Surah Al Jaathiyah

 

Ayat 1

حم

 

Translation

Haa, Miim.



Surah Al Jaathiyah

 

Ayat 2

تَنزِيلُ الْكِتَابِ مِنَ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ

 

Translation

Turunnya Al-Qur'an ini, dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.



Surah Al Jaathiyah

 

Ayat 3

إِنَّ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِّلْمُؤْمِنِينَ

 

Translation

Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda kekuasaan-Nya bagi orang yang beriman.



Surah Al Jaathiyah

 

Ayat 4

وَفِي خَلْقِكُمْ وَمَا يَبُثُّ مِن دَابَّةٍ آيَاتٌ لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ

 

Translation

Dan pada kejadian diri kamu, serta segala binatang yang dibiakkan-Nya, terdapat juga tanda-tanda kekuasaan-Nya bagi orang yang meyakininya.



Surah Al Jaathiyah

 

Ayat 5

وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمَا أَنزَلَ اللَّهُ مِنَ السَّمَاء مِن رِّزْقٍ فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ آيَاتٌ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

 

Translation

Dan pertukaran malam dan siang silih berganti, dan rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta peredaran angin, semuanya mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran.



Surah Al Jaathiyah

 

Ayat 6

تِلْكَ آيَاتُ اللَّهِ نَتْلُوهَا عَلَيْكَ بِالْحَقِّ فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَ اللَّهِ وَآيَاتِهِ يُؤْمِنُونَ

 

Translation

Itulah ayat-ayat penerangan Allah yang Kami bacakan kepadamu kerana menegakkan kebenaran; maka dengan perkataan yang manakah lagi mereka hendak beriman, sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaan-Nya?



Surah Al Jaathiyah

 

Ayat 7

وَيْلٌ لِّكُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍ

 

Translation

Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa.



Surah Al Jaathiyah

 

Ayat 8

يَسْمَعُ آيَاتِ اللَّهِ تُتْلَى عَلَيْهِ ثُمَّ يُصِرُّ مُسْتَكْبِرًا كَأَن لَّمْ يَسْمَعْهَا فَبَشِّرْهُ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ

 

Translation

Yang mendengar ayat-ayat Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong, seolah-olah ia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang pedih.



Surah Al Jaathiyah

 

Ayat 9

وَإِذَا عَلِمَ مِنْ آيَاتِنَا شَيْئًا اتَّخَذَهَا هُزُوًا أُوْلَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُّهِينٌ

 

Translation

Dan apabila sampai kepengetahuannya sesuatu dari ayat-ayat penerangan Kami, ia menjadikannya ejek-ejekan; bagi mereka itulah azab yang menghina.



Surah Al Jaathiyah

 

Ayat 10

مِن وَرَائِهِمْ جَهَنَّمُ وَلَا يُغْنِي عَنْهُم مَّا كَسَبُوا شَيْئًا وَلَا مَا اتَّخَذُوا مِن دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاء وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

 

Translation

Dihadapan mereka ada Neraka Jahanam, dan apa jua yang mereka usahakan, tidak dapat menyelamatkan mereka sedikit pun; demikian juga yang mereka sembah selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan; dan mereka akan beroleh azab seksa yang besar.



Surah Al Jaathiyah

 

Ayat 11

هَذَا هُدًى وَالَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ لَهُمْ عَذَابٌ مَّن رِّجْزٍ أَلِيمٌ

 

Translation

Al-Qur'an ini ialah petunjuk; dan orang yang kufurkan ayat-ayat Tuhannya, mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya.



Surah Al Jaathiyah

 

Ayat 12

اللَّهُ الَّذِي سخَّرَ لَكُمُ الْبَحْرَ لِتَجْرِيَ الْفُلْكُ فِيهِ بِأَمْرِهِ وَلِتَبْتَغُوا مِن فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

 

Translation

Allah yang memudahkan laut bagi kegunaanmu, supaya kapal belayar padanya dengan perintah-Nya, dan supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurnia-Nya, dan juga supaya kamu bersyukur.



Surah Al Jaathiyah

 

Ayat 13

وَسَخَّرَ لَكُم مَّا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مِّنْهُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لَّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

 

Translation

Dan Ia memudahkan untuk kamu, segala yang ada di langit dan dibumi, sebagai rahmat daripada-Nya; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan-Nya bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti.



Surah Al Jaathiyah

 

Ayat 14

قُل لِّلَّذِينَ آمَنُوا يَغْفِرُوا لِلَّذِينَ لا يَرْجُون أَيَّامَ اللَّهِ لِيَجْزِيَ قَوْمًا بِما كَانُوا يَكْسِبُونَ

 

Translation

Katakanlah kepada orang yang beriman: hendaklah mereka memaafkan orang yang tidak menaruh ingatan kepada hari-hari Allah; kerana Allah akan memberi kepada satu-satu puak balasan terhadap apa yang mereka usahakan.



Surah Al Jaathiyah

 

Ayat 15

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِنَفْسِهِ وَمَنْ أَسَاء فَعَلَيْهَا ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ

 

Translation

Sesiapa yang beramal salih, maka itu untuk dirinya sendiri; dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu.



Surah Al Jaathiyah

 

Ayat 16

وَلَقَدْ آتَيْنَا بَنِي إِسْرَائِيلَ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ وَرَزَقْنَاهُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَى الْعَالَمِينَ

 

Translation

Dan sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Bani Israel Kitab Taurat, dan pangkat kehakiman serta pangkat kenabian; dan Kami telah kurniakan mereka rezeki yang baik-baik, serta Kami lebihkan mereka di atas orang yang ada pada zamannya.



Surah Al Jaathiyah

 

Ayat 17

وَآتَيْنَاهُم بَيِّنَاتٍ مِّنَ الْأَمْرِ فَمَا اخْتَلَفُوا إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءهُمْ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ إِنَّ رَبَّكَ يَقْضِي بَيْنَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ

 

Translation

Dan Kami telah berikan mereka keterangan yang nyata mengenai perkara agama; maka mereka tidak berselisihan kecuali setelah sampai kepada mereka ilmu kerana kedengkian di kalangan mereka. Bahawa Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat apa yang mereka perselisihkan itu.



Surah Al Jaathiyah

 

Ayat 18

ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَى شَرِيعَةٍ مِّنَ الْأَمْرِ فَاتَّبِعْهَا وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاء الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ

 

Translation

Kemudian Kami jadikan kamu menjalankan Syariat dari hukum agama; maka turutlah ia, dan janganlah diturut hawa nafsu orang yang tidak mengetahui.



Surah Al Jaathiyah

 

Ayat 19

إِنَّهُمْ لَن يُغْنُوا عَنكَ مِنَ اللَّهِ شَيئًا وإِنَّ الظَّالِمِينَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ وَاللَّهُ وَلِيُّ الْمُتَّقِينَ

 

Translation

Sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkanmu sedikit pun dari azab Allah; dan sesungguhnya orang yang zalim itu setengahnya menjadi penolong setengah yang lain; dan Allah menjadi penolong dan pelindung bagi orang yang bertakwa.



Surah Al Jaathiyah

 

Ayat 20

هَذَا بَصَائِرُ لِلنَّاسِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّقَوْمِ يُوقِنُونَ

 

Translation

Al-Qur'an ini menjadi panduan yang membuka matahati manusia, dan menjadi petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini.



Surah Al Jaathiyah

 

Ayat 21

أًمْ حَسِبَ الَّذِينَ اجْتَرَحُوا السَّيِّئَاتِ أّن نَّجْعَلَهُمْ كَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَوَاء مَّحْيَاهُم وَمَمَاتُهُمْ سَاء مَا يَحْكُمُونَ

 

Translation

Patutkah orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang yang beriman dan beramal salih, dengan menyamakan keadaan mereka semua semasa mereka hidup dan semasa mereka mati? Buruk sungguh apa yang mereka hukumkan itu.



Surah Al Jaathiyah

 

Ayat 22

وَخَلَقَ اللَّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ وَلِتُجْزَى كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

 

Translation

Dan Allah menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran, dan supaya diberi balasan setiap diri dengan apa yang mereka kerjakan sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikit pun.



Surah Al Jaathiyah

 

Ayat 23

أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَى بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَن يَهْدِيهِ مِن بَعْدِ اللَّهِ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

 

Translation

Adakah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan ia disesatkan oleh Allah kerana diketahuinya, dan dimeteraikan atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi petunjuk kepadanya sesudah Allah? Oleh itu, mengapa kamu tidak mahu beringat dan insaf?



Surah Al Jaathiyah

 

Ayat 24

وَقَالُوا مَا هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا نَمُوتُ وَنَحْيَا وَمَا يُهْلِكُنَا إِلَّا الدَّهْرُ وَمَا لَهُم بِذَلِكَ مِنْ عِلْمٍ إِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ

 

Translation

Dan mereka berkata: Tiadalah hidup selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup; dan tiadalah yang membinasakan kita kecuali masa. Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata.



Surah Al Jaathiyah

 

Ayat 25

وَإِذَا تُتْلَى عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا بَيِّنَاتٍ مَّا كَانَ حُجَّتَهُمْ إِلَّا أَن قَالُوا ائْتُوا بِآبَائِنَا إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

 

Translation

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang nyata, tidaklah ada hujah mereka selain berkata: Bawakanlah datuk nenek kami kalau betul kamu orang yang benar!



Surah Al Jaathiyah

 

Ayat 26

قُلِ اللَّهُ يُحْيِيكُمْ ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يَجْمَعُكُمْ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَا رَيبَ فِيهِ وَلَكِنَّ أَكَثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

 

Translation

Katakanlah: Allah yang menghidupkan kamu, kemudian Ia akan mematikan kamu, setelah itu Ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui ketetapan itu.



Surah Al Jaathiyah

 

Ayat 27

وَلَلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرضِ وَيَومَ تَقُومُ السَّاعَةُ يَوْمَئِذٍ يَخْسَرُ الْمُبْطِلُونَ

 

Translation

Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi; dan ketika berlakunya hari kiamat, akan rugilah orang yang berpegang kepada perkara yang salah.



Surah Al Jaathiyah

 

Ayat 28

وَتَرَى كُلَّ أُمَّةٍ جَاثِيَةً كُلُّ أُمَّةٍ تُدْعَى إِلَى كِتَابِهَا الْيَوْمَ تُجْزَوْنَ مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

 

Translation

Dan kamu akan melihat setiap umat berlutut; setiap umat diseru menerima kitab suratan amalannya. Pada hari ini kamu akan dibalas menurut apa yang kamu telah kerjakan!



Surah Al Jaathiyah

 

Ayat 29

هَذَا كِتَابُنَا يَنطِقُ عَلَيْكُم بِالْحَقِّ إِنَّا كُنَّا نَسْتَنسِخُ مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

 

Translation

Inilah catatan Kami, ia memberi keterangan terhadap kamu dengan yang benar, kerana sesungguhnya Kami telah menulis segala yang kamu lakukan.



Surah Al Jaathiyah

 

Ayat 30

فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَيُدْخِلُهُمْ رَبُّهُمْ فِي رَحْمَتِهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْمُبِينُ

 

Translation

Adapun orang yang beriman dan beramal salih, maka Tuhan mereka akan masukkan mereka ke dalam rahmat-Nya; demikian itulah kemenangan yang nyata.



Surah Al Jaathiyah

 

Ayat 31

وَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا أَفَلَمْ تَكُنْ آيَاتِي تُتْلَى عَلَيْكُمْ فَاسْتَكْبَرْتُمْ وَكُنتُمْ قَوْمًا مُّجْرِمِينَ

 

Translation

Adapun orang kafir dikatakan kepada mereka: Bukankah ayat-ayatku telah disampaikan dan dibacakan kepada kamu, lalu kamu berlaku sombong, serta menjadi kaum yang sentiasa melakukan kesalahan.



Surah Al Jaathiyah

 

Ayat 32

وَإِذَا قِيلَ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَالسَّاعَةُ لَا رَيْبَ فِيهَا قُلْتُم مَّا نَدْرِي مَا السَّاعَةُ إِن نَّظُنُّ إِلَّا ظَنًّا وَمَا نَحْنُ بِمُسْتَيْقِنِينَ

 

Translation

Dan apabila dikatakan: Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, dan hari kiamat tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya kamu berkata: Kami tidak mengetahui apa dia hari kiamat itu; kami hanya mengira kemungkinannya sebagai sangkaan jua, dan kami tidak meyakininya.



Surah Al Jaathiyah

 

Ayat 33

وَبَدَا لَهُمْ سَيِّئَاتُ مَا عَمِلُوا وَحَاقَ بِهِم مَّا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِؤُون

 

Translation

Dan ternyatalah kepada mereka balasan kejahatan yang mereka telah lakukan, serta mereka diliputi oleh azab yang mereka ejek-ejek itu.



Surah Al Jaathiyah

 

Ayat 34

وَقِيلَ الْيَوْمَ نَنسَاكُمْ كَمَا نَسِيتُمْ لِقَاء يَوْمِكُمْ هَذَا وَمَأْوَاكُمْ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن نَّاصِرِينَ

 

Translation

Dan dikatakan kepada mereka: Pada hari ini Kami tidak hiraukan kamu sebagaimana kamu tidak hiraukan persediaan untuk menemui hari kamu ini; dan tempat kamu ialah neraka; tidak ada bagimu sesiapa pun yang dapat memberikan pertolongan.



Surah Al Jaathiyah

 

Ayat 35

ذَلِكُم بِأَنَّكُمُ اتَّخَذْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ هُزُوًا وَغَرَّتْكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا فَالْيَوْمَ لَا يُخْرَجُونَ مِنْهَا وَلَا هُمْ يُسْتَعْتَبُونَ

 

Translation

Yang demikian ini ialah kerana kamu menjadikan ayat-ayat Allah sebagai ejek-ejekan, dan kerana kamu telah diperdayakan oleh kehidupan dunia. Maka pada hari itu mereka tidak akan dikeluarkan dari Neraka, dan tidak diberi peluang untuk bertaubat.



Surah Al Jaathiyah

 

Ayat 36

فَلِلَّهِ الْحَمْدُ رَبِّ السَّمَاوَاتِ وَرَبِّ الْأَرْضِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

 

Translation

Maka bagi Allah jualah segala pujian, Tuhan yang mentadbirkan langit dan bumi, Tuhan sekalian alam.



Surah Al Jaathiyah

 

Ayat 37

وَلَهُ الْكِبْرِيَاء فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

 

Translation

Dan bagi-Nya keagungan di langit dan di bumi; dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.