|
Surah Al Hujuraat |
|
|
Ayat 1 | |
|
| |
|
Translation Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya; dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. |
|
Surah Al Hujuraat |
|
|
Ayat 2 | |
|
| |
|
Translation Hai orang yang beriman! Janganlah kamu tinggikan suaramu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu keraskan suara semasa bercakap dengannya seperti kerasnya suara setengah kamu dengan setengah yang lain supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya. |
|
Surah Al Hujuraat |
|
|
Ayat 3 | |
|
| |
|
Translation Sesungguhnya orang yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Rasulullah s.a.w, merekalah orang yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertakwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar. |
|
Surah Al Hujuraat |
|
|
Ayat 4 | |
|
| |
|
Translation Sesungguhnya orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilikmu, kebanyakan mereka tidak mengerti. |
|
Surah Al Hujuraat |
|
|
Ayat 5 | |
|
| |
|
Translation Dan kalaulah mereka bersabar sehingga kamu keluar menemui mereka, tentulah itu lebih baik bagi mereka; dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. |
|
Surah Al Hujuraat |
|
|
Ayat 6 | |
|
| |
|
Translation Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada kaum dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan. |
|
Surah Al Hujuraat |
|
|
Ayat 7 | |
|
| |
|
Translation Dan ketahuilah! Bahawa di antaramu ada Rasulullah; kalaulah ia menurut kehendakmu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu mengalami kesukaran; akan tetapi Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta dihiaskannya dalam hatimu, dan menjadikan kekufuran dan kefasikan serta kederhakaan itu perkara yang kamu benci; mereka itulah orang yang tetap menurut jalan yang lurus. |
|
Surah Al Hujuraat |
|
|
Ayat 8 | |
|
| |
|
Translation Sebagai kurnia dan nikmat pemberian dari Allah; dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. |
|
Surah Al Hujuraat |
|
|
Ayat 9 | |
|
| |
|
Translation Dan jika dua puak dari orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah keduanya dengan adil, dan berlaku adillah kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil. |
|
Surah Al Hujuraat |
|
|
Ayat 10 | |
|
| |
|
Translation Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat. |
|
Surah Al Hujuraat |
|
|
Ayat 11 | |
|
| |
|
Translation Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak merendah-rendahkan puak yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula kaum wanita ke atas kaum wanita yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri; dan jangan kamu panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik sesudah ia beriman. Dan sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang yang zalim. |
|
Surah Al Hujuraat |
|
|
Ayat 12 | |
|
| |
|
Translation Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. |
|
Surah Al Hujuraat |
|
|
Ayat 13 | |
|
| |
|
Translation Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya. |
|
Surah Al Hujuraat |
|
|
Ayat 14 | |
|
| |
|
Translation Orang A'raab (kaum Arab Badwi) berkata: Kami telah beriman. Katakanlah: Kamu belum beriman, tetapi katakanlah: kami telah menyerah diri sementara iman belum lagi masuk ke dalam hati kamu. Dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Allah tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. |
|
Surah Al Hujuraat |
|
|
Ayat 15 | |
|
| |
|
Translation Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman ialah orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang yang benar. |
|
Surah Al Hujuraat |
|
|
Ayat 16 | |
|
| |
|
Translation Katakanlah: Patutkah kamu hendak memberitahu kepada Allah tentang agama kamu? Padahal Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. |
|
Surah Al Hujuraat |
|
|
Ayat 17 | |
|
| |
|
Translation Mereka mengira telah berbudi kepadamu disebabkan mereka telah Islam. Katakanlah: Janganlah kamu mengira keislaman kamu itu sebagai budi kepadaku, bahkan Allah jualah yang membangkitkan budi-Nya kepada kamu, kerana Dialah yang memimpin kamu kepada iman, kalau betul kamu orang yang benar. |
|
Surah Al Hujuraat |
|
|
Ayat 18 | |
|
| |
|
Translation Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan. |