Surah Al Muddaththir

 

Ayat 1

يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ

 

Translation

Wahai orang yang berselimut!



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 2

قُمْ فَأَنذِرْ

 

Translation

Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 3

وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ

 

Translation

Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaran-Nya!



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 4

وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ

 

Translation

Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 5

وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ

 

Translation

Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 6

وَلَا تَمْنُن تَسْتَكْثِرُ

 

Translation

Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 7

وَلِرَبِّكَ فَاصْبِرْ

 

Translation

Dan bagi Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 8

فَإِذَا نُقِرَ فِي النَّاقُورِ

 

Translation

Kerana apabila telah ditiup sangkakala.



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 9

فَذَلِكَ يَوْمَئِذٍ يَوْمٌ عَسِيرٌ

 

Translation

Maka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar.



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 10

عَلَى الْكَافِرِينَ غَيْرُ يَسِيرٍ

 

Translation

Kepada orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya).



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 11

ذَرْنِي وَمَنْ خَلَقْتُ وَحِيدًا

 

Translation

Biarkanlah Aku sahaja membalas orang yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri.



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 12

وَجَعَلْتُ لَهُ مَالًا مَّمْدُودًا

 

Translation

Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak.



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 13

وَبَنِينَ شُهُودًا

 

Translation

Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya.



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 14

وَمَهَّدتُّ لَهُ تَمْهِيدًا

 

Translation

Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya.



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 15

ثُمَّ يَطْمَعُ أَنْ أَزِيدَ

 

Translation

Kemudian ia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi.



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 16

كَلَّا إِنَّهُ كَانَ لِآيَاتِنَا عَنِيدًا

 

Translation

Tidak sekali-kali! Kerana sesungguh dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami.



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 17

سَأُرْهِقُهُ صَعُودًا

 

Translation

Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya.



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 18

إِنَّهُ فَكَّرَ وَقَدَّرَ

 

Translation

Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka (berbagai tuduhan terhadap Al-Quran).



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 19

فَقُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَ

 

Translation

Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)?



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 20

ثُمَّ قُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَ

 

Translation

Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)?



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 21

ثُمَّ نَظَرَ

 

Translation

Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali: jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal).



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 22

ثُمَّ عَبَسَ وَبَسَرَ

 

Translation

Setelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam berkerut.



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 23

ثُمَّ أَدْبَرَ وَاسْتَكْبَرَ

 

Translation

Kemudian ia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh.



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 24

فَقَالَ إِنْ هَذَا إِلَّا سِحْرٌ يُؤْثَرُ

 

Translation

Serta ia berkata: (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya).



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 25

إِنْ هَذَا إِلَّا قَوْلُ الْبَشَرِ

 

Translation

Ini tidak lain hanyalah kata-kata rekaan manusia!



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 26

سَأُصْلِيهِ سَقَرَ

 

Translation

(Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke dalam Neraka Saqar.



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 27

وَمَا أَدْرَاكَ مَا سَقَرُ

 

Translation

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan Neraka Saqar itu?



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 28

لَا تُبْقِي وَلَا تَذَرُ

 

Translation

Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus).



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 29

لَوَّاحَةٌ لِّلْبَشَرِ

 

Translation

Ia terus-menerus membakar kulit manusia!



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 30

عَلَيْهَا تِسْعَةَ عَشَرَ

 

Translation

Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 31

وَمَا جَعَلْنَا أَصْحَابَ النَّارِ إِلَّا مَلَائِكَةً وَمَا جَعَلْنَا عِدَّتَهُمْ إِلَّا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا لِيَسْتَيْقِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ وَيَزْدَادَ الَّذِينَ آمَنُوا إِيمَانًا وَلَا يَرْتَابَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ وَا

 

Translation

Dan Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal Neraka itu melainkan malaikat; dan Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan sebagai cubaan bagi orang kafir, supaya orang yang diberi Kitab boleh percaya dengan yakin, dan supaya orang yang beriman bertambah imannya; dan supaya orang yang diberi Kitab dan orang yang beriman itu tidak ragu-ragu; dan supaya orang yang ada penyakit dalam hatinya dan orang kafir berkata: Apakah yang dimaksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini? Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan menunjuki sesiapa yang dikehendaki-Nya dan tiada yang tahu tentera Tuhanmu melainkan Dia. Dan neraka itu tidak lain cuma peringatan bagi manusia.



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 32

كَلَّا وَالْقَمَرِ

 

Translation

Sebenarnya! Demi bulan.



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 33

وَاللَّيْلِ إِذْ أَدْبَرَ

 

Translation

Dan malam apabila ia balik melenyapkan diri.



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 34

وَالصُّبْحِ إِذَا أَسْفَرَ

 

Translation

Dan waktu subuh apabila ia terang benderang.



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 35

إِنَّهَا لَإِحْدَى الْكُبَرِ

 

Translation

Sesungguhnya neraka Saqar itu adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar.



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 36

نَذِيرًا لِّلْبَشَرِ

 

Translation

Yang menjadi amaran bagi umat manusia.



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 37

لِمَن شَاء مِنكُمْ أَن يَتَقَدَّمَ أَوْ يَتَأَخَّرَ

 

Translation

(Iaitu) bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju atau yang mahu mundur (daripada mengerjakannya).



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 38

كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ

 

Translation

Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya.



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 39

إِلَّا أَصْحَابَ الْيَمِينِ

 

Translation

Kecuali puak Kanan.



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 40

فِي جَنَّاتٍ يَتَسَاءلُونَ

 

Translation

(Mereka ditempatkan) di dalam syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya.



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 41

عَنِ الْمُجْرِمِينَ

 

Translation

Tentang (tempat tinggal) orang yang bersalah.



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 42

مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ

 

Translation

Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka ) Saqar?



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 43

قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ

 

Translation

Orang yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk orang yang mengerjakan sembahyang.



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 44

وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ الْمِسْكِينَ

 

Translation

Dan kami tidak pernah memberi makan orang miskin.



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 45

وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ الْخَائِضِينَ

 

Translation

Dan kami dahulu selalu memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang yang memperkatakannya.



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 46

وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ الدِّينِ

 

Translation

Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan.



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 47

حَتَّى أَتَانَا الْيَقِينُ

 

Translation

Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini.



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 48

فَمَا تَنفَعُهُمْ شَفَاعَةُ الشَّافِعِينَ

 

Translation

Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 49

فَمَا لَهُمْ عَنِ التَّذْكِرَةِ مُعْرِضِينَ

 

Translation

Maka mengapa mereka berpaling lari dari peringatan (Al-Quran)?



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 50

كَأَنَّهُمْ حُمُرٌ مُّسْتَنفِرَةٌ

 

Translation

Seolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari.



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 51

فَرَّتْ مِن قَسْوَرَةٍ

 

Translation

Melarikan diri (ketakutan) dari singa!



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 52

بَلْ يُرِيدُ كُلُّ امْرِئٍ مِّنْهُمْ أَن يُؤْتَى صُحُفًا مُّنَشَّرَةً

 

Translation

Bahkan tiap-tiap seorang di antaranya mahu supaya diberi kepadanya lembaran surat yang terbuka.



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 53

كَلَّا بَل لَا يَخَافُونَ الْآخِرَةَ

 

Translation

Sebenarnya! (Bukan kerana kemahuan mereka tidak berhasil), bahkan mereka (tidak percaya dan) tidak takut akan hari akhirat.



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 54

كَلَّا إِنَّهُ تَذْكِرَةٌ

 

Translation

Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya).



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 55

فَمَن شَاء ذَكَرَهُ

 

Translation

Oleh itu sesiapa yang mahu (beringat) dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.



Surah Al Muddaththir

 

Ayat 56

وَمَا يَذْكُرُونَ إِلَّا أَن يَشَاء اللَّهُ هُوَ أَهْلُ التَّقْوَى وَأَهْلُ الْمَغْفِرَةِ

 

Translation

Dan tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika dikehendaki Allah; Dialah Tuhan yang berhak ditaati, dan Dialah jua yang berhak memberi keampunan.