Surah Al Muzzammil

 

Ayat 1

يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ

 

Translation

Wahai orang yang berselimut!



Surah Al Muzzammil

 

Ayat 2

قُمِ اللَّيْلَ إِلَّا قَلِيلًا

 

Translation

Bangunlah (sembahyang Tahajjud) pada waktu malam, selain dari sedikit masa (untuk berehat).



Surah Al Muzzammil

 

Ayat 3

نِصْفَهُ أَوِ انقُصْ مِنْهُ قَلِيلًا

 

Translation

Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu.



Surah Al Muzzammil

 

Ayat 4

أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا

 

Translation

Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan Tartiil.



Surah Al Muzzammil

 

Ayat 5

إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلًا ثَقِيلًا

 

Translation

Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahi yang berat.



Surah Al Muzzammil

 

Ayat 6

إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْءًا وَأَقْوَمُ قِيلًا

 

Translation

Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.



Surah Al Muzzammil

 

Ayat 7

إِنَّ لَكَ فِي اَلنَّهَارِ سَبْحًا طَوِيلًا

 

Translation

Sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira-bicaranya.



Surah Al Muzzammil

 

Ayat 8

وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

 

Translation

Dan sebutlah nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepada-Nya dengan sebulat-bulat tumpuan.



Surah Al Muzzammil

 

Ayat 9

رَبُّ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ فَاتَّخِذْهُ وَكِيلًا

 

Translation

Dialah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.



Surah Al Muzzammil

 

Ayat 10

وَاصْبِرْ عَلَى مَا يَقُولُونَ وَاهْجُرْهُمْ هَجْرًا جَمِيلًا

 

Translation

Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.



Surah Al Muzzammil

 

Ayat 11

وَذَرْنِي وَالْمُكَذِّبِينَ أُولِي النَّعْمَةِ وَمَهِّلْهُمْ قَلِيلًا

 

Translation

Dan biarkanlah Aku membalas orang yang mendustakan itu, orang yang berada dalam kemewahan, dan berilah sedikit masa kepada mereka.



Surah Al Muzzammil

 

Ayat 12

إِنَّ لَدَيْنَا أَنكَالًا وَجَحِيمًا

 

Translation

Kerana sesungguhnya di sisi Kami disediakan (untuk mereka) belenggu-belenggu dan neraka yang menjulang-julang.



Surah Al Muzzammil

 

Ayat 13

وَطَعَامًا ذَا غُصَّةٍ وَعَذَابًا أَلِيمًا

 

Translation

Serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.



Surah Al Muzzammil

 

Ayat 14

يَوْمَ تَرْجُفُ الْأَرْضُ وَالْجِبَالُ وَكَانَتِ الْجِبَالُ كَثِيبًا مَّهِيلًا

 

Translation

Pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang (serta hancur-lebur), dan menjadilah gunung-ganang itu timbunan pasir yang mudah bersepah.



Surah Al Muzzammil

 

Ayat 15

إِنَّا أَرْسَلْنَا إِلَيْكُمْ رَسُولًا شَاهِدًا عَلَيْكُمْ كَمَا أَرْسَلْنَا إِلَى فِرْعَوْنَ رَسُولًا

 

Translation

Sesungguhnya Kami utuskan kepadamu seorang Rasul yang menjadi saksi terhadapmu, sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun seorang Rasul.



Surah Al Muzzammil

 

Ayat 16

فَعَصَى فِرْعَوْنُ الرَّسُولَ فَأَخَذْنَاهُ أَخْذًا وَبِيلًا

 

Translation

Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami menyeksakannya dengan azab seksa yang seberat-beratnya.



Surah Al Muzzammil

 

Ayat 17

فَكَيْفَ تَتَّقُونَ إِن كَفَرْتُمْ يَوْمًا يَجْعَلُ الْوِلْدَانَ شِيبًا

 

Translation

Maka bagaimana kamu dapat menjaga diri kamu kalau kamu kufur (dari azab) hari yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban?



Surah Al Muzzammil

 

Ayat 18

السَّمَاء مُنفَطِرٌ بِهِ كَانَ وَعْدُهُ مَفْعُولًا

 

Translation

Langit (yang demikian besarnya) akan pecah belah dengan sebab kedahsyatan hari itu. (Ingatlah), janji Allah adalah perkara yang tetap dilakukan-Nya.



Surah Al Muzzammil

 

Ayat 19

إِنَّ هَذِهِ تَذْكِرَةٌ فَمَن شَاء اتَّخَذَ إِلَى رَبِّهِ سَبِيلًا

 

Translation

Sesungguhnya ini menjadi peringatan. Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya dapatlah ia mengambil jalan yang membawa kepada Tuhannya.



Surah Al Muzzammil

 

Ayat 20

إِنَّ رَبَّكَ يَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُومُ أَدْنَى مِن ثُلُثَيِ اللَّيْلِ وَنِصْفَهُ وَثُلُثَهُ وَطَائِفَةٌ مِّنَ الَّذِينَ مَعَكَ وَاللَّهُ يُقَدِّرُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ عَلِمَ أَن لَّن تُحْصُوهُ فَتَابَ عَلَيْكُمْ فَاقْرَؤُوا مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُ

 

Translation

Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahawasanya kamu bangun selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama seperduanya, atau sepertiganya; dan segolongan dari orang yang bersamamu; padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak dapat mengira kadar masa itu, lalu Ia menerima taubatmu; maka bacalah apa yang mudah dari Al-Quran. Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang yang sakit; dan yang lainnya orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari kurniaan Allah; dan yang lainnya orang yang berjuang di jalan Allah. Maka bacalah apa yang mudah bagimu daripadanya; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan untuk dirimu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.