Surah Al Insaan

 

Ayat 1

هَلْ أَتَى عَلَى الْإِنسَانِ حِينٌ مِّنَ الدَّهْرِ لَمْ يَكُن شَيْئًا مَّذْكُورًا

 

Translation

Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa, sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut.



Surah Al Insaan

 

Ayat 2

إِنَّا خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن نُّطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَّبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعًا بَصِيرًا

 

Translation

Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dari air mani yang bercampur, oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.



Surah Al Insaan

 

Ayat 3

إِنَّا هَدَيْنَاهُ السَّبِيلَ إِمَّا شَاكِرًا وَإِمَّا كَفُورًا

 

Translation

Sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya jalan-jalan sama ada ia bersyukur, atau pun ia berlaku kufur.



Surah Al Insaan

 

Ayat 4

إِنَّا أَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ سَلَاسِلَا وَأَغْلَالًا وَسَعِيرًا

 

Translation

Sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur beberapa rantai dan belenggu serta Neraka yang menjulang-julang.



Surah Al Insaan

 

Ayat 5

إِنَّ الْأَبْرَارَ يَشْرَبُونَ مِن كَأْسٍ كَانَ مِزَاجُهَا كَافُورًا

 

Translation

Sesungguhnya orang yang berbakti akan minum dari piala jenis minuman yang bercampur dengan Kafur.



Surah Al Insaan

 

Ayat 6

عَيْنًا يَشْرَبُ بِهَا عِبَادُ اللَّهِ يُفَجِّرُونَهَا تَفْجِيرًا

 

Translation

Iaitu sebuah mata air yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah; mereka boleh mengalirkannya dengan sebaik-baik aliran menurut kemahuannya.



Surah Al Insaan

 

Ayat 7

يُوفُونَ بِالنَّذْرِ وَيَخَافُونَ يَوْمًا كَانَ شَرُّهُ مُسْتَطِيرًا

 

Translation

Mereka menyempurnakan nazarnya serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.



Surah Al Insaan

 

Ayat 8

وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَى حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا

 

Translation

(Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan.



Surah Al Insaan

 

Ayat 9

إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنكُمْ جَزَاء وَلَا شُكُورًا

 

Translation

Sesungguhnya kami memberi makan kepadamu kerana Allah semata-mata. Kami tidak menghendaki sebarang balasan darimu atau ucapan terima kasih.



Surah Al Insaan

 

Ayat 10

إِنَّا نَخَافُ مِن رَّبِّنَا يَوْمًا عَبُوسًا قَمْطَرِيرًا

 

Translation

Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang yang bersalah masam berkerut-kerut.



Surah Al Insaan

 

Ayat 11

فَوَقَاهُمُ اللَّهُ شَرَّ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَلَقَّاهُمْ نَضْرَةً وَسُرُورًا

 

Translation

Maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari itu, serta memberikan kepada mereka wajah yang berseri-seri, dan perasaan riang gembira dihati.



Surah Al Insaan

 

Ayat 12

وَجَزَاهُم بِمَا صَبَرُوا جَنَّةً وَحَرِيرًا

 

Translation

Dan kerana kesabaran mereka, mereka dibalas oleh Allah dengan syurga dan (persalinan dari) sutera.



Surah Al Insaan

 

Ayat 13

مُتَّكِئِينَ فِيهَا عَلَى الْأَرَائِكِ لَا يَرَوْنَ فِيهَا شَمْسًا وَلَا زَمْهَرِيرًا

 

Translation

Mereka berehat di dalam syurga dengan berteleku di atas pelamin-pelamin, mereka tidak nampak adanya matahari, dan tidak merasai sejuk yang teramat.



Surah Al Insaan

 

Ayat 14

وَدَانِيَةً عَلَيْهِمْ ظِلَالُهَا وَذُلِّلَتْ قُطُوفُهَا تَذْلِيلًا

 

Translation

Sedang naungan pohon-pohon syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula mudah dipetik dengan semudah-mudahnya.



Surah Al Insaan

 

Ayat 15

وَيُطَافُ عَلَيْهِم بِآنِيَةٍ مِّن فِضَّةٍ وَأَكْوَابٍ كَانَتْ قَوَارِيرَا

 

Translation

Dan diedarkan kepada mereka bijian dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya).



Surah Al Insaan

 

Ayat 16

قَوَارِيرَ مِن فِضَّةٍ قَدَّرُوهَا تَقْدِيرًا

 

Translation

Keadaannya laksana kaca sedang ia dari perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya.



Surah Al Insaan

 

Ayat 17

وَيُسْقَوْنَ فِيهَا كَأْسًا كَانَ مِزَاجُهَا زَنجَبِيلًا

 

Translation

Dan mereka dalam syurga itu diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari Zanjabiil.



Surah Al Insaan

 

Ayat 18

عَيْنًا فِيهَا تُسَمَّى سَلْسَبِيلًا

 

Translation

Iaitu sebuah mata air dalam syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai Salsabiil.



Surah Al Insaan

 

Ayat 19

وَيَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَانٌ مُّخَلَّدُونَ إِذَا رَأَيْتَهُمْ حَسِبْتَهُمْ لُؤْلُؤًا مَّنثُورًا

 

Translation

Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda yang tetap kekal; apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangka mutiara yang bertaburan.



Surah Al Insaan

 

Ayat 20

وَإِذَا رَأَيْتَ ثَمَّ رَأَيْتَ نَعِيمًا وَمُلْكًا كَبِيرًا

 

Translation

Dan apabila engkau melihat di sana, engkau melihat nikmat yang melimpah-limpah dan kerajaan yang besar (yang tidak ada tolok bandingnya).



Surah Al Insaan

 

Ayat 21

عَالِيَهُمْ ثِيَابُ سُندُسٍ خُضْرٌ وَإِسْتَبْرَقٌ وَحُلُّوا أَسَاوِرَ مِن فِضَّةٍ وَسَقَاهُمْ رَبُّهُمْ شَرَابًا طَهُورًا

 

Translation

Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal, serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman yang bersih suci.



Surah Al Insaan

 

Ayat 22

إِنَّ هَذَا كَانَ لَكُمْ جَزَاء وَكَانَ سَعْيُكُم مَّشْكُورًا

 

Translation

Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah).



Surah Al Insaan

 

Ayat 23

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ تَنزِيلًا

 

Translation

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran kepadamu, dengan beransur-ansur.



Surah Al Insaan

 

Ayat 24

فَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ وَلَا تُطِعْ مِنْهُمْ آثِمًا أَوْ كَفُورًا

 

Translation

Maka hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu, dan janganlah engkau menurut orang yang berdosa di antara mereka, atau orang yang ingkar.



Surah Al Insaan

 

Ayat 25

وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

 

Translation

Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang.



Surah Al Insaan

 

Ayat 26

وَمِنَ اللَّيْلِ فَاسْجُدْ لَهُ وَسَبِّحْهُ لَيْلًا طَوِيلًا

 

Translation

Dan pada sebahagian malam sujudlah kepada Tuhan dan bertasbihlah memuji-Nya, pada sebahagian yang panjang dari waktu malam.



Surah Al Insaan

 

Ayat 27

إِنَّ هَؤُلَاء يُحِبُّونَ الْعَاجِلَةَ وَيَذَرُونَ وَرَاءهُمْ يَوْمًا ثَقِيلًا

 

Translation

Sesungguhnya orang itu mencintai (kesenangan dunia) yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan hari akhirat yang amat berat.



Surah Al Insaan

 

Ayat 28

نَحْنُ خَلَقْنَاهُمْ وَشَدَدْنَا أَسْرَهُمْ وَإِذَا شِئْنَا بَدَّلْنَا أَمْثَالَهُمْ تَبْدِيلًا

 

Translation

Kami telah mencipta mereka dan Kami kuatkan tubuh mereka; Dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan (mereka dengan) orang yang serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik-baiknya.



Surah Al Insaan

 

Ayat 29

إِنَّ هَذِهِ تَذْكِرَةٌ فَمَن شَاء اتَّخَذَ إِلَى رَبِّهِ سَبِيلًا

 

Translation

Sesungguhnya ini adalah suatu peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan kepada keredhaan Allah.



Surah Al Insaan

 

Ayat 30

وَمَا تَشَاؤُونَ إِلَّا أَن يَشَاء اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا

 

Translation

Dan tiadalah kamu berkemahuan melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.



Surah Al Insaan

 

Ayat 31

يُدْخِلُ مَن يَشَاء فِي رَحْمَتِهِ وَالظَّالِمِينَ أَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا

 

Translation

Ia memasukkan sesiapa yang dikehendaki-Nya ke dalam rahmat-Nya; dan orang yang zalim disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.