|
Surah Al Mujaadalah |
|
|
Ayat 1 | |
|
| |
|
Translation Sesungguhnya Allah telah mendengar aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah, sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. |
|
Surah Al Mujaadalah |
|
|
Ayat 2 | |
|
| |
|
Translation Orang yang menziharkan isterinya dari kalanganmu (adalah salah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. Ibu mereka tidak lain hanyalah wanita yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka memperkatakan perkara yang mungkar dari perkataan dusta. Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun. |
|
Surah Al Mujaadalah |
|
|
Ayat 3 | |
|
| |
|
Translation Dan orang yang menziharkan isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa yang mereka ucapkan, maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua bercampur. Demikianlah kamu diberi pengajaran. Dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan. |
|
Surah Al Mujaadalah |
|
|
Ayat 4 | |
|
| |
|
Translation Maka sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka bercampur. Sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan enam puluh orang miskin. Demikianlah supaya kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan itulah batas-batas hukum Allah; dan bagi orang yang kafir disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. |
|
Surah Al Mujaadalah |
|
|
Ayat 5 | |
|
| |
|
Translation Sesungguhnya orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya akan ditimpa kehinaan sebagaimana orang yang sebelum mereka ditimpa kehinaan; kerana sesungguhnya Kami telah menurunkan keterangan-keterangan yang nyata. Dan bagi orang yang kafir disediakan azab seksa yang menghina. |
|
Surah Al Mujaadalah |
|
|
Ayat 6 | |
|
| |
|
Translation Semasa mereka semuanya dibangkitkan hidup semula oleh Allah, lalu diterangkan kepada mereka segala yang mereka telah kerjakan. Allah telah menghitung amal-amal mereka itu satu-persatu, sedang mereka telah melupakannya. Dan Allah menjadi Saksi akan tiap-tiap sesuatu. |
|
Surah Al Mujaadalah |
|
|
Ayat 7 | |
|
| |
|
Translation Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan bumi? Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dialah yang ke empatnya, dan tiada antara lima orang melainkan Dialah yang ke enamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Ia memberitahu kepada mereka pada hari kiamat apa yang mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. |
|
Surah Al Mujaadalah |
|
|
Ayat 8 | |
|
| |
|
Translation Tidakkah engkau perhatikan akan orang-orang (Yahudi) yang telah dilarang daripada berbisik-bisik, kemudian mereka berbalik melakukan perbuatan yang telah dilarang itu serta mereka berbisik-bisik berkenaan dengan dosa dan pencerobohan serta kederhakaan kepada Rasulullah? Dan apabila mereka datang kepadamu, mereka memberi salam hormat bukan dengan salam hormat yang diberikan Allah kepadamu; dan mereka berkata kepada diri sendiri: sepatutnya kami diseksa oleh Allah disebabkan apa yang kami ucapkan itu? Cukuplah untuk mereka Neraka Jahanam, yang mereka akan dibakar di dalamnya; maka itulah seburuk-buruk tempat kembali. |
|
Surah Al Mujaadalah |
|
|
Ayat 9 | |
|
| |
|
Translation Wahai orang yang beriman! Apabila kamu berbisik sesama sendiri, maka janganlah kamu berbisik untuk melakukan dosa, pencerobohan dan menderhakai Rasulullah; dan berbisiklah untuk kebajikan dan takwa. Dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah yang kepada-Nya kamu semua akan dihimpunkan. |
|
Surah Al Mujaadalah |
|
|
Ayat 10 | |
|
| |
|
Translation Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari Syaitan, supaya orang yang beriman berdukacita; dan tidaklah ia memudharatkan sedikitpun kecuali dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman berserah diri. |
|
Surah Al Mujaadalah |
|
|
Ayat 11 | |
|
| |
|
Translation Wahai orang yang beriman! Apabila kamu diminta memberi lapang dalam majlis, maka lapangkanlah, nescaya Allah akan melapangkan untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan orang yang beriman di antara kamu, dan juga orang yang diberi ilmu pengetahuan akan darjat. Dan Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu lakukan. |
|
Surah Al Mujaadalah |
|
|
Ayat 12 | |
|
| |
|
Translation Wahai orang yang beriman! Apabila kamu hendak menghadap Rasulullah, maka hendaklah kamu bersedekah sebelum kamu menghadapnya; Yang demikian itu lebih baik bagimu dan lebih bersih. Jika tidak dapat untuk bersedekah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. |
|
Surah Al Mujaadalah |
|
|
Ayat 13 | |
|
| |
|
Translation Adakah kamu takut (akan miskin) kerana kamu bersedekah sebelum kamu mengadap? Kalau kamu tidak melakukannya, dan Allah maafkan kamu maka dirikanlah sembahyang, berikanlah zakat, serta taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui akan segala yang kamu lakukan. |
|
Surah Al Mujaadalah |
|
|
Ayat 14 | |
|
| |
|
Translation Tidakkah engkau melihat orang yang bersahabat karib dengan kaum yang telah dimurkai Allah? Mereka itu bukanlah dari golonganmu dan bukan dari mereka yang tersebut itu; dan mereka bersumpah dengan dusta, sedang mereka mengetahui. |
|
Surah Al Mujaadalah |
|
|
Ayat 15 | |
|
| |
|
Translation Allah telah menyediakan bagi mereka azab seksa yang berat; sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan. |
|
Surah Al Mujaadalah |
|
|
Ayat 16 | |
|
| |
|
Translation Mereka menjadikan sumpahannya sebagai perisai, yang dapat mereka menghalang (manusia) dari jalan Allah; maka bagi mereka azab seksa yang menghina. |
|
Surah Al Mujaadalah |
|
|
Ayat 17 | |
|
| |
|
Translation Harta benda dan anak pinak mereka tidak dapat menolong mereka dari azab Allah. Merekalah ahli Neraka, mereka tetap kekal di dalamnya. |
|
Surah Al Mujaadalah |
|
|
Ayat 18 | |
|
| |
|
Translation Ketika mereka semuanya dibangkitkan oleh Allah, maka mereka bersumpah kepada-Nya sebagaimana biasanya mereka bersumpah kepada kamu; dan mereka menyangka mereka akan mendapat sesuatu (yang berfaedah). Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya merekalah golongan pendusta. |
|
Surah Al Mujaadalah |
|
|
Ayat 19 | |
|
| |
|
Translation Syaitan telah menguasai mereka, sehingga mereka lupa mengingati Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu orang yang rugi. |
|
Surah Al Mujaadalah |
|
|
Ayat 20 | |
|
| |
|
Translation Sesungguhnya orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, mereka termasuk orang yang amat hina. |
|
Surah Al Mujaadalah |
|
|
Ayat 21 | |
|
| |
|
Translation Allah telah menetapkan: Sesungguhnya Aku dan Rasul-rasul-Ku tetap mengalahkan (pasti menang). Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. |
|
Surah Al Mujaadalah |
|
|
Ayat 22 | |
|
| |
|
Translation Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih mesra dengan orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun mereka itu ialah bapa-bapa mereka, anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka itu, Allah telah tetapkan iman dihati mereka, dan menguatkan mereka dengan pertolongan daripada-Nya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah redha akan mereka dan mereka redha dengan-Nya. Merekalah penyokong Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya mereka itulah orang yang berjaya. |