Surah Al Maa'uun

 

Ayat 1

أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ

 

Translation

Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?



Surah Al Maa'uun

 

Ayat 2

فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ

 

Translation

Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim.



Surah Al Maa'uun

 

Ayat 3

وَلَا يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ

 

Translation

Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.



Surah Al Maa'uun

 

Ayat 4

فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ

 

Translation

Maka kecelakaan besar bagi orang yang Sembahyang.



Surah Al Maa'uun

 

Ayat 5

الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ

 

Translation

(Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya.



Surah Al Maa'uun

 

Ayat 6

الَّذِينَ هُمْ يُرَاؤُونَ

 

Translation

(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (dalam ibadat dan bawaannya).



Surah Al Maa'uun

 

Ayat 7

وَيَمْنَعُونَ الْمَاعُونَ

 

Translation

Dan orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).