Surah Al Anfaal

 

Ayat 1

يَسْأَلُونَكَ عَنْ الْأَنْفَالِ قُلْ الْأَنْفَالُ لِلَّهِ وَالرَّسُولِ فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَصْلِحُوا ذَاتَ بَيْنِكُمْ وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنْ كُنتُمْ مُؤْمِنِينَ

 

Translation

Mereka bertanya kepadamu tentang harta rampasan perang. Katakanlah: Harta rampasan perang itu (terserah) bagi Allah dan bagi Rasul-Nya. Maka bertakwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah hubungan di antara kamu, dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, jika betul kamu orang yang beriman.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 2

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ ءايتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَنًَا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

 

Translation

Sesungguhnya orang yang beriman itu apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 3

الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَوةَ وَمِمَّا رَزَقْنَهُمْ يُنفِقُونَ

 

Translation

Iaitu orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 4

أُوْلَئِكَ هُمْ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا لَهُمْ دَرَجَتٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَمَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ

 

Translation

Merekalah orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka mendapat pangkat di sisi Tuhan mereka, keampunan serta rezeki yang mulia.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 5

كَمَا أَخْرَجَكَ رَبُّكَ مِنْ بَيْتِكَ بِالْحَقِّ وَإِنَّ فَرِيقًا مِنْ الْمُؤْمِنِينَ لَكَرِهُونَ

 

Translation

Sebagaimana Tuhanmu mengeluarkan kamu dari rumahmu (untuk berperang) dengan kebenaran, sedangkan sebahagian dari orang beriman tidak suka.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 6

يُجَدِلُونَكَ فِي الْحَقِّ بَعْدَ مَا تَبَيَّنَ كَأَنَّمَا يُسَاقُونَ إِلَى الْمَوْتِ وَهُمْ يَنظُرُونَ

 

Translation

Mereka membantahmu tentang kebenaran (berjihad) setelah nyata, seolah-olah mereka dihalau kepada kematian, sedang mereka melihat (sebab-sebabnya).



Surah Al Anfaal

 

Ayat 7

وَإِذْ يَعِدُكُمْ اللَّهُ إِحْدَى الطَّائِفَتَيْنِ أَنَّهَا لَكُمْ وَتَوَدُّونَ أَنَّ غَيْرَ ذَاتِ الشَّوْكَةِ تَكُونُ لَكُمْ وَيُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُحِقَّ الْحَقَّ بِكَلِمَتِهِ وَيَقْطَعَ دَابِرَ الْكَفِرِينَ

 

Translation

Dan (ingatlah) ketika Allah menjanjikan kepada kamu salah satu dari dua angkatan untuk kamu sedang kamu suka kiranya bukan angkatan (perang) yang mempunyai kekuatan itu dijadikan untuk kamu. Padahal Allah menghendaki untuk menetapkan yang benar dengan Kalimah-kalimah-Nya, dan untuk membinasakan kaum yang kafir seluruhnya.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 8

لِيُحِقَّ الْحَقَّ وَيُبْطِلَ الْبَطِلَ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ

 

Translation

Supaya Allah menegakkan yang benar itu dan menghapuskan yang salah, sekali pun golongan (kafir musyrik) yang berdosa itu tidak menyukainya.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 9

إِذْ تَسْتَغِيثُونَ رَبَّكُمْ فَاسْتَجَابَ لَكُمْ أَنِّي مُمِدُّكُمْ بِأَلْفٍ مِنْ الْمَلَئِكَةِ مُرْدِفِينَ

 

Translation

(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan Tuhan kamu, lalu Ia perkenankan bagimu (firman-Nya): Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 10

وَمَا جَعَلَهُ اللَّهُ إِلَّا بُشْرَى وَلِتَطْمَئِنَّ بِهِ قُلُوبُكُمْ وَمَا النَّصْرُ إِلَّا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

 

Translation

Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang dan tenteram dengannya. Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 11

إِذْ يُغَشِّيكُمْ النُّعَاسَ أَمَنَةً مِنْهُ وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُمْ مِنْ السَّمَاءِ مَاءً لِيُطَهِّرَكُمْ بِهِ وَيُذْهِبَ عَنكُمْ رِجْزَ الشَّيْطَنِ وَلِيَرْبِطَ عَلَى قُلُوبِكُمْ وَيُثَبِّتَ بِهِ الْأَقْدَامَ

 

Translation

(Ingatlah) ketika kamu rasa mengantuk sebagai satu (pemberian) iman dari-Nya, dan Ia turunkan kepada kamu hujan dari langit untuk kamu bersuci dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan, dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak perdirian.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 12

إِذْ يُوحِي رَبُّكَ إِلَى الْمَلَئِكَةِ أَنِّي مَعَكُمْ فَثَبِّتُوا الَّذِينَ ءامَنُوا سَأُلْقِي فِي قُلُوبِ الَّذِينَ كَفَرُوا الرُّعْبَ فَاضْرِبُوا فَوْقَ الْأَعْنَاقِ وَاضْرِبُوا مِنْهُمْ كُلَّ بَنَانٍ

 

Translation

(Ingatlah) ketika Tuhanmu wahikan kepada malaikat: Sesungguhnya Aku bersamamu, maka tetapkanlah (hati) orang yang beriman. Aku akan mengisi hati orang kafir dengan perasaan gerun; Maka, pancunglah leher mereka dan tetaklah tiap-tiap anggota mereka.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 13

ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ شَاقُّوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَمَنْ يُشَاقِقْ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَإِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

 

Translation

Yang demikian ialah kerana sesungguhnya mereka menentang Allah dan Rasul-Nya; dan sesiapa yang menentang Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 14

ذَلِكُمْ فَذُوقُوهُ وَأَنَّ لِلْكَفِرِينَ عَذَابَ النَّارِ

 

Translation

Itulah (azab dunia) maka rasalah dia. Sesungguhnya orang yang kafir disediakan baginya azab neraka.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 15

يَأيُّهَا الَّذِينَ ءامَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ الَّذِينَ كَفَرُوا زَحْفًا فَلَا تُوَلُّوهُمْ الْأَدْبَارَ

 

Translation

Wahai orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan orang kafir yang sedang menyerang, maka janganlah kamu berpaling dari menentang mereka.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 16

وَمَنْ يُوَلِّهِمْ يَوْمَئِذٍ دُبُرَهُ إِلَّا مُتَحَرِّ فالِقِتَالٍ أَوْ مُتَحَيِّزًا إِلَى فِئَةٍ فَقَدْ بَاءَ بِغَضَبٍ مِنْ اللَّهِ وَمَأْوَهُ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ

 

Translation

Dan sesiapa berpaling dari menentang mereka pada ketika itu kecuali ia bergerak ke arah lain peperangan, atau hendak menyatukan diri dengan pasukan lain maka sesungguhnya ia tetaplah mendapat kemurkaan Allah, dan tempatnya ialah Neraka Jahanam; seburuk-buruk tempat kembali.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 17

فَلَمْ تَقْتُلُوهُمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ قَتَلَهُمْ وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ رَمَى وَلِيُبْلِيَ الْمُؤْمِنِينَ مِنْهُ بَلَاءً حَسَنًا إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

 

Translation

Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau yang melempar ketika engkau melempar, tetapi Allahlah yang melempar, dan untuk mengurniakan orang beriman daripada-Nya dengan pengurniaan yang baik. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 18

ذَلِكُمْ وَأَنَّ اللَّهَ مُوهِنُ كَيْدِ الْكَفِرِينَ

 

Translation

Demikianlah, dan sesungguhnya Allah sentiasa melumpuhkan tipu daya orang yang kafir.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 19

إِنْ تَسْتَفْتِحُوا فَقَدْ جَاءَكُمْ الْفَتْحُ وَإِنْ تَنتَهُوا فَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَإِنْ تَعُودُوا نَعُدْ وَلَنْ تُغْنِيَ عَنكُمْ فِئَتُكُمْ شَيْءا وَلَوْ كَثُرَتْ وَأَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُؤْمِنِينَ

 

Translation

Jika kamu memohon diberi kemenangan maka sesungguhnya kemenangan itu datang kepadamu; dan jika kamu berhenti (memusuhi Nabi) maka itu amat baik bagi kamu, dan jika kamu kembali (memusuhinya), Kami juga kembali; dan golonganmu tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkan kamu sedikit pun, sekali pun ia lebih ramai; dan (yang demikian itu adalah kerana) sesungguhnya Allah beserta orang yang beriman.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 20

يَأيُّهَا الَّذِينَ ءامَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَوَلَّوْا عَنْهُ وَأَنْتُمْ تَسْمَعُونَ

 

Translation

Wahai orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 21

وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ قَالُوا سَمِعْنَا وَهُمْ لَا يَسْمَعُونَ

 

Translation

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang yang berkata: Kami dengar, padahal mereka tidak mendengar (tidak mahu menerima dan mematuhinya).



Surah Al Anfaal

 

Ayat 22

إِنَّ شَرَّ الدَّوَابِّ عِنْدَ اللَّهِ الصُّمُّ الْبُكْمُ الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ

 

Translation

Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi Allah, ialah orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatu pun.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 23

وَلَوْ عَلِمَ اللَّهُ فِيهِمْ خَيْرًا لَأَسْمَعَهُمْ وَلَوْ أَسْمَعَهُمْ لَتَوَلَّوا وَهُمْ مُعْرِضُونَ

 

Translation

Dan kalaulah Allah mengetahui ada kebaikan pada mereka, tentulah Ia jadikan mereka dapat mendengar; dan kalau Ia jadikan mereka dapat mendengar, nescaya mereka tidak menerimanya sambil memalingkan diri.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 24

يَأيُّهَا الَّذِينَ ءامَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ

 

Translation

Wahai orang yang beriman, sambutlah seruan Allah dan Rasul-Nya apabila Ia menyeru kepada kamu sesuatu yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah, sesungguhnya Allah menyekat di antara seseorang dengan hatinya, dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dihimpunkan.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 25

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

 

Translation

Dan jagalah diri kamu daripada dosa yang bukan sahaja akan menimpa orang yang zalim di antara kamu secara khusus. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 26

وَاذْكُرُوا إِذْ أَنْتُمْ قَلِيلٌ مُسْتَضْعَفُونَ فِي الْأَرْضِ تَخَافُونَ أَنْ يَتَخَطَّفَكُمْ النَّاسُ فءاوَكُمْ وَأَيَّدَكُمْ بِنَصْرِهِ وَرَزَقَكُمْ مِنْ الطَّيِّبَتِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

 

Translation

Dan ingatlah ketika kamu sedikit bilangannya serta tertindas di bumi, kamu takut orang menangkapmu, maka Allah memberimu tempat bermastautin dan Dia perkuatkan kamu dengan pertolongan-Nya, serta dikurniakan-Nya kamu dari rezeki yang baik-baik, supaya kamu bersyukur.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 27

يَأيُّهَا الَّذِينَ ءامَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَنَتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

 

Translation

Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).



Surah Al Anfaal

 

Ayat 28

وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَلُكُمْ وَأَوْلَدُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ

 

Translation

Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 29

يَأيُّهَا الَّذِينَ ءامَنُوا إِنْ تَتَّقُوا اللَّهَ يَجْعَلْ لَكُمْ فُرْقَانًا وَيُكَفِّرْ عَنكُمْ سَيِّءاتِكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ

 

Translation

Wahai orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Ia adakan bagimu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 30

وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَكِرِينَ

 

Translation

Dan ingatlah, ketika orang kafir musyrik (Mekah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 31

وَإِذَا تُتْلَى عَلَيْهِمْ ءايَتُنَا قَالُوا قَدْ سَمِعْنَا لَوْ نَشَاءُ لَقُلْنَا مِثْلَ هَذَا إِنْ هَذَا إِلَّا أَسَطِيرُ الْأَوَّلِينَ

 

Translation

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami, mereka berkata: Sesungguhnya kami telah mendengarnya. Kalaulah kami mahu, nescaya kami dapat mengatakan (kata-kata) seperti (Al-Qur'an) ini. (Al-Qur'an) ini tidak lain hanyalah cerita-cerita dongeng orang dahulu kala.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 32

وَإِذْ قَالُوا اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ هَذَا هُوَ الْحَقَّ مِنْ عِنْدِكَ فَأَمْطِرْ عَلَيْنَا حِجَارَةً مِنْ السَّمَاءِ أَوْ ائْتِنَا بِعَذَابٍ أَلِيمٍ

 

Translation

Dan (ingatlah) ketika mereka berkata: Wahai Tuhan kami! Jika betul (Al-Qur'an) itu adalah benar dari sisi-Mu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 33

وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنْتَ فِيهِمْ وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ

 

Translation

Dan Allah tidak akan menyeksa mereka, sedang engkau ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 34

وَمَا لَهُمْ أَلَّا يُعَذِّبَهُمْ اللَّهُ وَهُمْ يَصُدُّونَ عَنْ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَمَا كَانُوا أَوْلِيَاءَهُ إِنْ أَوْلِيَاؤُهُ إِلَّا الْمُتَّقُونَ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

 

Translation

Dan mengapa mereka tidak patut diseksa oleh Allah, sedang mereka menyekat (orang Islam) dari masjid Al-Haraam, padahal mereka bukanlah berhak menguasainya? Yang berhak menguasainya ialah orang yang bertaqwa, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 35

وَمَا كَانَ صَلَاتُهُمْ عِنْدَ الْبَيْتِ إِلَّا مُكَاءً وَتَصْدِيَةً فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ تَكْفُرُونَ

 

Translation

Dan tiadalah sembahyang mereka di sisi Baitullah itu melainkan bersiul-siul dan bertepuk tangan. Oleh itu rasalah Kamu akan azab disebabkan kekufuran kamu.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 36

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا يُنْفِقُونَ أَمْوَلَهُمْ لِيَصُدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ فَسَيُنفِقُونَهَا ثُمَّ تَكُونُ عَلَيْهِمْ حَسْرَةً ثُمَّ يُغْلَبُونَ وَالَّذِينَ كَفَرُوا إِلَى جَهَنَّمَ يُحْشَرُونَ

 

Translation

Sesungguhnya orang kafir yang membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, mereka tetap membelanjakannya kemudian menjadi penyesalan bagi mereka, tambahan pula mereka dikalahkan. Dan (ingatlah) orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 37

لِيَمِيزَ اللَّهُ الْخَبِيثَ مِنْ الطَّيِّبِ وَيَجْعَلَ الْخَبِيثَ بَعْضَهُ عَلَى بَعْضٍ فَيَرْكُمَهُ جَمِيعًا فَيَجْعَلَهُ فِي جَهَنَّمَ أُوْلَئِكَ هُمْ الْخَسِرُونَ

 

Translation

Kerana Allah hendak membezakan yang jahat dari yang baik, dan menjadikan (golongan) yang jahat itu setengahnya bersatu dengan setengahnya yang lain, lalu ditimbunkannya kesemuanya, serta dimasukkannya ke dalam Neraka Jahannam. Mereka itulah orang yang rugi.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 38

قُلْ لِلَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ يَنتَهُوا يُغْفَرْ لَهُمْ مَا قَدْ سَلَفَ وَإِنْ يَعُودُوا فَقَدْ مَضَتْ سُنَّت الْأَوَّلِينَ

 

Translation

Katakanlah kepada orang yang kafir itu, jika mereka berhenti (dari kekufurannya), nescaya akan diampunkan dosa mereka yang lalu, dan jika mereka kembali ingkar, maka sesungguhnya akan berlakulah kebinasaan orang dahulu kala.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 39

وَقَتِلُوهُمْ حَتَّى لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ كُلُّهُ لِلَّهِ فَإِنْ انتَهَوْا فَإِنَّ اللَّهَ بِمَا يَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

 

Translation

Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya), maka sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 40

وَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَوْلَكُمْ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيرُ

 

Translation

Dan jika mereka berpaling maka ketahuilah bahawasanya Allah Pelindung kamu; Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik penolong.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 41

وَاعْلَمُوا أَنَّمَا غَنِمْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَأَنَّ لِلَّهِ خُمُسَهُ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَمَى وَالْمَسَكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ إِنْ كُنتُمْ ءامَنْتُمْ بِاللَّهِ وَمَا أَنزَلْنَا عَلَى عَبْدِنَا يَوْمَ الْفُرْقَانِ يَوْمَ الْتَقَى الْ

 

Translation

Dan ketahuilah, bahawa apa sahaja yang kamu dapati sebagai harta rampasan perang, maka sesungguhnya seperlimanya (dibahagikan) untuk (jalan) Allah, dan untuk Rasul-Nya, dan untuk kerabat (Rasulullah), anak-anak yatim, dan orang miskin, serta Ibnussabil, jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad) pada Hari Al-Furqaan, iaitu hari bertemunya dua angkatan tentera. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 42

إِذْ أَنْتُمْ بِالْعُدْوَةِ الدُّنْيَا وَهُمْ بِالْعُدْوَةِ الْقُصْوَى وَالرَّكْبُ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَلَوْ تَوَاعَدتُّمْ لَاخْتَلَفْتُمْ فِي الْمِيعَدِ وَلَكِنْ لِيَقْضِيَ اللَّهُ أَمْرًا كَانَ مَفْعُولًا لِيَهْلِكَ مَنْ هَلَكَ عَنْ بَيِّنَةٍ وَيَحْيَى م

 

Translation

Ketika kamu berada di tepi lembah yang dekat dan mereka (pihak musuh) berada di tepi lembah yang jauh, sedang Kafilah itu berada di tempat yang rendah dari tempat kamu. Dan kalaulah kamu berjanji (dengan mereka) nescaya kamu akan berselisih pada menentukan harinya. Akan tetapi untuk Allah melakukan suatu perkara yang telah ditetapkan, iaitu supaya orang (kafir musyrik) yang binasa itu, binasa dengan keterangan, dan supaya orang (Islam) yang hidup itu, hidup dengan keterangan yang nyata; dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 43

إِذْ يُرِيكَهُمْ اللَّهُ فِي مَنَامِكَ قَلِيلًا وَلَوْ أَرَكَهُمْ كَثِيرًا لَفَشِلْتُمْ وَلَتَنَزَعْتُمْ فِي الْأَمْرِ وَلَكِنَّ اللَّهَ سَلَّمَ إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ

 

Translation

Ketika Allah memperlihatkan mereka kepadamu dalam mimpimu sedikit bilangannya; dan kalaulah Ia perlihatkan mereka kepadamu ramai bilangannya, tentulah kamu akan merasa gerun dan tentulah kamu akan berbantah-bantahan dalam urusan (perang) itu. Akan tetapi Allah telah menyelamatkan kamu. Sesungguhnya Allah, Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 44

وَإِذْ يُرِيكُمُوهُمْ إِذْ الْتَقَيْتُمْ فِي أَعْيُنِكُمْ قَلِيلًا وَيُقَلِّلُكُمْ فِي أَعْيُنِهِمْ لِيَقْضِيَ اللَّهُ أَمْرًا كَانَ مَفْعُولًا وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ

 

Translation

Dan (ingatlah) ketika Ia memperlihatkan mereka kepada kamu semasa kamu bertemu dengan mereka sedikit bilangannya pada pandangan mata kamu, dan kamu pula diperlihatkan-Nya sedikit bilangannya pada pandangan mata mereka; kerana Allah hendak melakukan sesuatu perkara yang telah ditetapkan berlakunya. Dan (ingatlah) kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 45

يَأيُّهَا الَّذِينَ ءامَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

 

Translation

Wahai orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan satu pasukan maka teguhkanlah hatimu, dan ingatilah Allah banyak-banyak, supaya kamu berjaya.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 46

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَزَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّبِرِينَ

 

Translation

Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah kamu; sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 47

وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ خَرَجُوا مِنْ دِيَرِهِمْ بَطَرًا وَرِئَاءَ النَّاسِ وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَاللَّهُ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ

 

Translation

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan riak kepada orang ramai serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuan-Nya akan apa yang mereka kerjakan.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 48

وَإِذْ زَيَّنَ لَهُمْ الشَّيْطَنُ أَعْمَلَهُمْ وَقَالَ لَا غَالِبَ لَكُمْ الْيَوْمَ مِنْ النَّاسِ وَإِنِّي جَارٌ لَكُمْ فَلَمَّا تَرَاءَتْ الْفِئَتَانِ نَكَصَ عَلَى عَقِبَيْهِ وَقَالَ إِنِّي بَرِيءٌ مِنْكُمْ إِنِّي أَرَى مَا لَا تَرَوْنَ إِنِّي أَخَافُ ال

 

Translation

Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka, dan berkata: Pada hari ini tiada dari umat manusia yang dapat mengalahkanmu, dan sesungguhnya aku adalah pelindungmu. Maka apabila kedua-dua puak masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: Aku berlepas diri darimu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksa-Nya.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 49

إِذْ يَقُولُ الْمُنَفِقُونَ وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ غَرَّ هَؤُلَاءِ دِينُهُمْ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

 

Translation

(Ingatlah) ketika orang munafik dan orang yang ada penyakit (syak) dalam hatinya berkata: Orang (Islam) itu telah diperdayakan oleh agama mereka. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah maka sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 50

وَلَوْ تَرَى إِذْ يَتَوَفَّى الَّذِينَ كَفَرُوا الْمَلَئِكَةُ يَضْرِبُونَ وُجُوهَهُمْ وَأَدْبَرَهُمْ وَذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ

 

Translation

Dan kalau engkau melihat, ketika malaikat mengambil nyawa orang kafir dengan memukul muka dan belakang mereka (sambil berkata): Rasalah kamu azab seksa neraka yang membakar.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 51

ذَلِكَ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيكُمْ وَأَنَّ اللَّهَ لَيْسَ بِظَلَّمٍ لِلْعَبِيدِ

 

Translation

Yang demikian itu ialah disebabkan oleh tangan kamu sendiri, kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hamba-Nya.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 52

كَدَأْبِ ءالِ فِرْعَوْنَ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ كَفَرُوا بِءايَتِ اللَّهِ فَأَخَذَهُمْ اللَّهُ بِذُنُوبِهِمْ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ شَدِيدُ الْعِقَابِ

 

Translation

(Keadaan orang kafir itu) samalah seperti Fir'aun dan kaumnya serta orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksa-Nya.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 53

ذَلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ لَمْ يَكُ مُغَيِّرًا نِعْمَةً أَنْعَمَهَا عَلَى قَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ وَأَنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

 

Translation

Yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 54

كَدَأْبِ ءالِ فِرْعَوْنَ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ كَذَّبُوا بِءايَتِ رَبِّهِمْ فَأَهْلَكْنَهُمْ بِذُنُوبِهِمْ وَأَغْرَقْنَا ءالَ فِرْعَوْنَ وَكُلٌّ كَانُوا ظَلِمِينَ

 

Translation

(Keadaan mereka) samalah seperti Fir'aun dan kaumnya serta orang yang terdahulu dari mereka. Mereka mendustakan ayat-ayat Tuhan mereka, lalu Kami binasakan mereka disebabkan dosa-dosa mereka, dan Kami tenggelamkan Fir'aun serta pengikutnya, kerana kesemua mereka adalah zalim.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 55

إِنَّ شَرَّ الدَّوَابِّ عِنْدَ اللَّهِ الَّذِينَ كَفَرُوا فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

 

Translation

Sesungguhnya sejahat-jahat (makhluk) yang melata di sisi Allah ialah orang yang kafir, sebab itu mereka tidak (mahu) beriman.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 56

الَّذِينَ عَهَدْتَ مِنْهُمْ ثُمَّ يَنقُضُونَ عَهْدَهُمْ فِي كُلِّ مَرَّةٍ وَهُمْ لَا يَتَّقُونَ

 

Translation

(Iaitu) orang yang kamu telah ikat perjanjian dengan mereka, kemudian mereka mencabuli perjanjian pada setiap kali, sedang mereka tidak takut (akibatnya).



Surah Al Anfaal

 

Ayat 57

فَإِمَّا تَثْقَفَنَّهُمْ فِي الْحَرْبِ فَشَرِّدْ بِهِمْ مَنْ خَلْفَهُمْ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ

 

Translation

Maka jika kamu menemui mereka dalam peperangan maka hancurkanlah orang yang berada di belakang mereka; supaya mereka beringat (insaf).



Surah Al Anfaal

 

Ayat 58

وَإِمَّا تَخَافَنَّ مِنْ قَوْمٍ خِيَانَةً فَانْبِذْ إِلَيْهِمْ عَلَى سَوَاءٍ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْخَائِنِينَ

 

Translation

Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka secara jujur. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang khianat.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 59

وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَبَقُوا إِنَّهُمْ لَا يُعْجِزُونَ

 

Translation

Dan janganlah orang kafir itu menyangka (bahawa) mereka terlepas (dari balasan Kami); sesungguhnya mereka tidak akan dapat melemahkan (Kami).



Surah Al Anfaal

 

Ayat 60

وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَءاخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمْ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُم

 

Translation

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 61

وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

 

Translation

Dan jika mereka cenderung kepada perdamaian, maka kamu juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 62

وَإِنْ يُرِيدُوا أَنْ يَخْدَعُوكَ فَإِنَّ حَسْبَكَ اللَّهُ هُوَ الَّذِي أَيَّدَكَ بِنَصْرِهِ وَبِالْمُؤْمِنِينَ

 

Translation

Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah bagimu. Dialah yang menguatkanmu dengan pertolongan-Nya dan dengan (sokongan) orang yang beriman.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 63

وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مَا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

 

Translation

Dan (Dialah) yang menyatupadukan diantara hati mereka. Jika kamu belanjakan segala yang ada di bumi, nescaya kamu tidak dapat menyatupadukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 64

يَأيُّهَا النَّبِيُّ حَسْبُكَ اللَّهُ وَمَنْ اتَّبَعَكَ مِنْ الْمُؤْمِنِينَ

 

Translation

Wahai Nabi, cukuplah Allah menjadi penolongmu, dan juga pengikut-pengikutmu dari orang yang beriman.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 65

يَأيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّضْ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ إِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ عِشْرُونَ صَبِرُونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ وَإِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ مِائَةٌ يَغْلِبُوا أَلْفًا مِنْ الَّذِينَ كَفَرُوا بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَفْقَهُونَ

 

Translation

Wahai Nabi, peransangkanlah orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada diantara kamu dua puluh orang yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika di antaramu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang yang tidak mengerti.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 66

الْءنَ خَفَّفَ اللَّهُ عَنكُمْ وَعَلِمَ أَنَّ فِيكُمْ ضَعْفًا فَإِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ مِائَةٌ صَابِرَةٌ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ وَإِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ أَلْفٌ يَغْلِبُوا أَلْفَيْنِ بِإِذْنِ اللَّهِ وَاللَّهُ مَعَ الصَّبِرِينَ

 

Translation

Sekarang Allah telah meringankan kepadamu, kerana Ia mengetahui bahawa padamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah. Dan (ingatlah) Allah beserta orang yang sabar.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 67

مَا كَانَ لِنَبِيٍّ أَنْ يَكُونَ لَهُ أَسْرَى حَتَّى يُثْخِنَ فِي الْأَرْضِ تُرِيدُونَ عَرَضَ الدُّنْيَا وَاللَّهُ يُرِيدُ الْاءخِرَةَ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

 

Translation

Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang tawanan sebelum ia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia, sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 68

لَوْلَا كِتَبٌ مِنْ اللَّهِ سَبَقَ لَمَسَّكُمْ فِيمَا أَخَذْتُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

 

Translation

Kalaulah tidak ada ketetapan dari Allah yang terdahulu, tentulah kamu ditimpa azab yang besar disebabkan apa yang kamu ambil (dari tawanan) itu.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 69

فَكُلُوا مِمَّا غَنِمْتُمْ حَلَلًا طَيِّبًا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

 

Translation

Maka makanlah dari apa yang kamu dapat (dalam peperangan) itu yang halal lagi baik, serta bertaqwalah kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 70

يَأيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِمَنْ فِي أَيْدِيكُمْ مِنْ الْأَسْرَى إِنْ يَعْلَمْ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمْ خَيْرًا يُؤْتِكُمْ خَيْرًا مِمَّا أُخِذَ مِنْكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

 

Translation

Wahai Nabi, katakanlah kepada orang tawanan yang ada dalam tangan kamu: Jika Allah mengetahui ada kebaikan (iman) dalam hati kamu, nescaya Ia akan memberimu yang lebih baik daripada apa yang diambil darimu, dan Ia akan mengampuni dosa mu; dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 71

وَإِنْ يُرِيدُوا خِيَانَتَكَ فَقَدْ خَانُوا اللَّهَ مِنْ قَبْلُ فَأَمْكَنَ مِنْهُمْ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

 

Translation

Dan jika mereka bertujuan mengkhianatimu, maka sesungguhnya mereka telahpun melakukan khianat kepada Allah sebelum itu, lalu Allah menjadikan (engkau) mengalahkan dan menundukkan mereka; kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 72

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَالَّذِينَ آوَواْ وَّنَصَرُواْ أُوْلَـئِكَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ وَالَّذِينَ آمَنُواْ وَلَمْ يُهَاجِرُواْ مَا لَكُم مِّن وَلاَيَتِهِم مِّن شَيْءٍ

 

Translation

Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka di jalan Allah, dan orang yang memberi perlindungan dan pertolongan, mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu sama lain. Dan orang yang beriman yang belum berhijrah, maka tidak kewajipan bagimu sedikit pun untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah. Dan jika mereka meminta pertolongan dalam hal agama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali atas kaum yang ada perjanjian di antara kamu dengan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 73

وَالَّذِينَ كَفَرُوا بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ إِلَّا تَفْعَلُوهُ تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ وَفَسَادٌ كَبِيرٌ

 

Translation

Dan orang yang kafir, setengahnya menjadi pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu tidak menjalankan (dasar bantu-membantu), nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakkan yang besar.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 74

وَالَّذِينَ ءامَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ ءاوَوا وَنَصَرُوا أُوْلَئِكَ هُمْ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ

 

Translation

Dan orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah, dan orang yang memberi tempat kediaman dan pertolongan, merekalah orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.



Surah Al Anfaal

 

Ayat 75

وَالَّذِينَ ءامَنُوا مِنْ بَعْدُ وَهَاجَرُوا وَجَهَدُوا مَعَكُمْ فَأُوْلَئِكَ مِنْكُمْ وَأُوْلُوا الْأَرْحَامِ بَعْضُهُمْ أَوْلَى بِبَعْضٍ فِي كِتَبِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

 

Translation

Dan orang yang beriman sesudah itu, kemudian mereka berhijrah dan berjihad bersama-sama kamu, maka adalah mereka dari golongan kamu. Dalam pada itu, orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak atas setengahnya yang lain menurut Kitab Allah; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.



Surah At Taubah

 

Ayat 30

وَقَالَتْ الْيَهُودُ عُزَيْرٌ ابْنُ اللَّهِ وَقَالَتْ النَّصَرَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللَّهِ ذَلِكَ قَوْلُهُمْ بِأَفْوَهِهِمْ يُضَهِءونَ قَوْلَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ قَبْلُ قَتَلَهُمْ اللَّهُ أَنَّى يُؤْفَكُونَ

 

Translation

Dan orang Yahudi berkata: Uzair itu anak Allah, dan Nasrani berkata: Al-Masih itu anak Allah. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, mereka menyamai perkataan orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?