Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 1

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ

 

Translation

Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 2

الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَشِعُونَ

 

Translation

Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 3

وَالَّذِينَ هُمْ عَنْ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ

 

Translation

Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 4

وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَوةِ فَعِلُونَ

 

Translation

Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya dengan menunaikan zakat harta itu.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 5

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَفِظُونَ

 

Translation

Dan mereka yang menjaga kehormatannya.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 6

إِلَّا عَلَى أَزْوَجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَنُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ

 

Translation

Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 7

فَمَنْ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمْ الْعَادُونَ

 

Translation

Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang yang melampaui batas.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 8

وَالَّذِينَ هُمْ لِأمَنَتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَعُونَ

 

Translation

Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 9

وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوَتِهِمْ يُحَافِظُونَ

 

Translation

Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 10

أُوْلَئِكَ هُمْ الْوَرِثُونَ

 

Translation

Mereka itulah orang yang berhak mewarisi.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 11

الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَلِدُونَ

 

Translation

Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 12

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَنَ مِنْ سُلَلَةٍ مِنْ طِينٍ

 

Translation

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 13

ثُمَّ جَعَلْنَهُ نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَكِينٍ

 

Translation

Kemudian Kami jadikan pati itu setitis air benih pada tempat penetapan yang kukuh.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 14

ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَمًا فَكَسَوْنَا الْعِظَمَ لَحْمًا ثُمَّ أَنشَأْنَهُ خَلْقًا ءاخَرَ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَلِقِينَ

 

Translation

Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku; lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan Allah sebaik-baik Pencipta.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 15

ثُمَّ إِنَّكُمْ بَعْدَ ذَلِكَ لَمَيِّتُونَ

 

Translation

Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 16

ثُمَّ إِنَّكُمْ يَوْمَ الْقِيَمَةِ تُبْعَثُونَ

 

Translation

Kemudian, sesungguhnya kamu akan di bangkitkan hidup semula pada hari Kiamat.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 17

وَلَقَدْ خَلَقْنَا فَوْقَكُمْ سَبْعَ طَرَائِقَ وَمَا كُنَّا عَنْ الْخَلْقِ غَفِلِينَ

 

Translation

Dan demi sesungguhnya, Kami telah menciptakan tujuh jalan di atas kamu, dan Kami pula tidak lalai daripada makhluk-makhluk Kami.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 18

وَأَنزَلْنَا مِنْ السَّمَاءِ مَاءً بِقَدَرٍ فَأَسْكَنَّهُ فِي الْأَرْضِ وَإِنَّا عَلَى ذَهَابٍ بِهِ لَقَدِرُونَ

 

Translation

Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan tertentu, serta Kami tempatkan akannya di bumi; dan sesungguhnya Kami berkuasa melenyapkannya.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 19

فَأَنشَأْنَا لَكُمْ بِهِ جَنَّتٍ مِنْ نَخِيلٍ وَأَعْنَبٍ لَكُمْ فِيهَا فَوَكِهُ كَثِيرَةٌ وَمِنْهَا تَأْكُلُونَ

 

Translation

Kemudian, Kami tumbuhkan untuk kamu dengan air itu, kebun-kebun tamar dan anggur. Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu berbagai jenis lagi buah-buahan yang banyak, dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 20

وَشَجَرَةً تَخْرُجُ مِنْ طُورِ سَيْنَاءَ تَنْبُتُ بِالدُّهْنِ وَصِبْغٍ لِلْاءكِلِينَ

 

Translation

Dan (Kami tumbuhkan untuk kamu) pokok yang asal tumbuhnya di Gunung Tursina, yang mengeluarkan minyak dan lauk bagi orang yang makan.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 21

وَإِنَّ لَكُمْ فِي الْأَنْعَمِ لَعِبْرَةً نُسقِيكُمْ مِمَّا فِي بُطُونِهَا وَلَكُمْ فِيهَا مَنَفِعُ كَثِيرَةٌ وَمِنْهَا تَأْكُلُونَ

 

Translation

Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu kamu beroleh pengajaran, Kami beri kamu minum dari susu yang ada dalam perutnya, dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya; dan daripadanya juga kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 22

وَعَلَيْهَا وَعَلَى الْفُلْكِ تُحْمَلُونَ

 

Translation

Dan di atas binatang-binatang ternak itu, serta di atas kapal-kapal, kamu diangkut.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 23

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَى قَوْمِهِ فَقَالَ يَقَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ أَفَلَا تَتَّقُونَ

 

Translation

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu berkatalah ia: Wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah, tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepada-Nya?



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 24

فَقَالَ الْمَلَؤا الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ قَوْمِهِ مَا هَذَا إِلَّا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُرِيدُ أَنْ يَتَفَضَّلَ عَلَيْكُمْ وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَأَنزَلَ مَلَئِكَةً مَا سَمِعْنَا بِهَذَا فِي ءابَائِنَا الْأَوَّلِينَ

 

Translation

Maka ketua-ketua yang kafir dari kaumnya berkata: Orang ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, ia bertujuan hendak melebihkan dirinya daripada kamu. Dan kalau Allah berkehendak tentulah Ia menurunkan malaikat. Kami tak pernah mendengar seruan seperti ini dalam kalangan datuk nenek kami yang telah lalu.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 25

إِنْ هُوَ إِلَّا رَجُلٌ بِهِ جِنَّةٌ فَتَرَبَّصُوا بِهِ حَتَّى حِينٍ

 

Translation

Ia tidak lain hanyalah seorang lelaki yang menghidap penyakit gila. Oleh itu tunggulah akan perubahan keadaannya hingga ke suatu masa.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 26

قَالَ رَبِّ انصُرْنِي بِمَا كَذَّبُون

 

Translation

Nabi Nuh berdoa: Wahai Tuhanku, tolonglah daku, kerana mereka mendustakan seruanku.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 27

فَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِ أَنْ اصْنَعْ الْفُلْكَ بِأَعْيُنِنَا وَوَحْيِنَا فَإِذَا جَاءَ أَمْرُنَا وَفَارَ التَّنُّورُ فَاسْلُكْ فِيهَا مِنْ كُلٍّ زَوْجَيْنِ اثْنَيْنِ وَأَهْلَكَ إِلَّا مَنْ سَبَقَ عَلَيْهِ الْقَوْلُ مِنْهُمْ وَلَا تُخَطِبْنِي فِي الَّذِينَ

 

Translation

Lalu Kami wahikan kepadanya: Buatlah bahtera dengan pengawasan Kami, dan dengan panduan wahi Kami; kemudian apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka, dan air memancut dari muka bumi, maka masukkanlah ke dalamnya sepasang dari tiap-tiap jenis haiwan, dan bawalah ahlimu dan pengikut-pengikutmu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya di antara mereka, dan janganlah engkau merayu kepadaku untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan sehingga mati lemas.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 28

فَإِذَا اسْتَوَيْتَ أَنْتَ وَمَنْ مَعَكَ عَلَى الْفُلْكِ فَقُلْ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي نَجَّنَا مِنْ الْقَوْمِ الظَّلِمِينَ

 

Translation

Kemudian apabila engkau dan orang yang bersamamu telah berada di atas bahtera itu, maka hendaklah engkau (bersyukur) dengan berkata: Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menyelamatkan kami daripada orang yang zalim.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 29

وَقُلْ رَبِّ أَنزِلْنِي مُنْزَلًا مُبَارَكًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْمُنزِلِينَ

 

Translation

Dan berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 30

إِنَّ فِي ذَلِكَ لَاءيَتٍ وَإِنْ كُنَّا لَمُبْتَلِينَ

 

Translation

Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda; dan sesungguhnya Kami tetap menguji hamba-hamba Kami.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 31

ثُمَّ أَنشَأْنَا مِنْ بَعْدِهِمْ قَرْنًا ءاخَرِينَ

 

Translation

Kemudian Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain. Yakni kaum Aad, kaum Nabi Hud.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 32

فَأَرْسَلْنَا فِيهِمْ رَسُولًا مِنْهُمْ أَنْ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ أَفَلَا تَتَّقُونَ

 

Translation

Lalu Kami mengutus kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka dengan berfirman melalui Rasul itu: Sembahlah kamu akan Allah, tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepada-Nya?



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 33

وَقَالَ الْمَلَأُ مِنْ قَوْمِهِ الَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِلِقَاءِ الْاءخِرَةِ وَأَتْرَفْنَهُمْ فِي الْحَيَوةِ الدُّنْيَا مَا هَذَا إِلَّا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يَأْكُلُ مِمَّا تَأْكُلُونَ مِنْهُ وَيَشْرَبُ مِمَّا تَشْرَبُونَ

 

Translation

Dan berkata ketua-ketua dari kaumnya yang kafir serta mendustakan pertemuan hari akhirat, dan yang Kami mewahkan mereka dalam kehidupan dunia, berkata: Orang ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, ia makan dari apa yang kamu makan, dan meminum dari apa yang kamu minum.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 34

وَلَئِنْ أَطَعْتُمْ بَشَرًا مِثْلَكُمْ إِنَّكُمْ إِذًا لَخَسِرُونَ

 

Translation

Dan demi sesungguhnya, jika kamu taati manusia yang seperti kamu, tentulah kamu dengan membuat demikian, menjadi orang yang rugi.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 35

أَيَعِدُكُمْ أَنَّكُمْ إِذَا مِتُّمْ وَكُنتُمْ تُرَابًا وَعِظَمًا أَنَّكُمْ مُخْرَجُونَ

 

Translation

Patutkah ia menjadikan kamu, bahawa sesungguhnya apabila kamu mati dan menjadi tanah dan tulang, kamu akan dikeluarkan (dari kubur hidup semula)?



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 36

هَيْهَاتَ هَيْهَاتَ لِمَا تُوعَدُونَ

 

Translation

Jauh, amatlah jauh (dari kebenaran) apa yang dijanjikan kepada kamu itu!



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 37

إِنْ هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا نَمُوتُ وَنَحْيَا وَمَا نَحْنُ بِمَبْعُوثِينَ

 

Translation

Tiadalah hidup yang lain selain dari hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti), dan tiadalah kita akan dibangkitkan hidup semula.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 38

إِنْ هُوَ إِلَّا رَجُلٌ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِبًا وَمَا نَحْنُ لَهُ بِمُؤْمِنِينَ

 

Translation

Tiadalah dia (Nabi Hud) itu selain dari seorang lelaki yang mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah, dan kami tidak akan beriman kepadanya.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 39

قَالَ رَبِّ انصُرْنِي بِمَا كَذَّبُون

 

Translation

Nabi Hud berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, belalah daku, kerana mereka telah mendustakan seruanku.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 40

قَالَ عَمَّا قَلِيلٍ لَيُصْبِحُنَّ نَدِمِينَ

 

Translation

Allah berfirman: Dalam sedikit masa lagi mereka akan menjadi orang yang menyesal.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 41

فَأَخَذَتْهُمْ الصَّيْحَةُ بِالْحَقِّ فَجَعَلْنَهُمْ غُثَاءً فَبُعْدًا لِلْقَوْمِ الظَّلِمِينَ

 

Translation

Akhirnya mereka dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, dengan benar lagi adil, lalu Kami jadikan mereka sebagai sampah sarap, Maka kebinasaanlah kesudahannya bagi kaum yang zalim itu.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 42

ثُمَّ أَنشَأْنَا مِنْ بَعْدِهِمْ قُرُونًا ءاخَرِينَ

 

Translation

Kemudian Kami ciptakan sesudah mereka, umat-umat yang lain.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 43

مَا تَسْبِقُ مِنْ أُمَّةٍ أَجَلَهَا وَمَا يَسْتَءخِرُونَ

 

Translation

Sesuatu umat itu tidak dapat mendahului tempohnya yang telah ditentukan, dan mereka pula tidak dapat melambatkannya.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 44

ثُمَّ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا تَتْرَا كُلَّ مَا جَاءَ أُمَّةً رَسُولُهَا كَذَّبُوهُ فَأَتْبَعْنَا بَعْضَهُمْ بَعْضًا وَجَعَلْنَهُمْ أَحَادِيثَ فَبُعْدًا لِقَوْمٍ لَا يُؤْمِنُونَ

 

Translation

Kemudian Kami mengutus Rasul-rasul Kami silih berganti. Tiap-tiap kali sesuatu umat di datangi Rasulnya, mereka mendustakannya; lalu Kami binasakan mereka, lepas satu-satu; dan Kami jadikan perihal mereka sebagai cerita-cerita; maka kebinasaan bagi orang yang tidak beriman.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 45

ثُمَّ أَرْسَلْنَا مُوسَى وَأَخَاهُ هَرُونَ بِءيَتِنَا وَسُلْطَنٍ مُبِينٍ

 

Translation

Kemudian Kami mengutus Nabi Musa dan saudaranya: Nabi Harun, dengan membawa ayat-ayat keterangan Kami, dan bukti (mukjizat) yang nyata.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 46

إِلَى فِرْعَوْنَ وَمَلَأيهِ فَاسْتَكْبَرُوا وَكَانُوا قَوْمًا عَالِينَ

 

Translation

Kepada Firaun dan kaumnya; lalu mereka menentang seruan Nabi-nabi Allah itu dengan sombong takbur, serta menjadi kaum yang membesarkan diri.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 47

فَقَالُوا أَنُؤْمِنُ لِبَشَرَيْنِ مِثْلِنَا وَقَوْمُهُمَا لَنَا عَبِدُونَ

 

Translation

Sehingga mereka berkata: Patutkah kita beriman kepada dua manusia seperti kita, sedang kaum mereka menjadi orang suruhan kita?



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 48

فَكَذَّبُوهُمَا فَكَانُوا مِنْ الْمُهْلَكِينَ

 

Translation

Oleh itu, mereka pun mendustakan keduanya, lalu menjadilah mereka sebahagian dari orang yang dibinasakan.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 49

وَلَقَدْ ءاتَيْنَا مُوسَى الْكِتَبَ لَعَلَّهُمْ يَهْتَدُونَ

 

Translation

Dan sesungguhnya, Kami telah memberikan Nabi Musa Kitab Taurat, supaya mereka beroleh petunjuk.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 50

وَجَعَلْنَا ابْنَ مَرْيَمَ وَأُمَّهُ ءايَةً وَءاوَيْنَهُمَا إِلَى رَبْوَةٍ ذَاتِ قَرَارٍ وَمَعِينٍ

 

Translation

Dan Kami jadikan ibni Maryam serta ibunya sebagai satu tanda; dan Kami telah menempatkan keduanya di tanah tinggi, yang ada tanaman dan mata air.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 51

يَأيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنْ الطَّيِّبَتِ وَاعْمَلُوا صَلِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ

 

Translation

Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik, dan kerjakanlah amal-amal salih; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 52

وَإِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاتَّقُون

 

Translation

Dan sesungguhnya agama Islam ini ialah agama kamu, agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepada-Ku.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 53

فَتَقَطَّعُوا أَمْرَهُمْ بَيْنَهُمْ زُبُرًا كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ

 

Translation

Kemudian umat rasul-rasul itu berpecah dalam urusan agama mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 54

فَذَرْهُمْ فِي غَمْرَتِهِمْ حَتَّى حِينٍ

 

Translation

Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu hingga ke suatu masa.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 55

أَيَحْسَبُونَ أَنَّمَا نُمِدُّهُمْ بِهِ مِنْ مَالٍ وَبَنِينَ

 

Translation

Adakah mereka menyangka bahawa apa yang Kami berikan kepada mereka dari harta benda dan anak pinak itu.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 56

نُسَارِعُ لَهُمْ فِي الْخَيْرَتِ بَل لَا يَشْعُرُونَ

 

Translation

Kami menyegerakan untuk mereka pemberian kebaikan? Bahkan mereka tidak menyedari.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 57

إِنَّ الَّذِينَ هُمْ مِنْ خَشْيَةِ رَبِّهِمْ مُشْفِقُونَ

 

Translation

Sesungguhnya orang yang sentiasa bimbang disebabkan takut kepada kemurkaan Tuhan mereka.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 58

وَالَّذِينَ هُمْ بِءايَتِ رَبِّهِمْ يُؤْمِنُونَ

 

Translation

Dan orang yang beriman kepada ayat-ayat Tuhan mereka.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 59

وَالَّذِينَ هُمْ بِرَبِّهِمْ لَا يُشْرِكُونَ

 

Translation

Dan orang yang tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhan mereka.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 60

وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا ءاتَوا وَقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ أَنَّهُمْ إِلَى رَبِّهِمْ رَجِعُونَ

 

Translation

Dan orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gerun-gementar, kerana mereka yang yakin akan kembali kepada Tuhan mereka;



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 61

أُوْلَئِكَ يُسَرِعُونَ فِي الْخَيْرَتِ وَهُمْ لَهَا سَبِقُونَ

 

Translation

Mereka itulah orang yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang yang mendahului pada mencapainya.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 62

وَلَا نُكَلِّفُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا وَلَدَيْنَا كِتَبٌ يَنطِقُ بِالْحَقِّ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

 

Translation

Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya; dan di sisi Kami ada Kitab yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 63

بَلْ قُلُوبُهُمْ فِي غَمْرَةٍ مِنْ هَذَا وَلَهُمْ أَعْمَلٌ مِنْ دُونِ ذَلِكَ هُمْ لَهَا عَمِلُونَ

 

Translation

(Mereka tidak juga berfikir) bahkan hati mereka dalam kejahilan, dari memahami ajaran Al-Qur'an ini; dan mereka pula mempunyai amal-amal selain dari itu, yang mereka terus-menerus mengerjakannya.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 64

حَتَّى إِذَا أَخَذْنَا مُتْرَفِيهِمْ بِالْعَذَابِ إِذَا هُمْ يَجْءرُونَ

 

Translation

Hingga apabila Kami timpakan azab kepada orang yang mewah di antara mereka, maka dengan serta-merta mereka menjerit-jerit meminta tolong.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 65

لَا تَجْءرُوا الْيَوْمَ إِنَّكُمْ مِنَّا لَا تُنصَرُونَ

 

Translation

Janganlah kamu menjerit-jerit meminta tolong pada hari ini, sesungguhnya kamu tidak akan beroleh sebarang pertolongan dari Kami.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 66

قَدْ كَانَتْ ءايَتِي تُتْلَى عَلَيْكُمْ فَكُنتُمْ عَلَى أَعْقَبِكُمْ تَنكِصُونَ

 

Translation

(Kerana) sesungguhnya ayat-ayat-Ku telah berkali-kali dibacakan kepada kamu, dalam pada itu kamu berpaling undur ke belakang.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 67

مُسْتَكْبِرِينَ بِهِ سَمِرًا تَهْجُرُونَ

 

Translation

Dengan keadaan sombong angkuh mendustakannya, serta mencacinya dalam perbualan kamu pada malam hari.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 68

أَفَلَمْ يَدَّبَّرُوا الْقَوْلَ أَمْ جَاءَهُمْ مَا لَمْ يَأْتِ ءابَاءَهُمْ الْأوَّلِينَ

 

Translation

Maka adakah mereka melakukan yang demikian kerana mereka tidak dapat memahami kata-kata ajaran (yang disampaikan kepada mereka)? Atau kerana telah datang kepada mereka apa yang tidak pernah datang kepada datuk nenek mereka yang telah lalu?



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 69

أَمْ لَمْ يَعْرِفُوا رَسُولَهُمْ فَهُمْ لَهُ مُنكِرُونَ

 

Translation

Atau kerana mereka tidak kenal Rasul mereka, lalu mereka mengingkarinya?



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 70

أَمْ يَقُولُونَ بِهِ جِنَّةٌ بَلْ جَاءَهُمْ بِالْحَقِّ وَأَكْثَرُهُمْ لِلْحَقِّ كَرِهُونَ

 

Translation

Atau kerana mereka mengatakan: Dia kena penyakit gila? bahkan kerana Rasul mereka datang kepada mereka membawa agama yang tetap benar, dan tabiat kebanyakan mereka tidak suka kepada sebarang kebenaran.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 71

وَلَوْ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتْ السَّمَوَتُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ بَلْ أَتَيْنَهُمْ بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَنْ ذِكْرِهِمْ مُعْرِضُونَ

 

Translation

Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang ada padanya. Bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Qur'an yang menjadi sebutan baik; mereka tidak juga mahu menerimanya.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 72

أَمْ تَسْءلُهُمْ خَرْجًا فَخَرَاجُ رَبِّكَ خَيْرٌ وَهُوَ خَيْرُ الرَّزِقِين

 

Translation

Atau adakah engkau meminta kepada mereka suatu pemberian? Maka pemberian Tuhanmu lebih baik, dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 73

وَإِنَّكَ لَتَدْعُوهُمْ إِلَى صِرَطٍ مُسْتَقِيمٍ

 

Translation

Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanya menyeru mereka jalan yang lurus.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 74

وَإِنَّ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْاءخِرَةِ عَنْ الصِّرَطِ لَنَكِبُونَ

 

Translation

Dan sesungguhnya orang yang tidak beriman kepada hari Akhirat, sudah tentu tidak mengikuti jalan yang lurus itu.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 75

وَلَوْ رَحِمْنَهُمْ وَكَشَفْنَا مَا بِهِمْ مِنْ ضُرٍّ لَلَجُّوا فِي طُغْيَنِهِمْ يَعْمَهُونَ

 

Translation

Dan sekiranya Kami kasihan dan Kami hapuskan kesusahan yang menimpa mereka, nescaya mereka akan tetap juga dalam kesesatan yang mereka lalui.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 76

وَلَقَدْ أَخَذْنَهُمْ بِالْعَذَابِ فَمَا اسْتَكَانُوا لِرَبِّهِمْ وَمَا يَتَضَرَّعُونَ

 

Translation

Dan sesungguhnya Kami telah menimpakan mereka dengan azab, maka mereka tidak juga tunduk kepada Tuhan mereka dan tidak pula berdoa kepada-Nya.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 77

حَتَّى إِذَا فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَابًا ذَا عَذَابٍ شَدِيدٍ إِذَا هُمْ فِيهِ مُبْلِسُونَ

 

Translation

Sehingga apabila Kami buka kepada mereka pintu yang menyebabkan azab yang berat, maka mereka serta-merta berputus asa dari mendapat kebaikan.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 78

وَهُوَ الَّذِي أَنشَأَ لَكُمْ السَّمْعَ وَالْأَبْصَرَ وَالْأَفْءدَةَ قَلِيلًا مَا تَشْكُرُونَ

 

Translation

Dan Dialah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati untuk kamu bersyukur; tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 79

وَهُوَ الَّذِي ذَرَأَكُمْ فِي الْأَرْضِ وَإِلَيْهِ تُحْشَرُونَ

 

Translation

Dan Dialah yang menciptakan serta mengembangkan kamu di bumi, dan kepada-Nyalah kamu akan dihimpunkan.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 80

وَهُوَ الَّذِي يُحْيِ وَيُمِيتُ وَلَهُ اخْتِلَفُ اليْلِ وَالنَّهَارِ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

 

Translation

Dan Dialah yang menghidupkan dan mematikan; dan Dialah yang menentukan pertukaran malam dan siang. Maka tidakkah kamu mahu berfikir?



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 81

بَلْ قَالُوا مِثْلَ مَا قَالَ الْأَوَّلُونَ

 

Translation

(Mereka tidak juga mahu berfikir) bahkan mereka berkata seperti yang dikatakan oleh orang dahulu yang ingkar.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 82

قَالُوا أَءذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَمًا أَءنَّا لَمَبْعُوثُونَ

 

Translation

Mereka berkata: Adakah apabila kami telah mati dan menjadi tanah dan tulang, adakah kami akan dibangkitkan hidup semula?



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 83

لَقَدْ وُعِدْنَا نَحْنُ وَءابَاؤُنَا هَذَا مِنْ قَبْلُ إِنْ هَذَا إِلَّا أَسَطِيرُ الْأَوَّلِينَ

 

Translation

Demi sesungguhnya, kami telah dijanjikan perkara ini - kami dan datuk nenek kami - dari dahulu lagi; perkara ini hanyalah cerita dongeng orang-orang dahulu-kala.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 84

قُلْ لِمَنْ الْأَرْضُ وَمَنْ فِيهَا إِنْ كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

 

Translation

Tanyakanlah wahai Muhammad: Kepunyaan siapakah bumi ini dan segala yang ada padanya, kalau kamu mengetahui?



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 85

سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

 

Translation

Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah: Mengapa kamu tidak mahu beringat?



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 86

قُلْ مَنْ رَبُّ السَّمَوَتِ السَّبْعِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

 

Translation

Tanyakanlah lagi: Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh, dan Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar?



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 87

سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ أَفَلَا تَتَّقُونَ

 

Translation

Mereka akan menjawab: Semuanya kepunyaan Allah. Katakanlah: Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 88

قُلْ مَنْ بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ يُجِيرُ وَلَا يُجَارُ عَلَيْهِ إِنْ كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

 

Translation

Tanyakanlah lagi: Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu, serta ia dapat melindungi segala-galanya dan tidak ada sesuatu pun yang dapat diperlindungi daripada kekuasaan-Nya jika kamu mengetahui!



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 89

سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ فَأَنَّى تُسْحَرُونَ

 

Translation

Mereka akan menjawab: Segala-galanya dikuasai Allah. Katakanlah: Jika demikian, bagaimana kamu tertarik hati kepada perkara yang tidak benar?



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 90

بَلْ أَتَيْنَهُمْ بِالْحَقِّ وَإِنَّهُمْ لَكَذِبُونَ

 

Translation

bahkan Kami telah membawa kepada mereka keterangan yang benar, dan sesungguhnya mereka adalah berdusta.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 91

مَا اتَّخَذَ اللَّهُ مِنْ وَلَدٍ وَمَا كَانَ مَعَهُ مِنْ إِلَهٍ إِذًا لَذَهَبَ كُلُّ إِلَهٍ بِمَا خَلَقَ وَلَعَلَا بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ سُبْحَنَ اللَّهِ عَمَّا يَصِفُونَ

 

Translation

Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali sebarang tuhan beserta-Nya; kalaulah ada tentulah tiap-tiap tuhan itu akan menguasai segala yang diciptakannya, dan tentulah setengahnya akan bertindak atas setengahnya yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang mereka katakan.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 92

عَلِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَدَةِ فَتَعَلَى عَمَّا يُشْرِكُونَ

 

Translation

Allah yang mengetahui segala yang tersembunyi dan yang nyata; maka Maha Tinggilah keadaan-Nya dari segala yang mereka sekutukan.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 93

قُلْ رَبِّ إِمَّا تُرِيَنِّي مَا يُوعَدُونَ

 

Translation

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhanku, kiranya Engkau hendak memperlihatkan kepadaku (azab) yang dijanjikan kepada mereka (di dunia).



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 94

رَبِّ فَلَا تَجْعَلْنِي فِي الْقَوْمِ الظَّلِمِينَ

 

Translation

Maka wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku tinggal dalam kalangan kaum yang zalim itu.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 95

وَإِنَّا عَلَى أَنْ نُرِيَكَ مَا نَعِدُهُمْ لَقَدِرُونَ

 

Translation

Dan sesungguhnya Kami berkuasa memperlihatkan kepadamu azab yang Kami janjikan kepada mereka.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 96

ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ السَّيِّئَةَ نَحْنُ أَعْلَمُ بِمَا يَصِفُونَ

 

Translation

Tolaklah kejahatan yang dilakukan kepadamu dengan cara yang sebaik-baiknya, Kami Maha Mengetahui apa yang mereka katakan itu.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 97

وَقُلْ رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَتِ الشَّيَطِينِ

 

Translation

Dan katakanlah: Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari hasutan Syaitan-syaitan.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 98

وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُرُون

 

Translation

Dan aku berlindung kepada-Mu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 99

حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمْ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُون

 

Translation

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, kembalikanlah daku (hidup di dunia).



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 100

لَعَلِّي أَعْمَلُ صَلِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلَّا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ

 

Translation

Supaya aku mengerjakan amal-amal yang salih dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh hingga hari mereka dibangkitkan semula.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 101

فَإِذَا نُفِخَ فِي الصُّورِ فَلَا أَنسَابَ بَيْنَهُمْ يَوْمَئِذٍ وَلَا يَتَسَاءَلُونَ

 

Translation

Kemudian, apabila ditiup sangkakala, maka tidak ada lagi manfaat pertalian kerabat di antara mereka, dan tidak pula sempat mereka bertanya-tanyaan.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 102

فَمَنْ ثَقُلَتْ مَوَزِينُهُ فَأُوْلَئِكَ هُمْ الْمُفْلِحُونَ

 

Translation

Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang yang berjaya.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 103

وَمَنْ خَفَّتْ مَوَزِينُهُ فَأُوْلَئِكَ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنفُسَهُمْ فِي جَهَنَّمَ خَلِدُونَ

 

Translation

Dan sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya, maka merekalah orang yang merugikan dirinya sendiri; mereka kekal di dalam Neraka Jahanam.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 104

تَلْفَحُ وُجُوهَهُمْ النَّارُ وَهُمْ فِيهَا كَلِحُونَ

 

Translation

Api neraka itu membakar muka mereka, dan tinggallah mereka di situ dengan muka yang hodoh cacat.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 105

أَلَمْ تَكُنْ ءايَتِي تُتْلَى عَلَيْكُمْ فَكُنتُمْ بِهَا تُكَذِّبُونَ

 

Translation

(Sambil dikatakan kepada mereka): Bukankah ayat-ayat-Ku selalu dibacakan kepada kamu, lalu kamu terus-menerus mendustakannya?



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 106

قَالُوا رَبَّنَا غَلَبَتْ عَلَيْنَا شِقْوَتُنَا وَكُنَّا قَوْمًا ضَالِّينَ

 

Translation

Mereka menjawab: Wahai Tuhan kami, kami telah dikalahkan oleh sebab-sebab kecelakaan kami, dan dengan itu menjadilah kami kaum yang sesat.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 107

رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْهَا فَإِنْ عُدْنَا فَإِنَّا ظَلِمُونَ

 

Translation

Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini; kalau kami kembali lagi mengerjakan kufur, maka sesungguhnya kami orang yang zalim.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 108

قَالَ اخْسَءوا فِيهَا وَلَا تُكَلِّمُونِ

 

Translation

Allah berfirman: Diamlah kamu dengan kehinaan di dalam neraka, dan janganlah kamu berkata-kata memohon sesuatupun kepada-Ku!



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 109

إِنَّهُ كَانَ فَرِيقٌ مِنْ عِبَادِي يَقُولُونَ رَبَّنَا ءامَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّحِمِينَ

 

Translation

Sesungguhnya ada sepuak dari hamba-hamba-Ku memohon kepada-Ku dengan berkata: Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi Rahmat.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 110

فَاتَّخَذْتُمُوهُمْ سِخْرِيًّا حَتَّى أَنسَوْكُمْ ذِكْرِي وَكُنتُمْ مِنْهُمْ تَضْحَكُونَ

 

Translation

Maka kamu jadikan mereka ejek-ejekan sehingga menyebabkan kamu lupa mengingati balasan-Ku, dan kamu pula sentiasa tertawakan mereka.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 111

إِنِّي جَزَيْتُهُمْ الْيَوْمَ بِمَا صَبَرُوا أَنَّهُمْ هُمْ الْفَائِزُونَ

 

Translation

Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang yang berjaya.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 112

قَالَ كَمْ لَبِثْتُمْ فِي الْأَرْضِ عَدَدَ سِنِينَ

 

Translation

Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 113

قَالُوا لَبِثْنَا يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ فَسْءلْ الْعَادِّينَ

 

Translation

Mereka menjawab: Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada yang menjaga urusan menghitung (umur).



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 114

قَالَ إِنْ لَبِثْتُمْ إِلَّا قَلِيلًا لَوْ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

 

Translation

Allah berfirman: Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 115

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ

 

Translation

Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu sia-sia sahaja? Dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 116

فَتَعَلَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

 

Translation

Maka Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 117

وَمَنْ يَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا ءاخَرَ لَا بُرْهَنَ لَهُ بِهِ فَإِنَّمَا حِسَابُهُ عِنْدَ رَبِّهِ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الْكَفِرُونَ

 

Translation

Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang yang kafir tidak akan berjaya.



Surah Al Mu'minuun

 

Ayat 118

وَقُلْ رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّحِمِينَ

 

Translation

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat.