Surah Al Mutaffiffin

 

Ayat 1

وَيْلٌ لِّلْمُطَفِّفِينَ

 

Translation

Kecelakaan besar bagi orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan).



Surah Al Mutaffiffin

 

Ayat 2

الَّذِينَ إِذَا اكْتَالُواْ عَلَى النَّاسِ يَسْتَوْفُونَ

 

Translation

Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup,



Surah Al Mutaffiffin

 

Ayat 3

وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَّزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ

 

Translation

Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.



Surah Al Mutaffiffin

 

Ayat 4

أَلَا يَظُنُّ أُولَئِكَ أَنَّهُم مَّبْعُوثُونَ

 

Translation

Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)?



Surah Al Mutaffiffin

 

Ayat 5

لِيَوْمٍ عَظِيمٍ

 

Translation

Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya).



Surah Al Mutaffiffin

 

Ayat 6

يَوْمَ يَقُومُ النَّاسُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ

 

Translation

Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam?



Surah Al Mutaffiffin

 

Ayat 7

كَلَّا إِنَّ كِتَابَ الفُجَّارِ لَفِي سِجِّينٍ

 

Translation

Tidak sepatutnya! Sesungguhnya kitab suratan amal orang yang berdosa itu (didaftarkan) dalam Sijjiin.



Surah Al Mutaffiffin

 

Ayat 8

وَمَا أَدْرَاكَ مَا سِجِّينٌ

 

Translation

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia Sijjiin itu.



Surah Al Mutaffiffin

 

Ayat 9

كِتَابٌ مَّرْقُومٌ

 

Translation

Ialah (tempat simpanan) kitab catatan yang jelas nyata.



Surah Al Mutaffiffin

 

Ayat 10

وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُكَذِّبِينَ

 

Translation

Kecelakaan besar, pada hari itu bagi orang yang mendustakan.



Surah Al Mutaffiffin

 

Ayat 11

الَّذِينَ يُكَذِّبُونَ بِيَوْمِ الدِّينِ

 

Translation

Iaitu mereka yang mendustakan hari pembalasan.



Surah Al Mutaffiffin

 

Ayat 12

وَمَا يُكَذِّبُ بِهِ إِلَّا كُلُّ مُعْتَدٍ أَثِيمٍ

 

Translation

Dan tiada yang mendustakannya melainkan tiap-tiap orang yang melampaui batas, lagi derhaka!



Surah Al Mutaffiffin

 

Ayat 13

إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ

 

Translation

(Sehingga) apabila ia dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata: Ini ialah dongeng orang dahulu kala!



Surah Al Mutaffiffin

 

Ayat 14

كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِم مَّا كَانُوا يَكْسِبُونَ

 

Translation

Sekali-kali tidak! bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab apa yang mereka kerjakan.



Surah Al Mutaffiffin

 

Ayat 15

كَلَّا إِنَّهُمْ عَن رَّبِّهِمْ يَوْمَئِذٍ لَّمَحْجُوبُونَ

 

Translation

Jangan lagi mereka berlaku demikian! (Kalau tidak), mereka pada hari itu, tetap terdinding dari (rahmat) Tuhannya.



Surah Al Mutaffiffin

 

Ayat 16

ثُمَّ إِنَّهُمْ لَصَالُوا الْجَحِيمِ

 

Translation

Kemudian sesungguhnya mereka akan menderita bakaran neraka.



Surah Al Mutaffiffin

 

Ayat 17

ثُمَّ يُقَالُ هَذَا الَّذِي كُنتُم بِهِ تُكَذِّبُونَ

 

Translation

Akhirnya dikatakan (kepada mereka): Inilah dia (azab seksa) yang kamu dustakan dahulu.



Surah Al Mutaffiffin

 

Ayat 18

كَلَّا إِنَّ كِتَابَ الْأَبْرَارِ لَفِي عِلِّيِّينَ

 

Translation

Ingatlah wahai manusia! Sesungguhnya kitab suratan amal orang yang berbakti adalah di dalam Illiyin.



Surah Al Mutaffiffin

 

Ayat 19

وَمَا أَدْرَاكَ مَا عِلِّيُّونَ

 

Translation

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia Illiyin itu?



Surah Al Mutaffiffin

 

Ayat 20

كِتَابٌ مَّرْقُومٌ

 

Translation

Ialah (tempat simpanan) kitab catatan yang jelas nyata.



Surah Al Mutaffiffin

 

Ayat 21

يَشْهَدُهُ الْمُقَرَّبُونَ

 

Translation

Yang disaksikan oleh sekumpulan malaikat, yang didampingkan Tuhan di sisinya.



Surah Al Mutaffiffin

 

Ayat 22

إِنَّ الْأَبْرَارَ لَفِي نَعِيمٍ

 

Translation

Sesungguhnya orang yang berbakti tetap berada di dalam Syurga yang penuh nikmat.



Surah Al Mutaffiffin

 

Ayat 23

عَلَى الْأَرَائِكِ يَنظُرُونَ

 

Translation

Mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), sambil melihat (segala keindahan dan kemuliaan yang disediakan untuk mereka di situ).



Surah Al Mutaffiffin

 

Ayat 24

تَعْرِفُ فِي وُجُوهِهِمْ نَضْرَةَ النَّعِيمِ

 

Translation

Engkau dapat melihat pada muka mereka cahaya nikmat yang mereka perolehi.



Surah Al Mutaffiffin

 

Ayat 25

يُسْقَوْنَ مِن رَّحِيقٍ مَّخْتُومٍ

 

Translation

Mereka diberi minum dari satu minuman yang termeterai bekasnya.



Surah Al Mutaffiffin

 

Ayat 26

خِتَامُهُ مِسْكٌ وَفِي ذَلِكَ فَلْيَتَنَافَسِ الْمُتَنَافِسُونَ

 

Translation

Meterainya kasturi dan untuk itulah hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan.



Surah Al Mutaffiffin

 

Ayat 27

وَمِزَاجُهُ مِن تَسْنِيمٍ

 

Translation

Dan campuran minuman itu adalah dari Tasniim.



Surah Al Mutaffiffin

 

Ayat 28

عَيْنًا يَشْرَبُ بِهَا الْمُقَرَّبُونَ

 

Translation

Iaitu mata air yang diminum daripadanya oleh orang yang didampingkan (Tuhan di sisi-Nya).



Surah Al Mutaffiffin

 

Ayat 29

إِنَّ الَّذِينَ أَجْرَمُوا كَانُواْ مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا يَضْحَكُونَ

 

Translation

Sesungguhnya orang yang derhaka, mereka selalu tertawakan orang yang beriman.



Surah Al Mutaffiffin

 

Ayat 30

وَإِذَا مَرُّواْ بِهِمْ يَتَغَامَزُونَ

 

Translation

Dan apabila orang yang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan memejam-celikkan mata sesama sendiri (mencemuhnya).



Surah Al Mutaffiffin

 

Ayat 31

وَإِذَا انقَلَبُواْ إِلَى أَهْلِهِمُ انقَلَبُواْ فَكِهِينَ

 

Translation

Dan apabila mereka kembali kepada kaum keluarganya, mereka kembali dengan riang gembira.



Surah Al Mutaffiffin

 

Ayat 32

وَإِذَا رَأَوْهُمْ قَالُوا إِنَّ هَؤُلَاء لَضَالُّونَ

 

Translation

Dan apabila mereka melihat orang yang beriman, mereka berkata: Sesungguhnya orang itu adalah golongan yang sesat!



Surah Al Mutaffiffin

 

Ayat 33

وَمَا أُرْسِلُوا عَلَيْهِمْ حَافِظِينَ

 

Translation

Pada hal mereka tidak diutus untuk menjaga sesat atau tidaknya orang yang beriman itu!



Surah Al Mutaffiffin

 

Ayat 34

فَالْيَوْمَ الَّذِينَ آمَنُواْ مِنَ الْكُفَّارِ يَضْحَكُونَ

 

Translation

Maka pada hari ini orang yang beriman pula tertawakan orang yang kafir itu.



Surah Al Mutaffiffin

 

Ayat 35

عَلَى الْأَرَائِكِ يَنظُرُونَ

 

Translation

Sambil mereka berehat di atas pelamin-pelamin, serta melihat (hal yang berlaku kepada musuhnya).



Surah Al Mutaffiffin

 

Ayat 36

هَلْ ثُوِّبَ الْكُفَّارُ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ

 

Translation

Bukankah orang yang kafir itu telah dibalas akan apa yang mereka telah kerjakan dahulu?