Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 1

اقْتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمْ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ مُعْرِضُونَ

 

Translation

Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya, sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 2

مَا يَأْتِيهِمْ مِنْ ذِكْرٍ مِنْ رَبِّهِمْ مُحْدَثٍ إِلَّا اسْتَمَعُوهُ وَهُمْ يَلْعَبُونَ

 

Translation

Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan dari Tuhan mereka melainkan mereka mendengarnya sambil mereka mempermainkannya.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 3

لَاهِيَةً قُلُوبُهُمْ وَأَسَرُّوا النَّجْوَى الَّذِينَ ظَلَمُوا هَلْ هَذَا إِلَّا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ أَفَتَأْتُونَ السِّحْرَ وَأَنْتُمْ تُبْصِرُونَ

 

Translation

Dengan keadaan hati mereka leka daripada memahami dan mengamalkan maksudnya. Dan orang yang zalim itu, berbisik-bisik sesama sendiri dengan berkata: Bukankah Muhammad ini manusia seperti kamu? Maka patutkah kamu menerima sihirnya sedang kamu melihat dan mengetahuinya?



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 4

قَالَ رَبِّي يَعْلَمُ الْقَوْلَ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

 

Translation

Nabi Muhammad berkata: Tuhanku mengetahui tiap-tiap perkataan di langit dan di bumi; dan Dialah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 5

بَلْ قَالُوا أَضْغَثُ أَحْلَمٍ بَلْ افْتَرَهُ بَلْ هُوَ شَاعِرٌ فَلْيَأْتِنَا بِءايَةٍ كَمَا أُرْسِلَ الْأَوَّلُونَ

 

Translation

Bahkan mereka berkata: Al-Qur'an itu adalah perkara mimpi, bahkan perkara yang diada-adakan, bahkan Muhammad sendiri seorang penyair. Maka hendaklah ia membawa kepada kita satu mukjizat sebagaimana mukjizat-mukjizat yang dibawa oleh Rasul-rasul yang telah diutus dahulu.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 6

مَا ءامَنَتْ قَبْلَهُمْ مِنْ قَرْيَةٍ أَهْلَكْنَهَا أَفَهُمْ يُؤْمِنُونَ

 

Translation

Tidak ada sesebuah negeri pun sebelum mereka yang Kami binasakan walhal penduduknya beriman; adakah benar mereka mahu beriman?



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 7

وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ إِلَّا رِجَالًا نُوحِي إِلَيْهِمْ فَاسْءلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

 

Translation

Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu melainkan orang lelaki yang Kami wahikan kepada mereka; maka bertanyalah kamu kepada Ahlu'dz-Dzikri jika kamu tidak mengetahui.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 8

وَمَا جَعَلْنَهُمْ جَسَدًا لَا يَأْكُلُونَ الطَّعَامَ وَمَا كَانُوا خَلِدِينَ

 

Translation

Dan Kami tidak menjadikan Rasul-rasul itu bertubuh badan yang tidak makan minum, dan mereka pula tidak akan kekal hidup selama-lamanya di dunia.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 9

ثُمَّ صَدَقْنَهُمْ الْوَعْدَ فَأَنجَيْنَهُمْ وَمَنْ نَشَاءُ وَأَهْلَكْنَا الْمُسْرِفِينَ

 

Translation

Kemudian Kami tepati janji kepada mereka, lalu Kami selamatkan mereka dan siapa yang Kami kehendaki, dan Kami binasakan orang yang melampaui batas.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 10

لَقَدْ أَنزَلْنَا إِلَيْكُمْ كِتَبًا فِيهِ ذِكْرُكُمْ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

 

Translation

Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu sebuah Kitab yang mengandungi pengajaran bagimu, maka mengapa kamu tidak memahaminya?



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 11

وَكَمْ قَصَمْنَا مِنْ قَرْيَةٍ كَانَتْ ظَالِمَةً وَأَنشَأْنَا بَعْدَهَا قَوْمًا ءاخَرِينَ

 

Translation

Dan berapa banyak Kami telah binasakan penduduk negeri yang berlaku zalim, dan Kami jadikan sesudah mereka, kaum yang lain.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 12

فَلَمَّا أَحَسُّوا بَأْسَنَا إِذَا هُمْ مِنْهَا يَرْكُضُونَ

 

Translation

Maka tatkala mereka merasai azab Kami, mereka dengan serta-merta lari keluar dari negeri itu.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 13

لَا تَرْكُضُوا وَارْجِعُوا إِلَى مَا أُتْرِفْتُمْ فِيهِ وَمَسَكِنِكُمْ لَعَلَّكُمْ تُسْءلُونَ

 

Translation

Janganlah kamu lari, dan sebaliknya kembalilah kepada kemewahan hidup yang telah diberikan kepada kamu, dan ke tempat-tempat tinggal kamu, supaya kamu dapat ditanya mengenai apa yang berlaku.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 14

قَالُوا يَوَيْلَنَا إِنَّا كُنَّا ظَلِمِينَ

 

Translation

Akhirnya mereka berkata: Aduhai celakanya kami! Sesungguhnya kami adalah orang yang berlaku zalim!



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 15

فَمَا زَالَتْ تِلْكَ دَعْوَهُمْ حَتَّى جَعَلْنَهُمْ حَصِيدًا خَمِدِينَ

 

Translation

Maka demikianlah seterusnya jeritan dan keluhan mereka, sehingga Kami jadikan mereka hancur-lebur dan senyap-sepi.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 16

وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاءَ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا لَعِبِينَ

 

Translation

Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya, secara main-main.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 17

لَوْ أَرَدْنَا أَنْ نَتَّخِذَ لَهْوًا لَاتَّخَذْنَهُ مِنْ لَدُنَّا إِنْ كُنَّا فَعِلِينَ

 

Translation

Sekiranya Kami hendak mengambil sesuatu untuk hiburan, tentulah kami akan mengambilnya dari sisi Kami; Kami tidak melakukannya.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 18

بَلْ نَقْذِفُ بِالْحَقِّ عَلَى الْبطِلِ فَيَدْمَغُهُ فَإِذَا هُوَ زَاهِقٌ وَلَكُمْ الْوَيْلُ مِمَّا تَصِفُونَ

 

Translation

Bahkan kami sentiasa mengarahkan yang benar menentang yang salah, lalu ia menghancurkannya, maka dengan serta-merta hilang lenyaplah dia. Dan kecelakaan akan menimpa kamu disebabkan apa yang kamu sifatkan terhadap Kami.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 19

وَلَهُ مَنْ فِي السَّمَوَتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ عِنْدَهُ لَا يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِهِ وَلَا يَسْتَحْسِرُونَ

 

Translation

Dan segala yang ada di langit dan di bumi adalah milik kepunyaan Allah jua; dan malaikat-malaikat yang ada di sisi-Nya tidak membesarkan diri daripada beribadat kepada-Nya, dan tidak pula mereka mereka merasa penat dan letih.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 20

يُسَبِّحُونَ اليْلَ وَالنَّهَارَ لَا يَفْتُرُونَ

 

Translation

Mereka beribadat malam dan siang, dengan tidak berhenti-henti.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 21

أَمْ اتَّخَذُوا ءالِهَةً مِنْ الْأَرْضِ هُمْ يُنشِرُونَ

 

Translation

Adakah benda-benda dari bumi yang mereka jadikan tuhan-tuhan itu, dapat menghidupkan semula sesuatu yang mati?



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 22

لَوْ كَانَ فِيهِمَا ءالِهَةٌ إِلَّا اللَّهُ لَفَسَدَتَا فَسُبْحَنَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ

 

Translation

Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka Maha suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 23

لَا يُسْءلُ عَمَّا يَفْعَلُ وَهُمْ يُسْءلُونَ

 

Translation

Ia tidak boleh ditanya tentang apa yang Dia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 24

أَمْ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ ءالِهَةً قُلْ هَاتُوا بُرْهَنَكُمْ هَذَا ذِكْرُ مَنْ مَعِي وَذِكْرُ مَنْ قَبْلِي بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ الْحَقَّ فَهُمْ مُعْرِضُونَ

 

Translation

Patutkah mereka menyembah tuhan selain Allah? Katakanlah: Bawalah buktimu; Al-Qur'an ini menjadi peringatan umatku, dan umat sebelumku. Bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui yang benar maka dengan itu mereka berpaling ingkar.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 25

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُون

 

Translation

Dan Kami tidak mengutus sebelummu seseorang Rasul pun melainkan Kami wahikan kepadanya Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepada-Ku.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 26

وَقَالُوا اتَّخَذَ الرَّحْمَنُ وَلَدًا سُبْحَنَهُ بَلْ عِبَادٌ مُكْرَمُونَ

 

Translation

Dan mereka berkata: Allah Ar-Rahmaan mempunyai anak. Maha Sucilah Ia. Bahkan mereka itu ialah hamba-hamba-Nya yang dimuliakan.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 27

لَا يَسْبِقُونَهُ بِالْقَوْلِ وَهُمْ بِأَمْرِهِ يَعْمَلُونَ

 

Translation

Mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan apa yang diperintahkan-Nya.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 28

يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يَشْفَعُونَ إِلَّا لِمَنْ ارْتَضَى وَهُمْ مِنْ خَشْيَتِهِ مُشْفِقُونَ

 

Translation

Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka, dan apa yang di belakang mereka yang akan mereka lakukan; dan mereka tidak memohon syafaat melainkan bagi sesiapa yang diredhai-Nya; dan mereka sentiasa takut daripada ditimpa azab-Nya.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 29

وَمَنْ يَقُلْ مِنْهُمْ إِنِّي إِلَهٌ مِنْ دُونِهِ فَذَلِكَ نَجْزِيهِ جَهَنَّمَ كَذَلِكَ نَجْزِي الظَّلِمِينَ

 

Translation

Dan jika ada sesiapa di antara mereka berkata: Sesungguhnya aku ialah tuhan selain Allah, maka yang demikian itu, Kami akan membalasnya dengan azab Neraka Jahanam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 30

أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَوَتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَهُمَا وَجَعَلْنَا مِنْ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَى أَفَلَا يُؤْمِنُونَ

 

Translation

Dan tidakkah orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 31

وَجَعَلْنَا فِي الْأَرْضِ رَوَسِيَ أَنْ تَمِيدَ بِهِمْ وَجَعَلْنَا فِيهَا فِجَاجًا سُبُلًا لَعَلَّهُمْ يَهْتَدُونَ

 

Translation

Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 32

وَجَعَلْنَا السَّمَاءَ سَقْفًا مَحْفُوظًا وَهُمْ عَنْ ءايَتِهَا مُعْرِضُونَ

 

Translation

Dan Kami jadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal, sedang mereka berpaling.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 33

وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ اليْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ

 

Translation

Dan Dialah Tuhan yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar di tempat edaran masing-masing.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 34

وَمَا جَعَلْنَا لِبَشَرٍ مِنْ قَبْلِكَ الْخُلْدَ أَفَإِيْنْ مِتَّ فَهُمْ الْخَلِدُونَ

 

Translation

Dan Kami tidak menjadikan manusia sebelummu dapat hidup kekal. Maka kalau engkau mati, adakah mereka akan hidup berkekalan?



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 35

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

 

Translation

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 36

وَإِذَا رَءاكَ الَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ يَتَّخِذُونَكَ إِلَّا هُزُوًا أَهَذَا الَّذِي يَذْكُرُ ءالِهَتَكُمْ وَهُمْ بِذِكْرِ الرَّحْمَنِ هُمْ كَفِرُونَ

 

Translation

Dan apabila orang kafir itu melihatmu, mereka hanyalah menjadikan perkara yang engkau sampaikan itu sebagai ejek-ejekan sahaja, sambil berkata sesama sendiri: Inikah dia orangnya yang mencaci tuhan-tuhan kamu? sedang mereka sendiri kufur ingkar kepada Al-Qur'an.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 37

خُلِقَ الْإِنسَنُ مِنْ عَجَلٍ سَأُورِيكُمْ ءايَتِي فَلَا تَسْتَعْجِلُون

 

Translation

Manusia dijadikan bertabiat terburu-buru; Aku akan perlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaan-Ku; maka janganlah kamu meminta disegerakan.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 38

وَيَقُولُونَ مَتَى هَذَا الْوَعْدُ إِنْ كُنتُمْ صَدِقِينَ

 

Translation

Dan kerana tabiat terburu-burunya mereka berkata: Bilakah berlakunya janji azab itu, jika betul kamu orang yang berkata benar?



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 39

لَوْ يَعْلَمُ الَّذِينَ كَفَرُوا حِينَ لَا يَكُفُّونَ عَنْ وُجُوهِهِمْ النَّارَ وَلَا عَنْ ظُهُورِهِمْ وَلَا هُمْ يُنْصَرُونَ

 

Translation

Kalaulah orang kafir itu mengetahui apa yang akan menimpa mereka ketika mereka tidak dapat menahan api neraka dari muka dan dari belakang mereka dan mereka pula tidak diberi pertolongan.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 40

بَلْ تَأْتِيهِمْ بَغْتَةً فَتَبْهَتُهُمْ فَلَا يَسْتَطِيعُونَ رَدَّهَا وَلَا هُمْ يُنظَرُونَ

 

Translation

Bahkan akan datang kepada mereka secara tiba-tiba, lalu mereka kebingungan; maka mereka tidak dapat menolaknya, dan tidak akan diberi tangguh.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 41

وَلَقَدْ اسْتُهْزِئَ بِرُسُلٍ مِنْ قَبْلِكَ فَحَاقَ بِالَّذِينَ سَخِرُوا مِنْهُمْ مَا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِءون

 

Translation

Dan sesungguhnya, telah diperolok-olokkan beberapa Rasul sebelum kamu, lalu ditimpakan akan orang yang mengejek-ejek di antara mereka, ditimpakan balasan azab bagi apa yang mereka telah perolok-olokkan itu.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 42

قُلْ مَنْ يَكْلَؤُكُمْ بِاليْلِ وَالنَّهَارِ مِنْ الرَّحْمَنِ بَلْ هُمْ عَنْ ذِكْرِ رَبِّهِمْ مُعْرِضُونَ

 

Translation

Katakanlah wahai Muhammad: Siapakah yang dapat menjaga keselamatan kamu pada malam dan siang daripada azab Tuhan yang bersifat Maha Pemurah? (Mereka tidak memikirkan yang demikian) bahkan mereka tetap berpaling ingkar dari pengajaran Tuhan mereka.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 43

أَمْ لَهُمْ ءالِهَةٌ تَمْنَعُهُمْ مِنْ دُونِنَا لَا يَسْتَطِيعُونَ نَصْرَ أَنفُسِهِمْ وَلَا هُمْ مِنَّا يُصْحَبُونَ

 

Translation

Tidak ada bagi mereka tuhan yang dapat melindungi mereka dari azab Kami. Mereka yang dipertuhankan itu tidak berkuasa menolong diri mereka sendiri dan tidak pula mereka dibantu dengan pertolongan dari pihak Kami.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 44

بَلْ مَتَّعْنَا هَؤُلَاءِ وَءابَاءَهُمْ حَتَّى طَالَ عَلَيْهِمْ الْعُمُرُ أَفَلَا يَرَوْنَ أَنَّا نَأْتِي الْأَرْضَ نَنقُصُهَا مِنْ أَطْرَافِهَا أَفَهُمْ الْغَلِبُونَ

 

Translation

Bahkan Kami biarkan mereka dan datuk-nenek mereka menikmati kesenangan hidup sehingga berlanjutanlah umur mereka; Maka tidakkah mereka melihat bahawa kami datangi bumi mereka dengan menguranginya sedikit demi sedikit, maka adakah mereka yang akan menang?



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 45

قُلْ إِنَّمَا أُنذِرُكُمْ بِالْوَحْيِ وَلَا يَسْمَعُ الصُّمُّ الدُّعَاءَ إِذَا مَا يُنذَرُونَ

 

Translation

Katakanlah: Sesungguhnya aku hanyalah memberi amaran dengan wahi; dan tidaklah orang yang pekak mendengar seruan apabila mereka diberi amaran.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 46

وَلَئِنْ مَسَّتْهُمْ نَفْحَةٌ مِنْ عَذَابِ رَبِّكَ لَيَقُولُنَّ يَوَيْلَنَا إِنَّا كُنَّا ظَلِمِينَ

 

Translation

Dan sesungguhnya, jika mereka disentuh oleh sedikit saja dari azab Tuhanmu, tentu mereka akan berkata: Aduhai celakalah kami! Sebenarnya kami adalah orang yang zalim terhadap diri sendiri!



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 47

وَنَضَعُ الْمَوَزِينَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيَمَةِ فَلَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْءا وَإِنْ كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَا بِهَا وَكَفَى بِنَا حَسِبِينَ

 

Translation

Dan Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil, pada hari Kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikit pun; dan jika amalnya itu seberat biji sawi sekalipun, nescaya Kami akan mendatangkannya untuk dihitung: dan cukuplah Kami sebagai Penghitung.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 48

وَلَقَدْ ءاتَيْنَا مُوسَى وَهَرُونَ الْفُرْقَانَ وَضِيَاءً وَذِكْرًا لِلْمُتَّقِينَ

 

Translation

Dan sesungguhnya, Kami telah berikan kepada Nabi Musa dan Nabi Harun Al-Furqan, dan penerangan serta pengajaran bagi orang yang mahu bertaqwa.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 49

الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ وَهُمْ مِنْ السَّاعَةِ مُشْفِقُونَ

 

Translation

Iaitu mereka yang takut Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang, dan mereka pula gerun cemas akan peristiwa-peristiwa hari Kiamat.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 50

وَهَذَا ذِكْرٌ مُبَارَكٌ أَنزَلْنَهُ أَفَأَنْتُمْ لَهُ مُنكِرُونَ

 

Translation

Dan Al-Qur'an ini juga pengajaran yang berkat, yang Kami turunkan; dengan keadaan yang demikian maka patutkah kamu mengingkarinya?



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 51

وَلَقَدْ ءاتَيْنَا إِبْرَهِيمَ رُشْدَهُ مِنْ قَبْلُ وَكُنَّا بِهِ عَلِمِينَ

 

Translation

Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Ibrahim sebelum itu hidayah kebenarannya, dan Kami adalah mengetahui akan hal keadaannya.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 52

إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِ مَا هَذِهِ التَّمَاثِيلُ الَّتِي أَنْتُمْ لَهَا عَكِفُونَ

 

Translation

Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: Apakah hakikatnya patung-patung ini yang kamu bersungguh-sungguh memujanya?



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 53

قَالُوا وَجَدْنَا ءابَاءَنَا لَهَا عَبِدِينَ

 

Translation

Mereka menjawab: Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 54

قَالَ لَقَدْ كُنتُمْ أَنْتُمْ وَءابَاؤُكُمْ فِي ضَلَلٍ مُبِينٍ

 

Translation

Ia berkata: Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 55

قالُوا أَجِئْتَنَا بِالْحَقِّ أَمْ أَنْتَ مِنْ اللَّعِبِينَ

 

Translation

Mereka bertanya: Adakah engkau membawa kepada kami sesuatu yang benar sebagai seorang Rasul, atau engkau dari orang yang bermain-main sahaja?



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 56

قَالَ بَل رَبُّكُمْ رَبُّ السَّمَوَتِ وَالْأَرْضِ الَّذِي فَطَرَهُنَّ وَأَنَا عَلَى ذَلِكُمْ مِنْ الشَّهِدِينَ

 

Translation

Ia menjawab: bahkan Tuhan kamu ialah Tuhan yang mentadbirkan langit dan bumi, Dialah yang menciptakannya; dan aku adalah dari orang yang boleh memberi keterangan mengesahkan yang demikian itu.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 57

وَتَاللَّهِ لَأَكِيدَنَّ أَصْنَمَكُمْ بَعْدَ أَنْ تُوَلُّوا مُدْبِرِينَ

 

Translation

Dan demi Allah, aku akan jalankan rancangan terhadap berhala-berhala kamu, sesudah kamu pergi meninggalkan rumah berhala ini.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 58

فَجَعَلَهُمْ جُذَذًا إِلَّا كَبِيرًا لَهُمْ لَعَلَّهُمْ إِلَيْهِ يَرْجِعُونَ

 

Translation

Lalu ia memecahkan semuanya berketul-ketul, kecuali sebuah berhala mereka yang besar, supaya mereka kembali kepadanya.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 59

قَالُوا مَنْ فَعَلَ هَذَا بِءالِهَتِنَا إِنَّهُ لَمِنْ الظَّلِمِينَ

 

Translation

Mereka bertanya: Siapakah yang melakukan perbuatan yang demikian terhadap tuhan-tuhan Kami? Sesungguhnya adalah ia dari orang yang zalim.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 60

قَالُوا سَمِعْنَا فَتًى يَذْكُرُهُمْ يُقَالُ لَهُ إِبْرَهِيمُ

 

Translation

Setengah dari mereka berkata: Kami ada mendengar seorang anak muda bernama Ibrahim, mencacinya.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 61

قَالُوا فَأْتُوا بِهِ عَلَى أَعْيُنِ النَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَشْهَدُونَ

 

Translation

Ketua-ketua mereka berkata: Jika demikian, bawalah dia di hadapan orang ramai supaya mereka menyaksikan tindakan mengenainya.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 62

قَالُوا ءأَنْتَ فَعَلْتَ هَذَا بِءالِهَتِنَا يَإبْرَهِيمُ

 

Translation

Setelah ia dibawa ke situ mereka bertanya: Engkaukah yang melakukan demikian kepada tuhan-tuhan kami, hai Ibrahim?



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 63

قَالَ بَلْ فَعَلَهُ كَبِيرُهُمْ هَذَا فَاسْءلُوهُمْ إِنْ كَانُوا يَنطِقُونَ

 

Translation

Ia menjawab: bahkan yang melakukannya ialah yang besar di antara mereka ini! Maka kamu tanyalah kepada mereka kalau mereka dapat berkata-kata.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 64

فَرَجَعُوا إِلَى أَنفُسِهِمْ فَقَالُوا إِنَّكُمْ أَنْتُمْ الظَّلِمُونَ

 

Translation

Maka mereka kembali kepada diri mereka lalu berkata sesama sendiri: Sesungguhnya kamulah sendiri orang yang zalim.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 65

ثُمَّ نُكِسُوا عَلَى رُءُوسِهِمْ لَقَدْ عَلِمْتَ مَا هَؤُلَاءِ يَنطِقُونَ

 

Translation

Kemudian tertunduk kepala mereka, lalu berkata: Sesungguhnya engkau telah tahu bahawa berhala-berhala itu tidak dapat berkata-kata.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 66

قَالَ أَفَتَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَنفَعُكُمْ شَيْءا وَلَا يَضُرُّكُمْ

 

Translation

Nabi Ibrahim berkata: patutkah kamu menyembah selain Allah sesuatu yang tidak dapat mendatangkan faedah dan mudarat sedikitpun kepada kamu?



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 67

أُفٍّ لَكُمْ وَلِمَا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

 

Translation

Jijik perasaanku terhadap kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah! Maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal fikiran kamu?



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 68

قَالُوا حَرِّقُوهُ وَانصُرُوا ءالِهَتَكُمْ إِنْ كُنتُمْ فَعِلِينَ

 

Translation

Ketua-ketua mereka berkata: Bakarlah dia dan belalah tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya!



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 69

قُلْنَا يَنَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلَمًا عَلَى إِبْرَهِيمَ

 

Translation

Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 70

وَأَرَادُوا بِهِ كَيْدًا فَجَعَلْنَهُمْ الْأَخْسَرِينَ

 

Translation

Dan mereka hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang yang amat rugi.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 71

وَنَجَّيْنَهُ وَلُوطًا إِلَى الْأَرْضِ الَّتِي بَرَكْنَا فِيهَا لِلْعَلَمِينَ

 

Translation

Dan Kami selamatkan dia dan sepupunya Nabi Lut ke negeri yang Kami limpahkan berkat padanya untuk umat manusia.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 72

وَوَهَبْنَا لَهُ إِسْحَقَ وَيَعْقُوبَ نَافِلَةً وَكُلًّا جَعَلْنَا صَلِحِينَ

 

Translation

Dan Kami kurniakan kepadanya: Ishaq, dan Yaqub sebagai tambahan; dan tiap-tiap seorang dari mereka Kami jadikan orang yang salih.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 73

وَجَعَلْنَهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْرَتِ وَإِقَامَ الصَّلَوةِ وَإِيتَاءَ الزَّكَوةِ وَكَانُوا لَنَا عَبِدِينَ

 

Translation

Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin dengan perintah Kami, dan Kami wahikan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 74

وَلُوطًا ءاتَيْنَهُ حُكْمًا وَعِلْمًا وَنَجَّيْنَهُ مِنْ الْقَرْيَةِ الَّتِي كَانَتْ تَعْمَلُ الْخَبَئِثَ إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمَ سَوْءٍ فَسِقِينَ

 

Translation

Dan kepada Nabi Lut, Kami berikan kebijaksanaan dan ilmu; dan Kami selamatkan dia dari bandar yang penduduknya selalu melakukan perkara yang keji; sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang jahat, yang fasik derhaka.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 75

وَأَدْخَلْنَهُ فِي رَحْمَتِنَا إِنَّهُ مِنْ الصَّلِحِينَ

 

Translation

Dan Kami masukkan Nabi Lut dalam kumpulan mereka yang dilimpahi rahmat Kami; sesungguhnya ia dari orang yang salih.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 76

وَنُوحًا إِذْ نَادَى مِنْ قَبْلُ فَاسْتَجَبْنَا لَهُ فَنَجَّيْنَهُ وَأَهْلَهُ مِنْ الْكَرْبِ الْعَظِيمِ

 

Translation

Dan kisah Nabi Nuh, ketika ia berdoa kepada Kami sebelum itu, lalu Kami perkenankan doanya serta Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya dari kesusahan yang besar.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 77

وَنَصَرْنَهُ مِنْ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِءايَتِنَا إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمَ سَوْءٍ فَأَغْرَقْنَهُمْ أَجْمَعِينَ

 

Translation

Dan Kami membelanya dari angkara kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami; sesungguhnya mereka adalah kaum yang jahat lalu Kami tenggelamkan mereka semuanya.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 78

وَدَاوُدَ وَسُلَيْمَنَ إِذْ يَحْكُمَانِ فِي الْحَرْثِ إِذْ نَفَشَتْ فِيهِ غَنَمُ الْقَوْمِ وَكُنَّا لِحُكْمِهِمْ شَهِدِينَ

 

Translation

Dan sebutkanlah peristiwa Nabi Daud dan Nabi Sulaiman, ketika mereka berdua menghukum mengenai tanam-tanaman semasa ia dirosakkan oleh kambing kaumnya pada waktu malam; dan sememangnya Kamilah yang memerhati dan mengesahkan hukuman mereka.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 79

فَفَهَّمْنَهَا سُلَيْمَنَ وَكُلًّا ءاتَيْنَا حُكْمًا وَعِلْمًا وَسَخَّرْنَا مَعَ دَاوُدَ الْجِبَالَ يُسَبِّحْنَ وَالطَّيْرَ وَكُنَّا فَعِلِينَ

 

Translation

Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat; dan masing-masing Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu yang banyak; dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 80

وَعَلَّمْنَهُ صَنْعَةَ لَبُوسٍ لَكُمْ لِتُحْصِنَكُمْ مِنْ بَأْسِكُمْ فَهَلْ أَنْتُمْ شَكِرُونَ

 

Translation

Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam peperangan, maka adakah kamu bersyukur?



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 81

وَلِسُلَيْمَنَ الرِّيحَ عَاصِفَةً تَجْرِي بِأَمْرِهِ إِلَى الْأَرْضِ الَّتِي بَرَكْنَا فِيهَا وَكُنَّا بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِمِينَ

 

Translation

Dan Kami mudahkan bagi Nabi Sulaiman angin yang kencang tiupannya, bertiup menurut kehendaknya ke bumi yang Kami limpahi berkat padanya; dan adalah Kami mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 82

وَمِنْ الشَّيَطِينِ مَنْ يَغُوصُونَ لَهُ وَيَعْمَلُونَ عَمَلًا دُونَ ذَلِكَ وَكُنَّا لَهُمْ حَفِظِينَ

 

Translation

Dan Kami mudahkan sebahagian dari Syaitan-syaitan untuk menyelam baginya, serta melakukan kerja-kerja yang lain dari itu; dan adalah Kami mengawal mereka daripada melanggar perintahnya.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 83

وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَى رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِي الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّحِمِينَ

 

Translation

Dan Nabi Ayub, ketika ia berdoa kepada Tuhannya: Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, dan Engkaulah yang Maha Penyayang di antara para penyayang.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 84

فَاسْتَجَبْنَا لَهُ فَكَشَفْنَا مَا بِهِ مِنْ ضُرٍّ وَءاتَيْنَهُ أَهْلَهُ وَمِثْلَهُمْ مَعَهُمْ رَحْمَةً مِنْ عِنْدِنَا وَذِكْرَى لِلْعَبِدِينَ

 

Translation

Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta kami kurniakan kepadanya keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang yang taat kepada Kami.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 85

وَإِسْمَعِيلَ وَإِدْرِيسَ وَذَا الْكِفْلِ كُلٌّ مِنْ الصَّبِرِينَ

 

Translation

Dan demikianlah pula Nabi Ismail dan Idris serta Zulkifli; semuanya adalah dari orang yang sabar.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 86

وَأَدْخَلْنَهُمْ فِي رَحْمَتِنَا إِنَّهُمْ مِنْ الصلِحِينَ

 

Translation

Dan Kami masukkan mereka dalam rahmat Kami: sesungguhnya mereka adalah dari orang yang salih.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 87

وَذَا النُّونِ إِذْ ذَهَبَ مُغَضِبًا فَظَنَّ أَنْ لَنْ نَقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَى فِي الظُّلُمَتِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَنَكَ إِنِّي كُنتُ مِنْ الظَّلِمِينَ

 

Translation

Dan Dzun-Nun, ketika ia pergi dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak mampu mengenakannya kesusahan; maka ia pun menyeru dalam kegelapan dengan berkata: Sesungguhnya tiada Tuhan yang dapat menolong melainkan Engkau! Maha Suci Engkau Sesungguhnya aku adalah dari orang yang menganiaya diri sendiri.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 88

فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَنَجَّيْنَهُ مِنْ الْغَمِّ وَكَذَلِكَ نُجِي الْمُؤْمِنِينَ

 

Translation

Maka Kami kabulkan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan; dan seperti demikianlah Kami akan selamatkan orang yang beriman.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 89

وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَى رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَرِثِينَ

 

Translation

Dan Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan aku sendirian, dan Engkaulah sebaik-baik yang mewarisi.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 90

فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَوَهَبْنَا لَهُ يَحْيَى وَأَصْلَحْنَا لَهُ زَوْجَهُ إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَرِعُونَ فِي الْخَيْرَتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا وَكَانُوا لَنَا خَشِعِينَ

 

Translation

Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya, untuk melahirkan anak baginya. sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada Kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk dan taat kepada Kami.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 91

وَالَّتِي أَحْصَنَتْ فَرْجَهَا فَنَفَخْنَا فِيهَا مِنْ رُوحِنَا وَجَعَلْنَهَا وَابْنَهَا ءايَةً لِلْعَلَمِينَ

 

Translation

Dan sebutkanlah peristiwa perempuan yang telah menjaga kehormatan dan kesuciannya; lalu Kami tiupkan padanya dari Ruh ciptaan Kami, dan Kami jadikan dia dan anaknya sebagai satu tanda bagi umat manusia.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 92

إِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُون

 

Translation

Sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu, agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 93

وَتَقَطَّعُوا أَمْرَهُمْ بَيْنَهُمْ كُلٌّ إِلَيْنَا رَجِعُونَ

 

Translation

Kebanyakan manusia masih berselisihan dan berpecah-belah dalam urusan agama mereka; mereka semuanya akan kembali kepada Kami.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 94

فَمَنْ يَعْمَلْ مِنْ الصَّلِحَتِ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَا كُفْرَانَ لِسَعْيِهِ وَإِنَّا لَهُ كَتِبُونَ

 

Translation

Dengan yang demikian, sesiapa yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan, sedang ia beriman, maka tidaklah disia-siakan amal usahanya; dan sesungguhnya Kami tetap menulisnya.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 95

وَحَرَمٌ عَلَى قَرْيَةٍ أَهْلَكْنَهَا أَنَّهُمْ لَا يَرْجِعُونَ

 

Translation

Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali kepada Kami untuk menerima balasan.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 96

حَتَّى إِذَا فُتِحَتْ يَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ وَهُمْ مِنْ كُلِّ حَدَبٍ يَنسِلُونَ

 

Translation

Demikianlah keadaan mereka hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj serta mereka turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 97

وَاقْتَرَبَ الْوَعْدُ الْحَقُّ فَإِذَا هِيَ شَخِصَةٌ أَبْصَرُ الَّذِينَ كَفَرُوا يَوَيْلَنَا قَدْ كُنَّا فِي غَفْلَةٍ مِنْ هَذَا بَل كُنَّا ظَلِمِينَ

 

Translation

Dan hampirlah datangnya janji hari Kiamat yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang yang kufur ingkar terbeliak, Aduhai celakanya kami. Sesungguhnya kami dalam keadaan yang lalai, bahkan kami telah menjadi orang yang zalim.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 98

إِنَّكُمْ وَمَا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ حَصَبُ جَهَنَّمَ أَنْتُمْ لَهَا وَرِدُونَ

 

Translation

Sesungguhnya kamu dan apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah, menjadi bahan-bahan bakaran neraka Jahannam; kamu akan memasukinya.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 99

لَوْ كَانَ هَؤُلَاءِ ءالِهَةً مَا وَرَدُوهَا وَكُلٌّ فِيهَا خَلِدُونَ

 

Translation

Kalaulah mereka itu tuhan-tuhan, tentulah mereka tidak masuk ke dalam neraka; dan semuanya akan kekal dalam neraka selama-lamanya.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 100

لَهُمْ فِيهَا زَفِيرٌ وَهُمْ فِيهَا لَا يَسْمَعُونَ

 

Translation

Mereka merintih kesakitan di dalam neraka, dan mereka pula di situ tidak dapat mendengar sesuatu yang menyenangkan.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 101

إِنَّ الَّذِينَ سَبَقَتْ لَهُمْ مِنَّا الْحُسْنَى أُوْلَئِكَ عَنْهَا مُبْعَدُونَ

 

Translation

Sesungguhnya orang yang telah tetap dari dahulu lagi memperoleh kebaikan dari Kamu, mereka di jauhkan dari neraka itu.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 102

لَا يَسْمَعُونَ حَسِيسَهَا وَهُمْ فِي مَا اشْتَهَتْ أَنفُسُهُمْ خَلِدُونَ

 

Translation

Mereka tidak mendengar suara julangan api neraka itu, dan mereka akan kekal selama-lamanya di dalam Syurga yang diingini oleh jiwa mereka.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 103

لَا يَحْزُنُهُمْ الْفَزَعُ الْأَكْبَرُ وَتَتَلَقَّهُمْ الْمَلَئِكَةُ هَذَا يَوْمُكُمْ الَّذِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ

 

Translation

Huru-hara besar yang amat mengerikan itu tidak merunsingkan mereka, dan mereka disambut oleh malaikat-malaikat yang berkata: Inilah hari kamu beroleh kebahagiaan, yang telah dijanjikan kepada kamu di dunia dahulu.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 104

يَوْمَ نَطْوِي السَّمَاءَ كَطَيِّ السِّجِلِّ لِلْكُتُبِ كَمَا بَدَأْنَا أَوَّلَ خَلْقٍ نُعِيدُهُ وَعْدًا عَلَيْنَا إِنَّا كُنَّا فَعِلِينَ

 

Translation

Ingatlah hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catatan; sebagaimana Kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 105

وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ مِنْ بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ الْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِي الصَّلِحُونَ

 

Translation

Dan sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Zabur sesudah Kami tulis pada Lauh Mahfuz: Bahawa bumi itu akan di warisi oleh hamba-hamba-Ku yang salih.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 106

إِنَّ فِي هَذَا لَبَلَغًا لِقَوْمٍ عَبِدِينَ

 

Translation

Sesungguhnya Al-Qur'an ini mengandungi keterangan-keterangan yang cukup bagi orang yang mengerjakan ibadat.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 107

وَمَا أَرْسَلْنَكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَلَمِينَ

 

Translation

Dan tiadalah Kami mengutuskan kamu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 108

قُلْ إِنَّمَا يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَحِدٌ فَهَلْ أَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

 

Translation

Katakanlah: Sesungguhnya yang diwahikan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang Esa, maka adakah kamu menurut apa yang diwahikan kepadaku?



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 109

فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ ءاذَنْتُكُمْ عَلَى سَوَاءٍ وَإِنْ أَدْرِي أَقَرِيبٌ أَمْ بَعِيدٌ مَا تُوعَدُونَ

 

Translation

Sekiranya mereka berpaling maka katakanlah: Aku telah memberitahu kepada kamu dengan jelas untuk kita bersama; dan aku tidak mengetahui sama ada balasan buruk yang dijanjikan kerana keingkaran kamu itu, sudah dekat atau masih jauh.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 110

إِنَّهُ يَعْلَمُ الْجَهْرَ مِنْ الْقَوْلِ وَيَعْلَمُ مَا تَكْتُمُونَ

 

Translation

Sesungguhnya Allah mengetahui akan perkataan yang kamu sebutkan dengan terus terang, dan juga Ia mengetahui apa yang kamu sembunyikan di hati.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 111

وَإِنْ أَدْرِي لَعَلَّهُ فِتْنَةٌ لَكُمْ وَمَتَعٌ إِلَى حِينٍ

 

Translation

Dan aku tidak mengetahui mungkin balasan itu menambah azab kamu, dan memberi kamu hidup senang hingga ke suatu masa yang tertentu.



Surah Al Anbiyaa'

 

Ayat 112

‎ قَلَ رَبِّ احْكُمْ بِالْحَقِّ وَرَبُّنَا الرَّحْمَنُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ

 

Translation

Kata Rasulullah: Ya Tuhanku, hukumkanlah dengan benar; dan Tuhan kami Maha Pemurah yang dipohon pertolongan-Nya atas apa yang kamu sifatkan itu.