Surah Al Furqaan

 

Ayat 1

تَبَارَكَ الَّذِي نَزَّلَ الْفُرْقَانَ عَلَى عَبْدِهِ لِيَكُونَ لِلْعَالَمِينَ نَذِيرًا

 

Translation

Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqaan kepada hamba-Nya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 2

الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُن لَّهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ فَقَدَّرَهُ تَقْدِيرًا

 

Translation

Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahan-Nya; dan Dialah yang mencipta segala sesuatu lalu menentukan keadaannya dengan ketentuan takdir yang sempurna.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 3

وَاتَّخَذُوا مِن دُونِهِ آلِهَةً لَّا يَخْلُقُونَ شَيْئًا وَهُمْ يُخْلَقُونَ وَلَا يَمْلِكُونَ لِأَنفُسِهِمْ ضَرًّا وَلَا نَفْعًا وَلَا يَمْلِكُونَ مَوْتًا وَلَا حَيَاةً وَلَا نُشُورًا

 

Translation

Dan mereka (yang kafir) mengambil selain Allah menjadi tuhan, yang tidak dapat mencipta sesuatu pun, bahkan benda-benda itu diciptakan dan tidak kuasa memudaratkan atau memberi faedah untuk dirinya sendiri; dan tak kuasa mematikan atau menghidupkan, atau pun membangkitkan semula.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 4

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ هَذَا إِلَّا إِفْكٌ افْتَرَاهُ وَأَعَانَهُ عَلَيْهِ قَوْمٌ آخَرُونَ فَقَدْ جَاؤُوا ظُلْمًا وَزُورًا

 

Translation

Dan orang yang kafir itu berkata: (Al-Qur'an) ini hanyalah satu perkara dusta yang direka-reka oleh Muhammad, dan ia dibantu untuk membuatnya oleh kaum yang lain. Maka (dengan kata-kata itu) sesungguhnya mereka telah mendatangkan satu tuduhan yang zalim dan dusta.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 5

وَقَالُوا أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ اكْتَتَبَهَا فَهِيَ تُمْلَى عَلَيْهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

 

Translation

Dan mereka berkata lagi: Al-Qur'an itu adalah cerita dongeng orang dahulu, yang dituliskan kemudian dibacakan kepada Muhammad pagi dan petang.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 6

قُلْ أَنزَلَهُ الَّذِي يَعْلَمُ السِّرَّ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ إِنَّهُ كَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا

 

Translation

Katakanlah: Al-Qur'an itu diturunkan oleh Allah yang mengetahui rahsia di langit dan bumi; sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 7

وَقَالُوا مَالِ هَذَا الرَّسُولِ يَأْكُلُ الطَّعَامَ وَيَمْشِي فِي الْأَسْوَاقِ لَوْلَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مَلَكٌ فَيَكُونَ مَعَهُ نَذِيرًا

 

Translation

Dan mereka pula berkata: Mengapa Rasul ini makan minum dan berjalan di pasar-pasar? Sepatutnya diturunkan malaikat kepadanya, supaya malaikat itu turut memberi peringatan dan amaran bersama-sama dengannya.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 8

أَوْ يُلْقَى إِلَيْهِ كَنزٌ أَوْ تَكُونُ لَهُ جَنَّةٌ يَأْكُلُ مِنْهَا وَقَالَ الظَّالِمُونَ إِن تَتَّبِعُونَ إِلَّا رَجُلًا مَّسْحُورًا

 

Translation

Atau diberikan perbendaharaan harta benda kepadanya, atau ia mempunyai sebuah kebun untuk ia makan hasilnya. Dan berkata pula orang yang zalim itu kepada orang yang beriman: Sebenarnya kamu hanyalah menurut seorang yang tidak siuman.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 9

انظُرْ كَيْفَ ضَرَبُوا لَكَ الْأَمْثَالَ فَضَلُّوا فَلَا يَسْتَطِيعُونَ سَبِيلًا

 

Translation

Lihatlah (wahai Muhammad) bagaimana mereka membuat untukmu berbagai perbandingan (yang bukan-bukan), dengan sebab itu sesatlah mereka, dengan sebab itu sesatlah mereka, sehingga mereka tidak mendapat jalan petunjuk.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 10

تَبَارَكَ الَّذِي إِن شَاء جَعَلَ لَكَ خَيْرًا مِّن ذَلِكَ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَيَجْعَل لَّكَ قُصُورًا

 

Translation

Maha Berkat Tuhan yang jika Ia kehendaki tentulah Ia akan mengadakan untukmu (di dunia ini) sesuatu yang lebih baik dari apa yang mereka katakan itu, iaitu syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta mengadakan untukmu istana-istana yang tersergam indah.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 11

بَلْ كَذَّبُوا بِالسَّاعَةِ وَأَعْتَدْنَا لِمَن كَذَّبَ بِالسَّاعَةِ سَعِيرًا

 

Translation

Bahkan mereka juga mendustakan hari Kiamat; dan Kami telah sediakan bagi sesiapa yang mendustakan hari Kiamat itu, api yang menjulang-julang.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 12

إِذَا رَأَتْهُم مِّن مَّكَانٍ بَعِيدٍ سَمِعُوا لَهَا تَغَيُّظًا وَزَفِيرًا

 

Translation

Apabila neraka itu melihat mereka dari tempat yang jauh, kedengaranlah mereka suara marahnya yang menggelegak dan mengeluh.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 13

وَإِذَا أُلْقُوا مِنْهَا مَكَانًا ضَيِّقًا مُقَرَّنِينَ دَعَوْا هُنَالِكَ ثُبُورًا

 

Translation

Dan apabila mereka dihumbankan ke tempat yang sempit, dengan keadaan dibelenggu, menjeritlah mereka di sana meminta sejenis kebinasaan.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 14

لَا تَدْعُوا الْيَوْمَ ثُبُورًا وَاحِدًا وَادْعُوا ثُبُورًا كَثِيرًا

 

Translation

Lalu dikatakan: Janganlah kamu menjerit-jerit meminta pada hari ini sejenis kebinasaan sahaja, tetapi mintalah kebinasaan sebanyak-banyaknya.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 15

قُلْ أَذَلِكَ خَيْرٌ أَمْ جَنَّةُ الْخُلْدِ الَّتِي وُعِدَ الْمُتَّقُونَ كَانَتْ لَهُمْ جَزَاء وَمَصِيرًا

 

Translation

Katakanlah: Adakah (azab seksa neraka) yang demikian itu lebih baik atau Syurga yang kekal, yang dijanjikan kepada orang yang bertaqwa? Syurga yang sedia diuntukkan bagi mereka sebagai balasan dan tempat kembali.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 16

لَهُمْ فِيهَا مَا يَشَاؤُونَ خَالِدِينَ كَانَ عَلَى رَبِّكَ وَعْدًا مَسْؤُولًا

 

Translation

Mereka beroleh di dalam Syurga itu apa yang mereka kehendaki; serta kekal di dalamnya. Yang demikian adalah satu janji yang dituntut oleh Tuhanmu.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 17

وَيَوْمَ يَحْشُرُهُمْ وَمَا يَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ فَيَقُولُ أَأَنتُمْ أَضْلَلْتُمْ عِبَادِي هَؤُلَاء أَمْ هُمْ ضَلُّوا السَّبِيلَ

 

Translation

Dan pada hari Tuhan menghimpunkan mereka (yang kafir) dan sesuatu yang mereka sembah selain dari Allah, lalu Ia bertanya, adakah kamu yang menyesatkan hamba-hamba-Ku itu atau mereka yang sesat jalan?



Surah Al Furqaan

 

Ayat 18

قَالُوا سُبْحَانَكَ مَا كَانَ يَنبَغِي لَنَا أَن نَّتَّخِذَ مِن دُونِكَ مِنْ أَوْلِيَاء وَلَكِن مَّتَّعْتَهُمْ وَآبَاءهُمْ حَتَّى نَسُوا الذِّكْرَ وَكَانُوا قَوْمًا بُورًا

 

Translation

Mereka menjawab: Maha Suci Engkau (wahai Tuhan kami)! tidak patut bagi kami mengambil sesiapa pun yang lain daripada-Mu sebagai pelindung, tetapi engkau telah beri kemewahan kepada mereka dan datuk nenek mereka sehingga mereka lalai dan cuaikan ajaran agama-Mu, dan menjadilah mereka kaum yang binasa.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 19

فَقَدْ كَذَّبُوكُم بِمَا تَقُولُونَ فَمَا تَسْتَطِيعُونَ صَرْفًا وَلَا نَصْرًا وَمَن يَظْلِم مِّنكُمْ نُذِقْهُ عَذَابًا كَبِيرًا

 

Translation

Maka sesungguhnya mereka itu telah mendustakan dakwaan kamu. Oleh itu, kamu semua tidak akan dapat menjauhkan azab seksa dan tidak akan beroleh sebarang pertolongan. Dan sesiapa yang berlaku zalim di antara kamu, Kami akan merasakannya azab seksa yang besar.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 20

وَما أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ مِنَ الْمُرْسَلِينَ إِلَّا إِنَّهُمْ لَيَأْكُلُونَ الطَّعَامَ وَيَمْشُونَ فِي الْأَسْوَاقِ وَجَعَلْنَا بَعْضَكُمْ لِبَعْضٍ فِتْنَةً أَتَصْبِرُونَ وَكَانَ رَبُّكَ بَصِيرًا

 

Translation

Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu wahai Muhammad melainkan orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian kamu cubaan bagi sebahagian yang lain, adakah kamu dapat bersabar? Dan adalah Tuhanmu sentiasa Melihat.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 21

وَقَالَ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءنَا لَوْلَا أُنزِلَ عَلَيْنَا الْمَلَائِكَةُ أَوْ نَرَى رَبَّنَا لَقَدِ اسْتَكْبَرُوا فِي أَنفُسِهِمْ وَعَتَوْ عُتُوًّا كَبِيرًا

 

Translation

Dan berkatalah pula orang yang tidak percaya akan menemui Kami: Mengapa tidak diturunkan malaikat kepada kita, atau kita dapat melihat Tuhan kita? Demi sesungguhnya, mereka telah bersikap angkuh dalam diri mereka sendiri, dan telah melampaui batas dengan cara yang sebesar-besarnya.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 22

يَوْمَ يَرَوْنَ الْمَلَائِكَةَ لَا بُشْرَى يَوْمَئِذٍ لِّلْمُجْرِمِينَ وَيَقُولُونَ حِجْرًا مَّحْجُورًا

 

Translation

Pada hari mereka melihat malaikat, tiada sebarang berita gembira bagi orang yang bersalah, dan mereka akan berkata: Semoga kita jauh dijauhkan dari sebarang keadaan yang buruk.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 23

وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاء مَّنثُورًا

 

Translation

Dan Kami tujukan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal, lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 24

أَصْحَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَئِذٍ خَيْرٌ مُّسْتَقَرًّا وَأَحْسَنُ مَقِيلًا

 

Translation

Ahli-ahli Syurga pada hari itu lebih baik tempat menetapnya, dan lebih elok tempat rehatnya.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 25

وَيَوْمَ تَشَقَّقُ السَّمَاء بِالْغَمَامِ وَنُزِّلَ الْمَلَائِكَةُ تَنزِيلًا

 

Translation

Dan pada hari terpecahnya langit dengan kumpulan awan, dan (pada hari yang tersebut) diturunkan malaikat itu dengan cara berpasukan.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 26

الْمُلْكُ يَوْمَئِذٍ الْحَقُّ لِلرَّحْمَنِ وَكَانَ يَوْمًا عَلَى الْكَافِرِينَ عَسِيرًا

 

Translation

Kuasa pemerintahan pada hari itu adalah tertentu bagi Allah Yang Maha melimpah rahmat-Nya, dan adalah ia satu masa yang amat sukar bagi orang kafir.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 27

وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَى يَدَيْهِ يَقُولُ يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلًا

 

Translation

Dan perihal hari orang yang zalim menggigit kedua tangannya sambil berkata: Alangkah baiknya kalau aku mengambil jalan bersama-sama Rasul?



Surah Al Furqaan

 

Ayat 28

يَا وَيْلَتَى لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلَانًا خَلِيلًا

 

Translation

Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si anu itu menjadi sahabat karib!



Surah Al Furqaan

 

Ayat 29

لَقَدْ أَضَلَّنِي عَنِ الذِّكْرِ بَعْدَ إِذْ جَاءنِي وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِلْإِنسَانِ خَذُولًا

 

Translation

Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya).



Surah Al Furqaan

 

Ayat 30

وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا

 

Translation

Dan berkatalah Rasul: Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Qur'an ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 31

وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا مِّنَ الْمُجْرِمِينَ وَكَفَى بِرَبِّكَ هَادِيًا وَنَصِيرًا

 

Translation

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi musuh dari kalangan orang yang bersalah; dan cukuplah Tuhanmu menjadi pemimpin serta penolong.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 32

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْلَا نُزِّلَ عَلَيْهِ الْقُرْآنُ جُمْلَةً وَاحِدَةً كَذَلِكَ لِنُثَبِّتَ بِهِ فُؤَادَكَ وَرَتَّلْنَاهُ تَرْتِيلًا

 

Translation

Dan orang yang kafir berkata: Mengapa tidak diturunkan Al-Qur'an itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)? Yang demikian itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepada kamu dengan cara teratur.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 33

وَلَا يَأْتُونَكَ بِمَثَلٍ إِلَّا جِئْنَاكَ بِالْحَقِّ وَأَحْسَنَ تَفْسِيرًا

 

Translation

Dan mereka tidak membawa kepadamu sesuatu kata-kata yang ganjil melainkan Kami bawakan kepadamu kebenaran dan sebaik-baik penjelasan.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 34

الَّذِينَ يُحْشَرُونَ عَلَى وُجُوهِهِمْ إِلَى جَهَنَّمَ أُوْلَئِكَ شَرٌّ مَّكَانًا وَأَضَلُّ سَبِيلًا

 

Translation

Orang yang akan diseret beramai-ramai ke Neraka Jahanam atas mukanya, merekalah orang yang amat buruk keadaannya dan amat sesat jalannya.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 35

وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ وَجَعَلْنَا مَعَهُ أَخَاهُ هَارُونَ وَزِيرًا

 

Translation

Dan sesungguhnya Kami telah berikan Kitab Taurat kepada Nabi Musa, dan Kami lantik saudaranya Nabi Harun, sebagai menteri besertanya.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 36

فَقُلْنَا اذْهَبَا إِلَى الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا فَدَمَّرْنَاهُمْ تَدْمِيرًا

 

Translation

Lalu Kami perintahkan: Pergilah kamu berdua kepada kaum yang mendustakan ayat-ayat kami; maka Kami binasakan kaum itu sehancur-hancurnya.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 37

وَقَوْمَ نُوحٍ لَّمَّا كَذَّبُوا الرُّسُلَ أَغْرَقْنَاهُمْ وَجَعَلْنَاهُمْ لِلنَّاسِ آيَةً وَأَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ عَذَابًا أَلِيمًا

 

Translation

Dan (demikian juga) kaum Nabi Nuh, tatkala mereka mendustakan Rasul-rasul Kami, Kami tenggelamkan mereka, dan Kami jadikan mereka satu tanda (yang menjadi contoh) bagi umat manusia; dan kami sediakan bagi sesiapa yang zalim; azab seksa yang tidak terperi sakitnya.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 38

وَعَادًا وَثَمُودَ وَأَصْحَابَ الرَّسِّ وَقُرُونًا بَيْنَ ذَلِكَ كَثِيرًا

 

Translation

Dan ( juga Kami telah binasakan) Aad and Thamud, serta Ashaabur-Rassi, dan banyak lagi dalam zaman-zaman di antara masa yang tersebut itu.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 39

وَكُلًّا ضَرَبْنَا لَهُ الْأَمْثَالَ وَكُلًّا تَبَّرْنَا تَتْبِيرًا

 

Translation

Dan masing-masing, telah Kami berikan kepadanya contoh iktibar, dan masing-masing telah kami hancurkan sehancur-hancurnya.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 40

وَلَقَدْ أَتَوْا عَلَى الْقَرْيَةِ الَّتِي أُمْطِرَتْ مَطَرَ السَّوْءِ أَفَلَمْ يَكُونُوا يَرَوْنَهَا بَلْ كَانُوا لَا يَرْجُونَ نُشُورًا

 

Translation

Dan demi sesungguhnya, mereka telah melalui bandar yang telah dihujani (dengan) azab yang buruk, maka tidakkah mereka selalu dapat melihatnya? bahkan mereka adalah orang yang tidak ingatkan adanya kebangkitan hidup semula.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 41

وَإِذَا رَأَوْكَ إِن يَتَّخِذُونَكَ إِلَّا هُزُوًا أَهَذَا الَّذِي بَعَثَ اللَّهُ رَسُولًا

 

Translation

Dan apabila mereka melihatmu, mereka hanya menjadikanmu ejek-ejekan (mereka berkata): Inikah orangnya yang diutus oleh Allah sebagai Rasul-Nya?



Surah Al Furqaan

 

Ayat 42

إِن كَادَ لَيُضِلُّنَا عَنْ آلِهَتِنَا لَوْلَا أَن صَبَرْنَا عَلَيْهَا وَسَوْفَ يَعْلَمُونَ حِينَ يَرَوْنَ الْعَذَابَ مَنْ أَضَلُّ سَبِيلًا

 

Translation

Sebenarnya ia hampir-hampir dapat menyesatkan kami dari tuhan-tuhan kami, jika tidaklah kerana kami tetap teguh menyembahnya. Dan mereka akan mengetahui kelak ketika mereka melihat azab seksa: siapakah yang sebenar-benarnya sesat jalannya.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 43

أَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلًا

 

Translation

Adakah engkau nampakkah orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya?



Surah Al Furqaan

 

Ayat 44

أَمْ تَحْسَبُ أَنَّ أَكْثَرَهُمْ يَسْمَعُونَ أَوْ يَعْقِلُونَ إِنْ هُمْ إِلَّا كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ سَبِيلًا

 

Translation

Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami, Mereka hanya seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 45

أَلَمْ تَرَ إِلَى رَبِّكَ كَيْفَ مَدَّ الظِّلَّ وَلَوْ شَاء لَجَعَلَهُ سَاكِنًا ثُمَّ جَعَلْنَا الشَّمْسَ عَلَيْهِ دَلِيلًا

 

Translation

Tidakkah engkau melihat Tuhanmu? bagaimana Ia menjadikan bayang-bayang itu terbentang, dan jika Ia kehendaki tentulah Ia menjadikannya tetap (tidak bergerak dan tidak berubah)! Kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan bayang-bayang itu.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 46

ثُمَّ قَبَضْنَاهُ إِلَيْنَا قَبْضًا يَسِيرًا

 

Translation

Kemudian Kami tarik balik bayang-bayang itu kepada kami, dengan beransur-ansur.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 47

وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ اللَّيْلَ لِبَاسًا وَالنَّوْمَ سُبَاتًا وَجَعَلَ النَّهَارَ نُشُورًا

 

Translation

Dan Dialah yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian, dan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 48

وَهُوَ الَّذِي أَرْسَلَ الرِّيَاحَ بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ وَأَنزَلْنَا مِنَ السَّمَاء مَاء طَهُورًا

 

Translation

Dan Dialah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya, dan Kami menurunkan dari langit, air yang bersih suci.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 49

لِنُحْيِيَ بِهِ بَلْدَةً مَّيْتًا وَنُسْقِيَهُ مِمَّا خَلَقْنَا أَنْعَامًا وَأَنَاسِيَّ كَثِيرًا

 

Translation

Untuk Kami hidupkan dengan air itu bumi yang mati, serta memberi minum kepada makhluk-makhluk kami khasnya binatang ternak dan manusia yang ramai.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 50

وَلَقَدْ صَرَّفْنَاهُ بَيْنَهُمْ لِيَذَّكَّرُوا فَأَبَى أَكْثَرُ النَّاسِ إِلَّا كُفُورًا

 

Translation

Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang kali menyebarkan Al-Qur'an di antara mereka supaya mereka berfikir; kebanyakan manusia itu tetap kufur.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 51

وَلَوْ شِئْنَا لَبَعَثْنَا فِي كُلِّ قَرْيَةٍ نَذِيرًا

 

Translation

Dan kalau Kami kehendaki, tentulah Kami utuskan dalam setiap negeri, seorang Rasul pemberi amaran.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 52

فَلَا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَجَاهِدْهُم بِهِ جِهَادًا كَبِيرًا

 

Translation

Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendak orang kafir, dan berjuanglah dengan Al-Qur'an dengan perjuangan yang besar.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 53

وَهُوَ الَّذِي مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ هَذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ وَهَذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ وَجَعَلَ بَيْنَهُمَا بَرْزَخًا وَحِجْرًا مَّحْجُورًا

 

Translation

Dan Dialah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 54

وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ مِنَ الْمَاء بَشَرًا فَجَعَلَهُ نَسَبًا وَصِهْرًا وَكَانَ رَبُّكَ قَدِيرًا

 

Translation

Dan Dialah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya titisan baka dan pertalian keluarga; dan sememangnya Tuhanmu berkuasa.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 55

وَيَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَنفَعُهُمْ وَلَا يَضُرُّهُمْ وَكَانَ الْكَافِرُ عَلَى رَبِّهِ ظَهِيرًا

 

Translation

Dan mereka menyembah benda selain dari Allah, yang tidak memberi manfaat kepada mereka dan tidak pula mendatangkan mudarat kepada mereka dan orang yang kafir selalu menjadi pembantu (bagi golongannya yang kafir) untuk menderhaka kepada tuhannya.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 56

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا مُبَشِّرًا وَنَذِيرًا

 

Translation

Dan tidaklah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita gembira dan pemberi amaran (kepada orang yang ingkar).



Surah Al Furqaan

 

Ayat 57

قُلْ مَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ إِلَّا مَن شَاء أَن يَتَّخِذَ إِلَى رَبِّهِ سَبِيلًا

 

Translation

Katakanlah: Aku tidak meminta kepada kamu balasan bagi apa yang aku sampaikan kepada kamu, selain daripada berimannya seseorang yang mahu mendapatkan jalan sampainya kepada keredhaan Allah.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 58

وَتَوَكَّلْ عَلَى الْحَيِّ الَّذِي لَا يَمُوتُ وَسَبِّحْ بِحَمْدِهِ وَكَفَى بِهِ بِذُنُوبِ عِبَادِهِ خَبِيرًا

 

Translation

Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memuji-Nya; dan cukuplah Ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hamba-Nya.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 59

الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ الرَّحْمَنُ فَاسْأَلْ بِهِ خَبِيرًا

 

Translation

Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy, Dialah ar-Rahmaan; maka bertanyalah akan hal itu kepada yang mengetahui tentang-Nya.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 60

وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اسْجُدُوا لِلرَّحْمَنِ قَالُوا وَمَا الرَّحْمَنُ أَنَسْجُدُ لِمَا تَأْمُرُنَا وَزَادَهُمْ نُفُورًا

 

Translation

Dan apabila dikatakan kepada mereka yang musyrik itu: Sujudlah kamu kepada ar-Rahmaan! Mereka bertanya: Dan siapakah ar-Rahmaan itu? Patutkah kami sujud kepada apa sahaja yang engkau perintahkan kami? Dan perintah yang demikian, menjadikan mereka bertambah liar ingkar.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 61

تَبَارَكَ الَّذِي جَعَلَ فِي السَّمَاء بُرُوجًا وَجَعَلَ فِيهَا سِرَاجًا وَقَمَرًا مُّنِيرًا

 

Translation

Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat peredaran bintang, dan menjadikan padanya matahari serta bulan yang menerangi.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 62

وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ خِلْفَةً لِّمَنْ أَرَادَ أَن يَذَّكَّرَ أَوْ أَرَادَ شُكُورًا

 

Translation

Dan Dialah yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa yang mahu beringat, atau mahu bersyukur (akan nikmat-nikmat-Nya itu).



Surah Al Furqaan

 

Ayat 63

وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا

 

Translation

Dan hamba-hamba Allah ar-Rahmaan ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan-santun, dan apabila bercakap kepada orang yang jahil, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 64

وَالَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمْ سُجَّدًا وَقِيَامًا

 

Translation

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 65

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا

 

Translation

Dan juga mereka yag berkata: Wahai Tuhan kami, palingkanlah azab Neraka Jahannam dari kami, kerana azabnya itu adalah seksa yang berkekalan.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 66

إِنَّهَا سَاءتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا

 

Translation

Sesungguhnya Neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 67

وَالَّذِينَ إِذَا أَنفَقُوا لَمْ يُسْرِفُوا وَلَمْ يَقْتُرُوا وَكَانَ بَيْنَ ذَلِكَ قَوَامًا

 

Translation

Dan mereka yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan perbelanjaan mereka adalah betul sederhana.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 68

وَالَّذِينَ لَا يَدْعُونَ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ وَلَا يَقْتُلُونَ النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَلَا يَزْنُونَ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ يَلْقَ أَثَامًا

 

Translation

Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak, dan tidak pula mereka berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 69

يُضَاعَفْ لَهُ الْعَذَابُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَيَخْلُدْ فِيهِ مُهَانًا

 

Translation

Akan digandakan baginya azab seksa pada hari Kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 70

إِلَّا مَن تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ عَمَلًا صَالِحًا فَأُوْلَئِكَ يُبَدِّلُ اللَّهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

 

Translation

Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang itu, Allah akan menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 71

وَمَن تَابَ وَعَمِلَ صَالِحًا فَإِنَّهُ يَتُوبُ إِلَى اللَّهِ مَتَابًا

 

Translation

Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 72

وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا

 

Translation

Dan mereka yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 73

وَالَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ لَمْ يَخِرُّوا عَلَيْهَا صُمًّا وَعُمْيَانًا

 

Translation

Dan mereka yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang yang pekak dan buta.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 74

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

 

Translation

Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertaqwa.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 75

أُوْلَئِكَ يُجْزَوْنَ الْغُرْفَةَ بِمَا صَبَرُوا وَيُلَقَّوْنَ فِيهَا تَحِيَّةً وَسَلَامًا

 

Translation

Mereka itu akan dibalas dengan tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima di dalam syurga itu ucapan selamat di dalamnya.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 76

خَالِدِينَ فِيهَا حَسُنَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا

 

Translation

Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.



Surah Al Furqaan

 

Ayat 77

قُلْ مَا يَعْبَأُ بِكُمْ رَبِّي لَوْلَا دُعَاؤُكُمْ فَقَدْ كَذَّبْتُمْ فَسَوْفَ يَكُونُ لِزَامًا

 

Translation

Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepada-Nya, kerana itu, maka sesungguhnya kamu telah pun menyalahi (ketetapan Tuhanku); dengan itu, sudah tentu balasan azab akan menimpa kamu.