَصُدُّنَّكَ عَنْ آيَاتِ اللَّهِ بَعْدَ إِذْ أُنزِلَتْ إِلَيْكَ وَادْعُ إِلَى رَبِّكَ وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

 

Translation

Dan janganlah mereka dapat menghalangmu dari menyampaikan ayat-ayat Allah sesudah ia diturunkan kepadamu; dan serulah manusia kepada Tuhanmu; dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang musyrik.



Surah Al Qasas

 

Ayat 88

وَلَا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُ لَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

 

Translation

Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain di samping Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah. Bagi-Nyalah segala penentuan, dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan.