Surah Al Bayyinah

 

Ayat 1

لَمْ يَكُنِ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ مُنفَكِّينَ حَتَّى تَأْتِيَهُمُ الْبَيِّنَةُ

 

Translation

Orang kafir dari Ahli Kitab serta orang musyrik, tidak akan meninggalkan (agama masing-masing) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas nyata.



Surah Al Bayyinah

 

Ayat 2

رَسُولٌ مِّنَ اللَّهِ يَتْلُو صُحُفًا مُّطَهَّرَةً

 

Translation

Iaitu seorang Rasul dari Allah yang membacakan (kepada mereka) Lembaran-lembaran Suci.



Surah Al Bayyinah

 

Ayat 3

فِيهَا كُتُبٌ قَيِّمَةٌ

 

Translation

Terkandung di dalamnya pelajaran-pelajaran dan hukum-hukum yang benar.



Surah Al Bayyinah

 

Ayat 4

وَمَا تَفَرَّقَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءتْهُمُ الْبَيِّنَةُ

 

Translation

Dan orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) itu, tidak berpecah-belah melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang jelas nyata.



Surah Al Bayyinah

 

Ayat 5

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاء وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ

 

Translation

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar."



Surah Al Bayyinah

 

Ayat 6

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا أُوْلَئِكَ هُمْ شَرُّ الْبَرِيَّةِ

 

Translation

Sesungguhnya orang kafir dari Ahli Kitab dan orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekallah mereka di dalamnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk.



Surah Al Bayyinah

 

Ayat 7

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُوْلَئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ

 

Translation

Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal salih, mereka itulah sebaik-baik makhluk.



Surah Al Bayyinah

 

Ayat 8

جَزَاؤُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا رَّضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ذَلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ

 

Translation

Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah Syurga 'Adn, yang mengalir dibawahnya beberapa sungai; kekallah mereka didalamnya selama-lamanya; Allah redha akan mereka dan merekapun redha akan nikmat pemberian-Nya. Balasan yang demikian itu untuk orang yang takut (perintah) Tuhannya.