Surah Al Hijr

 

Ayat 1

الر تِلكَ ءايت الكتب وَقُرءانٍ مُبِينٍ

 

Translation

Alif, Laam, Raa. Ini ialah ayat-ayat Kitab dan Al-Qur'an yang memberi penjelasan.



Surah Al Hijr

 

Ayat 2

ربَمَا يَوَدُّ الذِينَ كَفَروا لوْ كَانُوا مُسْلمِينَ

 

Translation

Ada masanya orang yang kafir merasa ingin kalaulah mereka telah menjadi orang Islam.



Surah Al Hijr

 

Ayat 3

ذَرهُمْ يَاكُلوا وَيَتَمَتَّعُوا وَيُلهِهِمْ الامَل فَسَوْفَ يَعْلمُونَ

 

Translation

Biarkanlah mereka makan dan bersenang-lenang dan dilalaikan oleh angan-angan; kelak mereka akan mengetahui akibat perbuatan mereka.



Surah Al Hijr

 

Ayat 4

وَمَا اهْلكْنَا مِنْ قَريَةٍ الا وَلهَا كتاب مَعْلومٌ

 

Translation

Dan tiadalah Kami binasakan penduduk sesebuah negeri melainkan ada baginya tempoh yang tertentu dan termaklum.



Surah Al Hijr

 

Ayat 5

مَا تَسْبِقُ مِنْ امَّةٍ اجَلهَا وَمَا يَسْتَءخِرونَ

 

Translation

Sesuatu umat itu tidak dapat mendahului tempohnya yang telah ditentukan, dan mereka juga tidak dapat mengundurkannya.



Surah Al Hijr

 

Ayat 6

وَقَالوا يايها الذِي نُزِّل عَليْهِ الذِّكْر انَّكَ لمَجْنُونٌ

 

Translation

Dan mereka yang ingkar berkata): Wahai orang yang kepadanya diturunkan Al-Qur'an, sesungguhnya engkau adalah orang gila.



Surah Al Hijr

 

Ayat 7

لوْ مَا تَاتِينَا بِالملئكة انْ كُنْتَ مِنْ الصَّدِقِينَ

 

Translation

Sepatutnya engkau membawakan malaikat kepada kami, jika betul engkau dari orang yang benar.



Surah Al Hijr

 

Ayat 8

مَا نُنَزِّل الملئكة الا بِالحَقِّ وَمَا كَانُوا اذًا مُنْظَرينَ

 

Translation

Tiadalah Kami turunkan malaikat melainkan dengan benar, dan ketika itu mereka yang ingkar tidak akan diberi tempoh lagi.



Surah Al Hijr

 

Ayat 9

انَّا نَحْنُ نَزَّلنَا الذِّكْر وَانَّا لهُ لحَفِظُونَ

 

Translation

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur'an, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.



Surah Al Hijr

 

Ayat 10

وَلقَدْ ارسَلنَا مِنْ قَبْلكَ فِي شِيَعِ الاوَّلينَ

 

Translation

Dan demi sesungguhnya! Kami telah utuskan Rasul-rasul sebelummu, di kalangan kaum-kaum yang telah lalu.



Surah Al Hijr

 

Ayat 11

وَمَا يَاتِيهِمْ مِنْ رسُول الا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزءونَ

 

Translation

Dan tiadalah seseorang Rasul pun yang datang kepada mereka, melainkan mereka mempersendakannya.



Surah Al Hijr

 

Ayat 12

كَذَلكَ نَسْلكُهُ فِي قُلوبِ المُجْرمِينَ

 

Translation

Demikianlah pula Kami masukkan perasaan yang seperti itu ke dalam hati orang yang berdosa.



Surah Al Hijr

 

Ayat 13

لا يُؤْمِنُونَ بِهِ وَقَدْ خَلتْ سُنَّةُ الاوَّلينَ

 

Translation

Mereka tidak percaya kepada Al-Qur'an yang engkau bawa, padahal telah pun berlaku undang-undang membinasakan orang yang telah lalu.



Surah Al Hijr

 

Ayat 14

وَلوْ فَتَحْنَا عَليْهِمْ بَابًا مِنْ السَّمَاء فَظَلوا فِيهِ يَعْرجُونَ

 

Translation

Dan kalau Kami bukakan kepada mereka pintu langit, nescaya mereka akan naik melalui pintu itu.



Surah Al Hijr

 

Ayat 15

لقَالوا انَّمَا سُكِّرتْ ابْصَرنَا بَل نَحْنُ قَوْمٌ مَسْحُورونَ

 

Translation

Tentulah mereka akan berkata: Hanya mata kami telah disilapkan penglihatannya bahkan kami adalah kaum yang telah disihirkan oleh Muhammad.



Surah Al Hijr

 

Ayat 16

وَلقَدْ جَعَلنَا فِي السَّمَاء بُروجًا وَزَيَّنَّهَا للنَّظِرينَ

 

Translation

Dan demi sesungguhnya! Kami telah jadikan di langit bintang-bintang serta kami hiasi langit itu bagi orang yang melihatnya.



Surah Al Hijr

 

Ayat 17

وَحَفِظْنَهَا مِنْ كُل شيطن رجِيمٍ

 

Translation

Dan Kami pelihara langit itu dari tiap-tiap syaitan yang kena rejam.



Surah Al Hijr

 

Ayat 18

الا مَنْ اسْتَرقَ السَّمْعَ فَاتْبَعَهُ شِهَابٌ مُبِينٌ

 

Translation

Kecuali Syaitan yang curi mendengar percakapan malaikat di langit, maka ia diburu oleh api yang menyala, yang nyata kelihatan.



Surah Al Hijr

 

Ayat 19

وَالارضَ مَدَدْنَهَا وَالقَيْنَا فِيهَا روَسِيَ وَانْبَتْنَا فِيهَا مِنْ كُل شَيْء مَوْزُونٍ

 

Translation

Dan bumi Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang serta Kami tumbuhkan padanya segala sesuatu yang tertentu timbangannya.



Surah Al Hijr

 

Ayat 20

وَجَعَلنَا لكُمْ فِيهَا مَعَيِشَ وَمَنْ لسْتُمْ لهُ بِرزِقِينَ

 

Translation

Dan Kami jadikan untukmu di bumi ini keperluan hidup, juga Kami jadikan makhluk yang kamu bukanlah orang yang menyediakan rezekinya.



Surah Al Hijr

 

Ayat 21

وَانْ مِنْ شَيْء الا عِنْدَنَا خَزَائِنُهُ وَمَا نُنَزِّلهُ الا بِقَدَر مَعْلومٍ

 

Translation

Dan tidak ada sesuatu pun melainkan pada sisi Kami perbendaharaannya, dan Kami tidak menurunkannya melainkan menurut kadar dan masa yang tertentu.



Surah Al Hijr

 

Ayat 22

وَارسَلنَا الريَحَ لوَقِحَ فَانْزَلنَا مِنْ السَّمَاء مَاء فَاسْقَيْنَكُمُوهُ وَمَا انْتُمْ لهُ بِخَزِنِينَ

 

Translation

Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air hujan dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang menyimpannya.



Surah Al Hijr

 

Ayat 23

وَانَّا لنَحْنُ نُحْيِ وَنُمِيتُ وَنَحْنُ الوَرثُونَ

 

Translation

Dan sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan dan mematikan, dan Kamilah yang kekal memiliki segala-galanya.



Surah Al Hijr

 

Ayat 24

وَلقَدْ عَلمْنَا المُسْتَقْدِمِينَ مِنْكُمْ وَلقَدْ عَلمْنَا المُسْتَءخِرينَ

 

Translation

Dan sesungguhnya Kami mengetahui orang yang segera (berbakti) di antara kamu, dan sesungguhnya Kami mengetahui orang yang lambat.



Surah Al Hijr

 

Ayat 25

وَانَّ ربَّكَ هُوَ يَحْشُرهُمْ انَّهُ حَكِيمٌ عَليمٌ

 

Translation

Dan sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang menghimpunkan mereka semuanya, sesungguhnya Ia Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.



Surah Al Hijr

 

Ayat 26

وَلقَدْ خَلقْنَا الانْسَنَ مِنْ صَلصَل مِنْ حَمَا مَسْنُونٍ

 

Translation

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang merubah warna dan baunya.



Surah Al Hijr

 

Ayat 27

وَالجَانَّ خَلقْنَهُ مِنْ قَبْل مِنْ نَار السَّمُومِ

 

Translation

Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.



Surah Al Hijr

 

Ayat 28

وَاذْ قَال ربُّكَ للمَلئِكَةِ انِّي خَلقٌ بَشَرا مِنْ صَلصَل مِنْ حَمَا مَسْنُونٍ

 

Translation

Dan tatkala Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku ciptakan manusia dari tanah liat yang kering berasal dari lumpur yang berbentuk.



Surah Al Hijr

 

Ayat 29

فَاذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ روحِي فَقَعُوا لهُ سَجِدِينَ

 

Translation

Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari ciptaan-Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.



Surah Al Hijr

 

Ayat 30

فَسَجَدَ الملئكة كُلهُمْ اجْمَعُونَ

 

Translation

Setelah selesai kejadian Adam maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali.



Surah Al Hijr

 

Ayat 31

الا ابْليسَ ابَى انْ يَكُونَ مَعَ السَّجِدِينَ

 

Translation

Melainkan Iblis; ia enggan turut bersama mereka yang sujud.



Surah Al Hijr

 

Ayat 32

قَال يَابْليسُ مَا لكَ الا تَكُونَ مَعَ السَّجِدِينَ

 

Translation

Allah berfirman: Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?



Surah Al Hijr

 

Ayat 33

قَال لمْ اكُنْ لاسْجُدَ لبَشَر خَلقْتَهُ مِنْ صَلصَل مِنْ حَمَا مَسْنُونٍ

 

Translation

Iblis menjawab: Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, berasal dari tanah lumpur yang berbentuk.



Surah Al Hijr

 

Ayat 34

قَال فَاخْرجْ مِنْهَا فَانَّكَ رجِيمٌ

 

Translation

Allah berfirman: Kalau demikian, keluarkanlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah terkutuk.



Surah Al Hijr

 

Ayat 35

وَانَّ عَليْكَ اللعْنَةَ الى يَوْمِ الدِّينِ

 

Translation

Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat.



Surah Al Hijr

 

Ayat 36

قَال ربِّ فَانْظِرنِي الى يَوْمِ يُبْعَثُونَ

 

Translation

Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan.



Surah Al Hijr

 

Ayat 37

قَال فَانَّكَ مِنْ المُنْظَرينَ

 

Translation

Allah berfirman: Maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh.



Surah Al Hijr

 

Ayat 38

الى يَوْمِ الوَقْتِ المَعْلومِ

 

Translation

Hingga ke hari masa yang termaklum.



Surah Al Hijr

 

Ayat 39

قَال ربِّ بِمَا اغْوَيْتَنِي لازَيِّنَنَّ لهُمْ فِي الارضِ وَلاغْوِيَنَّهُمْ اجْمَعِينَ

 

Translation

Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menyesatkan aku, maka sungguh aku akan perhiaskan kejahatan kepada manusia di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.



Surah Al Hijr

 

Ayat 40

الا عِبَادَكَ مِنْهُمْ المُخْلصِينَ

 

Translation

Kecuali hamba-hamba-Mu yang yang ikhlas di antara mereka.



Surah Al Hijr

 

Ayat 41

قَال هَذَا صرط عَليَّ مُسْتَقِيمٌ

 

Translation

Allah berfirman: Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.



Surah Al Hijr

 

Ayat 42

انَّ عِبَادِي ليْسَ لكَ عَليْهِمْ سلطن الا مَنْ اتَّبَعَكَ مِنْ الغَاوِينَ

 

Translation

Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, tidaklah ada bagimu kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang yang sesat.



Surah Al Hijr

 

Ayat 43

وَانَّ جَهَنَّمَ لمَوْعِدُهُمْ اجْمَعِينَ

 

Translation

Dan sesungguhnya Neraka Jahanam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka yang menurutmu.



Surah Al Hijr

 

Ayat 44

لهَا سَبْعَةُ ابْوَبٍ لكُل بَابٍ مِنْهُمْ جُزْء مَقْسُومٌ

 

Translation

Ia mempunyai tujuh pintu; bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari mereka.



Surah Al Hijr

 

Ayat 45

انَّ المُتَّقِينَ فِي جنت وَعُيُونٍ

 

Translation

Sesungguhnya orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.



Surah Al Hijr

 

Ayat 46

ادْخُلوهَا بِسَلمٍ ءامِنِينَ

 

Translation

Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat sejahtera serta beroleh aman.



Surah Al Hijr

 

Ayat 47

وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورهِمْ مِنْ غِل اخْوَنًا عَلى سُرر مُتَقَبِلينَ

 

Translation

Dan Kami cabut di hati mereka perasaan dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara, serta mereka duduk berhadapan di atas pelamin.



Surah Al Hijr

 

Ayat 48

لا يَمَسُّهُمْ فِيهَا نَصَبٌ وَمَا هُمْ مِنْهَا بِمُخْرجِينَ

 

Translation

Mereka tidak akan disentuh susah payah dalam syurga itu, dan mereka pula tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripadanya.



Surah Al Hijr

 

Ayat 49

نَبِّئْ عِبَادِي انِّي انَا الغَفُور الرحِيمُ

 

Translation

Khabarkanlah kepada hamba-hamba-Ku, bahawasanya Aku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



Surah Al Hijr

 

Ayat 50

وَانَّ عَذَابِي هُوَ العَذَابُ الاليمُ

 

Translation

Dan bahawa azab-Ku, ialah azab yang tidak terperi sakitnya.



Surah Al Hijr

 

Ayat 51

وَنَبِّئْهُمْ عَنْ ضَيْفِ ابرهيم

 

Translation

Dan khabarkanlah kepada mereka, perihal tetamu Nabi Ibrahim.



Surah Al Hijr

 

Ayat 52

اذْ دَخَلوا عَليْهِ فَقَالوا سَلمًا قَال انَّا مِنْكُمْ وَجِلونَ

 

Translation

Tatkala mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam: Selamat sejahtera kepadamu! Ia berkata: Sesungguhnya kami berasa takut kepadamu.



Surah Al Hijr

 

Ayat 53

قَالوا لا تَوْجَل انَّا نُبَشِّركَ بِغُلمٍ عَليمٍ

 

Translation

Mereka berkata: Janganlah kamu takut, sebenarnya kami hendak menggembirakanmu dengan kelahiran seorang anak lelaki yang berilmu.



Surah Al Hijr

 

Ayat 54

قَال ابَشَّرتُمُونِي عَلى انْ مَسَّنِي الكِبَر فَبِمَ تُبَشِّرونَ

 

Translation

Nabi Ibrahim berkata: Betulkah kamu memberi khabar gembira kepadaku, padahal aku telah tua; maka bagaimanakah kamu menggembirakan aku?



Surah Al Hijr

 

Ayat 55

قَالوا بَشَّرنَكَ بِالحَقِّ فَلا تَكُنْ مِنْ القَنِطِينَ

 

Translation

Mereka menjawab: Kami menggembirakanmu dengan jalan yang sungguh benar; oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang yang berputus asa.



Surah Al Hijr

 

Ayat 56

قَال وَمَنْ يَقْنَطُ مِنْ رحْمَةِ ربِّهِ الا الضَّالونَ

 

Translation

Nabi Ibrahim berkata: Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang yang sesat.



Surah Al Hijr

 

Ayat 57

قَال فَمَا خَطْبُكُمْ ايُّهَا المُرسَلونَ

 

Translation

Nabi Ibrahim bertanya pula: Apa hal kamu wahai utusan Tuhan?



Surah Al Hijr

 

Ayat 58

قَالوا انَّا ارسِلنَا الى قَوْمٍ مُجْرمِينَ

 

Translation

Mereka menjawab: Kami diutus kepada suatu kaum yang berdosa untuk membinasakan mereka.



Surah Al Hijr

 

Ayat 59

الا ءال لوطٍ انَّا لمُنَجُّوهُمْ اجْمَعِينَ

 

Translation

Melainkan keluarga Nabi Lut; sesungguhnya kami akan menyelamatkan mereka semuanya.



Surah Al Hijr

 

Ayat 60

إِلاَّ امْرَأَتَهُ قَدَّرْنَا إِنَّهَا لَمِنَ الْغَابِرِينَ

 

Translation

Kecuali isterinya; Kami telah tentukan bahawa sesungguhnya ia dari orang yang tinggal.



Surah Al Hijr

 

Ayat 61

فَلمَّا جَاء ءال لوطٍ المُرسَلونَ

 

Translation

Maka apabila utusan itu datang kepada kaum Nabi Lut.



Surah Al Hijr

 

Ayat 62

قَال انَّكُمْ قَوْمٌ مُنْكَرونَ

 

Translation

Nabi Lut berkata: Sesungguhnya kamu suatu kaum yang tidak dikenali.



Surah Al Hijr

 

Ayat 63

قَالوا بَل جِئْنكَ بِمَا كَانُوا فِيهِ يَمْتَرونَ

 

Translation

Mereka menjawab: Bahkan kedatangan kami untuk membawa azab yang mereka ragu-ragukan kebenarannya.



Surah Al Hijr

 

Ayat 64

وَاتَيْنَكَ بِالحَقِّ وَانَّا لصَدِقُونَ

 

Translation

Juga membawa kepadamu perkara yang benar; dan sesungguhnya kami adalah orang yang benar.



Surah Al Hijr

 

Ayat 65

فَاسْر بِاهْلكَ بِقِطْعٍ مِنْ اليْل وَاتَّبِعْ ادْبَرهُمْ وَلا يَلتَفِتْ مِنْكُمْ احَدٌ وَامْضُوا حَيْثُ تُؤْمَرونَ

 

Translation

Oleh itu, bawalah pergi keluargamu pada waktu malam serta ikutlah di belakang mereka; dan janganlah seseorang pun di antara kamu berpaling ke belakang; serta pergilah terus ke arah yang diperintahkan kamu menujunya.



Surah Al Hijr

 

Ayat 66

وَقَضَيْنَا اليْهِ ذَلكَ الامْر انَّ دَابِر هَؤُلاء مَقْطُوعٌ مُصْبِحِينَ

 

Translation

Dan Kami wahikan kepadanya tentang kesudahan perkara itu; iaitu mereka akan dibinasakan pada waktu pagi.



Surah Al Hijr

 

Ayat 67

وَجَاء اهْل المَدِينَةِ يَسْتَبْشِرونَ

 

Translation

Dan semasa kedatangan mereka datanglah penduduk bandar itu dengan gembira.



Surah Al Hijr

 

Ayat 68

قَال انَّ هَؤُلاء ضَيْفِي فَلا تَفْضَحُونِ

 

Translation

Nabi Lut berkata: Sesungguhnya mereka ini tetamuku, maka janganlah kamu memberi malu kepadaku.



Surah Al Hijr

 

Ayat 69

وَاتَّقُوا اللهَ وَلا تُخْزُونِ

 

Translation

Dan takutlah kamu kepada Allah, serta janganlah kamu menghina daku.



Surah Al Hijr

 

Ayat 70

قَالوا اوَلمْ نَنْهَكَ عَنْ العَلمِينَ

 

Translation

Mereka menjawab: Bukankah kami telah melarangmu jangan menerima sebarang tetamu dari orang ramai?



Surah Al Hijr

 

Ayat 71

قَال هَؤُلاء بَنَاتِي انْ كُنْتُمْ فَعِلينَ

 

Translation

Nabi Lut berkata: Di sini ada anak-anak perempuanku, kalau kamu mahu melakukan.



Surah Al Hijr

 

Ayat 72

لعَمْركَ انَّهُمْ لفِي سَكْرتِهِمْ يَعْمَهُونَ

 

Translation

Demi umurmu, sesungguhnya mereka membuta-tuli dalam kemabukan maksiat mereka.



Surah Al Hijr

 

Ayat 73

فَاخَذَتْهُمْ الصَّيْحَةُ مُشْرقِينَ

 

Translation

Akhirnya mereka pun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit.



Surah Al Hijr

 

Ayat 74

فَجَعَلنَا عَليَهَا سَافِلهَا وَامْطَرنَا عَليْهِمْ حِجَارةً مِنْ سِجِّيل

 

Translation

Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-terbalik, dan Kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar.



Surah Al Hijr

 

Ayat 75

انَّ فِي ذَلكَ لاءيت للمُتَوَسِّمِينَ

 

Translation

Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda bagi orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya.



Surah Al Hijr

 

Ayat 76

وَانَّهَا لبِسَبِيل مُقِيمٍ

 

Translation

Dan sesungguhnya negeri kaum Lut yang telah dibinasakan itu, terletak di jalan yang tetap.



Surah Al Hijr

 

Ayat 77

انَّ فِي ذَلكَ لاءية للمُؤْمِنِينَ

 

Translation

Sesungguhnya keadaan yang demikian, mengandungi satu tanda yang memberi kesedaran kepada orang yang beriman.



Surah Al Hijr

 

Ayat 78

وَانْ كَانَ اصْحَبُ الايْكَةِ لظَلمِينَ

 

Translation

Dan sebenarnya penduduk kampung Aikah, adalah orang yang berlaku zalim.



Surah Al Hijr

 

Ayat 79

فَانْتَقَمْنَا مِنْهُمْ وَانَّهُمَا لبِامَامٍ مُبِينٍ

 

Translation

Maka Kami membalas kezaliman mereka itu dengan azab yang membinasakan; dan sesungguhnya kedua-duanya itu, terletak di jalan yang terang.



Surah Al Hijr

 

Ayat 80

وَلقَدْ كَذَّبَ اصْحَبُ الحِجْر المُرسَلينَ

 

Translation

Dan demi sesungguhnya, penduduk Al-Hijr telah mendustakan Rasul-rasul.



Surah Al Hijr

 

Ayat 81

وَءاتَيْنَهُمْ ءايتنَا فَكَانُوا عَنْهَا مُعْرضِينَ

 

Translation

Dan Kami telah berikan kepada mereka tanda-tanda; kekuasaan Kami; tetapi mereka terus juga berpaling.



Surah Al Hijr

 

Ayat 82

وَكَانُوا يَنْحِتُونَ مِنْ الجِبَال بُيُوتًا ءامِنِينَ

 

Translation

Dan mereka memahat sebahagian dari gunung-ganang, sebagai tempat tinggal dengan keadaan aman dari sesuatu bahaya.



Surah Al Hijr

 

Ayat 83

فَاخَذَتْهُمْ الصَّيْحَةُ مُصْبِحِينَ

 

Translation

Meskipun demikian, mereka dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, pada waktu pagi.



Surah Al Hijr

 

Ayat 84

فَمَا اغْنَى عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

 

Translation

Maka apa yang mereka telah usahakan itu, tidak dapat menolong mereka sedikit pun.



Surah Al Hijr

 

Ayat 85

وَمَا خَلقْنَا السَّمَوَتِ وَالارضَ وَمَا بَيْنَهُمَا الا بِالحَقِّ وَانّ׀Ž السَّاعَةَ لاءتِيَةٌ فَاصْفَحْ الصَّفْحَ الجَمِيل

 

Translation

Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu, melainkan dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat; dan sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang; oleh itu biarkanlah serta layanlah mereka dengan cara yang elok.



Surah Al Hijr

 

Ayat 86

انَّ ربَّكَ هُوَ الخَلقُ العَليمُ

 

Translation

Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang menciptakan sekalian makhluk, lagi Maha Mengetahui.



Surah Al Hijr

 

Ayat 87

وَلقَدْ ءاتَيْنكَ سَبْعًا مِنْ المَثَانِي وَالقُرءانُ العَظِيمَ

 

Translation

Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya, dan seluruh Al-Qur'an yang amat besar.



Surah Al Hijr

 

Ayat 88

لا تَمُدَّنَّ عَيْنَيْكَ الى مَا مَتَّعْنَا بِهِ ازْوَجًا مِنْهُمْ وَلا تَحْزَنْ عَليْهِمْ وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ للمُؤْمِنِينَ

 

Translation

Janganlah engkau menujukan pandanganmu kepada nikmat kesenangan yang Kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka, dan janganlah engkau merasa dukacita terhadap mereka; dan sebaliknya hendaklah engkau merendahkan diri kepada orang yang beriman.



Surah Al Hijr

 

Ayat 89

وَقُل انِّي انَا النَّذِير المُبِينُ

 

Translation

Dan katakanlah: Sesungguhnya aku ini, adalah seorang Rasul pemberi amaran dengan bukti-bukti yang nyata.



Surah Al Hijr

 

Ayat 90

كَمَا انْزَلنَا عَلى المُقْتَسِمِينَ

 

Translation

Samalah seperti Kami menurunkan (Kitab-kitab) kepada orang yang membahagi-bahagi.



Surah Al Hijr

 

Ayat 91

الذِينَ جَعَلوا القُرءانُ عِضِينَ

 

Translation

Iaitu mereka yang menjadikan Al-Qur'an terbahagi kepada beberapa bahagian.



Surah Al Hijr

 

Ayat 92

فَوَربِّكَ لنَسْءلنَّهُمْ اجْمَعِينَ

 

Translation

Demi Tuhanmu! Kami akan menyoal mereka yang kafir itu semuanya pada hari kiamat kelak.



Surah Al Hijr

 

Ayat 93

عَمَّا كَانُوا يَعْمَلونَ

 

Translation

Mengenai apa yang mereka telah lakukan.



Surah Al Hijr

 

Ayat 94

فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَر وَاعْرضْ عَنْ المُشْركِينَ

 

Translation

Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum musyrik itu.



Surah Al Hijr

 

Ayat 95

انَّا كَفَيْنَكَ المُسْتَهْزءينَ

 

Translation

Sesungguhnya Kami tetap memeliharamu dari kejahatan orang yang mempersendakanmu.



Surah Al Hijr

 

Ayat 96

الذِينَ يَجْعَلونَ مَعَ اللهِ الهًا ءاخَر فَسَوْفَ يَعْلمُونَ

 

Translation

Iaitu mereka yang mengadakan tuhan yang lain bersama Allah; maka mereka akan mengetahui kelak.



Surah Al Hijr

 

Ayat 97

وَلقَدْ نَعْلمُ انَّكَ يَضِيقُ صَدْركَ بِمَا يَقُولونَ

 

Translation

Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan.



Surah Al Hijr

 

Ayat 98

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ ربِّكَ وَكُنْ مِنْ السَّجِدِينَ

 

Translation

Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang yang sujud.



Surah Al Hijr

 

Ayat 99

وَاعْبُدْ ربَّكَ حَتَّى يَاتِيَكَ اليَقِينُ

 

Translation

Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu perkara yang tetap dan yakin.