Surah Al Fajr

 

Ayat 1

وَالْفَجْرِ

 

Translation

Demi waktu fajar.



Surah Al Fajr

 

Ayat 2

وَلَيَالٍ عَشْرٍ

 

Translation

Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).



Surah Al Fajr

 

Ayat 3

وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ

 

Translation

Dan bilangan yang genap serta yang ganjil.



Surah Al Fajr

 

Ayat 4

وَاللَّيْلِ إِذَا يَسْرِ

 

Translation

Dan malam, apabila ia berlalu.



Surah Al Fajr

 

Ayat 5

هَلْ فِي ذَلِكَ قَسَمٌ لِّذِي حِجْرٍ

 

Translation

Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah oleh orang yang berakal sempurna?



Surah Al Fajr

 

Ayat 6

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ

 

Translation

Tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah lakukan terhadap kaum 'Aad.



Surah Al Fajr

 

Ayat 7

إِرَمَ ذَاتِ الْعِمَادِ

 

Translation

Iaitu penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya.



Surah Al Fajr

 

Ayat 8

الَّتِي لَمْ يُخْلَقْ مِثْلُهَا فِي الْبِلَادِ

 

Translation

Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri.



Surah Al Fajr

 

Ayat 9

وَثَمُودَ الَّذِينَ جَابُوا الصَّخْرَ بِالْوَادِ

 

Translation

Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar dilembah.



Surah Al Fajr

 

Ayat 10

وَفِرْعَوْنَ ذِي الْأَوْتَادِ

 

Translation

Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh.



Surah Al Fajr

 

Ayat 11

الَّذِينَ طَغَوْا فِي الْبِلَادِ

 

Translation

Orang yang telah bermaharajalela di negeri-negeri.



Surah Al Fajr

 

Ayat 12

فَأَكْثَرُوا فِيهَا الْفَسَادَ

 

Translation

Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.



Surah Al Fajr

 

Ayat 13

فَصَبَّ عَلَيْهِمْ رَبُّكَ سَوْطَ عَذَابٍ

 

Translation

Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab.



Surah Al Fajr

 

Ayat 14

إِنَّ رَبَّكَ لَبِالْمِرْصَادِ

 

Translation

Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat).



Surah Al Fajr

 

Ayat 15

فَأَمَّا الْإِنسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ

 

Translation

Maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya, dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, ia berkata: Tuhanku telah memuliakanku!



Surah Al Fajr

 

Ayat 16

وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلَاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَهَانَنِ

 

Translation

Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, serta merepek dengan katanya: Tuhanku telah menghinakan daku!



Surah Al Fajr

 

Ayat 17

كَلَّا بَل لَّا تُكْرِمُونَ الْيَتِيمَ

 

Translation

Jangan demikian. Bahkan kamu tidak memuliakan anak yatim.



Surah Al Fajr

 

Ayat 18

وَلَا تَحَاضُّونَ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ

 

Translation

Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin.



Surah Al Fajr

 

Ayat 19

وَتَأْكُلُونَ التُّرَاثَ أَكْلًا لَّمًّا

 

Translation

Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya).



Surah Al Fajr

 

Ayat 20

وَتُحِبُّونَ الْمَالَ حُبًّا جَمًّا

 

Translation

Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba!



Surah Al Fajr

 

Ayat 21

كَلَّا إِذَا دُكَّتِ الْأَرْضُ دَكًّا دَكًّا

 

Translation

Jangan sekali-kali bersikap demikian! apabila bumi dihancurkan segala yang ada diatasnya dan diratakan serata-ratanya.



Surah Al Fajr

 

Ayat 22

وَجَاء رَبُّكَ وَالْمَلَكُ صَفًّا صَفًّا

 

Translation

Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah).



Surah Al Fajr

 

Ayat 23

وَجِيءَ يَوْمَئِذٍ بِجَهَنَّمَ يَوْمَئِذٍ يَتَذَكَّرُ الْإِنسَانُ وَأَنَّى لَهُ الذِّكْرَى

 

Translation

Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, pada saat itu manusia akan ingat, dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?



Surah Al Fajr

 

Ayat 24

يَقُولُ يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي

 

Translation

Ia akan berkata: Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!



Surah Al Fajr

 

Ayat 25

فَيَوْمَئِذٍ لَّا يُعَذِّبُ عَذَابَهُ أَحَدٌ

 

Translation

Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah.



Surah Al Fajr

 

Ayat 26

وَلَا يُوثِقُ وَثَاقَهُ أَحَدٌ

 

Translation

Dan tiada sesiapapun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belenggu-Nya.



Surah Al Fajr

 

Ayat 27

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ

 

Translation

Wahai orang yang mempunyai jiwa yang tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya.



Surah Al Fajr

 

Ayat 28

ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً

 

Translation

Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!



Surah Al Fajr

 

Ayat 29

فَادْخُلِي فِي عِبَادِي

 

Translation

Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hamba-Ku yang berbahagia.



Surah Al Fajr

 

Ayat 30

وَادْخُلِي جَنَّتِي

 

Translation

Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku!