HOME  Surah Al Jinn

 

Ayat 1

قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِّنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا

 

Translation

Katakanlah: Telah diwahikan kepadaku, bahawasanya sekumpulan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!



Surah Al Jinn

 

Ayat 2

يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ فَآمَنَّا بِهِ وَلَن نُّشْرِكَ بِرَبِّنَا أَحَدًا

 

Translation

Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak akan mempersekutukan sesuatupun dengan Tuhan kami.



Surah Al Jinn

 

Ayat 3

وَأَنَّهُ تَعَالَى جَدُّ رَبِّنَا مَا اتَّخَذَ صَاحِبَةً وَلَا وَلَدًا

 

Translation

Dan bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kami daripada beristeri atau beranak.



Surah Al Jinn

 

Ayat 4

وَأَنَّهُ كَانَ يَقُولُ سَفِيهُنَا عَلَى اللَّهِ شَطَطًا

 

Translation

Dan bahawa sesungguhnya orang yang bodoh dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran.



Surah Al Jinn

 

Ayat 5

وَأَنَّا ظَنَنَّا أَن لَّن تَقُولَ الْإِنسُ وَالْجِنُّ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا

 

Translation

Dan sesungguhnya kita menyangka bahawa manusia dan jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah.



Surah Al Jinn

 

Ayat 6

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِّنَ الْإِنسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِّنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا

 

Translation

Dan sesungguhnya beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.



Surah Al Jinn

 

Ayat 7

وَأَنَّهُمْ ظَنُّوا كَمَا ظَنَنتُمْ أَن لَّن يَبْعَثَ اللَّهُ أَحَدًا

 

Translation

Dan sesungguhnya mereka menyangka sebagaimana yang kamu sangka, bahawa Allah tidak mengutuskan seorang Rasul pun.



Surah Al Jinn

 

Ayat 8

وَأَنَّا لَمَسْنَا السَّمَاء فَوَجَدْنَاهَا مُلِئَتْ حَرَسًا شَدِيدًا وَشُهُبًا

 

Translation

Dan bahawasanya kami telah mencari berita langit, lalu kami dapati ia penuh dengan pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan api yang menyala.



Surah Al Jinn

 

Ayat 9

وَأَنَّا كُنَّا نَقْعُدُ مِنْهَا مَقَاعِدَ لِلسَّمْعِ فَمَن يَسْتَمِعِ الْآنَ يَجِدْ لَهُ شِهَابًا رَّصَدًا

 

Translation

Padahal sesungguhnya kami dahulu menduduki tempat-tempat di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya.



Surah Al Jinn

 

Ayat 10

وَأَنَّا لَا نَدْرِي أَشَرٌّ أُرِيدَ بِمَن فِي الْأَرْضِ أَمْ أَرَادَ بِهِمْ رَبُّهُمْ رَشَدًا

 

Translation

Dan bahawasanya kami tidak tahu apakah keburukan yang dihendaki kepada penduduk bumi, atau Tuhan hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka?



Surah Al Jinn

 

Ayat 11

وَأَنَّا مِنَّا الصَّالِحُونَ وَمِنَّا دُونَ ذَلِكَ كُنَّا طَرَائِقَ قِدَدًا

 

Translation

Dan sesungguhnya sebahagian dari kami orang yang baik, dan sebahagian yang lain tidak sedemikian; masing-masing menurut jalan yang berlainan.



Surah Al Jinn

 

Ayat 12

وَأَنَّا ظَنَنَّا أَن لَّن نُّعجِزَ اللَّهَ فِي الْأَرْضِ وَلَن نُّعْجِزَهُ هَرَبًا

 

Translation

Dan bahawasanya kita mengetahui, bahawa kita tidak dapat melepaskan diri dari balasan Allah di bumi, dan tidak dapat melarikan diri dari balasan-Nya.



Surah Al Jinn

 

Ayat 13

وَأَنَّا لَمَّا سَمِعْنَا الْهُدَى آمَنَّا بِهِ فَمَن يُؤْمِن بِرَبِّهِ فَلَا يَخَافُ بَخْسًا وَلَا رَهَقًا

 

Translation

Dan bahawasanya kami, tatkala mendengar petunjuk (Al-Quran), kami beriman kepadanya; kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah ia merasa bimbang menanggung kerugian dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan.



Surah Al Jinn

 

Ayat 14

وَأَنَّا مِنَّا الْمُسْلِمُونَ وَمِنَّا الْقَاسِطُونَ فَمَنْ أَسْلَمَ فَأُوْلَئِكَ تَحَرَّوْا رَشَدًا

 

Translation

Dan sesungguhnya sebahagian daripada kita adalah Islam, dan ada yang menyeleweng dari kebenaran; maka sesiapa yang menurut Islam, maka merekalah golongan yang telah mencari dan menurut jalan yang benar,



Surah Al Jinn

 

Ayat 15

وَأَمَّا الْقَاسِطُونَ فَكَانُوا لِجَهَنَّمَ حَطَبًا

 

Translation

Adapun orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi Neraka Jahanam.



Surah Al Jinn

 

Ayat 16

وَأَلَّوِ اسْتَقَامُوا عَلَى الطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَاهُم مَّاء غَدَقًا

 

Translation

Dan bahawa kalaulah mereka itu berjalan di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami akan memberi minum mereka dengan air yang melimpah.



Surah Al Jinn

 

Ayat 17

لِنَفْتِنَهُمْ فِيهِ وَمَن يُعْرِضْ عَن ذِكْرِ رَبِّهِ يَسْلُكْهُ عَذَابًا صَعَدًا

 

Translation

Untuk Kami menguji mereka padanya; dan sesiapa yang berpaling dari mengingati Tuhannya, maka Ia akan memasukkannya ke dalam azab yang berat.



Surah Al Jinn

 

Ayat 18

وَأَنَّ الْمَسَاجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدْعُوا مَعَ اللَّهِ أَحَدًا

 

Translation

Dan sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapa pun bersama-sama Allah.



Surah Al Jinn

 

Ayat 19

وَأَنَّهُ لَمَّا قَامَ عَبْدُ اللَّهِ يَدْعُوهُ كَادُوا يَكُونُونَ عَلَيْهِ لِبَدًا

 

Translation

Dan sesungguhnya tatkala hamba Allah berdiri untuk beribadat kepada-Nya, mereka (jin-jin) hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya.



Surah Al Jinn

 

Ayat 20

قُلْ إِنَّمَا أَدْعُو رَبِّي وَلَا أُشْرِكُ بِهِ أَحَدًا

 

Translation

Katakanlah: Sesungguhnya aku hanyalah beribadat kepada Tuhanku semata-mata, dan aku tidak mempersekutukan-Nya dengan sesiapa pun.



Surah Al Jinn

 

Ayat 21

قُلْ إِنِّي لَا أَمْلِكُ لَكُمْ ضَرًّا وَلَا رَشَدًا

 

Translation

Katakanlah lagi: Sesunguhnya aku tidak berkuasa mendatangkan mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan kebaikan bagi kamu.



Surah Al Jinn

 

Ayat 22

قُلْ إِنِّي لَن يُجِيرَنِي مِنَ اللَّهِ أَحَدٌ وَلَنْ أَجِدَ مِن دُونِهِ مُلْتَحَدًا

 

Translation

Katakan lagi; Sesungguhnya aku tidak dapat dilindungi oleh sesiapapun dari (azab) Allah, dan aku tidak mendapat tempat berlindung selain dari-Nya.



Surah Al Jinn

 

Ayat 23

إِلَّا بَلَاغًا مِّنَ اللَّهِ وَرِسَالَاتِهِ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَإِنَّ لَهُ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا

 

Translation

Kecuali aku hanya menyampaikan (wahi) dari Allah dan perintah-perintah-Nya; maka sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya disediakan baginya Neraka Jahannam; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.



Surah Al Jinn

 

Ayat 24

حَتَّى إِذَا رَأَوْا مَا يُوعَدُونَ فَسَيَعْلَمُونَ مَنْ أَضْعَفُ نَاصِرًا وَأَقَلُّ عَدَدًا

 

Translation

Sehingga apabila mereka melihat (azab) yang dijanjikan kepada mereka, maka mereka akan mengetahui siapakah yang lebih lemah penolong-penolongnya, dan sedikit jumlah bilangannya.



Surah Al Jinn

 

Ayat 25

قُلْ إِنْ أَدْرِي أَقَرِيبٌ مَّا تُوعَدُونَ أَمْ يَجْعَلُ لَهُ رَبِّي أَمَدًا

 

Translation

Katakanlah: Aku tidak mengetahui adakah dekat (azab) yang dijanjikan kepada kamu, atau Tuhanku menentukan baginya satu tempoh yang lanjut.



Surah Al Jinn

 

Ayat 26

عَالِمُ الْغَيْبِ فَلَا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا

 

Translation

Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapa pun.



Surah Al Jinn

 

Ayat 27

إِلَّا مَنِ ارْتَضَى مِن رَّسُولٍ فَإِنَّهُ يَسْلُكُ مِن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ رَصَدًا

 

Translation

Melainkan kepada sesiapa yang di redhai-Nya dari Rasul-Nya maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang mereka malaikat yang menjaganya.



Surah Al Jinn

 

Ayat 28

لِيَعْلَمَ أَن قَدْ أَبْلَغُوا رِسَالَاتِ رَبِّهِمْ وَأَحَاطَ بِمَا لَدَيْهِمْ وَأَحْصَى كُلَّ شَيْءٍ عَدَدًا

 

Translation

Supaya Ia mengetahui bahawa Rasul-rasul itu telah menyampaikan perutusan Tuhan mereka; padahal Ia mengetahui segala keadaan yang ada pada mereka, serta Ia menghitung tiap-tiap sesuatu: satu persatu.