Surah Faatir

 

Ayat 1

الْحَمْدُ لِلَّهِ فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَاعِلِ الْمَلَائِكَةِ رُسُلًا أُولِي أَجْنِحَةٍ مَّثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ يَزِيدُ فِي الْخَلْقِ مَا يَشَاء إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

 

Translation

Segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: dua, tiga dan empat; Ia menambah dalam ciptaan-Nya apa jua yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.



Surah Faatir

 

Ayat 2

مَا يَفْتَحِ اللَّهُ لِلنَّاسِ مِن رَّحْمَةٍ فَلَا مُمْسِكَ لَهَا وَمَا يُمْسِكْ فَلَا مُرْسِلَ لَهُ مِن بَعْدِهِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

 

Translation

Apa jua rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatu pun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatu pun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan ingatlah, Dialah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.



Surah Faatir

 

Ayat 3

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ هَلْ مِنْ خَالِقٍ غَيْرُ اللَّهِ يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاء وَالْأَرْضِ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ فَأَنَّى تُؤْفَكُونَ

 

Translation

Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah kepada kamu; Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan?



Surah Faatir

 

Ayat 4

وَإِن يُكَذِّبُوكَ فَقَدْ كُذِّبَتْ رُسُلٌ مِّن قَبْلِكَ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الأمُورُ

 

Translation

Dan jika mereka mendustaimu, maka sesungguhnya Rasul-rasul sebelummu telah juga didustakan. Dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.



Surah Faatir

 

Ayat 5

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَلَا يَغُرَّنَّكُم بِاللَّهِ الْغَرُورُ

 

Translation

Wahai umat manusia, sesunguhnya janji Allah adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan jangan sekali-kali seorang penipu itu memperdayakan kamu tentang Allah.



Surah Faatir

 

Ayat 6

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ

 

Translation

Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagimu, maka jadikanlah dia musuh; sebenarnya dia hanya menyeru golongannya supaya menjadi penduduk Neraka.



Surah Faatir

 

Ayat 7

الَّذِينَ كَفَرُوا لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ

 

Translation

Orang yang kafir, bagi mereka azab yang berat; dan orang yang beriman serta beramal soleh, bagi mereka keampunan dan pahala yang besar.



Surah Faatir

 

Ayat 8

أَفَمَن زُيِّنَ لَهُ سُوءُ عَمَلِهِ فَرَآهُ حَسَنًا فَإِنَّ اللَّهَ يُضِلُّ مَن يَشَاء وَيَهْدِي مَن يَشَاء فَلَا تَذْهَبْ نَفْسُكَ عَلَيْهِمْ حَسَرَاتٍ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

 

Translation

Maka adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya oleh Syaitan lalu ia memandangnya baik, Kerana sesungguhnya Allah, menyesatkan sesiapa yang Ia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Maka janganlah kamu membinasakan dirimu kerana menanggung dukacita terhadap kesesatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka kerjakan.



Surah Faatir

 

Ayat 9

وَاللَّهُ الَّذِي أَرْسَلَ الرِّيَاحَ فَتُثِيرُ سَحَابًا فَسُقْنَاهُ إِلَى بَلَدٍ مَّيِّتٍ فَأَحْيَيْنَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا كَذَلِكَ النُّشُورُ

 

Translation

Dan Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan, kemudian Kami halakan awan itu ke negeri yang mati lalu Kami hidupkan dengannya bumi sesudah matinya. Sedemikian itu pula kebangkitan manusia.



Surah Faatir

 

Ayat 10

مَن كَانَ يُرِيدُ الْعِزَّةَ فَلِلَّهِ الْعِزَّةُ جَمِيعًا إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُهُ وَالَّذِينَ يَمْكُرُونَ السَّيِّئَاتِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَكْرُ أُوْلَئِكَ هُوَ يَبُورُ

 

Translation

Sesiapa yang mahukan kemuliaan, maka bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada-Nyalah naik segala perkataan yang baik dan amal yang soleh pula di angkat-Nya naik. Dan orang yang merancang kejahatan, adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka akan rosak binasa.



Surah Faatir

 

Ayat 11

وَاللَّهُ خَلَقَكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ جَعَلَكُمْ أَزْوَاجًا وَمَا تَحْمِلُ مِنْ أُنثَى وَلَا تَضَعُ إِلَّا بِعِلْمِهِ وَمَا يُعَمَّرُ مِن مُّعَمَّرٍ وَلَا يُنقَصُ مِنْ عُمُرِهِ إِلَّا فِي كِتَابٍ إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

 

Translation

Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian Ia menjadikan kamu berpasangan lelaki dan perempuan. Dan tiada mengandung seseorang perempuan, dan tidak melahirkan kecuali dengan pengetahuan-Nya. Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, dan tidak pula dikurangi dari umurnya, melainkan ada qadarnya di dalam Kitab. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah.



Surah Faatir

 

Ayat 12

وَمَا يَسْتَوِي الْبَحْرَانِ هَذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ سَائِغٌ شَرَابُهُ وَهَذَا مِلْحٌ أُجَاجٌ وَمِن كُلٍّ تَأْكُلُونَ لَحْمًا طَرِيًّا وَتَسْتَخْرِجُونَ حِلْيَةً تَلْبَسُونَهَا وَتَرَى الْفُلْكَ فِيهِ مَوَاخِرَ لِتَبْتَغُوا مِن فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَش

 

Translation

Dan tidaklah sama keadaan dua laut, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga serta sesuai diminum, sementara yang satu lagi masin lagi pahit. Dan dari tiap-tiap satunya kamu dapat makan daging yang lembut, dan dapat pula kamu mengeluarkan benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya; Dan engkau lihat kapal-kapal membelah air belayar padanya supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurnia Allah, dan supaya kamu bersyukur.



Surah Faatir

 

Ayat 13

يُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَيُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُّسَمًّى ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ لَهُ الْمُلْكُ وَالَّذِينَ تَدْعُونَ مِن دُونِهِ مَا يَمْلِكُونَ مِن قِطْمِيرٍ

 

Translation

Allah jua yang memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam, dan Ia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Demikian itulah Allah Tuhan kamu, bagi-Nyalah kuasa pemerintahan; sedang mereka yang kamu sembah selain dari-Nya tidak mempunyai sesuatu pun walau senipis selaput biji kurma.



Surah Faatir

 

Ayat 14

إِن تَدْعُوهُمْ لَا يَسْمَعُوا دُعَاءكُمْ وَلَوْ سَمِعُوا مَا اسْتَجَابُوا لَكُمْ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يَكْفُرُونَ بِشِرْكِكُمْ وَلَا يُنَبِّئُكَ مِثْلُ خَبِيرٍ

 

Translation

Jika kamu menyeru mereka: mereka tidak mendengar doamu, dan kalaulah mereka mendengar, mereka tidak dapat memperkenankan permohonanmu; dan pada hari kiamat mereka mengingkari perbuatan syirik kamu. Dan tiada yang memberitahu kepadamu seperti yang diberikan oleh Yang Maha Mengetahui.



Surah Faatir

 

Ayat 15

يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَنتُمُ الْفُقَرَاء إِلَى اللَّهِ وَاللَّهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ

 

Translation

Wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah dalam segala perkara, sedang Allah Dialah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.



Surah Faatir

 

Ayat 16

إِن يَشَأْ يُذْهِبْكُمْ وَيَأْتِ بِخَلْقٍ جَدِيدٍ

 

Translation

Jika Ia mahu, nescaya Ia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yang baharu.



Surah Faatir

 

Ayat 17

وَمَا ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ بِعَزِيزٍ

 

Translation

Dan pelaksanaan yang demikian itu tidaklah sukar bagi Allah.



Surah Faatir

 

Ayat 18

وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى وَإِن تَدْعُ مُثْقَلَةٌ إِلَى حِمْلِهَا لَا يُحْمَلْ مِنْهُ شَيْءٌ وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبَى إِنَّمَا تُنذِرُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُم بِالغَيْبِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَمَن تَزَكَّى فَإِنَّمَا يَتَزَكَّى لِن

 

Translation

Dan seseorang pemikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain; dan jika seseorang yang berat dosanya, memanggil orang lain untuk memikulnya tidak akan dipikul sedikitpun daripadanya, walaupun dari kaum kerabatnya sendiri. Sesungguhnya engkau hanyalah memberi peringatan kepada orang yang takutkan Tuhan mereka semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, serta mereka mendirikan sembahyang. Dan sesiapa yang membersihkan dirinya maka sesungguhnya ia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan ingatlah, kepada Allah jualah tempat kembali.



Surah Faatir

 

Ayat 19

وَمَا يَسْتَوِي الْأَعْمَى وَالْبَصِيرُ

 

Translation

Dan tidaklah sama orang buta dengan orang yang celik.



Surah Faatir

 

Ayat 20

وَلَا الظُّلُمَاتُ وَلَا النُّورُ

 

Translation

Dan tidaklah sama gelap-gelita dengan cahaya yang terang-benderang.



Surah Faatir

 

Ayat 21

وَلَا الظِّلُّ وَلَا الْحَرُورُ

 

Translation

Dan tidaklah sama suasana yang teduh dengan yang kencang panasnya.



Surah Faatir

 

Ayat 22

وَمَا يَسْتَوِي الْأَحْيَاء وَلَا الْأَمْوَاتُ إِنَّ اللَّهَ يُسْمِعُ مَن يَشَاء وَمَا أَنتَ بِمُسْمِعٍ مَّن فِي الْقُبُورِ

 

Translation

Dan tidaklah sama orang yang hidup dengan orang yang mati. Sesungguhnya Allah, dapat menjadikan sesiapa yang dikehendaki-Nya mendengar, dan engkau wahai Muhammad tidak dapat menjadikan orang yang di dalam kubur mendengar.



Surah Faatir

 

Ayat 23

إِنْ أَنتَ إِلَّا نَذِيرٌ

 

Translation

Engkau tidak lain hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran.



Surah Faatir

 

Ayat 24

إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ بِالْحَقِّ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَإِن مِّنْ أُمَّةٍ إِلَّا خلَا فِيهَا نَذِيرٌ

 

Translation

Sesungguhnya Kami mengutusmu dengan benar, sebagai pembawa berita gembira dan pemberi amaran; dan tiada suatu umat pun melainkan telah ada dalam kalangannya dahulu seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran.



Surah Faatir

 

Ayat 25

وَإِن يُكَذِّبُوكَ فَقَدْ كَذَّبَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ جَاءتْهُمْ رُسُلُهُم بِالْبَيِّنَاتِ وَبِالزُّبُرِ وَبِالْكِتَابِ الْمُنِيرِ

 

Translation

Dan jika mereka mendustakanmu, maka sesungguhnya orang yang terdahulu sebelum mereka telah juga mendustakannya, mereka telah didatangi Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata dan Kitab Zabur serta Kitab yang terang jelas.



Surah Faatir

 

Ayat 26

ثُمَّ أَخَذْتُ الَّذِينَ كَفَرُوا فَكَيْفَ كَانَ نَكِيرِ

 

Translation

Kemudian Aku timpakan orang kafir itu dengan azab yang membinasakan, maka perhatikanlah bagaimana buruknya akibat kemurkaan-Ku.



Surah Faatir

 

Ayat 27

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ أَنزَلَ مِنَ السَّمَاء مَاء فَأَخْرَجْنَا بِهِ ثَمَرَاتٍ مُّخْتَلِفًا أَلْوَانُهَا وَمِنَ الْجِبَالِ جُدَدٌ بِيضٌ وَحُمْرٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهَا وَغَرَابِيبُ سُودٌ

 

Translation

Tidakkah engkau lihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengannya buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang itu ada yang mempunyai jalur-jalur putih dan merah, yang berlainan warnanya dan ada juga yang hitam legam.



Surah Faatir

 

Ayat 28

وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالْأَنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَلِكَ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاء إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

 

Translation

Dan demikianlah antara manusia dan binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya. Sebenarnya yang takut kepada Allah dari kalangan hamba-Nya hanyalah orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.



Surah Faatir

 

Ayat 29

إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَّن تَبُورَ

 

Translation

Sesungguhnya orang yang selalu membaca Kitab Allah, mendirikan sembahyang dan mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara berterang-terang, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.



Surah Faatir

 

Ayat 30

لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُم مِّن فَضْلِهِ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ

 

Translation

Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mensyukuri.



Surah Faatir

 

Ayat 31

وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ هُوَ الْحَقُّ مُصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ إِنَّ اللَّهَ بِعِبَادِهِ لَخَبِيرٌ بَصِيرٌ

 

Translation

Dan Al-Qur'an yang Kami wahikan kepadamu adalah benar yang tetap mengesahkan apa yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.



Surah Faatir

 

Ayat 32

ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِّنَفْسِهِ وَمِنْهُم مُّقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ

 

Translation

Kemudian Kami wariskan Al-Qur'an itu kepada orang yang Kami pilih dari kalangan hamba Kami; maka di antara mereka ada yang menzalimi diri sendiri, dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan ada yang mendahului dalam berbuat kebajikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar dari Allah semata-mata.



Surah Faatir

 

Ayat 33

جَنَّاتُ عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا يُحَلَّوْنَ فِيهَا مِنْ أَسَاوِرَ مِن ذَهَبٍ وَلُؤْلُؤًا وَلِبَاسُهُمْ فِيهَا حَرِيرٌ

 

Translation

Iaitu Syurga Adn, yang mereka akan masukinya; mereka dihias di dalamnya dengan gelang-gelang dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera.



Surah Faatir

 

Ayat 34

وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنَّا الْحَزَنَ إِنَّ رَبَّنَا لَغَفُورٌ شَكُورٌ

 

Translation

Dan berkatalah mereka: Segala puji bagi Allah, yang menghapuskan dukacita dari kami; Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi Maha Mensyukuri.



Surah Faatir

 

Ayat 35

الَّذِي أَحَلَّنَا دَارَ الْمُقَامَةِ مِن فَضْلِهِ لَا يَمَسُّنَا فِيهَا نَصَبٌ وَلَا يَمَسُّنَا فِيهَا لُغُوبٌ

 

Translation

Tuhan yang menempatkan kami di tempat yang kekal; dengan kurnia-Nya. Kami tidak merasa penat lelah di situ, dan tidak akan merasa letih lesu.



Surah Faatir

 

Ayat 36

وَالَّذِينَ كَفَرُوا لَهُمْ نَارُ جَهَنَّمَ لَا يُقْضَى عَلَيْهِمْ فَيَمُوتُوا وَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُم مِّنْ عَذَابِهَا كَذَلِكَ نَجْزِي كُلَّ كَفُورٍ

 

Translation

Dan orang kafir bagi mereka Neraka Jahanam; tidak dijatuhkan hukuman bunuh supaya mereka mati, dan tidak pula diringankan azab Neraka itu dari mereka; dan demikianlah Kami membalas tiap-tiap orang yang melampau kufurnya.



Surah Faatir

 

Ayat 37

وَهُمْ يَصْطَرِخُونَ فِيهَا رَبَّنَا أَخْرِجْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا غَيْرَ الَّذِي كُنَّا نَعْمَلُ أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُم مَّا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ وَجَاءكُمُ النَّذِيرُ فَذُوقُوا فَمَا لِلظَّالِمِينَ مِن نَّصِيرٍ

 

Translation

Dan mereka menjerit di dalam Neraka itu: Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami! kami akan kerjakan amal yang soleh; lain dari yang kami kerjakan. Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi seorang pemberi amaran. Oleh itu, rasalah azab seksa, kerana orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapa pun yang dapat memberikan pertolongan.



Surah Faatir

 

Ayat 38

إِنَّ اللَّهَ عَالِمُ غَيْبِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ

 

Translation

Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya Ia mengetahui akan segala isi hati yang terkandung di dalam dada.



Surah Faatir

 

Ayat 39

هُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلَائِفَ فِي الْأَرْضِ فَمَن كَفَرَ فَعَلَيْهِ كُفْرُهُ وَلَا يَزِيدُ الْكَافِرِينَ كُفْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ إِلَّا مَقْتًا وَلَا يَزِيدُ الْكَافِرِينَ كُفْرُهُمْ إِلَّا خَسَارًا

 

Translation

Dialah yang menjadikan kamu orang yang berkuasa di muka bumi; oleh itu sesiapa yang kufur maka balasan kufurnya itu akan menimpa dirinya sendiri; dan orang kafir, kufurnya tidak menambahkan mereka di sisi Tuhan mereka melainkan kemurkaan dan kehinaan; dan juga orang kafir itu, kufurnya tidak menambahkan mereka melainkan kerugian jua.



Surah Faatir

 

Ayat 40

قُلْ أَرَأَيْتُمْ شُرَكَاءكُمُ الَّذِينَ تَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ أَرُونِي مَاذَا خَلَقُوا مِنَ الْأَرْضِ أَمْ لَهُمْ شِرْكٌ فِي السَّمَاوَاتِ أَمْ آتَيْنَاهُمْ كِتَابًا فَهُمْ عَلَى بَيِّنَةٍ مِّنْهُ بَلْ إِن يَعِدُ الظَّالِمُونَ بَعْضُهُم بَعْضًا

 

Translation

Katakanlah: Apakah kamu perhatikan sekutumu, yang kamu seru dan sembah selain Allah? Tunjukkanlah kepadaku apa yang mereka ciptakan dari bumi ini? Atau adakah mereka mempunyai perkongsian dalam menciptakan langit? Atau pernahkah Kami memberi mereka sebuah Kitab, maka perkongsian mereka berdasarkan keterangan darinya? Bahkan orang yang zalim itu, tidak menjanjikan sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain melainkan tipuan belaka.



Surah Faatir

 

Ayat 41

إِنَّ اللَّهَ يُمْسِكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ أَن تَزُولَا وَلَئِن زَالَتَا إِنْ أَمْسَكَهُمَا مِنْ أَحَدٍ مِّن بَعْدِهِ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا

 

Translation

Sesungguhnya Allah menahan langit dan bumi supaya tidak berganjak; dan jika keduanya berganjak maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menahannya daripada berlaku selain dari Allah. Sesungguhnya Ia Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.



Surah Faatir

 

Ayat 42

وَأَقْسَمُوا بِاللَّهِ جَهْدَ أَيْمَانِهِمْ لَئِن جَاءهُمْ نَذِيرٌ لَّيَكُونُنَّ أَهْدَى مِنْ إِحْدَى الْأُمَمِ فَلَمَّا جَاءهُمْ نَذِيرٌ مَّا زَادَهُمْ إِلَّا نُفُورًا

 

Translation

Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sesungguh-sungguh sumpahnya. Sesungguhnya jika datang kepada mereka seorang pemberi ingatan, sudah tentu mereka akan lebih betul jalan agamanya dari sebarang umat yang lain. Setelah datang kepada mereka seorang pemberi ingatan Maka kedatangannya itu hanya menyebabkan mereka bertambah liar dari kebenaran.



Surah Faatir

 

Ayat 43

اسْتِكْبَارًا فِي الْأَرْضِ وَمَكْرَ السَّيِّئِ وَلَا يَحِيقُ الْمَكْرُ السَّيِّئُ إِلَّا بِأَهْلِهِ فَهَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا سُنَّتَ الْأَوَّلِينَ فَلَن تَجِدَ لِسُنَّتِ اللَّهِ تَبْدِيلًا وَلَن تَجِدَ لِسُنَّتِ اللَّهِ تَحْوِيلًا

 

Translation

Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang menjalankannya. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang.



Surah Faatir

 

Ayat 44

أَوَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَيَنظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَكَانُوا أَشَدَّ مِنْهُمْ قُوَّةً وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعْجِزَهُ مِن شَيْءٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلَا فِي الْأَرْضِ إِنَّهُ كَانَ عَلِيمًا قَدِيرًا

 

Translation

Tidakkah mereka itu mengembara di muka bumi, lalu mereka menyaksikan bagaimana kesudahan orang kafir yang terdahulu dari mereka, adalah orang itu lebih kekuatannya dari mereka? Dan bahawa kekuasaan Allah tidak dapat dilemahkan atau dihalangi oleh sesuatu pun sama ada di langit atau di bumi; sesungguhnya Ia adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.



Surah Faatir

 

Ayat 45

وَلَوْ يُؤَاخِذُ اللَّهُ النَّاسَ بِمَا كَسَبُوا مَا تَرَكَ عَلَى ظَهْرِهَا مِن دَابَّةٍ وَلَكِن يُؤَخِّرُهُمْ إِلَى أَجَلٍ مُّسَمًّى فَإِذَا جَاء أَجَلُهُمْ فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِعِبَادِهِ بَصِيرًا

 

Translation

Dan kalaulah Allah menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah Ia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; apabila sampai tempoh mereka maka sesungguhnya Allah sentiasa Melihat keadaan hamba-hamba-Nya.