Surah Al Ahzab

 

Ayat 1

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ اتَّقِ اللَّهَ وَلَا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَالْمُنَافِقِينَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا

 

Translation

Wahai Nabi! Bertakwalah kepada Allah, dan janganlah kamu turuti orang kafir dan munafik. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 2

وَاتَّبِعْ مَا يُوحَى إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا

 

Translation

Dan turutlah akan apa yang diwahikan kepadamu dari Tuhanmu; sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 3

وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ وَكَفَى بِاللَّهِ وَكِيلًا

 

Translation

Dan berserahlah kepada Allah, kerana cukuplah Allah menjadi Pentadbir urusanmu.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 4

مَّا جَعَلَ اللَّهُ لِرَجُلٍ مِّن قَلْبَيْنِ فِي جَوْفِهِ وَمَا جَعَلَ أَزْوَاجَكُمُ اللَّائِي تُظَاهِرُونَ مِنْهُنَّ أُمَّهَاتِكُمْ وَمَا جَعَلَ أَدْعِيَاءكُمْ أَبْنَاءكُمْ ذَلِكُمْ قَوْلُكُم بِأَفْوَاهِكُمْ وَاللَّهُ يَقُولُ الْحَقَّ وَهُوَ يَهْدِي ا

 

Translation

Allah tidak menjadikan seorang lelaki mempunyai dua hati dalam rongga dadanya; dan Ia tidak menjadikan isteri-isteri yang kamu zihaarkan itu sebagai ibumu; dan Ia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu, sebagai anak kamu sendiri. Yang tersebut itu hanyalah perkataan kamu dimulutmu sahaja. Dan Allah menerangkan yang benar dan Dialah yang memimpin ke jalan yang betul.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 5

ادْعُوهُمْ لِآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِندَ اللَّهِ فَإِن لَّمْ تَعْلَمُوا آبَاءهُمْ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَمَوَالِيكُمْ وَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيمَا أَخْطَأْتُم بِهِ وَلَكِن مَّا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

 

Translation

Panggillah anak-anak angkat itu dengan nama bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Maka jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggillah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dan sebagai maula-maula kamu. Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi berdosa perbuatan yang disengajakan oleh hati kamu. Dan ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 6

النَّبِيُّ أَوْلَى بِالْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنفُسِهِمْ وَأَزْوَاجُهُ أُمَّهَاتُهُمْ وَأُوْلُو الْأَرْحَامِ بَعْضُهُمْ أَوْلَى بِبَعْضٍ فِي كِتَابِ اللَّهِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُهَاجِرِينَ إِلَّا أَن تَفْعَلُوا إِلَى أَوْلِيَائِكُم مَّعْرُوفًا كَانَ

 

Translation

Nabi itu lebih mengutamakan orang yang beriman daripada diri sendiri; dan isteri-isterinya adalah ibu mereka. Dan orang yang mempunyai pertalian darah, setengahnya lebih berhak akan setengahnya yang lain menurut Kitab Allah daripada orang yang beriman dan orang Muhajirin, kecuali kalau kamu hendak berbuat baik kepada sahabat-sahabat karib kamu. Hukum yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab Allah.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 7

وَإِذْ أَخَذْنَا مِنَ النَّبِيِّينَ مِيثَاقَهُمْ وَمِنكَ وَمِن نُّوحٍ وَإِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَأَخَذْنَا مِنْهُم مِّيثَاقًا غَلِيظًا

 

Translation

Dan ingatlah tatkala Kami mengambil perjanjian dari Nabi-nabi, dan dari kamu sendiri, dan dari Nuh, Ibrahim, Musa, dan Isa ibni Maryam; dan Kami telah mengambil dari mereka perjanjian setia yang teguh.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 8

لِيَسْأَلَ الصَّادِقِينَ عَن صِدْقِهِمْ وَأَعَدَّ لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا أَلِيمًا

 

Translation

Agar Ia menyoal orang yang benar beriman tentang iman mereka; dan Ia telah menyediakan bagi orang kafir, azab seksa yang tidak terperi sakitnya.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 9

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَاءتْكُمْ جُنُودٌ فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيحًا وَجُنُودًا لَّمْ تَرَوْهَا وَكَانَ اللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرًا

 

Translation

Wahai orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah kepadamu. Semasa kamu didatangi tentera Al-Ahzaab, lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut dan angkatan tentera dari malaikat yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu lakukan.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 10

إِذْ جَاؤُوكُم مِّن فَوْقِكُمْ وَمِنْ أَسْفَلَ مِنكُمْ وَإِذْ زَاغَتْ الْأَبْصَارُ وَبَلَغَتِ الْقُلُوبُ الْحَنَاجِرَ وَتَظُنُّونَ بِاللَّهِ الظُّنُونَا

 

Translation

Ketika tentera musuh datang melanggar kamu dari hulu dan dari hilir kamu; dan ketika pemandangan mata kamu tidak ketentuan arah dan hati pun resah gelisah dan kamu pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 11

هُنَالِكَ ابْتُلِيَ الْمُؤْمِنُونَ وَزُلْزِلُوا زِلْزَالًا شَدِيدًا

 

Translation

Pada saat itulah diuji orang yang beriman, dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 12

وَإِذْ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ مَّا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ إِلَّا غُرُورًا

 

Translation

Dan ketika kaum munafik dan orang yang ada penyakit di hati berkata: Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kita melainkan tipu-daya sahaja.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 13

وَإِذْ قَالَت طَّائِفَةٌ مِّنْهُمْ يَا أَهْلَ يَثْرِبَ لَا مُقَامَ لَكُمْ فَارْجِعُوا وَيَسْتَأْذِنُ فَرِيقٌ مِّنْهُمُ النَّبِيَّ يَقُولُونَ إِنَّ بُيُوتَنَا عَوْرَةٌ وَمَا هِيَ بِعَوْرَةٍ إِن يُرِيدُونَ إِلَّا فِرَارًا

 

Translation

Dan ketika segolongan di antara mereka berkata: Wahai penduduk Yathrib, tidak ada tempat bagimu, Maka baliklah! Dan sebahagian dari mereka meminta izin kepada Nabi dengan berkata: Sesungguhnya rumah-rumah kami memerlukan perlindungan, Padahal ia tidak memerlukan perlindungan. Mereka hanya bertujuan hendak melarikan diri.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 14

وَلَوْ دُخِلَتْ عَلَيْهِم مِّنْ أَقْطَارِهَا ثُمَّ سُئِلُوا الْفِتْنَةَ لَآتَوْهَا وَمَا تَلَبَّثُوا بِهَا إِلَّا يَسِيرًا

 

Translation

Dan kalaulah mereka di serang oleh musuh dari segala penjuru, kemudian mereka diajak berpaling tadah menentang Islam, sudah tentu mereka akan melakukannya, dan mereka tidak bertangguh lagi tentang itu melainkan sebentar sahaja.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 15

وَلَقَدْ كَانُوا عَاهَدُوا اللَّهَ مِن قَبْلُ لَا يُوَلُّونَ الْأَدْبَارَ وَكَانَ عَهْدُ اللَّهِ مَسْؤُولًا

 

Translation

Dan sesungguhnya mereka telah berjanji pada Allah sebelum itu, bahawa mereka tidak akan berundur. Dan janji setia dengan Allah itu akan ditanya kelak.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 16

قُل لَّن يَنفَعَكُمُ الْفِرَارُ إِن فَرَرْتُم مِّنَ الْمَوْتِ أَوِ الْقَتْلِ وَإِذًا لَّا تُمَتَّعُونَ إِلَّا قَلِيلًا

 

Translation

Katakanlah: Tidak berfaedah bagimu melarikan diri, jika kamu melarikan diri dari kematian atau dari pembunuhan; kerana jika demikian, maka kamu tidak mendapat kesenangan hidup melainkan sebentar sahaja.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 17

قُلْ مَن ذَا الَّذِي يَعْصِمُكُم مِّنَ اللَّهِ إِنْ أَرَادَ بِكُمْ سُوءًا أَوْ أَرَادَ بِكُمْ رَحْمَةً وَلَا يَجِدُونَ لَهُم مِّن دُونِ اللَّهِ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا

 

Translation

Katakanlah: Siapakah yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika Ia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu, atau jika Ia memberikan rahmat kepada kamu? Dan mereka tidak akan beroleh sesiapapun selain Allah, pelindung atau penolong mereka.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 18

قَدْ يَعْلَمُ اللَّهُ الْمُعَوِّقِينَ مِنكُمْ وَالْقَائِلِينَ لِإِخْوَانِهِمْ هَلُمَّ إِلَيْنَا وَلَا يَأْتُونَ الْبَأْسَ إِلَّا قَلِيلًا

 

Translation

Sesungguhnya Allah mengetahui akan orang yang menghalangi di antara kamu, dan orang yang berkata kepada saudara-saudaranya: Marilah bersatu dengan kami, sedang mereka tidak turut berperang melainkan sebentar sahaja.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 19

أَشِحَّةً عَلَيْكُمْ فَإِذَا جَاء الْخَوْفُ رَأَيْتَهُمْ يَنظُرُونَ إِلَيْكَ تَدُورُ أَعْيُنُهُمْ كَالَّذِي يُغْشَى عَلَيْهِ مِنَ الْمَوْتِ فَإِذَا ذَهَبَ الْخَوْفُ سَلَقُوكُم بِأَلْسِنَةٍ حِدَادٍ أَشِحَّةً عَلَى الْخَيْرِ أُوْلَئِكَ لَمْ يُؤْمِنُوا ف

 

Translation

Mereka bersikap bakhil terhadap kamu; dalam pada itu apabila datang ketakutan, engkau melihat mereka berputar seperti orang yang pengsan semasa hampir mati. Kemudian apabila hilang perasaan takut itu, mereka mencela kamu dengan lidah yang tajam, sambil mereka lobakan kebaikan. Mereka itu tidak beriman, lalu Allah gugurkan amal-amal mereka. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 20

يَحْسَبُونَ الْأَحْزَابَ لَمْ يَذْهَبُوا وَإِن يَأْتِ الْأَحْزَابُ يَوَدُّوا لَوْ أَنَّهُم بَادُونَ فِي الْأَعْرَابِ يَسْأَلُونَ عَنْ أَنبَائِكُمْ وَلَوْ كَانُوا فِيكُم مَّا قَاتَلُوا إِلَّا قَلِيلًا

 

Translation

Mereka menyangka bahawa tentera Al-Ahzab itu belum pergi; dan kalaulah tentera Al-Ahzab datang tentulah mereka suka kalau mereka tinggal jauh di desa-desa bersama-sama orang Arab Badwi sambil bertanyakan berita mengenai kamu; dan kalaulah mereka ada bersamamu, mereka tidak akan turut berperang melainkan sebentar sahaja.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 21

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

 

Translation

Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 22

وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا

 

Translation

Dan pada masa orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzab, berkatalah mereka: Inilah yang telah dijanjikan kepada kami oleh Allah dan Rasul-Nya, dan benarlah Allah dan Rasul-Nya. Dan yang demikian itu tidak menambahkan kepada mereka melainkan iman dan penyerahan diri.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 23

مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا

 

Translation

Di antara orang yang beriman itu, ada lelaki yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah; maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu, dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah janji mereka itu sedikitpun.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 24

لِيَجْزِيَ اللَّهُ الصَّادِقِينَ بِصِدْقِهِمْ وَيُعَذِّبَ الْمُنَافِقِينَ إِن شَاء أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا

 

Translation

Supaya Allah membalas orang yang benar kerana kebenaran mereka, dan menyeksa orang munafik jika Ia kehendaki, atau Ia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 25

وَرَدَّ اللَّهُ الَّذِينَ كَفَرُوا بِغَيْظِهِمْ لَمْ يَنَالُوا خَيْرًا وَكَفَى اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ الْقِتَالَ وَكَانَ اللَّهُ قَوِيًّا عَزِيزًا

 

Translation

Dan Allah telah menghalau kembali orang kafir itu dengan keadaan mereka geram marah, mereka tidak mendapat sebarang keuntungan. Dan cukuplah Allah selamatkan orang yang beriman dari bencana menghadapi peperangan itu. Dan adalah Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 26

وَأَنزَلَ الَّذِينَ ظَاهَرُوهُم مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مِن صَيَاصِيهِمْ وَقَذَفَ فِي قُلُوبِهِمُ الرُّعْبَ فَرِيقًا تَقْتُلُونَ وَتَأْسِرُونَ فَرِيقًا

 

Translation

Dan Ia menurunkan golongan Ahli Kitab yang membantu tentera musuh itu, dari benteng-benteng mereka, setelah diisikan-Nya ke dalam hati mereka perasaan gerun. Sebahagian di antara mereka kamu bunuh, dan sebahagian lagi kamu tawan.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 27

وَأَوْرَثَكُمْ أَرْضَهُمْ وَدِيَارَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ وَأَرْضًا لَّمْ تَطَؤُوهَا وَكَانَ اللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرًا

 

Translation

Dan Ia menjadikan kamu mewarisi tanah-tanah dan rumah-rumah serta hartabenda mereka, dan juga tanah-tanah yang belum kamu menjejaknya. Dan ingatlah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 28

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ إِن كُنتُنَّ تُرِدْنَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا فَتَعَالَيْنَ أُمَتِّعْكُنَّ وَأُسَرِّحْكُنَّ سَرَاحًا جَمِيلًا

 

Translation

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya aku berikan kepada kamu mut'ah, dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 29

وَإِن كُنتُنَّ تُرِدْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالدَّارَ الْآخِرَةَ فَإِنَّ اللَّهَ أَعَدَّ لِلْمُحْسِنَاتِ مِنكُنَّ أَجْرًا عَظِيمًا

 

Translation

Dan sekiranya kamu mahukan keredhaan Allah dan Rasul-Nya serta kemewahan di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang yang berbuat baik di antara kamu pahala yang besar.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 30

يَا نِسَاء النَّبِيِّ مَن يَأْتِ مِنكُنَّ بِفَاحِشَةٍ مُّبَيِّنَةٍ يُضَاعَفْ لَهَا الْعَذَابُ ضِعْفَيْنِ وَكَانَ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرًا

 

Translation

Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa di antara kamu yang melakukan sesuatu perbuatan keji yang nyata, nescaya akan digandakan azab seksa baginya dua kali ganda. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 31

وَمَن يَقْنُتْ مِنكُنَّ لِلَّهِ وَرَسُولِهِ وَتَعْمَلْ صَالِحًا نُّؤْتِهَا أَجْرَهَا مَرَّتَيْنِ وَأَعْتَدْنَا لَهَا رِزْقًا كَرِيمًا

 

Translation

Dan sesiapa di antara kamu semua taat kepada Allah dan Rasul-Nya serta mengerjakan amal yang salih, Kami berikan kepadanya pahala amalnya itu dua kali ganda, dan Kami sediakan baginya rezeki yang mulia.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 32

يَا نِسَاء النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِّنَ النِّسَاء إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَّعْرُوفًا

 

Translation

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti perempuan yang lain kalau kamu bertakwa. Maka janganlah kamu berbicara dengan lembut manja kerana boleh menimbulkan keinginan orang yang di dalam hatinya ada penyakit; dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik, sesuai dan sopan.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 33

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ وَآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا

 

Translation

Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan darimu wahai Ahlu'l Bait, dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya dari segala perkara yang keji.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 34

وَاذْكُرْنَ مَا يُتْلَى فِي بُيُوتِكُنَّ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ وَالْحِكْمَةِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ لَطِيفًا خَبِيرًا

 

Translation

Dan ingatlah apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah dan hikmah pengetahuan. Sesungguhnya Allah Maha Halus tadbir-Nya, lagi Maha Mendalam pengetahuan-Nya.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 35

إِنَّ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْقَانِتِينَ وَالْقَانِتَاتِ وَالصَّادِقِينَ وَالصَّادِقَاتِ وَالصَّابِرِينَ وَالصَّابِرَاتِ وَالْخَاشِعِينَ وَالْخَاشِعَاتِ وَالْمُتَصَدِّقِينَ وَالْمُتَصَدِّقَاتِ وَالصَّائِم

 

Translation

Sesungguhnya orang Islam lelaki dan perempuan, dan orang yang beriman lelaki dan perempuan, dan orang yang taat lelaki serta perempuan dan orang lelaki serta orang perempuan yang benar, dan orang lelaki dan orang perempuan yang sabar, dan orang lelaki dan orang perempuan yang khusyuk, dan lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatan mereka dan orang lelaki serta orang perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 36

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا

 

Translation

Dan tidaklah harus bagi orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 37

وَإِذْ تَقُولُ لِلَّذِي أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَأَنْعَمْتَ عَلَيْهِ أَمْسِكْ عَلَيْكَ زَوْجَكَ وَاتَّقِ اللَّهَ وَتُخْفِي فِي نَفْسِكَ مَا اللَّهُ مُبْدِيهِ وَتَخْشَى النَّاسَ وَاللَّهُ أَحَقُّ أَن تَخْشَاهُ فَلَمَّا قَضَى زَيْدٌ مِّنْهَا وَطَرًا

 

Translation

Dan ingatlah ketika kamu berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah nikmat atasnya: Jangan ceraikan isterimu dan bertakwalah kepada Allah, sambil kamu menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah menyatakannya; dan kamu takut kepada manusia padahal Allahlah yang berhak kamu takuti. Kemudian setelah Zaid habis kemahuannya terhadap isterinya dengan menceraikannya, Kami kahwinkan kamu dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang mukmin untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak angkat mereka, apabila mereka telah habis kemahuan terhadap isterinya dengan bercerai. Dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 38

مَّا كَانَ عَلَى النَّبِيِّ مِنْ حَرَجٍ فِيمَا فَرَضَ اللَّهُ لَهُ سُنَّةَ اللَّهِ فِي الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلُ وَكَانَ أَمْرُ اللَّهِ قَدَرًا مَّقْدُورًا

 

Translation

Tiada keberatan ke atas Nabi dalam melaksanakan perkara yang telah ditetapkan Allah baginya. Peraturan Allah itu berlaku juga kepada Nabi-nabi sebelumnya. Dan ingatlah perintah Allah itu adalah satu ketetapan yang ditentukan berlakunya.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 39

الَّذِينَ يُبَلِّغُونَ رِسَالَاتِ اللَّهِ وَيَخْشَوْنَهُ وَلَا يَخْشَوْنَ أَحَدًا إِلَّا اللَّهَ وَكَفَى بِاللَّهِ حَسِيبًا

 

Translation

Iaitu orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut kepada-Nya, dan mereka tidak takut kepada sesiapa pun melainkan Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Penghitung.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 40

مَّا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَكِن رَّسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا

 

Translation

Bukanlah Nabi Muhammad itu menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi. Dan Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 41

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا

 

Translation

Wahai orang yang beriman, untuk bersyukur kepada Allah ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 42

وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

 

Translation

Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya pada waktu pagi dan petang.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 43

هُوَ الَّذِي يُصَلِّي عَلَيْكُمْ وَمَلَائِكَتُهُ لِيُخْرِجَكُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا

 

Translation

Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya juga untuk mengeluarkan kamu dari gelap gelita kepada cahaya yang terang-benderang; dan adalah Ia sentiasa Melimpahkan rahmat-Nya kepada orang yang beriman.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 44

تَحِيَّتُهُمْ يَوْمَ يَلْقَوْنَهُ سَلَامٌ وَأَعَدَّ لَهُمْ أَجْرًا كَرِيمًا

 

Translation

Penghormatan kepada mereka semasa menemui-Nya ialah ucapan Salam; dan Ia telah menyediakan untuk mereka balasan pahala yang mulia.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 45

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيرًا

 

Translation

Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi, dan pembawa berita gembira serta pemberi amaran kepada orang yang engkar.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 46

وَدَاعِيًا إِلَى اللَّهِ بِإِذْنِهِ وَسِرَاجًا مُّنِيرًا

 

Translation

Dan juga sebagai penyeru manusia seluruhnya kepada agama Allah dengan taufik yang diberi-Nya; dan sebagai lampu yang menerangi.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 47

وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ بِأَنَّ لَهُم مِّنَ اللَّهِ فَضْلًا كَبِيرًا

 

Translation

Dan sampaikanlah berita yang menggembirakan kepada orang yang beriman, bahawa sesungguhnya mereka akan beroleh kurnia yang besar dari Allah.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 48

وَلَا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَالْمُنَافِقِينَ وَدَعْ أَذَاهُمْ وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ وَكَفَى بِاللَّهِ وَكِيلًا

 

Translation

Dan jangan kamu mentaati orang kafir dan munafik, biarkanlah usikan mereka, serta berserahlah kepada Allah; dan cukuplah Allah menjadi Pelindungmu.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 49

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نَكَحْتُمُ الْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِن قَبْلِ أَن تَمَسُّوهُنَّ فَمَا لَكُمْ عَلَيْهِنَّ مِنْ عِدَّةٍ تَعْتَدُّونَهَا فَمَتِّعُوهُنَّ وَسَرِّحُوهُنَّ سَرَاحًا جَمِيلًا

 

Translation

Wahai orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan wanita-wanita beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya, maka tiadalah bagimu menghitung masa iddahnya. Maka berilah mut'ah kepada mereka, dan lepaskanlah mereka dengan cara yang baik.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 50

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِنَّا أَحْلَلْنَا لَكَ أَزْوَاجَكَ اللَّاتِي آتَيْتَ أُجُورَهُنَّ وَمَا مَلَكَتْ يَمِينُكَ مِمَّا أَفَاء اللَّهُ عَلَيْكَ وَبَنَاتِ عَمِّكَ وَبَنَاتِ عَمَّاتِكَ وَبَنَاتِ خَالِكَ وَبَنَاتِ خَالَاتِكَ اللَّاتِي هَاجَرْنَ مَعَكَ

 

Translation

Wahai Nabi, sesungguhnya Kami telah menghalalkan bagimu isteri-isterimu yang kamu berikan mas kahwinnya, dan hamba-hamba perempuan yang kamu miliki dari apa yang dikurniakan Allah kepadamu sebagai tawanan perang; dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu) anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu; dan (Kami telah halalkan bagimu) mana-mana perempuan yang beriman yang memberikan dirinya kepada Nabi (untuk dikahwininya dengan tidak membayar maskahwin) kalaulah Nabi suka berkahwin dengannya; perkahwinan yang demikian adalah khas bagimu semata-mata, bukan bagi orang yang beriman umumnya; sesungguhnya Kami telah mengetahui apa yang Kami wajibkan kepada orang-orang mukmin mengenai isteri-isteri mereka dan hamba-hamba perempuan yang mereka miliki. supaya tidak menjadi keberatan bagimu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 51

تُرْجِي مَن تَشَاء مِنْهُنَّ وَتُؤْوِي إِلَيْكَ مَن تَشَاء وَمَنِ ابْتَغَيْتَ مِمَّنْ عَزَلْتَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكَ ذَلِكَ أَدْنَى أَن تَقَرَّ أَعْيُنُهُنَّ وَلَا يَحْزَنَّ وَيَرْضَيْنَ بِمَا آتَيْتَهُنَّ كُلُّهُنَّ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا فِي قُلُوب

 

Translation

Engkau boleh menangguhkan sesiapa yang engkau kehendaki dari mereka dan engkau boleh mendampingi sesiapa yang engkau kehendaki; dan sesiapa yang kamu hendak mendampinginya kembali dari mereka yang telah kamu jauhi itu maka tidaklah salah bagimu; Yang demikian itu lebih dekat untuk mententeramkan hati mereka, dan mereka tidak berdukacita, serta mereka redha akan apa yang kamu lakukan kepada mereka semuanya. Dan ingatlah Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati kamu; dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 52

لَا يَحِلُّ لَكَ النِّسَاء مِن بَعْدُ وَلَا أَن تَبَدَّلَ بِهِنَّ مِنْ أَزْوَاجٍ وَلَوْ أَعْجَبَكَ حُسْنُهُنَّ إِلَّا مَا مَلَكَتْ يَمِينُكَ وَكَانَ اللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ رَّقِيبًا

 

Translation

Tidak halal bagimu berkahwin dengan wanita-wanita sesudah itu, dan kamu tidak boleh menggantikan mereka dengan isteri-isteri yang baru sekalipun engkau tertarik pada kecantikan mereka, kecuali hamba-hamba perempuan yang engkau miliki. Dan Allah sentiasa Mengawasi tiap-tiap sesuatu.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 53

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتَ النَّبِيِّ إِلَّا أَن يُؤْذَنَ لَكُمْ إِلَى طَعَامٍ غَيْرَ نَاظِرِينَ إِنَاهُ وَلَكِنْ إِذَا دُعِيتُمْ فَادْخُلُوا فَإِذَا طَعِمْتُمْ فَانتَشِرُوا وَلَا مُسْتَأْنِسِينَ لِحَدِيثٍ إِنَّ ذَلِكُمْ كَا

 

Translation

Wahai orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke rumah Nabi, kecuali kamu diizin untuk menghadiri jamuan, bukan dengan menunggu masa sajiannya; tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah; kemudian setelah kamu makan maka hendaklah kamu bersurai dan janganlah dengan berbual-bual. Sesungguhnya yang demikian itu mengganggu Nabi sehingga ia merasa malu kepada kamu, sedang Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran. Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik takbir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka. Dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah, dan tidak boleh bahawa kamu berkahwin dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat, selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 54

إِن تُبْدُوا شَيْئًا أَوْ تُخْفُوهُ فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا

 

Translation

Jika kamu nyatakan sesuatu atau kamu sembunyikan dia, maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan segala-galanya.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 55

لَّا جُنَاحَ عَلَيْهِنَّ فِي آبَائِهِنَّ وَلَا أَبْنَائِهِنَّ وَلَا إِخْوَانِهِنَّ وَلَا أَبْنَاء إِخْوَانِهِنَّ وَلَا أَبْنَاء أَخَوَاتِهِنَّ وَلَا نِسَائِهِنَّ وَلَا مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ وَاتَّقِينَ اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَى كُلِّ شَي

 

Translation

Tidak ada salahnya kepada wanita-wanita untuk berjumpa tanpa tabir dengan bapa-bapa mereka, dan anak lelaki mereka, dan saudara lelaki mereka, dan anak lelaki saudara lelaki mereka, dan anak lelaki saudara perempuan mereka, dan perempuan Islam mereka, serta hamba yang dimiliki oleh mereka. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah sentiasa Menyaksikan tiap-tiap sesuatu.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 56

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

 

Translation

Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya bersalawat kepada Nabi; wahai orang yang beriman, bersalawatlah kamu kepadanya serta mohonkanlah kesejahteraan dengan sepenuh penghormatan.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 57

إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُّهِينًا

 

Translation

Sesungguhnya orang yang mencaci Allah dan Rasul-Nya, Allah melaknat mereka di dunia dan akhirat, dan disediakan bagi mereka azab yang hina.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 58

وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا

 

Translation

Dan orang yang menyakiti lelaki dan perempuan yang beriman dengan perbuatan yang tidak mereka lakukan maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 59

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

 

Translation

Wahai Nabi, suruhlah isterimu, anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman, agar melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya; Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali, maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 60

لَئِن لَّمْ يَنتَهِ الْمُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ وَالْمُرْجِفُونَ فِي الْمَدِينَةِ لَنُغْرِيَنَّكَ بِهِمْ ثُمَّ لَا يُجَاوِرُونَكَ فِيهَا إِلَّا قَلِيلًا

 

Translation

Sesungguhnya, jika tidak berhenti orang munafik dan orang yang ada penyakit dalam hatinya, serta orang yang menyebarkan berita-berita dusta di Madinah itu nescaya Kami perintahkanmu memerangi mereka; sesudah itu mereka tidak akan tinggal berjiran denganmu di dalamnya melainkan sebentar sahaja.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 61

مَلْعُونِينَ أَيْنَمَا ثُقِفُوا أُخِذُوا وَقُتِّلُوا تَقْتِيلًا

 

Translation

Serta mereka tetap ditimpa laknat. Di mana sahaja mereka ditemui, mereka ditangkap dan dibunuh habis-habisan.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 62

سُنَّةَ اللَّهِ فِي الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلُ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّهِ تَبْدِيلًا

 

Translation

Yang demikian adalah menurut Sunnatullah yang berlaku kepada orang yang telah lalu; dan kamu tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah itu.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 63

يَسْأَلُكَ النَّاسُ عَنِ السَّاعَةِ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ اللَّهِ وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ السَّاعَةَ تَكُونُ قَرِيبًا

 

Translation

Manusia bertanya kepadamu tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 64

إِنَّ اللَّهَ لَعَنَ الْكَافِرِينَ وَأَعَدَّ لَهُمْ سَعِيرًا

 

Translation

Sesungguhnya Allah telah melaknat orang kafir dan disediakan bagi mereka api Neraka yang menjulang.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 65

خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا لَّا يَجِدُونَ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا

 

Translation

Kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; mereka pula tidak akan memperoleh sesiapa pun yang akan menjadi pelindung atau penolong.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 66

يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللَّهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولَا

 

Translation

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata: Alangkah baiknya kalau kami dahulu taat kepada Allah serta Rasul Allah!



Surah Al Ahzab

 

Ayat 67

وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا

 

Translation

Dan mereka berkata: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mentaati ketua-ketua dan orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 68

رَبَّنَا آتِهِمْ ضِعْفَيْنِ مِنَ الْعَذَابِ وَالْعَنْهُمْ لَعْنًا كَبِيرًا

 

Translation

Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatlah mereka dengan laknat yang besar-besarnya!



Surah Al Ahzab

 

Ayat 69

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ آذَوْا مُوسَى فَبَرَّأَهُ اللَّهُ مِمَّا قَالُوا وَكَانَ عِندَ اللَّهِ وَجِيهًا

 

Translation

Wahai orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang yang telah menyakiti Nabi Musa, lalu Allah membebaskannya dari apa yang mereka katakan; dan adalah dia seorang yang mulia di sisi Allah.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 70

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا

 

Translation

Wahai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang benar.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 71

يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَن يُطِعْ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا

 

Translation

Supaya Ia memberi taufik dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosamu. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 72

إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا

 

Translation

Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya; dan manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan jahil.



Surah Al Ahzab

 

Ayat 73

لِيُعَذِّبَ اللَّهُ الْمُنَافِقِينَ وَالْمُنَافِقَاتِ وَالْمُشْرِكِينَ وَالْمُشْرِكَاتِ وَيَتُوبَ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

 

Translation

Akibatnya Allah akan menyeksa lelaki dan perempuan yang munafik, serta lelaki dan perempuan yang musyrik; dan Allah akan menerima taubat ke atas lelaki dan perempuan yang beriman. Dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.