Surah Al Haaqqah

 

Ayat 1

الْحَاقَّةُ

 

Translation

Saat yang tetap berlaku itu.



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 2

مَا الْحَاقَّةُ

 

Translation

Apakah dia sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu?



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 3

وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْحَاقَّةُ

 

Translation

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu?



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 4

كَذَّبَتْ ثَمُودُ وَعَادٌ بِالْقَارِعَةِ

 

Translation

Kaum Thamus dan Aad telah mendustakan hari (kiamat) yang menggemparkan.



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 5

فَأَمَّا ثَمُودُ فَأُهْلِكُوا بِالطَّاغِيَةِ

 

Translation

Maka adapun Thamud (kaum Nabi Salih), maka mereka telah dibinasakan dengan (petir) yang melampau-lampau dahsyatnya.



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 6

وَأَمَّا عَادٌ فَأُهْلِكُوا بِرِيحٍ صَرْصَرٍ عَاتِيَةٍ

 

Translation

Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang yang melampau-lampau kencangnya.



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 7

سَخَّرَهَا عَلَيْهِمْ سَبْعَ لَيَالٍ وَثَمَانِيَةَ أَيَّامٍ حُسُومًا فَتَرَى الْقَوْمَ فِيهَا صَرْعَى كَأَنَّهُمْ أَعْجَازُ نَخْلٍ خَاوِيَةٍ

 

Translation

Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka itu batang-batang pohon kurma yang tumbang.



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 8

فَهَلْ تَرَى لَهُم مِّن بَاقِيَةٍ

 

Translation

Dengan yang demikian, dapatkah engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)?



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 9

وَجَاء فِرْعَوْنُ وَمَن قَبْلَهُ وَالْمُؤْتَفِكَاتُ بِالْخَاطِئَةِ

 

Translation

Dan datanglah Firaun, dan orang yang sebelumnya, serta penduduk negeri-negeri yang telah ditunggang balikkan disebabkan perkara-perkara yang salah.



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 10

فَعَصَوْا رَسُولَ رَبِّهِمْ فَأَخَذَهُمْ أَخْذَةً رَّابِيَةً

 

Translation

Iaitu masing-masing menderhaka kepada Rasul (yang diutuskan oleh) Tuhan mereka, lalu Allah menyeksa mereka dengan azab yang sentiasa bertambah.



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 11

إِنَّا لَمَّا طَغَى الْمَاء حَمَلْنَاكُمْ فِي الْجَارِيَةِ

 

Translation

Sesungguhnya Kami, tatkala air pasang melampaui hadnya telah mengangkut (serta menyelamatkan nenek moyang) kamu ke dalam bahtera Nabi Nuh.



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 12

لِنَجْعَلَهَا لَكُمْ تَذْكِرَةً وَتَعِيَهَا أُذُنٌ وَاعِيَةٌ

 

Translation

Untuk Kami jadikan peristiwa itu satu pengajaran bagi kamu, dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga (orang) yang mahu menerima pengajaran.



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 13

فَإِذَا نُفِخَ فِي الصُّورِ نَفْخَةٌ وَاحِدَةٌ

 

Translation

Kemudian (ketahuilah bahawa) apabila ditiup Sangkakala dengan sekali tiup.



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 14

وَحُمِلَتِ الْأَرْضُ وَالْجِبَالُ فَدُكَّتَا دَكَّةً وَاحِدَةً

 

Translation

Dan bumi serta gunung-ganang diangkat lalu dihancurkan keduanya sekali dengan sekali hancur.



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 15

فَيَوْمَئِذٍ وَقَعَتِ الْوَاقِعَةُ

 

Translation

Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat.



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 16

وَانشَقَّتِ السَّمَاء فَهِيَ يَوْمَئِذٍ وَاهِيَةٌ

 

Translation

Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh).



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 17

وَالْمَلَكُ عَلَى أَرْجَائِهَا وَيَحْمِلُ عَرْشَ رَبِّكَ فَوْقَهُمْ يَوْمَئِذٍ ثَمَانِيَةٌ

 

Translation

Dan malaikat-malaikat mengawal segala penjurunya. Dan 'Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu.



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 18

يَوْمَئِذٍ تُعْرَضُونَ لَا تَخْفَى مِنكُمْ خَافِيَةٌ

 

Translation

Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi.



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 19

فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَيَقُولُ هَاؤُمُ اقْرَؤُوا كِتَابِيهْ

 

Translation

Maka sesiapa yang diberikan Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata: Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 20

إِنِّي ظَنَنتُ أَنِّي مُلَاقٍ حِسَابِيهْ

 

Translation

Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku.



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 21

فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَّاضِيَةٍ

 

Translation

Maka (dengan itu) tinggallah dia dalam kehidupan yang senang-lenang lagi memuaskan.



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 22

فِي جَنَّةٍ عَالِيَةٍ

 

Translation

Di dalam syurga yang tinggi (darjatnya).



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 23

قُطُوفُهَا دَانِيَةٌ

 

Translation

Buah-buahannya dekat untuk dipetik.



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 24

كُلُوا وَاشْرَبُوا هَنِيئًا بِمَا أَسْلَفْتُمْ فِي الْأَيَّامِ الْخَالِيَةِ

 

Translation

Makan dan minumlah kamu dengan puas dengan sebab (amal-amal salih) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 25

وَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِشِمَالِهِ فَيَقُولُ يَا لَيْتَنِي لَمْ أُوتَ كِتَابِيهْ

 

Translation

Adapun orang yang diberikan Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka ia akan berkata: Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku.



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 26

وَلَمْ أَدْرِ مَا حِسَابِيهْ

 

Translation

Dan aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku.



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 27

يَا لَيْتَهَا كَانَتِ الْقَاضِيَةَ

 

Translation

Alangkah baiknya kalau kematian di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi).



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 28

مَا أَغْنَى عَنِّي مَالِيهْ

 

Translation

Harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikitpun.



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 29

هَلَكَ عَنِّي سُلْطَانِيهْ

 

Translation

Kekuasaanku telah binasa dan hilang lenyap dariku.



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 30

خُذُوهُ فَغُلُّوهُ

 

Translation

Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia.



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 31

ثُمَّ الْجَحِيمَ صَلُّوهُ

 

Translation

Kemudian bakarlah dia di dalam Neraka Jahiim.



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 32

ثُمَّ فِي سِلْسِلَةٍ ذَرْعُهَا سَبْعُونَ ذِرَاعًا فَاسْلُكُوهُ

 

Translation

Selain dari itu, belitkanlah dia dengan rantai besi yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta (dengan membelitkannya ke badannya)..



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 33

إِنَّهُ كَانَ لَا يُؤْمِنُ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ

 

Translation

Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar.



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 34

وَلَا يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ

 

Translation

Dan dia juga tidak menggalakkan memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin.



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 35

فَلَيْسَ لَهُ الْيَوْمَ هَاهُنَا حَمِيمٌ

 

Translation

Maka pada hari ini, tidak ada baginya kaum kerabat serta sahabat handai (yang dapat menolongnya).



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 36

وَلَا طَعَامٌ إِلَّا مِنْ غِسْلِينٍ

 

Translation

Dan tidak ada makanan (baginya) melainkan dari air danur.



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 37

لَا يَأْكُلُهُ إِلَّا الْخَاطِؤُونَ

 

Translation

Yang tidak memakannya melainkan orang yang tidak melakukan perkara yang salah.



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 38

فَلَا أُقْسِمُ بِمَا تُبْصِرُونَ

 

Translation

Maka Aku bersumpah: Demi segala (yang nyata) yang kamu melihatnya.



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 39

وَمَا لَا تُبْصِرُونَ

 

Translation

Dan segala (yang ghaib) yang kamu tidak melihatnya.



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 40

إِنَّهُ لَقَوْلُ رَسُولٍ كَرِيمٍ

 

Translation

Bahawa sesungguhnya Al-Quran itu ialah (wahi dari Kami) yang disampaikan oleh Rasul yang mulia.



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 41

وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍ قَلِيلًا مَا تُؤْمِنُونَ

 

Translation

Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair (sebagai mana yang kamu dakwakan, tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu beriman.



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 42

وَلَا بِقَوْلِ كَاهِنٍ قَلِيلًا مَا تَذَكَّرُونَ

 

Translation

Dan juga bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang pawang, amatlah sedikit kamu mengambil peringatan.



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 43

تَنزِيلٌ مِّن رَّبِّ الْعَالَمِينَ

 

Translation

(Al-Quran itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 44

وَلَوْ تَقَوَّلَ عَلَيْنَا بَعْضَ الْأَقَاوِيلِ

 

Translation

Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta sebarang kata-kata rekaan;



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 45

لَأَخَذْنَا مِنْهُ بِالْيَمِينِ

 

Translation

Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami.



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 46

ثُمَّ لَقَطَعْنَا مِنْهُ الْوَتِينَ

 

Translation

Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya ia mati dengan serta-merta).



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 47

فَمَا مِنكُم مِّنْ أَحَدٍ عَنْهُ حَاجِزِينَ

 

Translation

Terjemahan "Maka tidak ada seorang pun di antara kamu yang dapat menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya."



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 48

وَإِنَّهُ لَتَذْكِرَةٌ لِّلْمُتَّقِينَ

 

Translation

Dan sesungguhnya (Al-Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang yang bertakwa.



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 49

وَإِنَّا لَنَعْلَمُ أَنَّ مِنكُم مُّكَذِّبِينَ

 

Translation

Dan sesungguhnya Kami sedia mengetahui bahawa ada di antara kamu yang mendustakan (Al-Quran, maka Kami akan membalasnya).



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 50

وَإِنَّهُ لَحَسْرَةٌ عَلَى الْكَافِرِينَ

 

Translation

Dan sesungguhnya Al-Quran itu sudah tentu akan menyebabkan penyesalan bagi orang kafir.



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 51

وَإِنَّهُ لَحَقُّ الْيَقِينِ

 

Translation

Dan sesungguhnya Al-Quran itu adalah kebenaran yang diyakini (dengan seyakin-yakinnya).



Surah Al Haaqqah

 

Ayat 52

فَسَبِّحْ بِاسْمِ رَبِّكَ الْعَظِيمِ

 

Translation

Oleh itu bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.