Surah Al Hajj

 

Ayat 1

يَأيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ إِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْءٌ عَظِيمٌ

 

Translation

Wahai umat manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari Kiamat itu suatu perkara yang amat besar.



Surah Al Hajj

 

Ayat 2

يَوْمَ تَرَوْنَهَا تَذْهَلُ كُلُّ مُرْضِعَةٍ عَمَّا أَرْضَعَتْ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكَرَى وَمَا هُمْ بِسُكَرَى وَلَكِنَّ عَذَابَ اللَّهِ شَدِيدٌ

 

Translation

Pada hari kamu melihat peristiwa-peristiwa yang mengerikan itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandung; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan.



Surah Al Hajj

 

Ayat 3

وَمِنْ النَّاسِ مَنْ يُجَدِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّبِعُ كُلَّ شَيْطَنٍ مَرِيدٍ

 

Translation

Dan ada di antara manusia yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan, dan ia menurut setiap syaitan yang telah sebati dengan kejahatan.



Surah Al Hajj

 

Ayat 4

كُتِبَ عَلَيْهِ أَنَّهُ مَنْ تَوَلَّاهُ فَأَنَّهُ يُضِلُّهُ وَيَهْدِيهِ إِلَى عَذَابِ السَّعِيرِ

 

Translation

Yang telah ditetapkan kepada syaitan-syaitan itu, bahawa sesiapa yang berketuakan dia, maka sesungguhnya ia akan menyesatkannya maka sesungguhnya ia akan menyesatkannya dan memimpinnya kepada azab neraka.



Surah Al Hajj

 

Ayat 5

يَأيُّهَا النَّاسُ إِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِنْ الْبَعْثِ فَإِنَّا خَلَقْنَكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ مِنْ مُضْغَةٍ مُخَلَّقَةٍ وَغَيْرِ مُخَلَّقَةٍ لِنُبَيِّنَ لَكُمْ وَنُقِرُّ فِي الْأَرْحَامِ مَا نَشَاءُ إِلَى أَجَ

 

Translation

Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak tentang kebangkitan makhluk, maka sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan dan yang tidak disempurnakan; untuk Kami jelaskan kepadamu; dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak kemudian sampai ke peringkat umur dewasa; dan ada di antara kamu yang dimatikan dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya, dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.



Surah Al Hajj

 

Ayat 6

ذَلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ هُوَ الْحَقُّ وَأَنَّهُ يُحْيِ الْمَوْتَى وَأَنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

 

Translation

Yang demikian itu kerana sesungguhnya Allah jualah Tuhan Yang sebenar-benarnya, dan sesungguhnya Dialah yang menghidupkan makhluk yang mati, dan Dialah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.



Surah Al Hajj

 

Ayat 7

وَأَنَّ السَّاعَةَ ءاتِيَةٌ لَا رَيْبَ فِيهَا وَأَنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ مَنْ فِي الْقُبُورِ

 

Translation

Dan sesungguhnya Kiamat itu akan datang, tidak ada syak padanya, dan bahawa sesungguhnya Allah akan membangkitkan orang yang di dalam kubur.



Surah Al Hajj

 

Ayat 8

وَمِنْ النَّاسِ مَنْ يُجَدِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَلَا هُدًى وَلَا كِتَبٍ مُنِيرٍ

 

Translation

Dan ada di antara manusia yang membantah tentang Allah tanpa pengetahuan, tanpa petunjuk, dan tanpa mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran.



Surah Al Hajj

 

Ayat 9

ثَانِيَ عِطْفِهِ لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ لَهُ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ وَنُذِيقُهُ يَوْمَ الْقِيَمَةِ عَذَابَ الْحَرِيقِ

 

Translation

Ia memalingkan sebelah badannya dengan sombong untuk menyesatkan manusia dari jalan agama Allah; baginya di dunia kehinaan, dan Kami akan merasakannya azab yang membakar pada hari Kiamat kelak.



Surah Al Hajj

 

Ayat 10

ذَلِكَ بِمَا قَدَّمَتْ يَدَاكَ وَأَنَّ اللَّهَ لَيْسَ بِظَلَّمٍ لِلْعَبِيدِ

 

Translation

Azab yang demikian ini ialah disebabkan perbuatan tanganmu sendiri, kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hamba-Nya.



Surah Al Hajj

 

Ayat 11

وَمِنْ النَّاسِ مَنْ يَعْبُدُ اللَّهَ عَلَى حَرْفٍ فَإِنْ أَصَابَهُ خَيْرٌ اطْمَأَنَّ بِهِ وَإِنْ أَصَابَتْهُ فِتْنَةٌ انقَلَبَ عَلَى وَجْهِهِ خَسِرَ الدُّنْيَا وَالْاءخِرَةَ ذَلِكَ هُوَ الْخُسْرَانُ الْمُبِينُ

 

Translation

Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau ia ditimpa kesusahan, berbaliklah ia semula kepada kekufurannya. Dengan itu rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata.



Surah Al Hajj

 

Ayat 12

يَدْعُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَضُرُّهُ وَمَا لَا يَنْفَعُهُ ذَلِكَ هُوَ الضَّلَلُ الْبَعِيدُ

 

Translation

Ia menyembah yang lain dari Allah, yang tidak dapat membahayakannya dan tidak mendatangkan kebaikan kepadanya; itulah kesesatan yang jauh.



Surah Al Hajj

 

Ayat 13

يَدْعُوا لَمَنْ ضَرُّهُ أَقْرَبُ مِنْ نَفْعِهِ لَبِئْسَ الْمَوْلَى وَلَبِئْسَ الْعَشِيرُ

 

Translation

Ia menyeru sesuatu yang mudaratnya lebih dekat dari manfaatnya; sesungguhnya yang diseru itu seburuk-buruk penolong dan seburuk-buruk sahabat.



Surah Al Hajj

 

Ayat 14

إِنَّ اللَّهَ يُدْخِلُ الَّذِينَ ءامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّلِحَتِ جَنَّتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَرُ إِنَّ اللَّهَ يَفْعَلُ مَا يُرِيدُ

 

Translation

Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang yang beriman dan beramal salih ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; sesungguhnya Allah melakukan apa yang Ia tentukan.



Surah Al Hajj

 

Ayat 15

مَنْ كَانَ يَظُنُّ أَنْ لَنْ يَنصُرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْاءخِرَةِ فَلْيَمْدُدْ بِسَبَبٍ إِلَى السَّمَاءِ ثُمَّ لِيَقْطَعْ فَلْيَنظُرْ هَلْ يُذْهِبَنَّ كَيْدُهُ مَا يَغِيظُ

 

Translation

Sesiapa yang menyangka bahawa Allah tidak sekali-kali akan menolong Nabi Muhammad di dalam dunia ini dan di akhirat kelak, maka hendaklah ia merentangkan tali ke langit, kemudian hendaklah ia melaluinya maka hendaklah ia perhatikan lebih dahulu, apakah tipu dayanya itu dapat menghapuskan sebab-sebab yang menimbulkan kemarahannya?



Surah Al Hajj

 

Ayat 16

وَكَذَلِكَ أَنزَلْنَهُ ءايَتٍ بَيِّنَتٍ وَأَنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يُرِيدُ

 

Translation

Dan demikianlah Kami turunkan Al-Qur'an itu sebagai keterangan yang nyata; dan sesungguhnya Allah memberi petunjuk sesiapa yang dikehendaki-Nya.



Surah Al Hajj

 

Ayat 17

إِنَّ الَّذِينَ ءامَنُوا وَالَّذِينَ هَادُوا وَالصَّبِءينَ وَالنَّصَرَى وَالْمَجُوسَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا إِنَّ اللَّهَ يَفْصِلُ بَيْنَهُمْ يَوْمَ الْقِيَمَةِ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ

 

Translation

Sesungguhnya orang yang beriman, orang Yahudi, orang Saabiin, orang Nasrani, orang Majusi, dan orang Musyrik, bahawasanya Allah akan memberi keputusan di antara mereka pada hari Kiamat, kerana sesungguhnya Allah Menyaksikan segala sesuatu.



Surah Al Hajj

 

Ayat 18

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يَسْجُدُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَوَتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ وَالنُّجُومُ وَالْجِبَالُ وَالشَّجَرُ وَالدَّوَابُّ وَكَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ وَكَثِيرٌ حَقَّ عَلَيْهِ الْعَذَابُ وَمَنْ يُهِنْ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ

 

Translation

Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah, matahari, bulan, bintang-bintang, gunung-ganang, pokok-pokok kayu, binatang-binatang yang melata, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula yang berhak ditimpa azab; dan sesiapa yang dihinakan Allah maka tidak ada baginya kemuliaan. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkan-Nya.



Surah Al Hajj

 

Ayat 19

هَذَانِ خَصْمَانِ اخْتَصَمُوا فِي رَبِّهِمْ فَالَّذِينَ كَفَرُوا قُطِّعَتْ لَهُمْ ثِيَابٌ مِنْ نَارٍ يُصَبُّ مِنْ فَوْقِ رُءُوسِهِمْ الْحَمِيمُ

 

Translation

Inilah dua golongan mukmin dan kafir yang berbantah-bantahan tentang Tuhan mereka. Maka orang yang kafir akan dipotongkan untuk mereka pakaian dari api neraka, serta dicurahkan atas kepala mereka air panas yang menggelegak.



Surah Al Hajj

 

Ayat 20

يُصْهَرُ بِهِ مَا فِي بُطُونِهِمْ وَالْجُلُودُ

 

Translation

Yang dengannya dihancurkan apa yang ada dalam perut mereka, dan juga kulit badan mereka.



Surah Al Hajj

 

Ayat 21

وَلَهُمْ مَقَمِعُ مِنْ حَدِيدٍ

 

Translation

Yang dengannya pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka.



Surah Al Hajj

 

Ayat 22

كُلَّمَا أَرَادُوا أَنْ يَخْرُجُوا مِنْهَا مِنْ غَمٍّ أُعِيدُوا فِيهَا وَذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ

 

Translation

Tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, disebabkan azabnya, mereka dikembalikan padanya, serta dikatakan: Rasalah kamu azab yang membakar!



Surah Al Hajj

 

Ayat 23

إِنَّ اللَّهَ يُدْخِلُ الَّذِينَ ءامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّلِحَتِ جَنَّتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَرُ يُحَلَّوْنَ فِيهَا مِنْ أَسَاوِرَ مِنْ ذَهَبٍ وَلُؤْلُؤًا وَلِبَاسُهُمْ فِيهَا حَرِيرٌ

 

Translation

Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang yang beriman dan beramal salih ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.



Surah Al Hajj

 

Ayat 24

وَهُدُوا إِلَى الطَّيِّبِ مِنْ الْقَوْلِ وَهُدُوا إِلَى صِرَطِ الْحَمِيدِ

 

Translation

Dan mereka diberi petunjuk kepada mengucapkan kata-kata yang baik, serta diberi petunjuk ke jalan Allah Yang Amat Terpuji.



Surah Al Hajj

 

Ayat 25

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ الَّذِي جَعَلْنَهُ لِلنَّاسِ سَوَاءً الْعَكِفُ فِيهِ وَالْبَادِ وَمَنْ يُرِدْ فِيهِ بِإِلْحَادٍ بِظُلْمٍ نُذِقْهُ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ

 

Translation

Sesungguhnya orang kafir yang menghalang manusia dari jalan Allah, dan dari memasuki Masjid al-Haraam, yang Kami jadikan tempat beribadat bagi manusia. Sama ada yang bermukim disitu mahupun yang datang berkunjung, dan sesiapa yang bermaksud padanya melakukan kejahatan secara zalim, nescaya akan Kami rasakan kepadanya azab seksa yang pedih.



Surah Al Hajj

 

Ayat 26

وَإِذْ بَوَّأْنَا لِإِبْرَهِيمَ مَكَانَ الْبَيْتِ أَنْ لَا تُشْرِكْ بِي شَيْءا وَطَهِّرْ بَيْتِي لِلطَّائِفِينَ وَالْقَائِمِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ

 

Translation

Dan ketika Kami tentukan bagi Ibrahim tempatnya di Kaabah lalu Kami berfirman kepadanya: Janganlah engkau sekutukan dengan-Ku, sesuatu pun dan bersihkanlah rumah-Ku bagi orang yang bertawaf, dan orang yang berdiri dan orang yang rukuk serta sujud.



Surah Al Hajj

 

Ayat 27

وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ

 

Translation

Dan serulah umat manusia untuk Haji, mereka akan datang ke rumah Tuhanmu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta, yang datangnya dari berbagai jalan dan ceruk rantau yang jauh.



Surah Al Hajj

 

Ayat 28

لِيَشْهَدُوا مَنَفِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَتٍ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الْأَنْعَمِ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ

 

Translation

Supaya mereka menyaksikan berbagai faedah bagi mereka, serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, atas kurniaan-Nya kepada mereka dari binatang ternak; maka makanlah kamu darinya dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir.



Surah Al Hajj

 

Ayat 29

ثُمَّ لِيَقْضُوا تَفَثَهُمْ وَلْيُوفُوا نُذُورَهُمْ وَلْيَطَّوَّفُوا بِالْبَيْتِ الْعَتِيقِ

 

Translation

Kemudian hendaklah mereka membersihkan diri, dan sempurnakanlah nazar mereka, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah yang tua itu.



Surah Al Hajj

 

Ayat 30

ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ حُرُمَتِ اللَّهِ فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ عِنْدَ رَبِّهِ وَأُحِلَّتْ لَكُمْ الْأَنْعَمُ إِلَّا مَا يُتْلَى عَلَيْكُمْ فَاجْتَنِبُوا الرِّجْسَ مِنْ الْأَوْثَنِ وَاجْتَنِبُوا قَوْلَ الزُّورِ

 

Translation

Itulah yang wajib dipatuhi; dan sesiapa yang menghormati hukum-hukum Allah, maka yang demikian menjadi kebaikan baginya di sisi Tuhannya. Dan dihalalkan bagi kamu binatang-binatang ternak, kecuali yang dibacakan kepada kamu tentang haramnya, maka jauhilah kekotoran syirik yang disebabkan oleh berhala-berhala, serta jauhilah perkataan dusta.



Surah Al Hajj

 

Ayat 31

حُنَفَاءَ لِلَّهِ غَيْرَ مُشْرِكِينَ بِهِ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَكَأَنَّمَا خَرَّ مِنْ السَّمَاءِ فَتَخْطَفُهُ الطَّيْرُ أَوْ تَهْوِي بِهِ الرِّيحُ فِي مَكَانٍ سَحِيقٍ

 

Translation

Beramal ikhlaslah kepada Allah, serta tidak menyekutukan sesuatu dengan-Nya; dan sesiapa yang menyekutukan Allah, maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh.



Surah Al Hajj

 

Ayat 32

ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعئِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ

 

Translation

Demikianlah ajaran Allah; dan sesiapa yang menghormati Syiar-syiar agama Allah, maka termasuklah dia orang yang bertaqwa.



Surah Al Hajj

 

Ayat 33

لَكُمْ فِيهَا مَنَفِعُ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى ثُمَّ مَحِلُّهَا إِلَى الْبَيْتِ الْعَتِيقِ

 

Translation

Kamu beroleh pelbagai faedah pada binatang ternak itu hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian tempat menyembelihnya ialah di rumah tua Baitullah.



Surah Al Hajj

 

Ayat 34

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا لِيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الْأَنْعَمِ فَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَحِدٌ فَلَهُ أَسْلِمُوا وَبَشِّرْ الْمُخْبِتِينَ

 

Translation

Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur atas kurniaan-Nya kepada mereka dari binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepada-Nya; dan sampaikanlah berita gembira wahai Muhammad kepada orang yang tunduk taat.



Surah Al Hajj

 

Ayat 35

الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَالصَّبِرِينَ عَلَى مَا أَصَابَهُمْ وَالْمُقِيمِ الصَّلَوةِ وَمِمَّا رَزَقْنَهُمْ يُنْفِقُونَ

 

Translation

Iaitu orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang yang sabar atas apa yang menimpa mereka, dan yang mendirikan sembahyang, dan yang menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.



Surah Al Hajj

 

Ayat 36

وَالْبُدْنَ جَعَلْنهَا لَكُمْ مِنْ شَعَئِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ كَذَلِكَ سَخَّرْنَهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

 

Translation

Dan Kami jadikan unta sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah ketika menyembelihnya ketika terikat; maka apabila ia tumbang, makanlah sebahagian daripadanya, dan beri makanlah kepada orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu supaya kamu bersyukur.



Surah Al Hajj

 

Ayat 37

لَنْ يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنْكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَكُمْ وَبَشِّرْ الْمُحْسِنِينَ

 

Translation

Daging dan darah binatang korban itu tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketaqwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagimu supaya kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya kepadamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang berusaha supaya baik amalnya.



Surah Al Hajj

 

Ayat 38

إِنَّ اللَّهَ يُدَفِعُ عَنْ الَّذِينَ ءامَنُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ خَوَّانٍ كَفُورٍ

 

Translation

Sesungguhnya Allah membela orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.



Surah Al Hajj

 

Ayat 39

أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا وَإِنَّ اللَّهَ عَلَى نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ

 

Translation

Diizinkan berperang bagi orang yang diperangi, sebab mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka.



Surah Al Hajj

 

Ayat 40

الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِنْ دِيَرِهِمْ بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَنْ يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّهُ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَمِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَتٌ وَمَسَجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا وَلَيَنصُرَنَّ اللّ

 

Translation

Iaitu mereka yang diusir dari kampung dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, mereka diusir semata-mata kerana mereka berkata: Tuhan kami ialah Allah. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja, dan tempat-tempat sembahyang kaum Yahudi, dan juga masjid-masjid yang disebut banyak nama Allah padanya; dan bahawa Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.



Surah Al Hajj

 

Ayat 41

الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَوةَ وَءاتَوْا الزَّكَوةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنْ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَقِبَةُ الْأُمُورِ

 

Translation

Iaitu mereka yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan perkara yang mungkar. Dan ingatlah bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.



Surah Al Hajj

 

Ayat 42

وَإِنْ يُكَذِّبُوكَ فَقَدْ كَذَّبَتْ قَبْلَهُمْ قَوْمُ نُوحٍ وَعَادٌ وَثَمُودُ

 

Translation

Dan jika mereka mendustaimu, maka sesungguhnya telah mendustakan sebelum mereka Kaum Nuh, Ad, dan Thamud akan Rasul masing-masing.



Surah Al Hajj

 

Ayat 43

وَقَوْمُ إِبْرَهِيمَ وَقَوْمُ لُوطٍ

 

Translation

Dan demikian juga kaum Nabi Ibrahim dan kaum Nabi Lut.



Surah Al Hajj

 

Ayat 44

وَأَصْحَبُ مَدْيَنَ وَكُذِّبَ مُوسَى فَأَمْلَيْتُ لِلْكَفِرِينَ ثُمَّ أَخَذْتُهُمْ فَكَيْفَ كَانَ نَكِيرِ

 

Translation

Dan juga penduduk Madyan; dan Nabi Musa juga telah didustakan; maka Aku memberi tempoh kepada orang kafir itu, kemudian Aku menimpakan mereka dengan azab siksa. Dengan yang demikian perhatikanlah bagaimana buruknya kesan kemurkaan-Ku.



Surah Al Hajj

 

Ayat 45

فَكَأَيِّنْ مِنْ قَرْيَةٍ أَهْلَكْنَهَا وَهِيَ ظَالِمَةٌ فَهِيَ خَاوِيَةٌ عَلَى عُرُوشِهَا وَبِئْرٍ مُعَطَّلَةٍ وَقَصْرٍ مَشِيدٍ

 

Translation

Maka bukan sedikit negeri-negeri yang telah Kami binasakan dengan sebab kezaliman penduduknya, lalu runtuh-ranaplah menutup atas atap-atapnya dan bukan sedikit telaga yang terbiar, dan istana yang tersergam ditinggalkan.



Surah Al Hajj

 

Ayat 46

أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ ءاذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَرُ وَلَكِنْ تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ

 

Translation

Apakah mereka tidak berjalan di muka bumi supaya mereka menjadi orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka mendengar, sesungguhnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dada.



Surah Al Hajj

 

Ayat 47

وَيَسْتَعْجِلُونَكَ بِالْعَذَابِ وَلَنْ يُخْلِفَ اللَّهُ وَعْدَهُ وَإِنَّ يَوْمًا عِنْدَ رَبِّكَ كَأَلْفِ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ

 

Translation

Dan mereka meminta kepadamu menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janji-Nya; dan katakanlah kepada mereka: Sesungguhnya satu hari di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari hitung kamu.



Surah Al Hajj

 

Ayat 48

وَكَأَيِّنْ مِنْ قَرْيَةٍ أَمْلَيْتُ لَهَا وَهِيَ ظَالِمَةٌ ثُمَّ أَخَذْتُهَا وَإِلَيَّ الْمَصِيرُ

 

Translation

Dan berapa banyak negeri yang Aku beri tempoh, sedang penduduknya berlaku zalim; kemudian Aku azabkan mereka; dan kepada Akulah tempat kembali.



Surah Al Hajj

 

Ayat 49

قُلْ يَأيُّهَا النَّاسُ إِنَّمَا أَنَا لَكُمْ نَذِيرٌ مُبِينٌ

 

Translation

Katakanlah: Wahai sekalian manusia, aku tidak lain hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas kepada kamu.



Surah Al Hajj

 

Ayat 50

فَالَّذِينَ ءامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّلِحَتِ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ

 

Translation

Maka orang yang beriman dan beramal salih akan beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.



Surah Al Hajj

 

Ayat 51

وَالَّذِينَ سَعَوْا فِي ءايَتِنَا مُعَجِزِينَ أُوْلَئِكَ أَصْحَبُ الْجَحِيمِ

 

Translation

Dan orang yang berusaha menentang dan membatalkan ayat-ayat keterangan Kami, mereka itulah ahli neraka.



Surah Al Hajj

 

Ayat 52

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُولٍ وَلَا نَبِيٍّ إِلَّا إِذَا تَمَنَّى أَلْقَى الشَّيْطَنُ فِي أُمْنِيَّتِهِ فَيَنْسَخُ اللَّهُ مَا يُلْقِي الشَّيْطَنُ ثُمَّ يُحْكِمُ اللَّهُ ءايَتِهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

 

Translation

Dan tidaklah Kami utus sebelummu seorang Rasul atau Nabi melainkan apabila ia bercita-cita, Syaitan memasukkan keraguan dalam cita-citanya itu; maka Allah hapuskan apa yang diganggu oleh Syaitan, kemudian Allah menetapkan ayat-ayat-Nya; dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.



Surah Al Hajj

 

Ayat 53

لِيَجْعَلَ مَا يُلْقِي الشَّيْطَنُ فِتْنَةً لِلَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ وَالْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُمْ وَإِنَّ الظَّلِمِينَ لَفِي شِقَاقٍ بَعِيدٍ

 

Translation

(Yang demikian) kerana Allah hendak menjadikan hasutan Syaitan itu sebagai satu cubaan bagi orang yang ada penyakit kufur ingkar dalam hati mereka, dan sesungguhnya mereka yang zalim itu sentiasa berada dalam pertentangan yang jauh dari kebenaran.



Surah Al Hajj

 

Ayat 54

وَلِيَعْلَمَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَيُؤْمِنُوا بِهِ فَتُخْبِتَ لَهُ قُلُوبُهُمْ وَإِنَّ اللَّهَ لَهَادِ الَّذِينَ ءامَنُوا إِلَى صِرَطٍ مُسْتَقِيمٍ

 

Translation

Dan juga supaya orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya; dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang yang beriman ke jalan yang lurus.



Surah Al Hajj

 

Ayat 55

وَلَا يَزَالُ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي مرْيَةٍ مِنهُ حَتَّى تَأْتِيَهُمْ السَّاعَةُ بغْتَةً أَوْ يَأْتِيَهُمْ عَذَابُ يَوْمٍ عَقِيمٍ

 

Translation

Dan orang kafir tetap di dalam keraguan terhadap Al-Qur'an, hingga datang kepada mereka saat Kiamat secara mengejut, atau datang kepada mereka azab hari yang tidak ada kebaikan untuk mereka.



Surah Al Hajj

 

Ayat 56

الْمُلْكُ يَوْمَئِذٍ لِلَّهِ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فَالَّذِينَ ءامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّلِحَتِ فِي جَنَّتِ النَّعِيمِ

 

Translation

Kuasa pemerintahan pada hari Kiamat itu tertentu bagi Allah. Ia akan menghukum di antara mereka. Maka orang yang beriman dan beramal salih ditempatkan di dalam Syurga yang penuh dengan segala nikmat dan kesenangan.



Surah Al Hajj

 

Ayat 57

وَالَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِءايَتِنَا فَأُوْلَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ

 

Translation

Dan orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, maka mereka beroleh azab seksa yang menghina.



Surah Al Hajj

 

Ayat 58

وَالَّذِينَ هَاجَرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ ثُمَّ قُتِلُوا أَوْ مَاتُوا لَيَرْزُقَنَّهُمْ اللَّهُ رِزْقًا حَسَنًا وَإِنَّ اللَّهَ لَهُوَ خَيْرُ الرَّزِقِينَ

 

Translation

Dan orang yang berhijrah pada jalan Allah, kemudian mereka terbunuh atau mati, nescaya Allah akan mengurniakan rezeki yang baik kepada mereka, Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi limpah kurnia.



Surah Al Hajj

 

Ayat 59

لَيُدْخِلَنَّهُمْ مُدْخَلًا يَرْضَوْنَهُ وَإِنَّ اللَّهَ لَعَلِيمٌ حَلِيمٌ

 

Translation

Sudah tentu Allah akan memasukkan mereka ke tempat yang mereka sukai, dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.



Surah Al Hajj

 

Ayat 60

ذَلِكَ وَمَنْ عَاقَبَ بِمِثْلِ مَا عُوقبَ بِهِ ثُمَّ بُغِيَ عَلَيْهِ لَيَنصُرَنَّهُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ لَعَفُوٌّ غَفُورٌ

 

Translation

Demikianlah. Dan sesiapa yang membalas kejahatan sama seperti yang dilakukan kepadanya, kemudian ia dianiayai lagi, nescaya Allah akan menolongnya, Dalam pada itu ingatlah, sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.



Surah Al Hajj

 

Ayat 61

ذَلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ يُولِجُ اليْلَ فِي النَّهَارِ وَيُولِجُ النَّهَارَ فِي اليْلِ وَأَنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ بَصِيرٌ

 

Translation

Yang demikian itu, adalah kerana Allah berkuasa memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam; dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.



Surah Al Hajj

 

Ayat 62

ذَلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ هُوَ الْحَقُّ وَأَنَّ مَا يَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ هُوَ الْبَطِلُ وَأَنَّ اللَّهَ هُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ

 

Translation

Kuasa Allah yang demikian itu, adalah kerana sesungguhnya Allah, Dialah Tuhan Yang Sebenarnya, dan bahawa segala yang mereka sembah selain-Nya itulah yang nyata palsunya. Dan ingatlah sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar kekuasaan-Nya.



Surah Al Hajj

 

Ayat 63

أَلَمْ تَرَى أَنَّ اللَّهَ أَنزَلَ مِنْ السَّمَاءِ مَاءً فَتُصْبِحُ الْأَرْضُ مُخْضَرَّةً إِنَّ اللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ

 

Translation

Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah menurunkan hujan dari langit, lalu menjadilah bumi ini hijau subur (dengan sebabnya)? Sesungguhnya Allah Maha Halus serta lemah-lembut (urusan tadbir-Nya); lagi Maha mengetahui.



Surah Al Hajj

 

Ayat 64

لَهُ مَا فِي السَّمَوَتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَإِنَّ اللَّهَ لَهُوَ الْغَنى الْحَمِيدُ

 

Translation

Segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Dan sesungguhnya Allah, Dialah jua Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.



Surah Al Hajj

 

Ayat 65

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُمْ مَا فِي الْأَرْضِ وَالْفُلْكَ تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِأَمْرِه وَيُمْسِكُ السَّمَاءَ أَنْ تَقَعَ عَلَى الْأَرْضِ إِلَّا بِإِذْنِهِ إِنَّ اللَّهَ بِالنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَحِيمٌ

 

Translation

Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah memudahkan apa yang ada di bumi untuk kegunaan kamu, dan (demikian juga) kapal-kapal yang belayar di laut dengan perintah-Nya? Dan Ia pula menahan langit daripada runtuh menimpa bumi, kecuali dengan izin-Nya; Sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan-Nya dan rahmat-Nya kepada umat manusia.



Surah Al Hajj

 

Ayat 66

وَهُوَ الَّذِي أَحْيَاكُمْ ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يُحْيِيكُمْ إِنَّ الْإِنسَنَ لَكَفُورٌ

 

Translation

Dan Dialah yang menghidupkan kamu, kemudian mematikan kamu, kemudian menghidupkan kamu semula. Sesungguhnya manusia sangatlah ingkar.



Surah Al Hajj

 

Ayat 67

لِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا هُمْ نَاسِكُوهُ فَلَا يُنَزِعُنَّكَ فِي الْأَمْرِ وَادْعُ إِلَى رَبِّكَ إِنَّكَ لَعَلَى هُدًى مُسْتَقِيمٍ

 

Translation

Bagi tiap-tiap umat, Kami ada satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu, dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, sesungguhnya engkau berada di jalan yang lurus.



Surah Al Hajj

 

Ayat 68

وَإِنْ جَدَلُوكَ فَقُلْ اللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا تَعْمَلُونَ

 

Translation

Dan jika mereka mengemukakan bantahan kepadamu, maka katakanlah: Allah amat mengetahui akan apa yang kamu lakukan.



Surah Al Hajj

 

Ayat 69

اللَّهُ يَحْكُمُ بَيْنَكُمْ يَوْمَ الْقِيَمَةِ فِيمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ

 

Translation

Allah akan menghukum di antara kamu semua pada hari Kiamat, mengenai apa yang kamu berselisihan padanya.



Surah Al Hajj

 

Ayat 70

أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ إِنَّ ذَلِكَ فِي كِتَبٍ إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

 

Translation

Bukanlah engkau telah mengetahui bahawasanya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi? Sesungguhnya yang demikian itu ada tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz); sesungguhnya hal itu amatlah mudah bagi Allah.



Surah Al Hajj

 

Ayat 71

وَيَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِ سُلْطَنًا وَمَا لَيْسَ لَهُمْ بِهِ عِلْمٌ ومَا لِلظَّلِمِينَ مِنْ نَصِيرٍ

 

Translation

Dan mereka menyembah yang lain dari Allah, iaitu benda-benda yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan membenarkannya, dan yang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya; dan tiada bagi orang yang zalim itu sesiapa pun yang dapat menolong.



Surah Al Hajj

 

Ayat 72

وَإِذَا تُتْلَى عَلَيْهِمْ ءايَتُنَا بَيِّنَتٍ تَعْرِفُ فِي وُجُوهِ الَّذِينَ كَفَرُوا الْمُنْكَرَ يَكَادُونَ يَسْطُونَ بِالَّذِينَ يَتْلُونَ عَلَيْهِمْ ءايَتِنَا قُلْ أَفَأُنَبِّئُكُمْ بِشَرٍّ مِنْ ذَلِكُمْ النَّارُ وَعَدَهَا اللَّهُ الَّذِينَ كَفَرُوا و

 

Translation

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang nyata, engkau akan dapat melihat pada muka orang yang kafir itu tanda marah dan benci, hampir-hampir mereka hendak menerkam dan menyerang orang yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): mahukah, aku khabarkan kepada kamu yang lebih buruk lagi daripada itu iaitu neraka? Allah menjanjikannya akan orang yang kafir, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.



Surah Al Hajj

 

Ayat 73

يَأيُّهَا النَّاسُ ضُرِبَ مَثَلٌ فَاسْتَمِعُوا لَهُ إِنَّ الَّذِينَ تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ لَنْ يَخْلُقُوا ذُبَابًا وَلَوْ اجْتَمَعُوا لَهُ وَإِنْ يَسْلُبْهُمْ الذُّبَابُ شَيْءا لَا يَسْتَنقِذُوهُ مِنْهُ ضَعُفَ الطَّالِبُ وَالْمَطْلُوبُ

 

Translation

Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, selain dari Allah itu, tidak akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat merebutnya kembali dari lalat itu lemahlah yang menyembah, dan yang disembah.



Surah Al Hajj

 

Ayat 74

مَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ

 

Translation

Mereka yang kafir itu tidak menghormati Allah menurut penghormatan yang selayaknya; sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.



Surah Al Hajj

 

Ayat 75

اللَّهُ يَصْطَفِي مِنْ الْمَلَئِكَةِ رُسُلًا وَمِنْ النَّاسِ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ بَصِيرٌ

 

Translation

Allah memilih utusan-utusan-Nya dari Malaikat dan dari manusia; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.



Surah Al Hajj

 

Ayat 76

يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ

 

Translation

Ia mengetahui apa yang ada dihadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka; dan kepada Allah jualah kembalinya segala urusan.



Surah Al Hajj

 

Ayat 77

يَأيُّهَا الَّذِينَ ءامَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا وَاعْبُدُوا رَبَّكُمْ وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

 

Translation

Wahai orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.



Surah Al Hajj

 

Ayat 78

وَجَهِدُوا فِي اللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ هُوَ اجْتَبَكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ مِلَّةَ أَبِيكُمْ إِبْرَهِيمَ هُوَ سَمَّكُمْ الْمُسْلِمينَ مِنْ قَبْلُ وَفِي هَذَا لِيَكُونَ الرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيْكُمْ وَتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَ

 

Translation

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya; Dia telah memilih kamu dan Ia tidak menjadikan atas kamu menanggung susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu orang Islam semenjak dahulu, dan di dalam Al-Qur'an ini, supaya Rasulullah menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu dirikanlah salat, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. Maka Dialah sahaja sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik pemberi pertolongan.