|
Surah Al Hasyr |
|
|
Ayat 1 | |
|
| |
|
Translation Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucapkan tasbih kepada Allah; Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. |
|
Surah Al Hasyr |
|
|
Ayat 2 | |
|
| |
|
Translation Dialah yang telah mengeluarkan orang kafir di antara Ahli Kitab dari kampung mereka buat pertama kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. Kamu tidak menyangka bahawa mereka akan keluar, dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan mereka dari azab Allah. Maka Allah menimpakan (azab-Nya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkan-Nya perasaan takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan tangan orang yang beriman. Maka insaflah dan ambillah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya. |
|
Surah Al Hasyr |
|
|
Ayat 3 | |
|
| |
|
Translation Dan kalaulah tidak kerana Allah telah menetapkan pengusiran terhadap mereka, tentulah Ia akan menyeksa mereka di dunia; dan mereka pula akan beroleh azab seksa Neraka pada hari akhirat kelak. |
|
Surah Al Hasyr |
|
|
Ayat 4 | |
|
| |
|
Translation Yang demikian, kerana mereka menentang Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang menentang Allah, maka sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya. |
|
Surah Al Hasyr |
|
|
Ayat 5 | |
|
| |
|
Translation Mana-mana pohon kurma yang kamu tebang atau kamu biarkan tegak berdiri atas pokoknya. Maka yang demikian adalah dengan izin Allah dan kerana Ia hendak menimpakan kehinaan kepada orang yang fasik. |
|
Surah Al Hasyr |
|
|
Ayat 6 | |
|
| |
|
Translation Dan apa jua yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya dari peninggalan harta benda mereka, kerana kamu tidak memecut seekor kuda pun dan tidak menunggang seekor unta pun; tetapi Allah memberikan kekuasaan kepada Rasul-Nya ke atas sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. |
|
Surah Al Hasyr |
|
|
Ayat 7 | |
|
| |
|
Translation Apa yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya dari harta penduduk negeri dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan Rasulullah, dan bagi kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin serta orang musafir. Supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang kaya dari kalangan kamu. Apa jua yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah ia, dan apa jua yang dilarang kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya. |
|
Surah Al Hasyr |
|
|
Ayat 8 | |
|
| |
|
Translation (Iaitu) orang fakir yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya dan harta bendanya kerana mencari limpah kurnia dari Allah dan keredhaan-Nya, serta menolong (agama) Allah dan Rasul-Nya, mereka itulah orang yang benar. |
|
Surah Al Hasyr |
|
|
Ayat 9 | |
|
| |
|
Translation Dan orang yang mendiami kota (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada di dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang yang berhijrah itu; dan mereka mengutamakan (kaum Muhajirin itu) lebih daripada diri sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. Dan sesiapa yang memelihara dirinya daripada kebakhilannya, maka mereka itulah orang yang berjaya. |
|
Surah Al Hasyr |
|
|
Ayat 10 | |
|
| |
|
Translation Dan orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka berdoa: Wahai Tuhan kami! Ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami rasa dengki terhadap orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan Rahmat-Mu. |
|
Surah Al Hasyr |
|
|
Ayat 11 | |
|
| |
|
Translation Tidakkah engkau perhatikan sikap orang munafik itu? Mereka berkata kepada saudara-saudara mereka yang kafir dari kalangan (kaum Yahudi) ahli Kitab: Sesungguhnya kalau kamu diusir, tentulah kami akan keluar bersamamu, dan kami tidak akan tunduk kepada sesiapa pun untuk selama-lamanya; dan kalau kamu diperangi, sudah tentu kami akan membelamu! Padahal Allah menyaksikan bahawa sebenarnya mereka adalah pendusta. |
|
Surah Al Hasyr |
|
|
Ayat 12 | |
|
| |
|
Translation Sungguh! Jika mereka diusir, orang munafik itu tidak akan keluar bersama mereka; dan jika mereka diperangi, orang munafik itu tidak akan menolongnya jika mereka membelanya sekalipun, sudah tentu mereka (Yahudi dan munafik) akan melarikan diri; kemudian mereka tidak akan mendapat pertolongan. |
|
Surah Al Hasyr |
|
|
Ayat 13 | |
|
| |
|
Translation Sesungguhnya kamu dalam hati mereka lebih ditakuti daripada Allah; yang demikian itu kerana mereka ialah kaum yang tidak mengerti. |
|
Surah Al Hasyr |
|
|
Ayat 14 | |
|
| |
|
Translation Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu-padu, melainkan dikampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. Permusuhan di antara mereka amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu-padu, sedang hati mereka berpecah belah. Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami. |
|
Surah Al Hasyr |
|
|
Ayat 15 | |
|
| |
|
Translation Samalah seperti orang yang terdahulu sedikit dari mereka, yang telah merasai akibat yang buruk dari perbuatan mereka; dan bagi mereka azab yang pedih. |
|
Surah Al Hasyr |
|
|
Ayat 16 | |
|
| |
|
Translation (Sikap mereka itu) samalah seperti Syaitan ketika ia berkata kepada manusia: Kufurlah engkau! Setelah orang itu berlaku kufur, berkatalah ia: Sesungguhnya aku berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan yang menguasai seluruh alam! |
|
Surah Al Hasyr |
|
|
Ayat 17 | |
|
| |
|
Translation Maka kesudahan keduanya, bahawa mereka ditempatkan di dalam Neraka, kekal mereka di dalamnya. Dan demikianlah balasan orang yang zalim. |
|
Surah Al Hasyr |
|
|
Ayat 18 | |
|
| |
|
Translation Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah; dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan untuk hari esok. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi Pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan. |
|
Surah Al Hasyr |
|
|
Ayat 19 | |
|
| |
|
Translation Dan janganlah kamu menjadi seperti orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupakan diri mereka. Mereka itulah orang yang fasik. |
|
Surah Al Hasyr |
|
|
Ayat 20 | |
|
| |
|
Translation Tidaklah sama ahli Neraka dan ahli syurga; ahli Syurgalah orang yang beroleh kemenangan. |
|
Surah Al Hasyr |
|
|
Ayat 21 | |
|
| |
|
Translation Sekiranya Kami turunkan Al-Qur'an ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau lihat gunung itu tunduk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan contoh perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia,upaya mereka memikirkannya. |
|
Surah Al Hasyr |
|
|
Ayat 22 | |
|
| |
|
Translation Dialah Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. |
|
Surah Al Hasyr |
|
|
Ayat 23 | |
|
| |
|
Translation Dialah Allah, tiada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai; Yang Maha Suci; Yang Maha Sejahtera; Yang Melimpahkan Keamanan; Maha Pengawal; Maha Kuasa; Maha Kuat; Memiliki segala Kebesaran. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan. |
|
Surah Al Hasyr |
|
|
Ayat 24 | |
|
| |
|
Translation Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan; Yang Membentuk rupa; bagi-Nyalah nama-nama yang sebaik-baiknya; bertasbih kepada-Nya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dialah Yang tidak ada tolok bandingnya, lagi Maha Bijaksana. |