Surah Al Israa'

 

Ayat 1

سُبْحَنَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنْ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَا الَّذِي بَرَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ ءايَتِنَا إِنَّه هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

 

Translation

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.



Surah Al Israa'

 

Ayat 2

وَءاتَيْنَا مُوسَى الْكِتَبَ وَجَعَلْنَهُ هُدًى لِبَنِي إِسْرَءيلَ أَلَّا تَتَّخِذُوا مِنْ دُونِي وَكِيلًا

 

Translation

Dan Kami berikan Musa Taurat, dan Kami jadikannya petunjuk bagi Bani Israil dengan firman: Janganlah kamu jadikan selain daripada-Ku sebagai Tuhan.



Surah Al Israa'

 

Ayat 3

ذُرِّيَّةَ مَنْ حَمَلْنَا مَعَ نُوحٍ إِنَّهُ كَانَ عَبْدًا شَكُورًا

 

Translation

Keturunan orang yang telah Kami bawa bersama Nuh di dalam bahtera! Sesungguhnya ia adalah seorang hamba yang bersyukur.



Surah Al Israa'

 

Ayat 4

وَقَضَيْنَا إِلَى بَنِي إسْرءيلَ فِي الْكِتَبِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الْأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوًّا كَبِيرًا

 

Translation

Dan Kami katakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau-lampau.



Surah Al Israa'

 

Ayat 5

فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ أُولَهُمَا بَعَثْنَا عَلَيْكُمْ عِبَادًا لَنَا أُولِي بَأْسٍ شَدِيدٍ فَجَاسُوا خِلَلَ الدِّيَارِ وَكَانَ وَعْدًا مَفْعُولًا

 

Translation

Maka apabila sampai masa janji kali yang pertama dari dua perjanjian itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau; dan itulah satu janji yang tetap berlaku.



Surah Al Israa'

 

Ayat 6

ثُمَّ رَدَدْنَا لَكُمْ الْكَرَّةَ عَلَيْهِمْ وَأَمْدَدْنَكُمْ بِأَمْوَلٍ وَبَنِينَ وَجَعَلْنَكُمْ أَكْثَرَ نَفِيرًا

 

Translation

Kemudian Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepadamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak-pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.



Surah Al Israa'

 

Ayat 7

إِنْ أَحْسَنتُمْ أَحْسَنتُمْ لِأَنفُسِكُمْ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ الْاءخِرَةِ لِيَسُءوا وُجُوهَكُمْ وَلِيَدْخُلُوا الْمَسْجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَلِيُتَبِّرُوا مَا عَلَوْا تَتْبِيرًا

 

Translation

Jika kamu berbuat kebaikan, maka faedahnya adalah untukmu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji kali kedua, Kami datangkan musuh-musuh kamu untuk memuramkan muka kamu; dan untuk memasuki masjid sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.



Surah Al Israa'

 

Ayat 8

عَسَى رَبُّكُمْ أَنْ يَرْحَمَكُمْ وَإِنْ عُدْتُمْ عُدْنَا وَجَعَلْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَفِرِينَ حَصِيرًا

 

Translation

Semoga Tuhanmu merahmatimu; dan jika kamu kembali menderhaka, maka Kami akan menyeksamu; dan Kami jadikan neraka penjara bagi orang kafir.



Surah Al Israa'

 

Ayat 9

إِنَّ هَذَا الْقُرْءانَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّلِحَتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا كَبِيرًا

 

Translation

Sesungguhnya Al-Qur'an ini memberi petunjuk ke jalan yang betul, dan memberi berita gembira kepada orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal salih, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.



Surah Al Israa'

 

Ayat 10

وَأَنَّ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْاءخِرَةِ أَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا

 

Translation

Dan bahawa orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.



Surah Al Israa'

 

Ayat 11

وَيَدْعُ الْإِنسَنُ بِالشَّرِّ دُعَاءَهُ بِالْخَيْرِ وَكَانَ الْإِنسَنُ عَجُولًا

 

Translation

Dan manusia berdoa untuk kejahatan sebagaimana ia berdoa untuk memohon kebaikan, dan sememangnya manusia terburu-buru.



Surah Al Israa'

 

Ayat 12

وَجَعَلْنَا اليْلَ وَالنَّهَارَ ءايَتَيْنِ فَمَحَوْنَا ءايَةَ اليْلِ وَجَعَلْنَا ءايَةَ النَّهَارِ مُبْصِرَةً لِتَبْتَغُوا فَضْلًا مِنْ رَبِّكُمْ وَلِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ وَكُلَّ شَيْءٍ فَصَّلْنَهُ تَفْصِيلًا

 

Translation

Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda, maka Kami hapuskan tanda malam itu, dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mencari rezeki dari kurniaan Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab; dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu, Kami telah menerangkannya dengan sejelas-jelasnya.



Surah Al Israa'

 

Ayat 13

وَكُلَّ إِنسَنٍ أَلْزَمْنَهُ طَئِرَهُ فِى عُنُقِهِ وَنُخْرِجُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَمَةِ كِتَبًا يَلْقَهُ مَنشُورًا

 

Translation

Dan setiap manusia, Kami kalongkan nasibnya dilehernya, dan Kami akan keluarkan kepadanya pada hari Kiamat kelak, kitab suratan amal yang akan didapatinya terbuka untuk ditatap.



Surah Al Israa'

 

Ayat 14

اقْرَأْ كِتَبَكَ كَفَى بِنَفْسِكَ الْيَوْمَ عَلَيْكَ حَسِيبًا

 

Translation

Bacalah Kitab suratan amalmu, cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu tentang segala yang telah engkau lakukan.



Surah Al Israa'

 

Ayat 15

مَنْ اهْتَدَى فَإِنَّمَا يَهْتَدِي لِنَفْسِهِ وَمَنْ ضَلَّ فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولًا

 

Translation

Sesiapa yang beroleh petunjuk, maka sesungguhnya petunjuk itu untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesesatan itu atasnya. Dan seseorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Dan Kami tidak mengazab sebelum Kami utuskan seorang Rasul.



Surah Al Israa'

 

Ayat 16

وَإِذَا أَرَدْنَا أَنْ نُهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَهَا تَدْمِيرًا

 

Translation

Dan apabila Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan orang yang hidup mewah di antara mereka supaya taat, lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan. lalu Kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.



Surah Al Israa'

 

Ayat 17

وَكَمْ أَهْلَكْنَا مِنْ الْقُرُونِ مِنْ بَعْدِ نُوحٍ وَكَفَى بِرَبِّكَ بِذُنُوبِ عِبَادِهِ خَبِيرًا بَصِيرًا

 

Translation

Dan berapa banyak umat yang Kami telah binasakan sesudah Nuh; dan cukuplah Tuhanmu Mengetahui, lagi Melihat akan dosa-dosa hamba-Nya.



Surah Al Israa'

 

Ayat 18

مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْعَاجِلَةَ عَجَّلْنَا لَهُ فِيهَا مَا نَشَاءُ لِمَنْ نُرِيدُ ثُمَّ جَعَلْنَا لَهُ جَهَنَّمَ يَصْلَهَا مَذْمُومًا مَدْحُورًا

 

Translation

Sesiapa yang menghendaki kesenangan hidup dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang dikehendaki bagi sesiapa yang Kami kehendaki; Kemudian Kami sediakan baginya Neraka Jahanam untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.



Surah Al Israa'

 

Ayat 19

وَمَنْ أَرَادَ الْاءخِرَةَ وَسَعَى لَهَا سَعْيَهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُوْلَئِكَ كَانَ سَعْيُهُمْ مَشْكُورًا

 

Translation

Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha baginya sedang ia beriman, maka mereka yang demikian itu, diberi pahala akan amal usahanya.



Surah Al Israa'

 

Ayat 20

كُلًّا نُمِدُّ هَؤُلَاء وَهَؤُلَاءِ مِنْ عَطَاءِ رَبِّكَ وَمَا كَانَ عَطَاءُ رَبِّكَ مَحْظُورًا

 

Translation

Tiap-tiap golongan dari keduanya, Kami hulurkan mereka dari pemberian Tuhanmu; dan tiadalah pemberian Tuhanmu itu tersekat dari sesiapapun.



Surah Al Israa'

 

Ayat 21

انظُرْ كَيْفَ فَضَّلْنَا بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَلَلْاءخِرَةُ أَكْبَرُ دَرَجَتٍ وَأَكْبَرُ تَفْضِيلًا

 

Translation

Lihatlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain, dan bagi akhirat lebih besar darjatnya dan lebih besar kelebihannya.



Surah Al Israa'

 

Ayat 22

لَا تَجْعَلْ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا ءاخَرَ فَتَقْعُدَ مَذْمُومًا مَخْذُولًا

 

Translation

Janganlah engkau adakan tuhan yang lain bersama Allah, kerana akibatnya engkau akan tinggal dalam keadaan tercela dan hina.



Surah Al Israa'

 

Ayat 23

وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَلِدَيْنِ إِحْسَنًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

 

Translation

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.



Surah Al Israa'

 

Ayat 24

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنْ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

 

Translation

Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.



Surah Al Israa'

 

Ayat 25

رَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا فِي نُفُوسِكُمْ إِنْ تَكُونُوا صَلِحِينَ فَإِنَّهُ كَانَ لِلْأَوَّبِينَ غَفُورًا

 

Translation

Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada di hatimu; jika kamu orang yang baik, maka sesungguhnya Ia adalah Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat.



Surah Al Israa'

 

Ayat 26

وَءاتِ ذَا الْقُرْبَى حَقَّهُ وَالْمِسْكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَلَا تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا

 

Translation

Dan berikanlah kepada kerabatmu, orang miskin dan orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah kamu berbelanja dengan sangat boros.



Surah Al Israa'

 

Ayat 27

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَنَ الشَّيَطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَنُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

 

Translation

Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.



Surah Al Israa'

 

Ayat 28

وَإِمَّا تُعْرِضَنَّ عَنْهُمْ ابْتِغَاءَ رَحْمَةٍ مِنْ رَبِّكَ تَرْجُوهَا فَقُلْ لَهُمْ قَوْلًا مَيْسُورًا

 

Translation

Dan jika kamu berpaling dari mereka, kerana mencari rezeki dari Tuhanmu yang kamu harapkan, maka ucapkanlah kepada mereka ucapan yang lembut.



Surah Al Israa'

 

Ayat 29

وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَى عُنُقِكَ وَلَا تَبْسُطْهَا كُلَّ الْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَحْسُورًا

 

Translation

Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurkan dengan sehabis-habisnya, akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela dan menyesal.



Surah Al Israa'

 

Ayat 30

إِنَّ رَبَّكَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ إِنَّهُ كَانَ بِعِبَادِهِ خَبِيرًا بَصِيرًا

 

Translation

Sesungguhnya Tuhanmulah yang meluaskan rezeki bagi siapa yang Ia kehendaki, dan menyempitkannya. Sesungguhnya Ia Maha Mendalam Pengetahuan-Nya, lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.



Surah Al Israa'

 

Ayat 31

وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَدَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَقٍ نَحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ إِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْءا كَبِيرًا

 

Translation

Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.



Surah Al Israa'

 

Ayat 32

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

 

Translation

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.



Surah Al Israa'

 

Ayat 33

وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَمَنْ قُتِلَ مَظْلُومًا فَقَدْ جَعَلْنَا لِوَلِيِّهِ سُلْطَنًا فَلَا يُسْرِفْ فِي الْقَتْلِ إِنَّهُ كَانَ مَنصُورًا

 

Translation

Dan janganlah kamu membunuh seseorang yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisnya berkuasa menuntut balas. Tetapi janganlah ia melampaui batas kerana sesungguhnya ia adalah orang yang mendapat sepenuh-penuh pertolongan.



Surah Al Israa'

 

Ayat 34

وَلَا تَقْرَبُوا مَالَ الْيَتِيمِ إِلَّا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ حَتَّى يَبْلُغَ أَشُدَّهُ وَأَوْفُوا بِالْعَهْدِ إِنَّ الْعَهْدَ كَانَ مَسْءولًا

 

Translation

Dan janganlah kamu menghampiri anak yatim melainkan secara yang baik, sehingga ia baligh; dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu akan ditanya.



Surah Al Israa'

 

Ayat 35

وَأَوْفُوا الْكَيْلَ إِذَا كِلْتُمْ وَزِنُوا بِالْقِسْطَاسِ الْمُسْتَقِيمِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

 

Translation

Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Itulah yang baik dan sebaik-baik kesudahan.



Surah Al Israa'

 

Ayat 36

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْءولًا

 

Translation

Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan.



Surah Al Israa'

 

Ayat 37

وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا إِنَّكَ لَنْ تَخْرِقَ الْأَرْضَ وَلَنْ تَبْلُغَ الْجِبَالَ طُولًا

 

Translation

Jangan kamu berjalan di bumi ini dengan sombong, sesungguhnya kamu tidak akan dapat menembusi bumi, dan tidak akan sampai setinggi gunung.



Surah Al Israa'

 

Ayat 38

كُلُّ ذَلِكَ كَانَ سَيِّئُهُ عِنْدَ رَبِّكَ مَكْرُوهًا

 

Translation

Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu.



Surah Al Israa'

 

Ayat 39

ذَلِكَ مِمَّا أَوْحَى إِلَيْكَ رَبُّكَ مِنْ الْحِكْمَةِ وَلَا تَجْعَلْ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا ءاخَرَ فَتُلْقَى فِي جَهَنَّمَ مَلُومًا مَدْحُورًا

 

Translation

Perintah yang demikian itu adalah sebahagian dari hikmat yang telah diwahikan kepadamu oleh Tuhanmu. Dan janganlah engkau jadikan bersama Allah sesuatu yang lain yang disembah, akibatnya engkau akan dicampak ke dalam Neraka Jahanam dengan keadaan tercela dan tersingkir.



Surah Al Israa'

 

Ayat 40

أَفَأَصْفَكُمْ رَبُّكُمْ بِالْبَنِينَ وَاتَّخَذَ مِنْ الْمَلَئِكَةِ إِنَثًا إِنَّكُمْ لَتَقُولُونَ قَوْلًا عَظِيمًا

 

Translation

Adakah Tuhanmu memilih anak lelaki untukmu dan untuk-Nya anak perempuan dikalangan malaikat? Sesungguhnya kamu berkata dusta yang amat besar.



Surah Al Israa'

 

Ayat 41

وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَذَا الْقُرْءانِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا

 

Translation

Sesungguhnya Kami mengulang-ulangi peringatan dalam Al-Qur'an agar mereka selalu beringat; tetapi itu tidak menambahkan mereka kecuali mereka lari.



Surah Al Israa'

 

Ayat 42

قُلْ لَوْ كَانَ مَعَهُ ءالِهَةٌ كَمَا يَقُولُونَ إِذًا لَابْتَغَوْا إِلَى ذِي الْعَرْشِ سَبِيلًا

 

Translation

Katakanlah: Kalaulah ada tuhan lain bersama Allah, sebagaimana yang mereka katakan, tentulah ia akan mencari jalan kepada Allah yang mempunyai Arasy.



Surah Al Israa'

 

Ayat 43

سُبْحَنَهُ وَتَعَلَى عَمَّا يَقُولُونَ عُلُوًّا كَبِيرًا

 

Translation

Maha Suci Allah dan tertinggilah Ia setinggi-tingginya, jauh dari apa yang mereka katakan itu.



Surah Al Israa'

 

Ayat 44

تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَوَتُ السَّبْعُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَكِنْ لَا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا

 

Translation

Bertasbihlah langit yang tujuh dan bumi serta sekalian yang ada di dalamnya; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih memuji-Nya; akan tetapi kamu tidak memahami tasbih mereka. Sesungguhnya Allah Maha Penyabar, lagi Pengampun.



Surah Al Israa'

 

Ayat 45

وَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْءانَ جَعَلْنَا بَيْنَكَ وَبَيْنَ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْاءخِرَةِ حِجَابًا مَسْتُورًا

 

Translation

Dan apabila kamu membaca Al-Qur'an, Kami jadikan antaramu dan orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu, suatu dinding yang tertutup.



Surah Al Israa'

 

Ayat 46

وَجَعَلْنَا عَلَى قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً أَنْ يَفْقَهُوهُ وَفِي ءاذَانِهِمْ وَقْرًاوَإِذَا ذَكَرْتَ رَبَّكَ فِي الْقُرْءانِ وَحْدَهُ وَلَّوْا عَلَى أَدْبَرِهِمْ نُفُورًا

 

Translation

Dan Kami jadikan tutupan atas hati mereka, juga sebagai penyumbat telinga mereka yang menghalang mereka dari memahami Al-Qur'an; dan apabila kamu menyebut nama Tuhanmu di dalam Al-Qur'an, mereka berpaling undur melarikan diri.



Surah Al Israa'

 

Ayat 47

نَحْنُ أَعْلَمُ بِمَا يَسْتَمِعُونَ بِهِ إِذْ يَسْتَمِعُونَ إِلَيْكَ وَإِذْ هُمْ نَجْوَى إِذْ يَقُولُ الظَّلِمُونَ إِنْ تَتَّبِعُونَ إِلَّا رَجُلًا مَسْحُورًا

 

Translation

Kami lebih mengetahui akan tujuan mereka mendengar Al-Qur'an semasa mereka mendengar bacaanmu, dan semasa mereka berbisik-bisik, iaitu ketika orang yang zalim itu berkata: Kamu tidak menurut melainkan seorang yang kena sihir.



Surah Al Israa'

 

Ayat 48

انظُرْ كَيْفَ ضَرَبُوا لَكَ الْأَمْثَالَ فَضَلُّوا فَلَا يَسْتَطِيعُونَ سَبِيلًا

 

Translation

Lihatlah bagaimana mereka membuat perbandingan terhadapmu, maka dengan sebab itu mereka sesat, dan tidak dapat mencari jalan kebenaran.



Surah Al Israa'

 

Ayat 49

وَقَالُوا أءذَا كُنَّا عِظَمًا وَرُفَتًا أءنَّا لَمَبْعُوثُونَ خَلْقًا جَدِيدًا

 

Translation

Dan mereka berkata: Adakah sesudah kita menjadi tulang dan benda yang reput, adakah kita akan dibangkitkan semula dengan kejadian yang baru?



Surah Al Israa'

 

Ayat 50

قُلْ كُونُوا حِجَارَةً أَوْ حَدِيدًا

 

Translation

Katakanlah: Jadilah kamu batu atau besi.



Surah Al Israa'

 

Ayat 51

أَوْ خَلْقًا مِمَّا يَكْبُرُ فِي صُدُورِكُمْ فَسَيَقُولُونَ مَنْ يُعِيدُنَا قُلْ الَّذِي فَطَرَكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ فَسَيُنْغِضُونَ إِلَيْكَ رُءُوسَهُمْ وَيَقُولُونَ مَتَى هُوَ قُلْ عَسَى أَنْ يَكُونَ قَرِيبًا

 

Translation

Atau suatu makhluk yang besar menurut hati kamu, maka mereka akan bertanya: Siapakah yang akan mengembalikan kita? Katakan: Yang mencipta kamu pertama kalinya. Lalu mereka menggelengkan kepala kepadamu dan bertanya secara mengejek: Bila berlakunya? Katakanlah: Akan berlaku tidak lama lagi!



Surah Al Israa'

 

Ayat 52

يَوْمَ يَدْعُوكُمْ فَتَسْتَجِيبُونَ بِحَمْدِهِ وَتَظُنُّونَ إِنْ لَبِثْتُمْ إِلَّا قَلِيلًا

 

Translation

Hari Ia menyerumu lalu kamu menyahut sambil memuji-Nya, dan kamu menyangka, bahawa kamu tinggal dalam kubur hanya sebentar.



Surah Al Israa'

 

Ayat 53

وَقُلْ لِعِبَادِي يَقُولُوا الَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ الشَّيْطَنَ يَنزَغُ بَيْنَهُمْ إِنَّ الشَّيْطَنَ كَانَ لِلْإِنسَنِ عَدُوًّا مُبِينًا

 

Translation

Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku, supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik; sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka; sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.



Surah Al Israa'

 

Ayat 54

رَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِكُمْ إِنْ يَشَأْ يَرْحَمْكُمْ أَوْ إِنْ يَشَأْ يُعَذِّبْكُمْ وَمَا أَرْسَلْنَكَ عَلَيْهِمْ وَكِيلًا

 

Translation

Tuhan kamu lebih mengetahui akan keadaanmu; jika Ia kehendaki, Ia akan memberi rahmat kepada kamu; atau jika Ia kehendaki, Ia akan menyeksa kamu. Dan Kami tidak mengutusmu kepada mereka sebagai wakil yang menguasai urusan mereka.



Surah Al Israa'

 

Ayat 55

وَرَبُّكَ أَعْلَمُ بِمَنْ فِي السَّمَوَتِ وَالْأَرْضِ وَلَقَدْ فَضَّلْنَا بَعْضَ النَّبِيِّينَ عَلَى بَعْضٍ وَءاتَيْنَا دَاوُدَ زَبُورًا

 

Translation

Dan Tuhanmu lebih mengetahui akan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi; dan sesungguhnya Kami telah melebihkan setengah Nabi-nabi atas setengahnya yang lain; dan Kami telah memberikan Kitab Zabur kepada Nabi Daud.



Surah Al Israa'

 

Ayat 56

قُلْ ادْعُوا الَّذِينَ زَعَمْتُمْ مِنْ دُونِهِ فَلَا يَمْلِكُونَ كَشْفَ الضُّرِّ عَنكُمْ وَلَا تَحْوِيلًا

 

Translation

Katakan: Serulah mereka yang kamu dakwa Tuhan selain-Nya, maka mereka tiada kuasa menghapuskan bahaya darimu dan tidak dapat memindahkannya.



Surah Al Israa'

 

Ayat 57

أُوْلَئِكَ الَّذِينَ يَدْعُونَ يَبْتَغُونَ إِلَى رَبِّهِمْ الْوَسِيلَةَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ وَيَرْجُونَ رَحْمَتَهُ وَيَخَافُونَ عَذَابَهُ إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ كَانَ مَحْذُورًا

 

Translation

Orang yang mereka seru itu, masing-masing mencari jalan kepada Tuhannya, siapakah yang lebih dekat serta mereka mengharapkan rahmat-Nya dan gerun takut akan azab-Nya; sesungguhnya azab Tuhanmu itu, adalah ditakuti.



Surah Al Israa'

 

Ayat 58

وَإِنْ مِنْ قَرْيَةٍ إِلَّا نَحْنُ مُهْلِكُوهَا قَبْلَ يَوْمِ الْقِيَمَةِ أَوْ مُعَذِّبُوهَا عَذَابًا شَدِيدًا كَانَ ذَلِكَ فِي الْكِتَبِ مَسْطُورًا

 

Translation

Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari Kiamat, atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab Lauh Mahfuz.



Surah Al Israa'

 

Ayat 59

وَمَا مَنَعَنَا أَنْ نُرْسِلَ بِالْاءيَتِ إِلَّا أَنْ كَذَّبَ بِهَا الْأَوَّلُونَ وَءاتَيْنَا ثَمُودَ النَّاقَةَ مُبْصِرَةً فَظَلَمُوا بِهَا وَمَا نُرْسِلُ بِالْاءيَتِ إِلَّا تَخْوِيفًا

 

Translation

Dan tiada yang menghalang Kami dari menghantar turun mukjizat yang mereka minta itu melainkan telah didustakan oleh kaum-kaum yang telah lalu; dan Kami telah berikan kepada kaum Thamud unta betina sebagai mukjizat yang nyata, lalu mereka berlaku zalim kepadanya; dan biasanya Kami tidak menurunkan tanda-tanda itu melainkan untuk menjadi amaran.



Surah Al Israa'

 

Ayat 60

وَإِذْ قُلْنَا لَكَ إِنَّ رَبَّكَ أَحَاطَ بِالنَّاسِ وَمَا جَعَلْنَا الرُّءيَا الَّتِي أَرَيْنَكَ إِلَّا فِتْنَةً لِلنَّاسِ وَالشَّجَرَةَ الْمَلْعُونَةَ فِي الْقُرْءانِ وَنُخَوِّفُهُمْ فَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا طُغْيَنًا كَبِيرًا

 

Translation

Dan ketika Kami wahikan kepadamu, bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia; dan tiadalah Kami jadikan mimpi yang telah Kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai ujian bagi manusia; dan pokok yang dilaknat di dalam Al-Qur'an; dan Kami hendak menakuti mereka; tetapi semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau-lampau.



Surah Al Israa'

 

Ayat 61

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَئِكَةِ اسْجُدُوا لِاءدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ قَالَ ءأَسْجُدُ لِمَنْ خَلَقْتَ طِينًا

 

Translation

Dan ketika Kami berfirman kepada Malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujud melainkan iblis; ia berkata: Patutkah aku sujud kepada makhluk yang Engkau jadikan dari tanah yang diadun?



Surah Al Israa'

 

Ayat 62

قَالَ أَرَءيْتَكَ هَذَا الَّذِي كَرَّمْتَ عَلَيَّ لَئِنْ أَخَّرْتَن إِلَى يَوْمِ الْقِيَمَةِ لَأَحْتَنِكَنَّ ذُرِّيَّتَهُ إِلَّا قَلِيلًا

 

Translation

Ia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika engkau beri tempoh kepadaku kepadaku hingga hari Kiamat, tentulah aku akan menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit.



Surah Al Israa'

 

Ayat 63

قَالَ اذْهَبْ فَمَنْ تَبِعَكَ مِنْهُمْ فَإِنَّ جَهَنَّمَ جَزَاؤُكُمْ جَزَاءً مَوْفُورًا

 

Translation

Allah berfirman: Pergilah! Maka siapa menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah balasanmu, sebagai balasan yang cukup.



Surah Al Israa'

 

Ayat 64

وَاسْتَفْزِزْ مَنْ اسْتَطَعْتَ مِنْهُمْ بِصَوْتِكَ وَأَجْلِبْ عَلَيْهِمْ بِخَيْلِكَ وَرَجِلِكَ وَشَارِكْهُمْ فِي الْأَمْوَلِ وَالْأَولَدِ وَعِدْهُمْ وَمَا يَعِدُهُمْ الشَّيْطَنُ إِلَّا غُرُورًا

 

Translation

Dan pujuklah sesiapa yang kamu dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah pengikutmu yang berkuda serta yang berjalan kaki; dan campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta dan anak-anak mereka; dan janjikanlah mereka. Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.



Surah Al Israa'

 

Ayat 65

إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَنٌ وَكَفَى بِرَبِّكَ وَكِيلًا

 

Translation

Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, tiadalah engkau mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka; cukuplah Tuhanmu menjadi Pelindung.



Surah Al Israa'

 

Ayat 66

رَبُّكُمْ الَّذِي يُزْجِي لَكُمْ الْفُلْكَ فِي الْبَحْرِ لِتَبْتَغُوا مِنْ فَضْلِهِ إِنَّهُ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا

 

Translation

Tuhanmulah yang menjalankan untukmu kapal-kapal di laut, supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurnia-Nya, sesungguhnya Ia adalah Maha Mengasihani kepada kamu.



Surah Al Israa'

 

Ayat 67

وَإِذَا مَسَّكُمْ الضُّرُّ فِي الْبَحْرِ ضَلَّ مَنْ تَدْعُونَ إِلَّا إِيَّاهُ فَلَمَّا نَجَّكُمْ إِلَى الْبَرِّ أَعْرَضْتُمْ وَكَانَ الْإِنْسَنُ كَفُورًا

 

Translation

Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, hilanglah makhluk yang kamu seru selain Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah; dan manusia itu sentiasa kufur.



Surah Al Israa'

 

Ayat 68

أَفَأَمِنتُمْ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمْ جَانِبَ الْبَرِّ أَوْ يُرْسِلَ عَلَيْكُمْ حَاصِبًا ثُمَّ لَا تَجِدُوا لَكُمْ وَكِيلًا

 

Translation

Adakah kamu merasa aman, bahawa Allah akan menggempakan sebahagian dari daratan itu menimbus kamu, atau Ia hantarkan kepadamu angin ribut; kemudian kamu tidak beroleh sesiapa pun yang menjadi pelindung kamu?



Surah Al Israa'

 

Ayat 69

أَمْ أَمِنتُمْ أَنْ يُعِيدَكُمْ فِيهِ تَارَةً أُخْرَى فَيُرْسِلَ عَلَيْكُمْ قَاصِفًا مِنْ الرِّيحِ فَيُغْرِقَكُمْ بِمَا كَفَرْتُمْ ثُمَّ لَا تَجِدُوا لَكُمْ عَلَيْنَا بِهِ تَبِيعًا

 

Translation

Atau adakah kamu merasa aman bahawa Allah akan mengembalikan kamu sekali lagi ke laut, kemudian Ia menghantarkan kepada kamu angin ribut, lalu Ia tenggelamkan kamu dengan sebab kekufuranmu; kemudian kamu tidak beroleh sesiapa pun yang boleh menolong tentang itu terhadap Kami?



Surah Al Israa'

 

Ayat 70

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي ءادَمَ وَحَمَلْنَهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَهُمْ مِنْ الطَّيِّبَتِ وَفَضَّلْنَهُمْ عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلًا

 

Translation

Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan kenderaan di darat dan di laut; dan Kami berikan rezeki kepada mereka dari yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.



Surah Al Israa'

 

Ayat 71

يَوْمَ نَدْعُو كُلَّ أُنَاسٍ بِإِمَمِهِمْ فَمَنْ أُوتِيَ كِتَبَهُ بِيَمِينِهِ فَأُوْلَئِكَ يَقْرَءُونَ كِتَبَهُمْ وَلَا يُظْلَمُونَ فَتِيلًا

 

Translation

Hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama pemimpinnya; kemudian sesiapa diberikan kitabnya ditangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya dengan sukacita, dan mereka tidak dikurangkan amalnya sedikit pun.



Surah Al Israa'

 

Ayat 72

وَمَنْ كَانَ فِي هَذِهِ أَعْمَى فَهُوَ فِي الْاءخِرَةِ أَعْمَى وَأَضَلُّ سَبِيلًا

 

Translation

Dan sebaliknya sesiapa yang berada di dunia ini dalam keadaan buta mata-hatinya, maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya.



Surah Al Israa'

 

Ayat 73

وَإِنْ كَادُوا لَيَفْتِنُونَكَ عَنْ الَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيك لِتَفْتَرِي عَلَيْنَا غَيْرَهُ وَإِذًا لَاتَّخَذُوكَ خَلِيلًا

 

Translation

Dan sesungguhnya hampir mereka dapat memesongkanmu dari apa yang Kami telah wahikan kepadamu, supaya engkau ada-adakan atas nama Kami perkara yang lainnya; dan barulah mereka menjadikan engkau sahabat karibnya.



Surah Al Israa'

 

Ayat 74

وَلَوْلَا أَنْ ثَبَّتْنَكَ لَقَدْ كِدْتَ تَرْكَنُ إِلَيْهِمْ شىءا قَلِيلًا

 

Translation

Dan kalaulah tidak Kami menetapkan engkau, tentulah engkau sudah mendekati dengan menyetujui sedikit kepada kehendak mereka.



Surah Al Israa'

 

Ayat 75

إِذًا لَأَذَقْنَكَ ضِعْفَ الْحَيَوةِ وَضِعْفَ الْمَمَاتِ ثُمَّ لَا تَجِدُ لَكَ عَلَيْنَا نَصِيرًا

 

Translation

Jika demikian, tentulah Kami akan merasakanmu kesengsaraan yang berganda semasa hidup dan kesengsaraan yang berganda sesudah mati; kemudian engkau tidak beroleh seorang penolong pun terhadap hukuman Kami.



Surah Al Israa'

 

Ayat 76

وَإِنْ كَادُوا لَيَسْتَفِزُّونَكَ مِنْ الْأَرْضِ لِيُخْرِجُوكَ مِنْهَا وَإِذًا لَا يَلْبَثُونَ خِلَفَكَ إِلَّا قَلِيلًا

 

Translation

Dan sesungguhnya mereka hampir-hampir berjaya mengganggumu daripada tinggal aman di bumi ini dengan tujuan mereka dapat mengusirmu darinya; dan jika demikian, maka mereka tidak akan tinggal di situ sesudahmu melainkan sedikit masa sahaja.



Surah Al Israa'

 

Ayat 77

سُنَّةَ مَنْ قَدْ أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ مِنْ رُسُلِنَا وَلَا تَجِدُ لِسُنَّتِنَا تَحْوِيلًا

 

Translation

Itulah peraturan orang yang telah Kami utuskan sebelum kamu dari Rasul-rasul Kami; dan tidak kamu dapati sebarang perubahan bagi peraturan Kami itu.



Surah Al Israa'

 

Ayat 78

أَقِمْ الصَّلَوةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَى غَسَقِ اليْلِ وَقُرْءانَ الْفَجْرِ إِنَّ قُرْءانَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا

 

Translation

Dirikanlah sembahyang ketika gelincir matahari hingga gelap malam, dan solat subuh; sesungguhnya solat subuh itu adalah disaksikan para Malaikat.



Surah Al Israa'

 

Ayat 79

وَمِنْ اليْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

 

Translation

Dan dari sebahagian malam bertahajjudlah kamu sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu menempatkanmu di tempat yang terpuji.



Surah Al Israa'

 

Ayat 80

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَنًا نَصِيرًا

 

Translation

Dan berdoalah: Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolongku.



Surah Al Israa'

 

Ayat 81

وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَطِلُ إِنَّ الْبَطِلَ كَانَ زَهُوقًا

 

Translation

Dan katakanlah: Telah datang kebenaran, dan hilanglah yang salah; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.



Surah Al Israa'

 

Ayat 82

وَنُنَزِّلُ مِنْ الْقُرْءانِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَ رَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ وَلَا يَزِيدُ الظَّلِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

 

Translation

Dan Kami turunkan dari ayat Al-Qur'an itu penawar dan rahmat bagi orang yang beriman; dan tidak menambahkan orang yang zalim kecuali kerugian.



Surah Al Israa'

 

Ayat 83

وَإِذَا أَنْعَمْنَا عَلَى الْإِنسَنِ أَعْرَضَ وَنَءا بِجَانِبِهِ وَإِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ كَانَ يَءوسًا

 

Translation

Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah ia serta menjauhkan diri; dan apabila ia merasai kesusahan, jadilah ia berputus asa.



Surah Al Israa'

 

Ayat 84

قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَى شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَى سَبِيلًا

 

Translation

Katakanlah: Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri; maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah yang lebih betul jalannya.



Surah Al Israa'

 

Ayat 85

وَيَسءلُونَكَ عنْ الرُّوحِ قُلْ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنْ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا

 

Translation

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: Roh itu adalah urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberi pengetahuan melainkan sedikit sahaja.



Surah Al Israa'

 

Ayat 86

وَلَئِنْ شِئْنَا لَنَذْهَبَنَّ بِالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ ثُمَّ لَا تَجِدُ لَكَ بِهِ عَلَيْنَا وَكِيلًا

 

Translation

Dan sesungguhnya jika Kami kehendaki, tentulah Kami hapuskan apa yang Kami wahikan kepadamu, kemudian kamu tidak beroleh penolong ke atas Kami.



Surah Al Israa'

 

Ayat 87

إِلَّا رَحْمَةً مِنْ رَبِّكَ إِنَّ فَضْلَهُ كَانَ عَلَيْكَ كَبِيرًا

 

Translation

Kecuali sebagai rahmat dari Tuhanmu; sesungguhnya limpah kurnia-Nya kepadamu amatlah besar.



Surah Al Israa'

 

Ayat 88

قُلْ لَئِنْ اجْتَمَعَتْ الْإِنسُ وَالْجِنُّ عَلَى أَنْ يَأْتُوا بِمِثْلِ هَذَا الْقُرْءانِ لَا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا

 

Translation

Katakanlah: Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Qur'an ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.



Surah Al Israa'

 

Ayat 89

وَلَقَدْ صَرَّفْنَا لِلنَّاسِ فِي هَذَا الْقُرْءانِ مِنْ كُلِّ مَثَلٍ فَأَبَى أَكْثَرُ النَّاسِ إِلَّا كُفُورًا

 

Translation

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam Al-Qur'an ini, dengan berbagai-bagai contoh perbandingan; dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran.



Surah Al Israa'

 

Ayat 90

وَقَالُوا لَنْ نُؤْمِنَ لَكَ حَتَّى تَفْجُرَ لَنَا مِنْ الْأَرْضِ يَنْبُوعًا

 

Translation

Dan mereka berkata: Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu, sehingga engkau memancarkan mata air dari bumi bagi Kami.



Surah Al Israa'

 

Ayat 91

أَوْ تَكُونَ لَكَ جَنَّةٌ مِنْ نَخِيلٍ وَعِنَبٍ فَتُفَجِّرَ الْأَنهَرَ خِلَلَهَا تَفْجِيرًا

 

Translation

Atau engkau mempunyai kebun tamar dan anggur, kemudian engkau alirkan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar.



Surah Al Israa'

 

Ayat 92

أَوْ تُسْقِطَ السَّ׀…َاءَ كَمَا زَعَمْتَ عَلَيْنَا كِسَفًا أَوْ تَأْتِيَ بِاللَّهِ وَالْمَلَئِكَةِ قَبِيلًا

 

Translation

Atau kamu gugurkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana yang kamu katakan; atau kamu datangkan Allah dan malaikat berhadapan kami.



Surah Al Israa'

 

Ayat 93

أَوْ يَكُونَ لَكَ بَيْتٌ مِنْ زُخْرُفٍ أَوْ تَرْقَى فِي السَّمَاءِ وَلَنْ نُؤْمِنَ لِرُقِيِّكَ حَتَّى تُنَزِّلَ عَلَيْنَا كِتَبًا نَقْرَؤُه قُلْ سُبْحَانَ رَبِّي هَلْ كُنتُ إِلَّا بَشَرًا رَسُولًا

 

Translation

Atau kamu mempunyai sebuah rumah dari emas; atau kamu naik ke langit; dan kami tidak akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sehingga kamu turunkan kepada kami kitab yang dapat kami membacanya. Katakanlah: Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini manusia biasa yang menjadi Rasul?



Surah Al Israa'

 

Ayat 94

وَمَا مَنَعَ النَّاسَ أَنْ يُؤْمِنُوا إِذْ جَاءَهُمْ الْهُدَى إِلَّا أَنْ قَالُوا أَبَعَثَ اللَّهُ بَشَرًا رَسُولًا

 

Translation

Dan tiadalah yang menghalangi manusia dari beriman ketika datang kepada mereka petunjuk, melainkan mereka berkata dengan hairan: Patutkah Allah mengutus seorang manusia biasa menjadi Rasul?



Surah Al Israa'

 

Ayat 95

قُلْ لَوْ كَانَ فِي الْأَرْضِ مَلَئِكَةٌ يَمْشُونَ مُطْمَئِنِّينَ لَنَزَّلْنَا عَلَيْهِمْ مِنْ السَّمَاءِ مَلَكًا رَسُولًا

 

Translation

Katakanlah: Jika ada di bumi, malaikat yang berjalan dan tinggal di dalamnya, tentulah Kami akan turunkan kepada mereka dari langit, Rasul dari malaikat.



Surah Al Israa'

 

Ayat 96

قُلْ كَفَى بِاللَّهِ شَهِيدًا بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ إِنَّهُ كَانَ بِعِبَادِهِ خَبِيرًا بَصِيرًا

 

Translation

Katakanlah: Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku denganmu; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Melihat akan keadaan hamba-hamba-Nya.



Surah Al Israa'

 

Ayat 97

وَمَنْ يَهدِ اللَّهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِهِ وَنَحْشُرُهُمْ يَوْمَ الْقِيَمَةِ عَلَى وَجُوهِهِمْ عُمْيًا وَبُكْمًا وَصُمًّا مَأْوَهُمْ جَهَنَّمُ كُلَّمَا خَبَتْ زِدْنَهُمْ سَعِيرًا

 

Translation

Dan sesiapa yang Allah beri petunjuk, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan sesiapa yang Dia sesatkan maka tidak akan kamu dapati bagi mereka, penolong yang lain daripada-Nya. Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari Kiamat atas mukanya dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat mereka ialah Neraka Jahanam; tiap-tiap kali nyalaan apinya akan padam, Kami tambahi mereka nyalaannya.



Surah Al Israa'

 

Ayat 98

ذَلِكَ جَزَاؤُهُمْ بِأَنَّهُمْ كَفَرُوا بِءايَتِنَا وَقَالُوا أَءذَا كُنَّا عِظَمًا وَرُفَتًا أَءنَّا لَمَبْعُوثُونَ خَلْقًا جَدِيدًا

 

Translation

Balasan mereka yang sedemikian, ialah kerana mereka kufur ingkarkan ayat-ayat Kami, dan mereka berkata: Adakah sesudah kami menjadi tulang dan benda yang reput, adakah kami akan dibangkitkan semula dalam kejadian yang baru?



Surah Al Israa'

 

Ayat 99

أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّ اللَّهَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَوَتِ وَالْأَرْضَ قَادِرٌ عَلَى أَنْ يَخْلُقَ مِثْلَهُمْ وَجَعَلَ لَهُمْ أَجَلًا لَا رَيْبَ فِيهِ فَأَبَى الظَّلِمُونَ إِلَّا كُفُورًا

 

Translation

Tidakkah mereka mahu memikirkan dan meyakini bahawa Allah menciptakan langit dan bumi, berkuasa menciptakan orang yang seperti mereka padahal Ia telah pun menentukan bagi mereka tempoh yang tidak ada syak padanya. Tetapi orang yang zalim enggan menerima melainkan ingkar.



Surah Al Israa'

 

Ayat 100

قُلْ لَوْ أَنتُمْ تَمْلِكُونَ خَزَائِنَ رَحْمَةِ رَبِّي إِذًا لَأَمْسَكْتُمْ خَشْيَةَ الْإِنفَاقِ وَكَانَ الْإِنْسَنُ قَتُورًا

 

Translation

Katakanlah: Jika kamu memiliki perbendaharaan rahmat Tuhanku, pada ketika itu tentulah kamu akan berlaku bakhil kedekut kerana takut kehabisan; dan sememangnya manusia itu bertabiat bakhil kedekut.



Surah Al Israa'

 

Ayat 101

وَلَقَدْ ءاتَيْنَا مُوسَى تِسْعَ ءايَتٍ بَيِّنَتٍ فَسْءلْ بَنِي إِسْرَءيلَ إِذْ جَاءَهُمْ فَقَالَ لَهُ فِرْعَوْنُ إِنِّي لَأَظُنُّكَ يَمُوسَى مَسْحُورًا

 

Translation

Dan sesungguhnya Kami telah beri kepada Musa sembilan mukjizat yang nyata; maka bertanyalah kepada Bani Israil ketika ia datang kepada mereka lalu berkatalah Firaun kepadanya: Sesungguhnya aku fikir kamu ini wahai Musa, seorang yang terkena sihir.



Surah Al Israa'

 

Ayat 102

قَالَ لَقَدْ عَلِمْتَ مَا أَنزَلَ هَؤُلَاء إِلَّا رَبُّ السَّمَوَتِ وَالْր£َرْضِ بَصَائِرَ وَإِنِّي لَأَظُنُّكَ يَفِرْعَوْنُ ׀…َثْبُورًا

 

Translation

Musa menjawab: Sebenarnya kamu telah ketahui, tiadalah yang menurunkan tanda-tanda ini melainkan Tuhan yang mentadbirkan langit dan bumi sebagai bukti-bukti yang nyata; dan sebenarnya aku menyangka kamu hai Firaun, akan binasa.



Surah Al Israa'

 

Ayat 103

فَأَرَادَ أَنْ يَسْتَفِزَّهُمْ مِنْ الْأَرْضِ فَأَغْرَقْنَهُ وَمَنْ مَعَهُ جَمِيعًا

 

Translation

Maka Firaun pun berkira hendak mengusir mereka dari bumi Mesir lalu Kami tenggelamkan dia bersama-sama pengikutnya seluruhnya.



Surah Al Israa'

 

Ayat 104

وَقُلْنَا مِنْ بَعْدِهِ لِبَنِي إِسْرَءيلَ اسْكُنُوا الْأَرْضَ فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ الْاءخِرَةِ جِئْنَا بِكُمْ لَفِيفًا

 

Translation

Dan Kami katakan kepada Bani Israil, sesudah Firaun dibinasakan: Tinggallah kamu di negeri itu kemudian apabila datang tempoh hari akhirat, Kami datangkan kamu dengan bercampur baur.



Surah Al Israa'

 

Ayat 105

وَبِالْحَقِّ أَنزَلْنَهُ وَبِالْحَقِّ نَزَلَ وَمَا أَرْسَلْنَكَ إِلَّا مُبَشِّرًا وَنَذِيرًا

 

Translation

Dan dengan kebenaran Kami turunkan Al-Qur'an, dan dengan meliputi segala kebenaran ia diturunkan; dan tiadalah Kami mengutusmu melainkan sebagai pembawa berita gembira dan pembawa amaran.



Surah Al Israa'

 

Ayat 106

وَقُرْءانًا فَرَقْنَهُ لِتَقْرَأَهُ عَلَى النَّاسِ عَلَى مُكْثٍ وَنَزَّلْنَهُ تَنزِيلًا

 

Translation

Dan Al-Qur'an itu Kami bahagi-bahagikan supaya kamu membacakan kepada manusia dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.



Surah Al Israa'

 

Ayat 107

قُلْ ءامِنُوا بِهِ أَوْ لَا تُؤْمِنُوا إِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ مِنْ قَبْلِهِ إِذَا يُتْلَى عَلَيْهِمْ يَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ سُجَّدًا

 

Translation

Katakanlah: Sama ada kamu beriman kepadanya atau tidak; sesungguhnya orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Qur'an kepada mereka, mereka segera menumuskan muka dengan sujud.



Surah Al Israa'

 

Ayat 108

وَيَقُولُونَ سُبْحَنَ رَبِّنَا إِنْ كَانَ وَعْدُ رَبِّنَا لَمَفْعُولًا

 

Translation

Serta mereka menegaskan: Maha Suci Tuhan Kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana.



Surah Al Israa'

 

Ayat 109

وَيَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعًا

 

Translation

Dan mereka segera menumuskan mukanya dengan sujud itu sambil menangis, sedang Al-Qur'an menambahkan mereka khusyuk.



Surah Al Israa'

 

Ayat 110

قُلْ ادْعُوا اللَّهَ أَوْ ادْعُوا الرَّحْمَنَ أَيًّا مَا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلًا

 

Translation

Katakanlah: Serulah nama Allah atau Ar-Rahman, yang mana sahaja kamu serukan; kerana bagi-Nyalah nama-nama yang baik Dan janganlah kamu menyaringkan bacaan solatmu, dan janganlah kamu perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.



Surah Al Israa'

 

Ayat 111

وَقُلْ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ وَلِيٌّ مِنْ الذُّلِّ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا

 

Translation

Dan katakanlah: Segala puji tertentu bagi Allah, yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagi-Nya sekutu dalam urusan kerajaan-Nya, dan tiada bagi-Nya penolong disebabkan kelemahan-Nya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakan-Nya dengan bersungguh-sungguh!