|
Surah Al Ahqaaf |
|
|
Ayat 1 | |
|
| |
|
Translation Haa, Miim. |
|
Surah Al Ahqaaf |
|
|
Ayat 2 | |
|
| |
|
Translation Diturunkan Al-Qur'an ini, dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. |
|
Surah Al Ahqaaf |
|
|
Ayat 3 | |
|
| |
|
Translation Tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya melainkan dengan ada gunanya yang benar dan dengan masa yang tertentu dan orang kafir berpaling dari menerima peringatan yang diberikan kepada mereka mengenainya. |
|
Surah Al Ahqaaf |
|
|
Ayat 4 | |
|
| |
|
Translation Katakanlah: Adakah kamu perhatikan apa yang kamu sembah selain Allah? Tunjukkanlah padaku apakah yang mereka ciptakan dari bahagian bumi ini? Atau adakah mereka mempunyai perkongsian dengan Allah dalam mencipta langit? Bawalah kepadaku sebuah Kitab dari sebelum Al-Qur'an ini, atau sebarang keterangan yang berdasarkan ilmu kalau betul kamu orang yang benar! |
|
Surah Al Ahqaaf |
|
|
Ayat 5 | |
|
| |
|
Translation Dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menyembah selain Allah, yang tidak dapat menyahut kepadanya hinggalah ke hari Kiamat, sedang makhluk yang mereka sembah itu tidak dapat menyedari atau memberi layanan baik kepada permohonan mereka. |
|
Surah Al Ahqaaf |
|
|
Ayat 6 | |
|
| |
|
Translation Dan apabila manusia dihimpunkan, menjadilah segala yang disembah itu musuh mereka, dan tidak mengakui penyembahan mereka padanya. |
|
Surah Al Ahqaaf |
|
|
Ayat 7 | |
|
| |
|
Translation Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang nyata, berkatalah orang yang mengingkari kebenaran Al-Qur'an bila sahaja disampaikan kepada mereka: Ini ialah sihir yang nyata! |
|
Surah Al Ahqaaf |
|
|
Ayat 8 | |
|
| |
|
Translation Bahkan mereka mengatakan: Muhammad telah mengada-adakan Al-Qur'an itu. Katakanlah: Kalau aku mengada-adakannya, maka kamu tidak berkuasa memberikan daku perlindungan dari azab Allah. Allah lebih mengetahui akan apa yang kamu perkatakan itu; cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dengan kamu, dan Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. |
|
Surah Al Ahqaaf |
|
|
Ayat 9 | |
|
| |
|
Translation Katakanlah: Bukanlah aku Rasul yang pertama di antara Rasul-rasul, dan aku tidak mengetahui apa yang akan dilakukan kepadaku dan kepada kamu. Aku tidak melakukan sesuatu melainkan menurut apa yang diwahikan kepadaku, dan aku tidak lain hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang nyata. |
|
Surah Al Ahqaaf |
|
|
Ayat 10 | |
|
| |
|
Translation Katakanlah: Tidakkah kamu perhatikan jika Al-Qur'an ini dari Allah dan kamu mengingkarinya, dan ada seorang saksi dari Bani Israil mengakui sahnya yang sama seperti Al-Qur'an ini, lalu ia percaya, sedang kamu dengan sombong mengingkarinya? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim. |
|
Surah Al Ahqaaf |
|
|
Ayat 11 | |
|
| |
|
Translation Dan mereka berkata kepada orang yang beriman: Kalaulah itu perkara yang baik tentulah mereka tidak mendahului kami mempercayainya. Dan setelah mereka tidak dapat menerima petunjuk Al-Qur'an itu, lalu mereka mencacinya dengan berkata: Al-Qur'an ini adalah dusta yang lama. |
|
Surah Al Ahqaaf |
|
|
Ayat 12 | |
|
| |
|
Translation Pada hal telah ada sebelumnya Kitab Nabi Musa yang menjadi ikutan dan rahmat; dan ini adalah Kitab yang mengesahkan kebenaran dalam bahasa Arab untuk memberi amaran kepada orang yang zalim, dan berita gembira bagi orang yang berbuat kebaikan. |
|
Surah Al Ahqaaf |
|
|
Ayat 13 | |
|
| |
|
Translation Sesungguhnya orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetapkan pendirian, maka tidaklah mereka takut, dan tidak akan berdukacita. |
|
Surah Al Ahqaaf |
|
|
Ayat 14 | |
|
| |
|
Translation Merekalah ahli syurga, tetap kekallah mereka di dalamnya, sebagai balasan bagi amal-amal salih yang mereka telah kerjakan. |
|
Surah Al Ahqaaf |
|
|
Ayat 15 | |
|
| |
|
Translation Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dan telah melahirkannya dengan bersusah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia sampai ke peringkat dewasa dan sampai umur empat puluh tahun, berdoalah ia: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya bersyukur akan nikmat-Mu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang Islam yang tunduk patuh kepadamu. |
|
Surah Al Ahqaaf |
|
|
Ayat 16 | |
|
| |
|
Translation Mereka itulah orang yang Kami terima dari mereka amalnya yang baik yang mereka kerjakan, dan Kami ampunkan kesalahan-kesalahan mereka; Mereka akan dimasukkan ke dalam kumpulan ahli syurga; sebagai memenuhi janji yang benar, yang telah dijanjikan kepada mereka. |
|
Surah Al Ahqaaf |
|
|
Ayat 17 | |
|
| |
|
Translation Dan orang yang berkata kepada kedua ibubapanya: Ah! Bosan terhadap kamu berdua! Patutkah kamu menjanjikan kepadaku bahawa aku akan dibangkitkan padahal telah berlalu umat sebelumku? Ibubapanya memohon pertolongan Allah: Selamatkanlah dirimu! Berimanlah! Sesungguhnya janji Allah tetap benar. Lalu ia menjawab: Semuanya itu hanyalah cerita-cerita dongeng orang dahulu kala! |
|
Surah Al Ahqaaf |
|
|
Ayat 18 | |
|
| |
|
Translation Mereka (yang ingkar derhaka seperti itu) ialah orang-orang yang tetap menerima hukuman (azab) bersama-sama dengan umat-umat yang terdahulu daripada mereka - dari kalangan jin dan manusia; kerana sesungguhnya mereka telah menyebabkan diri mereka menjadi orang-orang yang rugi. |
|
Surah Al Ahqaaf |
|
|
Ayat 19 | |
|
| |
|
Translation Dan bagi setiap mereka darjat balasan menurut apa yang dikerjakan, dan supaya Allah mencukupkan balasan amal mereka, dan mereka tidak dianiaya. |
|
Surah Al Ahqaaf |
|
|
Ayat 20 | |
|
| |
|
Translation Dan (ingatlah) semasa orang-orang kafir didedahkan kepada Neraka (serta dikatakan kepada mereka): Kamu telah habiskan nikmat-nikmat kesenangan kamu yang baik-baik dalam kehidupan dunia kamu, dan kamu telah bersenang-senang menikmatinya; maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghina kerana kamu berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tidak berdasarkan alasan yang benar, dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik. |
|
Surah Al Ahqaaf |
|
|
Ayat 21 | |
|
| |
|
Translation Dan ingatlah Nabi Hud, saudara kaum Aad tatkala ia memberi amaran kepada kaumnya di lembah Al-Ahqaaf, dan sesungguhnya telah berlalu pemberi amaran sebelum dan sesudahnya dengan berkata: Janganlah kamu sembah melainkan Allah, sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari yang besar huru-haranya. |
|
Surah Al Ahqaaf |
|
|
Ayat 22 | |
|
| |
|
Translation Mereka menjawab: Adakah engkau datang kepada kami untuk memesongkan kami dari menyembah tuhan-tuhan kami? Maka bawalah azab seksa yang engkau janjikan kepada kami itu jika betul engkau dari orang yang benar! |
|
Surah Al Ahqaaf |
|
|
Ayat 23 | |
|
| |
|
Translation Nabi Hud berkata: Sesungguhnya ilmu pengetahuan hanya di sisi-sisi Allah, dan aku hanya menyampaikan kepadamu apa yang aku diutuskan membawanya, tetapi aku lihat kamu satu kaum yang jahil akan tugas Rasul! |
|
Surah Al Ahqaaf |
|
|
Ayat 24 | |
|
| |
|
Translation Maka apabila mereka melihat azab itu sebagai awan yang menghala ke lembah-lembah mereka, mereka berkata: Ini ialah awan yang akan menghujani kita! Bahkan itulah azab yang kamu minta disegerakan kedatangannya iaitu angin yang membawa azab seksa yang pedih; |
|
Surah Al Ahqaaf |
|
|
Ayat 25 | |
|
| |
|
Translation Yang menghancurkan segalanya dengan izin dari Tuhannya. Maka menjadilah mereka punah ranah tidak kelihatan melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Demikianlah Kami membalas kaum yang berdosa. |
|
Surah Al Ahqaaf |
|
|
Ayat 26 | |
|
| |
|
Translation Dan demi sesungguhnya! Kami telah meneguhkan kedudukan mereka yang tidak Kami berikan kamu menguasainya, dan Kami telah jadikan bagi mereka pendengaran dan penglihatan serta hati; maka pendengaran, penglihatan serta hati mereka tidak memberi faedah kepada mereka sedikit pun kepada mereka, kerana mereka sentiasa mengingkari ayat-ayat keterangan Allah; dan mereka diliputi oleh azab yang mereka telah ejek-ejek itu. |
|
Surah Al Ahqaaf |
|
|
Ayat 27 | |
|
| |
|
Translation Sesungguhnya! Kami telah binasakan negeri-negeri di sekelilingmu, dan Kami datangkan tanda-tanda Kami berulang-ulang, supaya mereka bertaubat. |
|
Surah Al Ahqaaf |
|
|
Ayat 28 | |
|
| |
|
Translation Maka sepatutnya mereka dibela oleh apa yang mereka sembah selain Allah sebagai sembahan untuk mendekatkan diri kepada Allah? Bahkan sembahan mereka itu telah hilang dari mereka. Demikianlah akibat penyelewengan mereka dan kepercayaan yang mereka telah ada-adakan. |
|
Surah Al Ahqaaf |
|
|
Ayat 29 | |
|
| |
|
Translation Dan semasa kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu untuk mendengar Al-Qur'an; setelah mereka menghadiri bacaanya, berkatalah sebahagian mereka kepada yang lain: Diamlah kamu! Maka setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaum mereka memberi ingatan dan amaran. |
|
Surah Al Ahqaaf |
|
|
Ayat 30 | |
|
| |
|
Translation Mereka berkata: Wahai kaum kami! Sesungguhnya kami telah mendengar Kitab Al-Qur'an yang diturunkan sesudah Nabi Musa, yang menegaskan kebenaran Kitab-kitab Suci yang terdahulu daripadanya, lagi, memandu kepada kebenaran dan ke jalan yang lurus. |
|
Surah Al Ahqaaf |
|
|
Ayat 31 | |
|
| |
|
Translation Wahai kaum kami! Sahutlah seruan Rasul yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan bagimu dari dosa-dosa kamu, dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya. |
|
Surah Al Ahqaaf |
|
|
Ayat 32 | |
|
| |
|
Translation Dan sesiapa yang tidak menyahut seruan Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah, maka ia tidak akan dapat melepaskan diri dari balasan azab di bumi, dan tidak ada pelindung baginya selain Allah; mereka adalah dalam kesesatan yang nyata. |
|
Surah Al Ahqaaf |
|
|
Ayat 33 | |
|
| |
|
Translation Tidakkah mereka melihat bahawa sesungguhnya Allah telah menciptakan langit dan bumi dengan tidak mengalami kesukaran dalam menciptakannya Berkuasa menghidupkan makhluk-makhluk yang telah mati? Sudah tentu berkuasa! Sesungguhnya Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. |
|
Surah Al Ahqaaf |
|
|
Ayat 34 | |
|
| |
|
Translation Dan pada hari orang kafir dihadapkan ke neraka, dan dikatakan: Bukankah azab Neraka ini benar? Mereka menjawab: Ya benar, demi Tuhan kami! Setelah itu dikatakan lagi kepada mereka: Maka rasalah azab seksa ini dengan sebab kamu kufur di dunia dahulu. |
|
Surah Al Ahqaaf |
|
|
Ayat 35 | |
|
| |
|
Translation Maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Ulil- Azmi dari kalangan Rasul-rasul; dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka. Keadaan mereka ketika melihat azab yang dijanjikan kepada mereka, seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan satu saat sahaja dari siang hari. Penerangan yang demikian cukuplah menjadi pelajaran bagi orang yang insaf. Maka ingatlah tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik. |