|
Surah Al Munaafiquun |
|
|
Ayat 1 | |
|
| |
|
Translation Apabila orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah Rasul-Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta. |
|
Surah Al Munaafiquun |
|
|
Ayat 2 | |
|
| |
|
Translation Mereka menjadikan sumpah sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka kerjakan. |
|
Surah Al Munaafiquun |
|
|
Ayat 3 | |
|
| |
|
Translation Yang demikian kerana mereka mengaku beriman kemudian mereka menjadi kafir, maka dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami. |
|
Surah Al Munaafiquun |
|
|
Ayat 4 | |
|
| |
|
Translation Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka; dan apabila mereka berbicara, engkau (tertarik) mendengar tutur kata mereka. Mereka seperti batang-batang kayu yang tersandar. Mereka menyangka tiap-tiap jeritan adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh, maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa mereka. Bagaimana mereka dipalingkan (dari kebenaran)? |
|
Surah Al Munaafiquun |
|
|
Ayat 5 | |
|
| |
|
Translation Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun untuk kamu, mereka menggeleng-gelengkan kepalanya; dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh. |
|
Surah Al Munaafiquun |
|
|
Ayat 6 | |
|
| |
|
Translation Sama sahaja bagi mereka, sama ada engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun, Allah tidak akan mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik. |
|
Surah Al Munaafiquun |
|
|
Ayat 7 | |
|
| |
|
Translation Merekalah yang berkata: Janganlah kamu berbelanja kepada orang yang ada bersama Rasulullah hingga mereka bersurai (meninggalkannya). Padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi; akan tetapi orang yang munafik itu tidak memahami. |
|
Surah Al Munaafiquun |
|
|
Ayat 8 | |
|
| |
|
Translation Mereka berkata lagi: Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah, sudah tentu orang yang kuat akan mengusir keluar daripadanya orang yang lemah. Bagi Allah jualah kemuliaan dan Rasul-Nya serta orang yang beriman; tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui. |
|
Surah Al Munaafiquun |
|
|
Ayat 9 | |
|
| |
|
Translation Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah. Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang yang rugi. |
|
Surah Al Munaafiquun |
|
|
Ayat 10 | |
|
| |
|
Translation Dan belanjakanlah sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit lagi, maka aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang salih. |
|
Surah Al Munaafiquun |
|
|
Ayat 11 | |
|
| |
|
Translation Dan Allah tidak akan melambatkan kematian seseorang apabila sampai ajalnya; dan Allah Maha Mengetahui mengenai segala yang kamu kerjakan. |