Surah Al Balad

 

Ayat 1

لَا أُقْسِمُ بِهَذَا الْبَلَدِ

 

Translation

Aku bersumpah dengan negeri (Mekah) ini.



Surah Al Balad

 

Ayat 2

وَأَنتَ حِلٌّ بِهَذَا الْبَلَدِ

 

Translation

Sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas).



Surah Al Balad

 

Ayat 3

وَوَالِدٍ وَمَا وَلَدَ

 

Translation

Demi manusia yang melahirkan zuriat, dan zuriat yang dilahirkannya.



Surah Al Balad

 

Ayat 4

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي كَبَدٍ

 

Translation

Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran.



Surah Al Balad

 

Ayat 5

أَيَحْسَبُ أَن لَّن يَقْدِرَ عَلَيْهِ أَحَدٌ

 

Translation

Patutkah manusia yang demikian keadaannya menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kuatkuasanya (dan menyeksakannya)?



Surah Al Balad

 

Ayat 6

يَقُولُ أَهْلَكْتُ مَالًا لُّبَدًا

 

Translation

Manusia yang demikian keadaannya berkata: Aku telah habiskan harta-benda yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan bangsa).



Surah Al Balad

 

Ayat 7

أَيَحْسَبُ أَن لَّمْ يَرَهُ أَحَدٌ

 

Translation

Adakah ia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan hartabendanya itu)?



Surah Al Balad

 

Ayat 8

أَلَمْ نَجْعَل لَّهُ عَيْنَيْنِ

 

Translation

Tidakkah Kami telah menjadikan baginya dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan Kami)?



Surah Al Balad

 

Ayat 9

وَلِسَانًا وَشَفَتَيْنِ

 

Translation

Dan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)?



Surah Al Balad

 

Ayat 10

وَهَدَيْنَاهُ النَّجْدَيْنِ

 

Translation

Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan.



Surah Al Balad

 

Ayat 11

فَلَا اقْتَحَمَ الْعَقَبَةَ

 

Translation

Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan.



Surah Al Balad

 

Ayat 12

وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْعَقَبَةُ

 

Translation

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?



Surah Al Balad

 

Ayat 13

فَكُّ رَقَبَةٍ

 

Translation

(Di antara amal-amal itu bagi orang yang mampu) ialah memerdekakan hamba abdi.



Surah Al Balad

 

Ayat 14

أَوْ إِطْعَامٌ فِي يَوْمٍ ذِي مَسْغَبَةٍ

 

Translation

Atau memberi makan pada hari kelaparan.



Surah Al Balad

 

Ayat 15

يَتِيمًا ذَا مَقْرَبَةٍ

 

Translation

Kepada anak yatim dari kaum kerabat.



Surah Al Balad

 

Ayat 16

أَوْ مِسْكِينًا ذَا مَتْرَبَةٍ

 

Translation

Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.



Surah Al Balad

 

Ayat 17

ثُمَّ كَانَ مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ وَتَوَاصَوْا بِالْمَرْحَمَةِ

 

Translation

Selain dari itu, ia (tidak) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.



Surah Al Balad

 

Ayat 18

أُوْلَئِكَ أَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ

 

Translation

Mereka itulah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga).



Surah Al Balad

 

Ayat 19

وَالَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا هُمْ أَصْحَابُ الْمَشْأَمَةِ

 

Translation

Dan orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri.



Surah Al Balad

 

Ayat 20

عَلَيْهِمْ نَارٌ مُّؤْصَدَةٌ

 

Translation

Mereka ditimpakan (azab seksa) neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya).