Surah Al Hadiid

 

Ayat 1

سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

 

Translation

Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.



Surah Al Hadiid

 

Ayat 2

لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

 

Translation

Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Ia menghidupkan dan mematikan; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.



Surah Al Hadiid

 

Ayat 3

هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

 

Translation

Dialah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.



Surah Al Hadiid

 

Ayat 4

هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِي الْأَرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنزِلُ مِنَ السَّمَاء وَمَا يَعْرُجُ فِيهَا وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنتُمْ وَاللَّهُ ب

 

Translation

Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.



Surah Al Hadiid

 

Ayat 5

لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الأمُورُ

 

Translation

Dialah sahaja yang menguasai dan langit dan bumi; dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.



Surah Al Hadiid

 

Ayat 6

يُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَيُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَهُوَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ

 

Translation

Dialah yang memasukkan malam ke dalam siang, dan memasukkan siang ke dalam malam; dan Dia Maha Mengetahui akan segala yang ada di dalam dada.



Surah Al Hadiid

 

Ayat 7

آمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَأَنفِقُوا مِمَّا جَعَلَكُم مُّسْتَخْلَفِينَ فِيهِ فَالَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَأَنفَقُوا لَهُمْ أَجْرٌ كَبِيرٌ

 

Translation

Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan belanjakanlah sebahagian dari harta benda yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu); mereka tetap beroleh pahala yang besar.



Surah Al Hadiid

 

Ayat 8

وَمَا لَكُمْ لَا تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالرَّسُولُ يَدْعُوكُمْ لِتُؤْمِنُوا بِرَبِّكُمْ وَقَدْ أَخَذَ مِيثَاقَكُمْ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

 

Translation

Dan mengapa kamu tidak beriman kepada Allah? Sedang Rasulullah mengajak kamu untuk beriman kepada Tuhan kamu, dan Allah telah mengambil janji setia dari kamu; jika kamu hendak beriman.



Surah Al Hadiid

 

Ayat 9

هُوَ الَّذِي يُنَزِّلُ عَلَى عَبْدِهِ آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لِيُخْرِجَكُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَإِنَّ اللَّهَ بِكُمْ لَرَؤُوفٌ رَّحِيمٌ

 

Translation

Dialah yang menurunkan kepada hamba-Nya ayat-ayat Al-Qur'an yang terang, kerana Ia hendak mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Belas, lagi Maha Mengasihani, terhadap kamu.



Surah Al Hadiid

 

Ayat 10

وَمَا لَكُمْ أَلَّا تُنفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلِلَّهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَا يَسْتَوِي مِنكُم مَّنْ أَنفَقَ مِن قَبْلِ الْفَتْحِ وَقَاتَلَ أُوْلَئِكَ أَعْظَمُ دَرَجَةً مِّنَ الَّذِينَ أَنفَقُوا مِن بَعْدُ وَقَاتَلُوا وَكُلًّا وَع

 

Translation

Dan mengapa kamu tidak membelanjakan harta kamu pada jalan Allah? Padahal Allah jualah yang mewarisi langit dan bumi. Tidaklah sama di antara kamu, orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan. Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu. Dan tiap-tiap satu puak dari keduanya Allah janjikan (balasan) yang sebaik-baiknya, Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu kerjakan.



Surah Al Hadiid

 

Ayat 11

مَن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ وَلَهُ أَجْرٌ كَرِيمٌ

 

Translation

Siapakah yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik. Maka Allah akan gandakan balasannya. Dan baginya pahala yang mulia!



Surah Al Hadiid

 

Ayat 12

يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَى نُورُهُم بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِم بُشْرَاكُمُ الْيَوْمَ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

 

Translation

Ketika engkau melihat orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya iman mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (dan dikatakan kepada mereka): Ada berita gembira untukmu hari ini, iaitu syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.



Surah Al Hadiid

 

Ayat 13

يَوْمَ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ لِلَّذِينَ آمَنُوا انظُرُونَا نَقْتَبِسْ مِن نُّورِكُمْ قِيلَ ارْجِعُوا وَرَاءكُمْ فَالْتَمِسُوا نُورًا فَضُرِبَ بَيْنَهُم بِسُورٍ لَّهُ بَابٌ بَاطِنُهُ فِيهِ الرَّحْمَةُ وَظَاهِرُهُ مِن قِبَلِهِ الْعَذ

 

Translation

Ketika orang munafik, lelaki dan perempuan berkata kepada orang yang beriman: Tunggulah kami, agar kami dapat mengambil sedikit dari cahayamu. Dikatakan (kepada mereka): Berundurlah kamu, kemudian carilah cahaya, serta di adakanlah di antara mereka sebuah tembok yang mempunyai pintu, di dalamnya mengandungi rahmat, dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat azab seksa.



Surah Al Hadiid

 

Ayat 14

يُنَادُونَهُمْ أَلَمْ نَكُن مَّعَكُمْ قَالُوا بَلَى وَلَكِنَّكُمْ فَتَنتُمْ أَنفُسَكُمْ وَتَرَبَّصْتُمْ وَارْتَبْتُمْ وَغَرَّتْكُمُ الْأَمَانِيُّ حَتَّى جَاء أَمْرُ اللَّهِ وَغَرَّكُم بِاللَّهِ الْغَرُورُ

 

Translation

Mereka (yang munafik) menyeru orang yang beriman: bukankah kami bersama kamu dahulu: Mereka menjawab: Benar! tetapi kamu telah membinasakan diri kamu dan kamu menunggu-nunggu (kebinasaan kami), dan kamu ragu-ragu serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong, sehingga datang ketetapan Allah. Dan kamu pula diperdayakan oleh bisikan Syaitan dengan (pengampunan) Allah.



Surah Al Hadiid

 

Ayat 15

فَالْيَوْمَ لَا يُؤْخَذُ مِنكُمْ فِدْيَةٌ وَلَا مِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مَأْوَاكُمُ النَّارُ هِيَ مَوْلَاكُمْ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ

 

Translation

Maka pada hari ini tidak diterima penebus diri dari kamu, dan tidak juga dari orang kafir, Tempat tinggal kamu ialah Neraka, Itulah penolongmu dan seburuk-buruk tempat kembali kamu!



Surah Al Hadiid

 

Ayat 16

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ

 

Translation

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta kebenaran (Al-Qur'an) yang diturunkan? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang yang fasik derhaka.



Surah Al Hadiid

 

Ayat 17

اعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يُحْيِي الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

 

Translation

Ketahuilah bahawa Allah menghidupkan bumi setelah matinya; sesungguhnya Kami jelaskan kepadamu keterangan-keterangan supaya kamu memahaminya.



Surah Al Hadiid

 

Ayat 18

إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ

 

Translation

Sesungguhnya orang lelaki dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik, akan digandakan balasannya, dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.



Surah Al Hadiid

 

Ayat 19

وَالَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ أُوْلَئِكَ هُمُ الصِّدِّيقُونَ وَالشُّهَدَاء عِندَ رَبِّهِمْ لَهُمْ أَجْرُهُمْ وَنُورُهُمْ وَالَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا أُوْلَئِكَ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ

 

Translation

Dan orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya, mereka itu seperti orang Siddiqiin dan orang yang mati Syahid di sisi Allah; bagi mereka pahala dan cahaya mereka; dan orang yang ingkar dan mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli Neraka.



Surah Al Hadiid

 

Ayat 20

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا وَفِي الْآخِ

 

Translation

Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu hanyalah permainan, hiburan, perhiasan dan bermegah-megah di antara kamu serta berbangga-bangga dengan harta benda dan anak pinak; samalah seperti hujan yang mengagumkan penanamnya akan tanamannya, kemudian tanaman itu menjadi kering, maka engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan di akhirat kelak ada azab yang berat, keampunan dan keredhaan dari Allah. Dan kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.



Surah Al Hadiid

 

Ayat 21

سَابِقُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ السَّمَاء وَالْأَرْضِ أُعِدَّتْ لِلَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاء وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ

 

Translation

Berlumbalah kamu untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya; itulah kurniaan Allah; diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki; dan Allah mempunyai kurnia yang besar.



Surah Al Hadiid

 

Ayat 22

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

 

Translation

Tidak ada kesusahan yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.



Surah Al Hadiid

 

Ayat 23

لِكَيْلَا تَأْسَوْا عَلَى مَا فَاتَكُمْ وَلَا تَفْرَحُوا بِمَا آتَاكُمْ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ

 

Translation

Supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak juga bergembira dengan apa yang diberikan kepadamu. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.



Surah Al Hadiid

 

Ayat 24

الَّذِينَ يَبْخَلُونَ وَيَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبُخْلِ وَمَن يَتَوَلَّ فَإِنَّ اللَّهَ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ

 

Translation

Orang yang bakhil dan menyuruh manusia berlaku bakhil, dan sesiapa yang berpaling, sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.



Surah Al Hadiid

 

Ayat 25

لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ وَأَنزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ إِن

 

Translation

Sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata, dan kami turunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan. Dan kami telah menciptakan besi yang padanya ada kekuatan dan berfaedah bagi manusia dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong-Nya dan Rasul-Rasul-Nya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.



Surah Al Hadiid

 

Ayat 26

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا وَإِبْرَاهِيمَ وَجَعَلْنَا فِي ذُرِّيَّتِهِمَا النُّبُوَّةَ وَالْكِتَابَ فَمِنْهُم مُّهْتَدٍ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ

 

Translation

Dan sesungguhnya! Kami telah mengutus Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim, dan Kami jadikan pada keturunan keduanya orang yang berpangkat Nabi dan Kitab-kitab; maka di antara mereka ada yang beroleh petunjuk, dan kebanyakan daripadanya orang yang fasik.



Surah Al Hadiid

 

Ayat 27

ثُمَّ قَفَّيْنَا عَلَى آثَارِهِم بِرُسُلِنَا وَقَفَّيْنَا بِعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَآتَيْنَاهُ الْإِنجِيلَ وَجَعَلْنَا فِي قُلُوبِ الَّذِينَ اتَّبَعُوهُ رَأْفَةً وَرَحْمَةً وَرَهْبَانِيَّةً ابْتَدَعُوهَا مَا كَتَبْنَاهَا عَلَيْهِمْ إِلَّا ابْتِغَاء رِ

 

Translation

Kemudian Kami iringi sesudah mereka Rasul-rasul kami, dan Kami iringi pula dengan Isa ibni Maryam, serta kami berikan kepadanya Kitab Injil; dan kami jadikan dalam hati orang yang mengikutnya perasaan belas kasihan dan mereka mengada-adakan Rahbaniyah; Kami tidak mewajibkannya atas mereka; melainkan untuk mencari keredhaan Allah; lalu mereka tidak memeliharanya menurut yang sewajibnya. Oleh itu, Kami berikan kepada orang yang beriman di antara mereka pahalanya, dan kebanyakan mereka orang yang fasik.



Surah Al Hadiid

 

Ayat 28

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَآمِنُوا بِرَسُولِهِ يُؤْتِكُمْ كِفْلَيْنِ مِن رَّحْمَتِهِ وَيَجْعَل لَّكُمْ نُورًا تَمْشُونَ بِهِ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

 

Translation

Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya, supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmat-Nya, dan dijadikan cahaya untukmu berjalan dengannya, dan diampuni dosamu; dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



Surah Al Hadiid

 

Ayat 29

لِئَلَّا يَعْلَمَ أَهْلُ الْكِتَابِ أَلَّا يَقْدِرُونَ عَلَى شَيْءٍ مِّن فَضْلِ اللَّهِ وَأَنَّ الْفَضْلَ بِيَدِ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاء وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ

 

Translation

Supaya ahli Kitab mengetahui, bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk mendapat sesuatu dari kurnia Allah, dan sesungguhnya kurniaan itu terletak dalam kekuasaan Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah jualah yang mempunyai limpah kurnia yang besar.