|
Surah Al Fat-h |
|
|
Ayat 1 | |
|
| |
|
Translation Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu satu jalan kemenangan yang nyata. |
|
Surah Al Fat-h |
|
|
Ayat 2 | |
|
| |
|
Translation Kerana Allah mengampunkan dosamu yang lalu dan yang terkemudian, dan disempurnakan nikmat-Nya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus. |
|
Surah Al Fat-h |
|
|
Ayat 3 | |
|
| |
|
Translation Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan. |
|
Surah Al Fat-h |
|
|
Ayat 4 | |
|
| |
|
Translation Dialah yang menurunkan ketenteraman ke dalam hati orang yang beriman, agar mereka bertambah iman beserta iman mereka yang sedia ada; milik Allahlah tentera langit dan bumi; dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. |
|
Surah Al Fat-h |
|
|
Ayat 5 | |
|
| |
|
Translation (Allah melakukan yang demikian) supaya Ia memasukkan orang yang beriman lelaki dan perempuan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekal mereka di dalamnya, serta menghapuskan dosa-dosa mereka; dan adalah yang demikian itu pada sisi Allah merupakan kejayaan yang besar (untuk mereka); |
|
Surah Al Fat-h |
|
|
Ayat 6 | |
|
| |
|
Translation Dan supaya Ia menyeksa kaum munafik lelaki dan wanita, dan kaum musyrik lelaki dan wanita, yang menyangka terhadap Allah sangkaan yang buruk. Atas merekalah bencana buruk itu; dan Allah murkai, dan melaknat serta disediakan untuk mereka Neraka Jahanam; itulah seburuk-buruk tempat kembali. |
|
Surah Al Fat-h |
|
|
Ayat 7 | |
|
| |
|
Translation Dan Allah menguasai tentera langit dan bumi; dan Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. |
|
Surah Al Fat-h |
|
|
Ayat 8 | |
|
| |
|
Translation Sesungguhnya Kami telah mengutusmu sebagai Rasul yang menjadi saksi, dan sebagai pembawa berita gembira, serta pemberi amaran. |
|
Surah Al Fat-h |
|
|
Ayat 9 | |
|
| |
|
Translation Supaya kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan kamu kuatkan agama-Nya dan memuliakan-Nya, dan kamu bertasbih kepada-Nya pagi dan petang. |
|
Surah Al Fat-h |
|
|
Ayat 10 | |
|
| |
|
Translation Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi mereka yang berjanji setia itu (untuk membalasnya). Maka sesiapa yang melanggar janji setianya maka bahayanya itu hanya menimpa dirinya sendiri; dan sesiapa yang menepati apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar. |
|
Surah Al Fat-h |
|
|
Ayat 11 | |
|
| |
|
Translation Orang-orang A'raab (kaum Arab Badwi) yang ketinggalan tidak turut (bersama-sama denganmu ke Hudaibiyah), akan berkata kepadamu (wahai Muhammad): Kami telah dihalangi oleh urusan menjaga keselamatan hartabenda dan anak isteri kami, oleh itu pohonkanlah ampun kepada Allah untuk kami. Mereka berkata dengan lidahnya apa yang tiada di hatinya. Katakanlah (wahai Muhammad: Jika demikian sebab ketinggalan kamu) maka adakah sesiapa yang berkuasa mempertahankan kamu dari terkena atau menerima sesuatu ketetapan dari Allah jika Ia tetapkan kamu ditimpa bahaya atau beroleh manfaat? (Tidak ada sesiapapun, dan apa yang kamu katakan itu bukanlah menjadi sebab) bahkan Allah Maha Mengetahui dalam pengetahuanNya tentang sebab ketinggalan yang kamu lakukan itu (dan Ia akan membalasnya). |
|
Surah Al Fat-h |
|
|
Ayat 12 | |
|
| |
|
Translation (Itu bukanlah sebabnya) bahkan sebabnya kamu telah menyangka bahawa Rasulullah dan orang-orang yang beriman (yang pergi berperang akan binasa semuanya dan) tidak akan kembali lagi kepada anak isteri dan keluarga masing-masing selama-lamanya; dan sangkaan yang demikian itu diperelokkan (oleh Syaitan) di dalam hati kamu (serta kamu menerimanya); dan lagi kamu telah menyangka berbagai-bagai sangkaan yang buruk (terhadap ugama Allah yang dibawa oleh RasulNya); dan (dengan itu) menjadilah kamu kaum yang rosak binasa. |
|
Surah Al Fat-h |
|
|
Ayat 13 | |
|
| |
|
Translation Dan (ingatlah bahawa) sesiapa yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya Kami sediakan bagi orang kafir itu api Neraka yang menjulang-julang. |
|
Surah Al Fat-h |
|
|
Ayat 14 | |
|
| |
|
Translation Dan kuasa pemerintahan langit dan bumi adalah hak kepunyaan Allah, Ia berkuasa mengampunkan sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan menyeksa sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. |
|
Surah Al Fat-h |
|
|
Ayat 15 | |
|
| |
|
Translation Orang yang tidak turut berjuang akan berkata semasa kamu pergi mendapat harta rampasan perang: Biarkanlah kami turut serta dengan kamu! Mereka hendak mengubah janji Allah. Katakanlah: Kamu tidak dibenarkan sama sekali turut serta dengan kami; demikianlah firman Allah sebelumnya. Mereka akan berkata: Bahkan kamu dengki kepada kami. Bahkan mereka tidak faham kecuali sedikit sahaja. |
|
Surah Al Fat-h |
|
|
Ayat 16 | |
|
| |
|
Translation Katakanlah kepada orang yang tidak turut berjuang dari kalangan kaum Arab Badwi: Kamu akan diajak menentang satu kaum yang mempunyai kekuatan yang bersangatan supaya kamu memeranginya, atau mereka memeluk Islam. Jika kamu taat, Allah akan mengurniakan kamu dengan balasan yang baik, dan kalau kamu berpaling ingkar seperti keingkaran kamu dahulu, nescaya Allah akan menyeksa kamu dengan azab yang tidak terperi sakitnya. |
|
Surah Al Fat-h |
|
|
Ayat 17 | |
|
| |
|
Translation Tidaklah menjadi salah kepada orang buta, dan tidaklah menjadi salah kepada orang tempang, dan tidaklah menjadi salah kepada orang sakit. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan-Nya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan sesiapa yang berpaling ingkar, akan diseksa-Nya dengan azab yang tidak terperi sakitnya. |
|
Surah Al Fat-h |
|
|
Ayat 18 | |
|
| |
|
Translation Sesungguhnya! Allah meredhai orang yang beriman, ketika mereka berjanji setia kepadamu; maka ternyata sedia diketahui-Nya apa yang ada di hati mereka, lalu Ia menurunkan ketenangan kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya. |
|
Surah Al Fat-h |
|
|
Ayat 19 | |
|
| |
|
Translation Dan juga dengan banyak harta rampasan perang, yang mereka akan dapat mengambilnya. Dan Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. |
|
Surah Al Fat-h |
|
|
Ayat 20 | |
|
| |
|
Translation Allah menjanjikan kepada kamu harta rampasan yang banyak yang kamu akan mengambilnya, lalu Ia menyegerakan untukmu harta rampasan perang ini, Dan Ia menahan tangan manusia daripada menyerang kamu; dan agar menjadi tanda bagi orang beriman, dan agar Ia memberi prtunjujk ke jalan yang lurus. |
|
Surah Al Fat-h |
|
|
Ayat 21 | |
|
| |
|
Translation Dan yang lain yang kamu belum dapat kuasainya, Allah memelihara harta itu dengan kekuasaan-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. |
|
Surah Al Fat-h |
|
|
Ayat 22 | |
|
| |
|
Translation Dan jika orang kafir itu memerangi kamu, tentulah mereka akan berpaling; kemudian mereka tidak akan beroleh pelindung atau memberikan pertolongan. |
|
Surah Al Fat-h |
|
|
Ayat 23 | |
|
| |
|
Translation Sunnatullah yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu. |
|
Surah Al Fat-h |
|
|
Ayat 24 | |
|
| |
|
Translation Dan Dialah yang menahan tangan mereka daripada melakukan perkara yang buruk terhadapmu, dan tanganmu daripada berbuat demikian kepada mereka di kawasan Mekah, sesudah Ia menjadikan kamu dapat menewaskan mereka. Dan Allah adalah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan. |
|
Surah Al Fat-h |
|
|
Ayat 25 | |
|
| |
|
Translation Mereka itulah orang yang kafir dan menghalang kamu daripada masuk ke masjid Al-Haram dan menyekat binatang korban dari tiba ke tempat sembelihannya. Dan kalaulah tidak kerana orang yang beriman, lelaki dan wanita, yang kamu tidak tahu mereka beriman, kemungkinan kamu akan melakukan pembunuhan yang akibatnya kamu akan menanggung kesusahan disebabkan pembunuhan mereka tanpa pengetahuan kerana Allah hendak memasukkan sesiapa yang dikehendaki-Nya ke dalam rahmat-Nya. Kalaulah mereka itu berpisahan, tentulah Kami menyeksa orang yang kafir dari mereka dengan azab seksa yang amat pedih. |
|
Surah Al Fat-h |
|
|
Ayat 26 | |
|
| |
|
Translation Ketika orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong yang ada dalam hati mereka perasaan sombong angkuh secara Jahiliyah lalu Allah turunkan semangat tenang tenteram kepada Rasul-Nya dan kepada orang yang beriman, serta meminta mereka tetap berpegang kepada Kalimah Taqwa, sedang mereka adalah orang yang sangat berhak dengannya dan menjadi ahlinya. Dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. |
|
Surah Al Fat-h |
|
|
Ayat 27 | |
|
| |
|
Translation Sesungguhnya! Allah membenarkan Rasul-Nya dalam perkara mimpi itu dengan sebenarnya; iaitu bahawa kamu akan memasuki Masjid Al-Haraam Insya-Allah dengan aman; mencukur kepalamu, dan menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut, kerana Ia mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya; maka Ia sediakan sebelum itu, satu kemenangan yang dekat. |
|
Surah Al Fat-h |
|
|
Ayat 28 | |
|
| |
|
Translation Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, supaya Dia memenangkannya ke atas segala bawaan agama yang lain; dan cukuplah Allah menjadi Saksi. |
|
Surah Al Fat-h |
|
|
Ayat 29 | |
|
| |
|
Translation Nabi Muhammad itu Rasulullah; dan orang yang bersamanya bersikap keras terhadap orang kafir, dan sebaliknya berkasih sayang sesama sendiri. Engkau melihat mereka rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredhaan-Nya. Tanda keimanan mereka terdapat pada muka mereka dari kesan sujud. Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula seperti pokok tanaman yang mengeluarkan tunasnya, lalu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat lalu ia tegap berdiri di atas batangnya dengan keadaan yang mengagumkan orang yang menanamnya, kerana Ia hendak jadikan orang kafir merana dengan perasaan marah. Dan Allah telah menjanjikan kepada orang yang beriman dan beramal salih dari mereka, keampunan dan pahala yang besar. |